Followers

Gamers

Sunday, May 3, 2009

Nikmati cinta

Selagi adanya bulan itu, selagi itu aku sentiasa mampu berpegang kepada janji itu. Dan selagi itu, di dalam hati si dia, sentiasa ada aku... Aku harap.

Bulan adalah simbolik. Dahulu, bulan hanya untuk aku seorang. Memberikan aku cahaya di malam hari. Menemani aku bersama unggas malam. Itu baru aku namakan cinta. Nikmat cinta.

Tapi tidak lama dahulu juga, aku berkongsi bulan itu. Tiap kali aku melihatnya, aku akan memikirkan si dia. Dan sambil merenung kepada bulan, aku ucap selamat malam untuk si dia.

Dan itu menjadikan cinta adalah pelengkap segalanya. Ketahuilah, cinta tak datang hanya dari sebelah pihak.


Selepas beberapa bulan, kami berpisah. Namun tak pernah sekali aku melupakan si dia apabila bulan datang memberi cahaya. Setiap kali melihatnya, aku mengucapkan selamat kepada si dia. Dan simbolik bulan ini yang membuat aku terus menerus tidak melupakannya.

Di dalam tempoh kami berpisah, tidak pernah pula aku berkongsi bulan dengan orang lain. Aku tak mampu. Melihat bulan membuat aku mengingati si dia. Aku tak mampu untuk melupakannya.

Barangkali, Allah sayangkan kami. Aku diberi peluang ke dua yang bakal aku sia-siakan. Aku di ikat dengan janji, di ikat dengan cinta yang datang dari bulan itu. Dan sehingga hari ini, aku masih memegang janji sehingga hari ia dituntut. 

Namun itulah cinta, barangkali... aku tak pernah rasa dibebani olehnya.

Hari ini aku melihat bulan. Dan aku ucap selamat malam kepada si dia. Aku doakan kesihatan dan kegembiraan untuk si dia. Ketahuilah, aku tak punya apa-apa sekarang untuk membahagiakan si dia. Dan aku tak mampu memberikan apa-apa kepada si dia. 

Aku hanya ada hati, dan ada janji. Dan bila masanya sampai... 


Dan aku ucap selamat kepada kau jua ya...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...