Followers

Gamers

Thursday, May 21, 2009

Scammer, cheater and...

Kau pernah menipu? Itu satu soalan bodoh sebab aku tak fikir orang dekat dunia ini ada yang tak pernah menipu. Ia memang perbuatan yang hm.. jahat, bak kata kanak-kanak kecil kerana ia diibaratkan mempermainkan kepercayaan orang lain.

Walau apapun niat semasa melakukan penipuan, aku fikir salah tetap salah. Ayat famous, niat tak menghalalkan cara. 

Tapi bagi aku, menipu adalah seperti seni. Seni membuatkan orang percayakan kita dikala kepercayaan itu tak sepatutnya ada. Seni yang selalu digunapakai oleh penjual kepada pembeli, kekasih kepada kekasih, anak dan ibubapa dan sebagainya. 

Manusia tak bodoh. Dan kau perlukan sesuatu untuk membuatkan mereka percayakan kau. Sesuatu yang betul dan benar yang kau boleh gunakan untuk mengadakan kepercayaan itu. Sesuatu, seperti maklumat, atau barang.

Di sepanjang kehidupan aku, aku selalu melihat penipuan. Realiti atau fantasi. Aku yakin kau orang pun sama. Dan sepanjang pemerhatian aku, kita ditipu kerana kita kekurangan maklumat, informasi. Kau ditipu sebab kau tak tahu.

Seperti kau lihat kereta jatuh gaung dan meletup di televisyen. Itu tipu kerana letupan hanya mampu berlaku bila berlaku tekanan yang melampau terhasil. Tidak cukup hanya gasolin semata-mata. Aku tahu, bila aku tahu kenyataan ini, aku jadi frust. Namun aku masih tak sanggup nak boikot cerita Hollywood lagi. Thee he he...

Kau nak elak dari kena tipu. Keep yourself inform. Jadikan diri sendiri seperti pusat informasi, kaunter pertanyaan, you name it. Tengok discovery channel dan channel2 lain yang berilmu dan bermanfaat. AF dah habis kan? heh...

Aku suka internet, kerana hanya di sini, aku mampu membiarkan diri aku dalam keadaan information overloaded. Dan kerana itu masa aku banyak habis di internet bila aku cuti. Heh... tapi tipulah aku bila aku kata seronok sangat sampai taknak habiskan masa keluar dari bilik ini. 

Aku manusia juga, tahu... tahu sunyi... tahu...

Hm... Belajar ok... tinggi rendah darjat seseorang manusia terletak kepada betapa tinggi ilmunya. Kau nak orang kenal dan pandang kau, berilmulah. Belajar rajin2 k.

Entri ini aku tulis ketika aku sedang mengunakan cheat code untuk main Final Fantasy 12. Thee hehe... 

Aku ucap selamat ya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...