Followers

Gamers

Saturday, May 2, 2009

Saat untuk mengarut...

Baru lepas layan lagi episod pertama Beautiful Life. Aku tahu cerita lama. Aku tak sambung tengok episod ke dua kerana aku tahu, semua itu laghor...

Ada satu babak mereka sedang 'agak' bergaduh dalam . Si perempuan rasa dipermainkan, dan si lelaki rasa serba salah, kerana bagi dia apa yang berlaku tidak sepertimana si perempuan itu fikirkan. Walau hakikatnya, apa yang difikirkan oleh si perempuan itu benar belaka. Teruk giler aku tulis sinopsis...

Babak bertelefon ini mengingatkan aku ketika sedang bercinta dulu. Dulu, telefon ini tak payah cakap la, mau kredit habis RM100 sebulan. Itu kerja gila bila aku fikir sekarang. Tapi, itulah cara  percintaan zaman sekarang. Aku fikir...

Bila bertelefon, kau tak kan tahu apa riak wajahnya, tak tahu apa dia sedang buat. Senang cerita, kau tak tahu apa pun tentang dia ketika itu. Dan apa yang kau mampu, hanya menafsir setiap perbuatan dia melalui suara dia.

Secara jujur, aku tak suka bertelefon. Sedikit buat aku rimas. Dan atas 'kecacatan' telefon itu sendiri, yang menyukaran aku untuk menilai orang yang sedang bercakap dengan aku ni. So, mana aku tahu dia menipu ke, apa ke... Siapa tahu?

Dulu juga, masa aku bercinta, telefon selalu melekat di kepala. Dan apa yang aku herankan kini, dahulu, bila berjumpa, kami jadi kurang bercakap. Aku terfikir kenapa? Kenapa mesti di telefon kita boleh berbual mesra dan kenapa tidak bila berjumpa. Kau tahu kenapa? Komen...

Kenapa? Adakah dia sedang menipu? Atau semua itu adalah dusta belaka. Secara jujur, aku sangat jarang menipu ketika berada di telefon. Tahu kenapa? Karma. Aku harap orang lain juga tak buat aku macam tu.

Dan sekarang, walaupun aku berada di luar zon bercinta. Masalah yang sama aku hadapi. Aku hanya terfikir, adakah aku sedang ditipu, atau mereka benar maksudkan kata-kata mereka. Dengan kecacatan telefon itu sendiri, mereka mampu menipu kan?

Atau aku terlalu sensitif...

Hurm... aku mengantuk barangkali...  hurm...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...