Followers

Gamers

Wednesday, May 13, 2009

Selamat ya kepada ibu-ibu semua...!

Internet laju sekitar jam 11 malam. Disebabkan aku ada kat rumah bermakna aku tidak menggunakan teknologi tanpa wayar a.k.a wireless. I'm streamyx user...

Dan menjadi suatu kebiasaan kena marah dengan mak aku kerana dah jauh malam tak tidur lagi dan tengah hari pagi esok aku akan bangun lambat. Ya, internet... aku perlukannya laju.

Aku agak ketinggalan belakang bila episod prison break sesi ke 4 episod ke 20 dah keluar. Aku tak download lagi. Dan di kesempatan malam ini, aku pun download la...

Dalam hati, dalam minda... Aku hanya perlu bersedia untuk kena marah... dan tentunya dari mak aku...

Seronok kan ada mak... Kau tak sunyi hidup... Baik malam ataupun siang...

Selamat hari ibu... Walaupun agak lewat... aku tetap nak ucap juga... Selamat hari ibu... kepada semua perempuan yang pernah merasa melahirkan orang... terima kasih kerana memberi kami hidup dan terima kasih... kerana... heh.. kau tahu?

Aku ucap selamat ya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...