Followers

Gamers

Thursday, January 27, 2011

Bisikan kejayaan

Bila sahaja aku mahu berputus asa, Thomas A. Edison akan berbisik di telinga aku.


"Many of life's failures are people who did not realize how close there were to success when they gave up"
- Thomas A. Edison

Aku teringat kisahnya mencipta mentol di mana jika aku tidak salah ingat, mentol dia yang ke 10,000 berjaya dinyalakan.

Kau boleh tahan kegagalan 9,999 kali?


Sama seperti pengasas KFC, Colonel Sanders dimana bank yang ke 1,010 memberikan dia pinjaman untuk memulakan perniagaan KFC beliau.

Kau boleh tahan kegagalan 1,009 kali? dan kegagalan itu pada umur kau 65 tahun.

Aku ada rasa sedikit cemburu kepada kawan-kawan aku yang mula bekerja dan berpendapatan RM3000-RM5000 bila mana aku masih di sini sepertinya tidak membuat apa-apa.

Ada input tiada outpun sama saja seperti tiada berbuat apa-apa.

Kau tahu apa ukuran untuk seseorang usahawan. Ia adalah pencapaian yang mereka lakukan dalam bidang masing-masing.

Setiap kekalahan yang berlaku dalam dunia forex kepada aku membuatkan aku patah semangat dan mula timbul keinginan untuk menjadi orang biasa. Aku fikir ini terlalu sukar untuk aku.

Namun Thomas A. Edison orang yang baik. Setiap kali aku berfikir begini, dia akan bisikan aku kalimah itu. Dan setiap kali selepas itu aku pulih semula.

Kekalahan itu biasa dalam dunia forex. Namun triknya menang banyak kali atau menang besar. Kadang ada ketika aku amat tidak bernasib baik dan berterusan rugi. Entah apa silapnya.

Dan ketika itu Harry Golden berbisik sesuatu tips supaya nasib buruk aku dapat dihapuskan.

"The only thing that overcomes hard luck, is hard work."
Harry Golden

Aku tidak kisah untuk tidur, untuk makan, untuk bersuka ria selagi aku tidak dapat jawapan di setiap persoalan yang timbul bilamana aku melakukan kerja aku.

Dan itu kehebatan 'kerja kuat' yang kita lakukan. Aku yakin kau pernah merasa yang sama.

Aku yakin jalan yang aku pilih sekarang adalah jalan yang betul. Seperti yang diperakui oleh junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

"9 dari 10 daripada harta ialah dari hasil berniaga"
HR Tirmizi

Itu cukup membuatkan aku yakin, jalan yang aku pilih ini sentiasa benar. Jika tidak pun, aku yakin ia hanya aku menggunakan cara yang salah atau sukar. Hanya perlu kuat usaha untuk memperbaikinya.

Dan ketahuilah, sepanjang hidup aku akan selalu dan selalu mengingati ini.

Jika aku mahu berputus asa, aku akan ingat yang ketika itu, kejayaan itu sudah terlalu dekat denganku,
Jika aku merasakan nasib aku tidak baik, ia hanya kerana aku tidak cukup kuat bekerja dan harus bangun untuk bekerja,
dan akhir, jika aku meragui jalan yang aku pilih sekarang, cukup untuk aku mengingati bahawa aku sedang mempunyai 9 kemewahan hidup...

Yang bakal merubah dari dalam diri aku, sehingga ke salasilah keluarga aku dan seterusnya untuk masyarakat sekitar aku...

Aku ucap selamat kawan-kawan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...