"Tolong aku Mie, aku masih tercari-cari teknik yang betul-betul boleh profit..."
"..."
Bukan entri jiwang, kali ini aku nak cerita sedikit tentang teknik untuk trading
Secara jujur aku katakan, dalam dunia ada sejuta satu teknik trading dan kesemuanya mampu membawa keuntungan. Namun, kenapa ada sesetengah orang untung, dan sesetengah orang rugi walaupun tekniknya sama.
Bulan lepas, adik aku cuti semester. Dan kami sama-sama trading. Teknik yang dia pakai sama sahaja dengan aku (sebab sifunya pun aku... haha...). Namun, kami tidak masuk order sama-sama.
Dan kau tahu kenapa...
Kerana personaliti dia berlainan dengan aku. Adik aku jenis mahu cepat keluar dari market manakala aku lebih suka menunggu lama sedikit di dalam market. Pendek kata, adik aku scalper dan aku lebih kenapa swing trader.
Kami trade menggunakan teknik yang sama, masuk order pada SR line. Tapi cara kami nampak pada carta adalah berlainan.
Personaliti... Ia memainkan peranan penting dalam teknik atau kaedah yang kita guna semasa trading.
Aku difahamkan ada 3 jenis teknik trading yang digunakan oleh traders kat luar sana.
Scalper
Mereka ini jenis cepat masuk, cepat keluar. Sasaran keuntungan juga kecil, sekitar 10 ke 20 pip sahaja. Biasanya mempunyai hati kering dan tak takut mati. Huhu...
Aku secara personal tak suka sangat scalping kerana bagi aku ia berisiko tinggi. Dengan jarak SL, TP dan Order yang amat rapat, kebarangkalian untuk mengena SL tu tinggi.
Tapi kebaikkannya, kena SL pun tidak mengapa kerana kita mampu masuk semula dengan cepat untuk menebus kekalahan tadi. Cuma macam aku cakap, hati kena kering.
Mereka ini selalu melihat carta pada jangkamasa yang rendah seperti 1 minit ke 15 minit. Dan kebanyakkan mereka menggunakan indikator sebagai petunjuk untuk mereka masuk market
Swing Trader
Aku dengar ramai trader yang profesional sukakan cara trading begini. Mereka tunggu sehingga betul-betul boleh masuk market, baru mereka masuk. Sama juga bila keluar dari market. Jarak keuntungan juga besar, antara 100 ke infiniti. Huhu...
Aku secara personal juga tak suka sangat nak swing sebab ia memerlukan masa yang amat lama untuk untung. Tu pun kalau untung. Kalau rugi, aish...
Kelebihan dia, kau tak perlu mengadap pc selalu. Sekali analisa sudah cukup, selebihnya hanya harus monitor.
Kebanyakkan mereka tidak menggunakan indikator, hanya trendline dan SR line. Dan mereka ini kerap digelar 'naked trader
Day Trader
Aku baru tahu tentang ini. Kebiasaan mereka ini masuk market seperti biasa. Namun keuntungan atau kerugian harus dicapai dalam 24 jam. Jarak keuntungan sederhana, antara 50 ke 100 pip sahaja.
Dan aku antara trader jenis ini. Aku tak suka tunggu lama-lama. Namun aku juga tak suka keluar masuk market secara tergesa-gesa.
Ia adalah diantara scalping dan swing. Dan aku selesa begini. Taknak cerita lebih-lebih nanti orang kata aku bias pula, dan memang bias pun... huhu...
Namun, ada juga trader yang mampu menjadi ketiga-tiga sekali. Aku secara jujurnya sedang mengadaptasi teknik aku sekarang untuk menjadi seorang scalper.
Tidak menjadi kesalahan pun bila mana kita memilih untuk menjadi trader yang bagaimana kita mahu jadi. Kerana tiada salah pun kita hidup dengan personaliti kita yang pelbagai.
Masa aku mula-mula belajar trading dahulu, ramai sifu aku pesan supaya biasakan diri dengan teknik kita. Mereka tunjukkan tekniknya, dan terpulang kepada kita mahu mengikut dengan cara bagaimana.
Aku sendiri trade dengan teknik hasil gabungan teknik-teknik lain. Kerana aku mahu mencari keserasian dalam diri aku dengan market. Seperti kita memilih pakaian, ia mestilah kena dengan saiz badan kita dan gaya kita. Baru selesa memakainya.
Bagi mereka yang masih mencari teknik yang sesuai, langkah pertama jujur pada diri, cuba kenal diri sendiri dahulu. Tanya, kita adalah orang yang bagaimana. Dan kemudian baru cari teknik apa paling sesuai dengan diri kita.
Sentiasa ingat, ada sejuta satu teknik trading kat dunia ini dan semuanya mampu profit. Namun sebenarnya kitalah yang membuatkannya untung atau rugi.
Sentiasa ingat cerita aku dan adik aku tadi. Huhu...
"Bro... nasihat aku, kenal diri kau. Mula dari situ kelak kau senang nak pilih mana yang sesuai untuk kau..."
Aku ucap selamat k.