Followers

Gamers

Sunday, January 30, 2011

Penembak tepat

Baru habis tengok Sniper : Deadlist Mission... kat History Channel... ketiadaan internet membuatkan aku rasa aku harus lihat visual bergerak selain dari monitor pc aku. Ya, aku tak de benda nak tengok dah kat pc...

Terima kasih untuk Astro untuk itu, dan caj perkhidmatannya yang sebanyak 6% tu.

Melihat rancangan ni mengingatkan aku ketika aku di PLKN. Spesifik kepada latihan menembak menggunakan M16. Aku malas nak cerita tentang M16 ni, kau bole wiki sendiri...

Aku ingat saat itu, riang dan gembira. Aku fikir satu kem tu tidak boleh tidur mengingatkan yang kami akan menembak menggunakan M16 dengan peluru hidup. Kelas menembak yang diadakan beberapa hari lalu membuatkan kami rasa sesuatu yang hebat berlaku dalam diri kami nanti.

Sampainya kami di lapang sasar menembak, kami diberikan taklimat ringkas serta demostrasi.

Dan demostrasi itu membuka minda aku ke satu dimensi lain. Aku tak tahu mereka yang lain berfikir apa. Namun bagi aku, ianya satu benda yang cukup membuatkan aku ketakutan.

Picu dipetik, tembakan dilepaskan. Diikuti dengan bunyi letupan pada M16 dan kemudian bunyi yang aku fikir diantara bunyi yang paling aku takuti selepas sunyi...

Bunyi peluru ketika menuju ke sasaran.

Aku biasa bermain game Counter-strike, Half-Life, Code of Duty dan seangkatan dengannya namun tiada dalam pengalaman aku mendengar bunyi menakutkan itu.

Biasa kedengaran dalam game hanya bunyi letupan pada raifal dan bunyi apabila peluru mengenai sasaran. Namun tidak pernah aku dengar bunyi peluru ketika menuju ke sasaran.

Itu bunyi maut... dan aku masih mampu mengingati bunyi itu.

Mendengar bunyi itu, aku tiba-tiba rasa insaf, dan hormat pada askar-askar yang berani mempertahankan negara.

Kau bayangkan kau ditengah-tengah medan tempur dan bunyi yang itu datang dari sebelah telinga kau. Nak tambah efek, bunyi itu berterusan tanpa henti.

Tabik hormat, respek...

Bunyi itu agak menganggu aku ketika aku di sana. Namun Alhamdulillah mereka beri penutup telinga. Haha...

Aku ingat lagi detik di mana aku meniarap, mendagu menunggu M16 siap diisi oleh pengasuh (aku maksudkan askar di sana) dan seterusnya dihantar kepada aku.

Aku tarik nafas, pastikan penjera belakang selari dengan penjera hadapan. Dan bila semuanya selari, Picu ditarik.

Dan sebelum kau sedar, kau dah mengambil nyawa papan sasar kat depan kau.

10 butir percubaan, 20 butir untuk mengambil nyawa... dan ketahui, aku skor 94/100, 15 skor 5, 4 skor4, dan 1 skor 3

Menjadi penembak terbaik kem bersama kawan aku, Am ... haha...

Aku fikir tak sukar kalau kau faham asas mengacukan senjata seperti yang aku pelajari dalam game yang aku main. Ada faedah juga perabih masa main game

Aku rindu masa tu kecuali bunyi itu. Aku bukan takutkan bunyi itu kerana bising atau apa-apa, tetapi kerana ianya satu simbolik, di mana maut itu sangat dekat dengan kau.

Seperti bunyi sayap malaikat maut turun ke bumi. Kau pernah dengar? boleh kongsi di sini...

Namun, jika aku diperlukan dalam angkatan tentera, aku fikir aku nak masuk divisen penyerang hendap. Kerana aku kagum dengan ketahanan yang mereka tunjukkan semasa menjalankan tugas.

Mungkin aku banyak menonton TV...

Aku ucap selamat... Kawan-kawan, tabik hormat kepada abang-abang n kakak-kakak askar kita.... Respek...

Selamat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...