Aku lihat monitor, cuba memahami maksud setiap candlestick yang ada depan aku. Dan sepanjang 4 bulan meneliti dengan serius forex ni, aku dapat buat satu kesimpulan.
Pergerakan pasaran sudah tidak sama seperti dahulu.
Aku mula trading sekitar 2 tahun lepas, masa tu aku masih bersama Cahaya Pembuka Hatiku. Dan perasaan masa itu aku masih rasa, masih ingat. Perasaan terhadap carta forex itu.
2 tahun lepas tidak huru-hara seperti masa sekarang. Aku rasakan carta sekarang sangat huru-hara (chaotic). Dan ini tidak bagus.
Tidak bagus kerana ia menjadi sukar untuk ditafsir. Bulan Disember 2010 adalah antara bulan yang teruk bagi aku. Ketika itu, aku masih kuat trade pada carta 1 jam. Dan kerana huru-hara ini aku selalu membuat keputusan yang salah. Kesalahan yang banyak dalam forex bermaksud kerugian yang amat.
Selanjutnya kau boleh bayangkan sendiri.
Aku mula rasa 1 jam mulai tidak releven. Dan mula Januari, ayah aku bagi satu cadangan. Mencuba untuk swing.
Dari melihat carta 1 jam. Aku mulai melihat 4 jam, 1 hari dan 1 minggu. Ironinya, semakin tinggi jangkamasa carta, semakin kurang huru-hara pada candlestick. Dan selama 2 tahun separuh masa dan 4 bulan sepenuh masa bersama forex, baru aku perasan ini adalah kunci kepada keuntungan yang aku cari selama ini.
Walaubagaimanapun, teknik swing memerlukan kesabaran yang tinggi dan hati yang kental. Dan kerjanya bukan sehari. Ia kadang memerlukan seminggu paling cepat untuk selesai. Namun banyak kelebihan seperti sasaran untung yang tinggi dan risiko yang agak rendah aku fikir. Kadar Menang/Kalah pun baik. Dalam 2:1.
Aku cuba dan minggu ke dua bulan ini memang membawa hasil. Bahkan minggu ini juga bakal membawa hasil cuma aku jangkakan aku perlu tinggalkan ia selama 2 minggu agar ia betul-betul selesai dengan keuntungan yang amat besar.
Aku fikir kehuru-haraan ini berlaku kerana ledakan trader-trader baru yang amat ramai disebabkan oleh teknologi online trading yang semakin berleluasa bukan sahaja pada forex, malah pada komoditi dan juga bursa saham. Semakin ramai, semakin meriah, semakin huru-hara.
Doakan aku berjaya ya...
Dan disebabkan ini adalah autopost, jadi aku tak dapat la nak tepek gambar bagi membuktikan teori jangkamasa carta dan kehuru-haraan carta ni. Banyak benda dah berlaku menyebabkan aku terpaksa autopost entri aku kali ni.
Aku ucap selamat...