Soalan mengejut : Adakah kau seronok _________ ?
Aku baru selesai baca entri pada blog NickB bertajuk Are you Having Fun With Forex?
Menjawab soalan dia, aku kata ya namun ada beberapa ketika sahaja keseronokkan itu terasa.
Ketika buat buat order, ketika sedang float positif, ketika terjumpa peluang untuk trade dan ketika tutup trade positif. Hm... sebelum aku sedar, tak banyak masa gembira aku di forex memandangkan aku masih bukan trader yang berjaya lagi...
Tapi secara keseluruhan, aku seronok bersama forex. Banyak yang aku belajar tentang kerja kuat, kajian sendiri dan displin bila bersama forex.
Ada betul kata NickB, bila kita tekan diri kita untuk buat duit pada forex, ia jadi kurang menarik, dan akan menyebabkan kekalahan.
Forex itu sendiri adalah sukar, jadi aku fikir tak adil kalau kita jadikan ianya sukar dengan menekan diri kita untuk melakukannya.
Anggap ianya sebagai satu permainan. Dan setiap permainan ada peraturan. Kita, manusia, hanya peraturan permainan yang kita mahu patuhi buat kita menang. Hanya perlu faham dan ikut setiap peraturan permainan itu.
Aku fikir sama sahaja baik di forex atau dalam kehidupan. Kalau kau ikut undang-undang dan peraturan, orang tak kacau kau, kau juga takkan kacau orang. Bukankah senang hidup sebegitu.
Tapi manusia kan...
Heh, aku sedang berseronok sekarang, semuanya makin floating positif. Masa-masa begini aku selalu mengenang diri aku ketika tutup positif dahulu. Pip hijau. Itu habuan bagi si pemenang...
Yup, pemenang yang sabar, yang patuh, yang pintar, dan yang mampu...
Aku ucap selamat...