Followers

Gamers

Tuesday, February 1, 2011

Nasib #1

Aku pernah berkata pada ayah aku, yang nasib tidak akan menyebelahi aku. Seperti dalam entri aku yang lepas-lepas, untuk mengatasi nasib tak baik, hanya perlu kerja keras.

Tapi dalam dunia forex, sedikit sebanyak nasib memainkan peranan dalam keuntungan sesebuah order yang dibuat.

Aku tak maksudkan nasib itu sebagai pure luck. Aku maksudkan di sini nasib itu sebagai satu elemen psikologi.

Bila kau rasa hari ini tak best, sebelum kau ketahui sepanjang hari kau memang tidak bernasib baik.

Dan aku maksudkan ini, 'firasat' yang mengatakan kau akan dilanda malang itu yang akan membuatkan kau bernasib malang sentiasa.

'Firasat' malang ini sebenarnya yang memandu untuk terus malang. Bayangkan kalau firasat ini tiada. Aku yakin kita mampu buat kerja seperti biasa. Dan biasa di sini maksud aku dengan jayanya.

Manusia punya potensi yang luas. Aku percaya asal kita usaha, asal kita kuat belajar, asal kita latih... kejayaan itu semakin hampir.

Aku ingat ketika aku masih bersekolah, ketika aku masih happy-go-lucky, tak banyak masalah yang aku rasakan mampu dipanggil masalah. Hanya kerana aku sentiasa tenang menghadapinya.

Semakin membesar, semakin hebat pengalaman kita, dan semakin tinggi 'firasat' yang ada dalam diri kita. Dan sebelum kau ketahui, 'firasat' ini kadang membunuh kau.

Aku tidak kata ianya secara keseluruhan tidak baik. 'Firasat' ini juga kadang-kadang membawa kebaikkan. Dan di sini kita mampu katakan kita sedang bernasib baik. Kau faham kan, hanya lawankan apa yang aku bicarakan di sini sebentar tadi.

Bila fikir kembali, jika kita sentiasa berfikir positif, aku yakin kita mampu mengatasi nasib buruk. Hanya perlu bangun dan just do it.

Aku agak tertekan 2 minggu ini atas sebab peribadi dan kerja. Bila sedar akan ini, aku mahu untuk ubah nasib aku.

Menjadi rasional...

Hanya perlu kerja kuat, dan kerja kuat. Aku yakin, walau apa pun halangan untuk aku, aku mampu atasi. Nasib tak memberi makna bagi aku. Aku hanya perlu kerja kuat...

Bersambung...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...