Followers

Gamers

Wednesday, February 16, 2011

Blogger Boy pulak...

Bosan, jadi secara tak sengaja aku terbuka cenel TV9. Oh... Blogger Boy. Teringat kat member aku layan citer ni kat Youtube dulu. Cerita lama...

Menarik jugak. Terlayan aku. Dan mengingatkan aku sebab kenapa dahulu aku mudah terpikat dengan Chinese...

Err... dan sekarang... huhu...

Bila tengok cerita orang putih, aku suka tengok pelakon dari Rusia dan British seperti Gemma Arterton, Olga Kurylenko(Rusia ka dia?) dan lain-lain. Bukan kerana mereka cantik bagi aku, kerana satu perkara yang aku fikir aku senang mendengarnya.

Yup... kerana slang mereka ketika bercakap bahasa Inggeris.

Aku rasa kelakar tetapi terhibur. Bukan untuk mengejek, atau berkata yang slang mereka salah, tetapi aku rasa unik, dan itu yang buat aku terhibur.

Dan ini adalah sama, untuk Chinese girl dan ketika mereka menggunakan Bahasa Melayu.

Terutama jika mereka pandai menggunakan perkataan yang tidak formal dalam bahasa seperti poyo, balak dan lain-lain.

Menarik...!

Susah ke nak dengar Chinese girl cakap dalam bahasa. Bagi aku susah, kerana aku jarang berbahasa dengan mereka. Always in English.

Inggeris aku tak superb. Sket2 boleh la buat modal borak. Haha...

Tapi jika aku dengar mereka berbahasa, ya... aku akan cair... cair... cair...

Dan ke dua-dua bidadari itu juga Chinese. Ops... Haha...

Cerita Blogger Boy ini mengingatkan aku kenapa aku suka Chinese girl dan keunikkan mereka itu dan keunikkan mereka yang lain-lain.

Walaubagaimanapun, cerita ni memang kelakar dan aku sedang marathon cerita ni...

Aku ucap selamat...

PS: Tiap kali ada adegan pintu rumah diketuk, jantung aku mesti berdegup, JAKIM? Haha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...