Followers

Gamers

Thursday, February 3, 2011

Nasib #2

Sebenarnya aku mahu cerita tentang forex semalam. Namun terbebel panjang.

---

Aku dapati orang yang tak bernasib baik atau sentiasa ada firasat buruk seperti aku ini tak sesuai menggunakan teknik scalping atau day tradig. Kerana aku perasan, bila aku rugi, semangat kerugian dan kerja kuat itu seterusnya menguntungkan aku.

Namun, walaupun untung semua terlambat kerana aku ketinggalan dari segi modal dan masa.

3 minggu lepas, ayah aku beri aku cadangan agar aku cuba bermain swing. Ketika itu kepada aku pantas membuat matematik dan hasilnya, aku fikir ianya bukan cadangan yang baik.

Namun, aku cuba. Kerana setiap kata-kata ayah aku sentiasa ada isi di dalamnya.

Aku cuba bermain untuk seminggu dan hasilnya luar biasa. Hanya minggu itu aku untung untuk sasaran 2 minggu. Pendek kata, minggu itu aku selesaikan kerja untuk 2 minggu.

That's brilliant dad!

Aku cuba minggu seterusnya dan seperti yang kau ketahui, internet tiada di rumah aku. Jadi aku berulang alik dari rumah saudara aku yang ada internet.

Dan ketahuilah, segala kesusahan yang Allah berikan itu sebenarnya satu ilmu dan pengalaman yang tak ternilai harganya.

Aku sedar, aku mampu uruskan segala jual beli walaupun aku tak sentiasa berada di depan komputer. Memberikan aku banyak masa untuk melepak dan belajar programming.

Disebabkan teknik swing ini memerlukan masa yang amat panjang untuk untung, ia mampu mengatasi segala nasib-nasib buruk yang berlaku kepada aku.

Aku fikir ianya semulajadi bilamana kau tutup order dan kemudian kau menyesal kerana jika dibiarkan, kau mungkin untung. Biasa aku fikir berlaku pada semua trader. Ini nasib buruk.

Dan buat masa ini, hanya swing mampu mengubah dan mengatasi masalah nasib buruk ini.

Buat masa sekarang, aku masih lagi menguji tentang perihal nasib dengan trading ni. Aku tahu akan ada orang gelak akan ini dan aku peduli apa.

Kerana aku tahu... dan aku lihat... yang aku sedang pip hijau...

Aku ucap selamat ya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...