Followers

Gamers

Saturday, February 5, 2011

Re-Review? : Teknik Big Dog Breakout

Entri ini didedikasikan kepada teman forex aku dari Indonesia. Katanya dia untung dari teknik ini. Teknik ini ada aku bincangkan pada blog lama aku.

Tergerak aku untuk melihat dan mengkaji semula teknik ini. Untuk teman aku di Indonesia tu, terima kasih terdahulu mengingatkan aku teknik ini. Aku akan buat kajian lanjut. Semoga kita sama-sama pip hijau kelak... Untung-untung aku turun Indonesia jumpa ko... haha...

Untuk yang tidak mengetahui tentang teknik ini, dibawah ada sedikit ringkasan yang aku ciplak dari blog lama aku... layan...

---

Caranya mudah:-
1. Buka Chart M15 untuk pair major USD. Aku hanya trade di GBDUSD dengan cara ni.
2. Lukis garisan menegak pada masa terminal, 14:00 di atas chart
3. Lukis garisan menegak pada masa terminal, 16:00 di atas chart
4. Lukis garisan melintang pada nilai tertinggi (high) bar yang ada di antara garisan menegak
5. Lukis garisan melintang pada nilai terendah (low) bar yang ada di antara garisan menegak
6. Buat pending order selepas muncul bar baru di luar garisan menegak.
7. Setiap pending order, setkan masa luput (expired date) tarikh keesokkan hari dan masa 00:00.



Cara buat pending order:-
1. Buat buy stop pada nilai high dan stoploss (SL) pada low-10pip
2. Buat sell stop pada nilai low dan stoploss (SL) pada High+10pip
Target point (TP) kau boleh guna fibo retracement yang diubahsuai tahapnya. Ada 4 peringkat TP setiap order. Setting fibonya: -
TP 4: 2
TP 3: 1.764
TP 2: 1.5
TP1: 1.272
High : 1
Low: 0
TP1: -0.272
TP2:-0.5
TP3: -0.764
TP4: -1



Kebiasannya, jika julat (range) antara high dan low adalah kurang 50-60, ianya akan sangat menguntungkan. Jika julat antara high low adalah lebih 50-60, ianya akan kurang menguntungkan.

TP digalakkan:
  • Isnin & Jumaat - TP1
  • Selasa hingga Khamis - TP2-TP4
  • Nak kaya, buat banyak order dengan peringkat TP yang berlainan. Contoh kau buat buy stop dengan TP1 dan buat buy stop lagi dengan TP2.
Rujukan dan credit
Ada indikator kau boleh guna, tak payah susah-susah nak buat garisan-garisan tu, dia buatkan. Rujuk sini.
http://www.forexfactory.com/showthread.php?t=103682

Terima kasih kepada fxster yang menyebarkan teknik ni kepada aku dan setting fibonya.
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=87506

Aku ciplak dari:-
http://arkibmsuhaimi2007.blogspot.com/2009/09/teknik-big-dog-breakout.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...