Followers

Gamers

Monday, July 7, 2008

Information Overload!!!

Kepala aku sakit baru-baru ini. Mungkin terlalu lama menghadap monitor pc, cuba untuk siapkan laporan terakhir Latihan Industri. Tak kurang juga cuba menyedut sebanyak mana informasi yang terdapat di internet.



Tak aku nafikan aku adalah pembaca setia wikipedia. Di sana terdapat banyak artikel-artikel yang bagi aku amat menarik. Jenis bacaan yang paling aku suka baca adalah jenis kisah hidup orang, tak kiralah fiksyen atau bukan fiksyen. (Biasanya aku suka baca yang fiksyen.)

Namun pembacaan aku tak terhad di wikipedia sahaja. Aku tak nafi aku juga suka membaca blog orang lain. Terutama jenis-jenis blog yang 'suka cakap lepas' kerana bagi aku mereka unik, punya kepala yang mahu dilepaskan.

Namun, orang seperti aku punya kelemahan. Aku mudah ingat akan setiap bacaan yang aku baca. Dan aku juga mudah keliru dengan sesuatu bacaan yang diserap menjadi ingatan.

Information Overload. Sejak pengenalan internet, inilah wabak penyakit yang ramai antara kita tak sedar kita sedang menghadapinya. Ya, maklumat itu bagus, tetapi jika terlalu banyak dan lebih malang lagi kebanyakkannya adalah sampah, tentu sahaja kepala mampu bingung dan sakit memikirkan apa yang perlu dan apa yang tidak.

Aku menyedarinya setelah aku membaca satu ebook percuma di smartusaha. Ia menerangkan tentang banyaknya maklumat yang kebanyakkannya adalah tidak berguna. Dan banyaknya maklumat yang tidak berguna inilah yang selalunya kita serap masuk ke dalam fikiran kita. Salah satu penyakit manusia zaman sekarang.



Aku tak nafikan salah satu punca aku sakit kepala adalah lebihan maklumat yang diserap melalui internet. Huu... aku perlu kurangkan penggunaan internet. Ya, aku manusia. Perlu sosial, perlu rehat. Heh, tapi komputer dan internetkan... sapalah teman aku kalau tak 2 benda alah ni.... teman arkab yang paling setia...

Barangkali aku betul kena fokus atas apa pembacaan yang seperlunya aku baca. Mungkin ini dapat mengurangkan kesan 'overload' yang menimpa kepala aku ni. Heh, kepala pun nak kena jaga la... nak pakai lama...

Hm... nak citer ape lagi... kepala dah pening... aku nak tidur sekejap... tata...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...