Pagi-pagi yang indah begini, aku isi dengan secawan susu dan biskut gula yang aku cilok dari tin besar kepunyaan budak bilik aku. Haha.. apa salahnya, besar tin tu. Tak habis satu sem dia makan sorang. Haha...
Duduk, on monitor. Oh, pc aku memang tak tutup selagi aku tak keluar untuk jangkamasa yang lama. Jadi kalau tengok facebook atau ym aku online tak bermaksud aku ada di depan pc 24 jam.
Buka metatrader, tengok forex. Ya, aku tahu. Aku tak mati lagi dalam dunia trader. Aku masih teruskan. Masih punya baki bermakna aku masih belum mampu berputus asa. Dalam hidup aku, inilah satu-satunya benda yang aku tak mampu nak putus asa. Refuse to give up. Barangkali betul kata kawan aku, aku silap pilih dunia, kejuruteraan kalau kau tanya.
Baru-baru ini hati aku mulai takut. Takut aku tak sempat. Takut kepada tidak cukup. Takut kerana tidak mampu. Banyak benda aku fikir, banyak benda aku mahu. Dan jauh mana aku fikir, dasarnya.. semua masalah berpunca kerana kekurangan aku dalam kekayaan.
Aku masih belum habis baca
Rich dad poor dad, namun ia sedikit beri aku satu pandangan tentang ketakutan yang aku alami sekarang. Barangkali benar, aku masih belum mempunyai set minda sebagai seorang usahawan. Kerana aku masih belum mampu mengawal ketakutan yang aku alami.
Tamak dan takut. Ia juga adalah salah satu punca kegagalan dalam dunia seorang trader. Aku pernah takut, aku rugi. Dan juga kerana tamak aku rugi. Selagi ia berkenaan dengan kekayaan, tamak dan takut ibarat musuh utama. Itu perasaan, menjadikan kita manusia.
Dia kata, jika ini berlanjutan. Aku akan kehabisan masa untuk berfikir. Aku akan kehabisan peluang untuk berfikir kerana aku biar perasaan berfikir untuk aku. Hasilnya, satu demi satu kegagalan datang menjadi kawan aku.
Dia kata lagi, belajar menggunakan perasaan untuk berfikir, bukan berfikir dengan perasaan. Fahaman aku, belajar mengawal perasaan. Beri diri sendiri masa untuk berfikir. Dan buat keputusan berdasarkan logik akal. Pengalaman diri betul mengajar, perasaan mampu membunuh jika kita tidak mampu mengawal.
Setiap hari, aku melihat gambar si dia. Melihat bagaimana masa depan yang aku akan bentuk bersama si dia. Setiap kali melihat, setiap kali itu aku rasa aku perlu berubah. Menjadi berani, merasa cukup, sebagai salah satu cara mengawal takut dan tamak. Dan selagi aku belum mampu mengawal, selagi itu, gambar itu hanya gambar, sesuatu yang hanya aku mampu miliki.
Semakin jauh aku menung, semakin jelas aku nampak. Kekayaan itu bukan masalahnya. Tetapi diri sendiri, ilmu yang sendiri ada dan sikap yang ada pada diri. Menjadi terlalu pandai tetapi tidak bijak juga tidak bagus. Begitu juga sebaliknya. Semua kena seimbang, semua kena setara.
Aku senyum. Dalam setahun aku bersama forex, banyak yang aku belajar. Displin, pengurusan risiko dan kewangan dan lain-lain. Dan ia membentuk aku menjadi seorang manusia yang mahu berfikir dan mampu mengawal diri. Aku sangat bersyukur, dan terima kasih kepada dia yang memberi aku pengalaman ini. Walaupun sudah tidak bersama aku, aku masih ingat jasanya dalam hidup aku.
Susu yang hampir sejuk itu aku teguk. Melihat graf lilin ini membuat aku tersenyum. Ya, aku masih belum untung. Tapi aku kira, jika keadaan sebegitu aku masih mampu tersenyum. Barangkali benar, perasaan itu sudah menjadi pekerja aku. Yang bekerja sepanjang masa untuk aku.
Sekarang, aku harap, duit pula bekerja untuk aku. Aku mahu pecahkan tradisi keluarga, dengan membiarkan kekayaan bekerja untuk aku. Masa depan aku masih belum terang, tapi aku pasti, di hujung sana, walau aku hanya mampu merangkak dan selagi aku tidak putus asa. Ada cahaya yang sedang menanti... di garisan penamat itu.
Apa pun, masa memang selalu menjadi musuh. Aku tak boleh lama. Si dia juga tak boleh tunggu lama-lama. Ia seperti aku menyeksa si dia. Aku harus kuat dan tangkas. Dan berdoa, penantian itu berbuahkan hasil.
Hm, aku harus sambung PSM aku. Harus bekerja kuat sepertimana si dia yang sedang bekerja kuat di luar sana. Aku tahu, kerana aku rasa kepenatan itu setiap hari. dan kau, minta doakan kejayaan kami. Aku hanya ada aku, dan ada si dia. Sekarang aku ada kau. Kau boleh kan doakan aku...?
Aku seperti selalu. Aku ucap selamat. Oh ya, to
bendaaneh, glad you come back... Selamat ya!!!