Followers

Friday, September 26, 2014

Teka-teki sebelum Isnin

Depan meja aku ada secawan kopi, secawan air kosong, gula-gula, nota dan segala benda serabut yang selalu ada untuk seseorang yang bekerja.

Serabut.

Baru-baru ini aku sangat gembira bila aku jumpa cara masuk market yang aku rasa selesa nak ikut. Masalahnya, adalah cara nak keluar dari order yang aku telah buat. Terlalu banyak pilihan.


Ambil contoh di atas. Ikut cara aku, aku akan masuk order tepat pada persilangan 2 garisan ini. Order Sell. Persoalannya bila nak keluar. Hm...

Sebelum aku meracau jauh, ada beberapa kriteria yang aku tetapkan sebelum aku buat keputusan kaedah yang mana yang terbaik untuk keluar market.

Cut the loss, let the profit run.
Yang lama trading mesti selalu dengan benda ni. Kalau rasa tak boleh belah, tak perlu tunggu SL dan terus tutup order, ambil rugi awal!? dan, tak guna TP bagi membolehkan keuntungan itu berterusan. Ramai suggest aku guna trailing stop... hm...

Bila aku terfikir rule untuk keluar, aku sentiasa pegang benda ni. Susah sebenarnya. Stay terlalu lama dalam market sebenarnya tak elok; well, sebenar bergantung dengan kaedah kau guna. Kalau kau scalping tentu sekali kau nak keluar secepat mungkin. Kalau kau swing sekalipun, kalau rule keluar kau kata keluar, kau tak lengah kan.

Hard SL mesti ada. Maksud aku apa sahaja trade kau buat jangan ada open SL atau mental SL. Serius, kalau market berpaling, mental kau mesti break tak kira pro macam mana kau sekalipun. Aku masih mengkali walaupun kriteria kedua aku agak konflik dengan hard SL ni.

Tiada angka tetap.
Kriteria ke dua ini aku buat bagi membolehkan kaedah keluar market aku lebih fleksible. Sebab jarak setiap pair amat berlainan. AudUsd semalam hanya 58 pip manakala EurJpy 76 pip. Kalau aku tetapkan TP yang tetap, atau SL yang tetap bagi setiap 16!? pair yang aku mampu trade, sampai mati pun aku takkan dapat TP dan SL yang lengkap setiap hari.

Kaedah yang aku selalu dengar orang guna adalah meletakkan SL pada SR line. Tetapi aku mencari sesuatu yang lebih matematik, orang kata trading ini sebenarnya refleks pada diri sendiri, dan aku ada banyak pengalaman buruk dengan SR line.

Jangan salah faham, SR line adalah teknik tertua trading dunia dan masih digunakan sehingga hari ini. Cuma ianya tak sesuai dengan aku.

Hard SL macam manapun mesti ada. Dan biasanya aku akan guna angka tetap. Hanya ini sahaja aku beri  pengecualian memandangkan ianya sangat penting untuk disingkirkan. Tapi macam aku kata, aku still kaji lagi.

---

Korang main Eve Online!? Saje tanya. Sambil baca ni boleh buka lagu di bawah. Kinda refreshing bila berfikir sambil ulang-main lagu ni. Enjoy...



---

Aku terfikir untuk guna Stoch (14,3,3) untuk keluar dari market. Mulanya aku fikir, kalau aku sell, then aku tunggu stoch cecah 80 dan set TP pada lowest dari tempat aku masuk sehingga harga sekarang. Kalau kena TP, alhamdulillah. Tetapi kalau dia stoch turun kurang dari 80 dan naik semula ke 80, aku terus tutup.

Hasilnya tak memberangsangkan. tentu sekali kalau aku trade min 6 pair, last sekali aku still untung walaupun ada pair yang drag profit aku. Buat aku terfikir oh... aku boleh baiki dari sini.

Aku cuba bermain dengan stoch sahaja memandangkan aku tak mahu fikiran aku terlalu liar berfikir teknik lain dalam 2-3 hari ni. Dan still jangan buntu.

Mungkin kerana aku terlalu perfectionist. Aku patut loose sikit. Hurm...

Kita tengok kalau aku boleh crack benda ni sebelum Isnin ni. Aku yakin... kalau aku boleh crack ni, then takde benda boleh halang aku dari menghijau... Thee hehe...

Aku ucap selamat. Dan aku minta maaf kalau post ni macam kelam kabut atau tak berinfomasi. Banyak benda dah jadi dalam hidup aku, buat aku jadi berhati-hati bila berkongsi maklumat  terutama berkaitan trading.

Musuh ada di mana-mana... Shhh...

Saturday, September 20, 2014

"________"

Aku ambil masa yang lama untuk hadam realiti yang menimpa aku baru-baru ini. Banyak post telah aku tulis, tidak aku publish, cuba melahirkan rasa sedih dan segala rasa negatif dalam diri. Walaubagaimanapun, bagi aku adalah satu benda yang penting bila seseorang memperoleh kemenangan, kita ucapkan tahniah atau sewaktu dengannya...

Si Dia akan berkahwin. Aku hanya mahu ucap tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Si Dia...

Apa yang aku rasa...?

Ini bukan kali pertama rasa sedih seperti ini terjadi kepada aku. Tapi aku masih hidup, masih mampu laluinya. Pada hari aku tahu berita ini, aku tinggalkan kerja dan game aku, pergi ke pantai, merasa angin luar yang amat jarang aku beri peluang kepada diri aku sendiri untuk merasakannya.

Aku pandang jauh ke ufuk, tidak berfikir apa. Aku lihat ada orang lain juga seperti aku, seorang diri merenung jauh ke hujung dunia. Kadang menggaru kepala seperti berfikir sesuatu yang berat. Realitinya ada di sini bak kata Zizan.

Sedih ada, tapi bukan itu yang jadi penyebab aku tinggalkan kerja aku. Ia hanya kerana aku merasa kosong tiba-tiba. Berasa tiada apa lagi untuk aku di dunia ini untuk aku kejar. Aku kembali pandang jauh ke ufuk, tidak berfikir apa dan hanya merasa nikmatnya angin laut merempuh tubuh lemah aku.

Tak lama aku ke pantai, aku balik duduk kembali depan PC. Tidak aku buka MT4 atau Excel. Tetapi game hanya cuba untuk membunuh kekosongan ini. Aku tidak ceritakan pada sesiapa tentang benda ini, bila chat bersama kawan di dalam game aku, aku hanya jadi seperti aku biasa. Tidak tunjuk kelemahan pada sesiapa.

Dan aku terus membunuh dan membunuh... tapi kekosongan itu terus ada.

Aku ambil masa 3 hari aku fikir dan kemudian aku buka MT4 dan Excel, cuba kaut kembali apa yang tertinggal sejak aku tinggalkan 3 hari lepas. Apa aku boleh buat bila rasa kekosongan ini terlalu kuat untuk aku tempuh.

Trader banyak kerja sebenarnya. Aku jarang tidur lena. Dan bila aku terlalu penat, aku akan tidur setidur-tidurnya. Aku lihat market, aku kaji pergerakkannya. Adakan peraturan untuk masuk, ujinya sehingga takat maksimanya. Dan adakan peraturan untuk keluar. Dan aku buat ini setiap hari.

Matlamat aku untuk mencari sistem yang aku mampu guna untuk semua jenis market aku mampu aku jumpa. Jika orang tanya apa aku buat hari-hari, hanya ini. Setiap hari adalah sama. Isnin sehingga Ahad. Sama...

Dan tidak aku mengadu pada sesiapa kerana aku tidak merasa bosan melakukannya. Tiada apa perlu diadukan.

Sekarang aku ok aku fikir. Aku tidak marah, tidak lagi sedih, tidak kecewa. Aku hanya merasa kosong dalam diri. Tidak aku panik bila market berpaling kepada aku. Tidak juga aku gembira bila akaun aku mula menghijau. 

Aku buat dan biarkan minda aku kosong. Menerima apa sahaja market beri pada aku. Aku kejar sesuatu yang aku tak pernah mahu untuk miliki. Dan bila orang ambil dari aku. Aku hilang sesuatu yang aku kejar.

Dan sekarang, aku tak tahu. Apa yang tinggal hanya kerja dan game aku. Aku lihat meja aku penuh dengan catatan. Lihat monitor aku gelap, hanya ada lilin-lilin market. Aku hidu baru kafein memenuhi bilik aku. Aku dengar kuat lagu-lagu kesukaan aku.

Dan aku rasa kosong... dalam hati aku.

Aku patut keluar aku fikir. Cuba jadi manusia jauh dari skrin komputer. Bergaul, mencari cinta baru barangkali, atau sesuatu yang aku boleh kejar. Duit tak pernah jadi pemangkin untuk aku bergerak. Hanya keseronokan atau proses mencarinya yang jadi kegilaan pada aku.

Hurm... buat masa sekarang, aku hanya mahu teruskan dengan apa yang aku sedang lakukan. Dan hanya tunggu dan lihat apa plan Allah untuk aku di dunia ini.

Mungkin ini post terakhir berkaitan dengan Si Dia. Next, aku tak tahu apa cerita yang bakal aku ceritakan di sini. Umum diketahui blog ini hanya tempat aku luahkan emosi aku. Dan Si Dia adalah 'emosi' yang terakhir ada pada aku.

Market mula berbaik dengan aku. Menunjukkan prestasi yang aku impikan. Mungkin ini yang bakal aku ceritakan kelak, menjadi post 'Rasional' dalam blog ini.

Aku ucap selamat... untuk Si Dia bersama pasangannya dan kalian si pembaca... Aku takkan tinggalkan blog ini. Hm.. mungkin aku patut tulis novel ke apa untuk isi kekosongan dan poket aku. kan? huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...