Followers

Tuesday, October 25, 2016

Hi semua.

Hi semua. Lama tak update. Lama giler. Alasan sibuk tapi alasan ni dah banyak kali dengar kan? haha...

Baru-baru ni tertekan sket. Kalau dulu masa blog ni aktif, asal tensen je, or gembira je update blog. But zaman sekarang ni ada ke orang baca blog? Aku tengok budak2 sekarang dok baca fb wall la, twitter la. Suka benda yang pendek dan simple.

Dan aku juga begitu.

Aku sibuk dengan kedai. Yup, aku buka kedai T-Shirt. Kedai kecik2 je dalam Econsave Hamzah Alang (google ya). Menulis ni bukan nak promote kedai, just... ah... nak promote sket.. hehe...

Aku juga buka kedai online http://lionhearttrading.my. So far guna platform Shopee, xde webstore sendiri lagi.

Aku tak tahu orang lain but sebab barang kat kedai aku tak banyak mana, aku prefer jual kat marketplace lagi, macam Shopee.

Aku sebenarnya dalam peralihan dari offline ke online. Kedai so far ok cuma... well, aku computer guy. So... yeah.

Banyak aku belajar bila nak market barang. Kalau dulu masa university, aku hanya guna blog dan forum. Now dah mudah, kita ada FB page, instagram, twitter, whatsapp dan macam-macam lagi. Kalau ada duit sket leh la guna google adword or FB ads.

No wonder budak sekolah zaman sekarang pun dah sama kaya macam mak bapak dorang. I mean dah boleh ada duit sendiri. Rajin dengan tak je.

Banyak benda aku belajar, kepala macam sendat sket. Information overload. Benda ni pernah jadi masa belajar forex dulu. Overwhelming dengan maklumat2 baru, teknik baru dsg. Nak muntah tapi kerja tetap kerja... Kena buat jugak.

Berniaga tekanan dia berbeza dengan bekerja. Dulu masa jadi manager mana la aku kisah sangat store untung ke tak.. I mean KFC, sapa tak kenal. Orang xde duit je tak masuk KFC nak makan ayam... Haha...

But bila buka kedai sendiri, bila sale sket, nak tak nak kena brainstorm... Kalau sale ok pun kena brainstorm. Kalau sale raya menggila2 pun still kena brainstorm camne nak dapat bukit emas ke 2.

Manusia...

Anyway, aku just bebel nak lepas tekanan. Tak tau jika aku masih mahu ligat nak berblog. Blog ni... jujur, terlalu personal.

Tipu kalau aku kata aku tak ingat si dia.
Tipu kalau aku kata aku tak ingat Cahaya pembuka hatiku.
Tipu juga kalau aku kata aku dah lupakan Fiqa, Aina, Cahaya Kemuliaan dan dll
This part is too personal.

Bila ko dah tua, kau rasa ah... that moment, kalau la aku buat itu or ini... But the more aku kenang, the more aku fikir.. lebih baik aku tak dekat dengan mereka. Coz in the end... aku tak dapat apa2.

Ada benda yang aku konsistan buat sepanjang hidup aku dan bila kenang balik, kenapa aku tak teruskan je. Become pro... instead terjebak diri aku dengan hal2 personal.

Manusia...

Sekarang, aku just kerja. EVE online pun dah jarang buka terima kasih kepada internet Malaysia yang tak pernah gagal menghampakan aku. Rasa nak pindah korea memandangkan internet sana memang no 1 terlaju dunia.

Damn...

Ok la.. sambung keje... Korang leh unsubscribe je blog ni... coz bila aku update kemudian, apa yang ko baca adalah aku membebel. Nothing more. Hidup aku... kalau tak jadi yang teratas lebih dari orang lain, aku fikir.. its much better Tuhan ambil sahaja aku jauh dari dunia... at least, itu apa aku rasa...

Pro...

Aku ucap selamat!

Monday, February 15, 2016

Lionheart Trading : Kedai T-Shirt la pulak!!!

Halo... Apa khabar semua? Huhu...

Maaf lama tak update. Sibuk baru-baru ni dengan projek baru. Ni ada kelapangan ringan tangan ni nak update blog. Ada lagi ke tidak pembaca blog ni... ;p

Logo Kompeni hasil karya pokcik google dan di 'touch up' oleh saya.
Baru-baru ni aku buka kedai pakaian dalam Econsave Hamzah Alang. Dalam kedai ada T-Shirt unisex lengan pendek, lengan panjang dan kanak-kanak, T-Shirt perempuan, seluar pendek dan panjang, kain batik dan kain pelekat.

Kain Pelekat la la la la~~~
Kelakar!? memang... huhu...

Aku tak pernah berniaga buka kedai. Ni 1st time. Cuak memang ada. Nak kata ada pengalaman berniaga ni, dulu just berniaga picisan kat internet. Tak pernah lagi try buka kedai.

Buka kedai ni idea mak aku. Boring duduk rumah katanya. Jadi dia paksa aku buka kedai. Mak punya pasal aku layankan je. Modal takde la besar tapi berbekalkan ilmu matematik tahap taukeh ayam, cukup la... kot... haha...

T-Shirt Perempuan Free size!
Pengalaman jual pakaian memang zero. So nape jual pakaian? Sebab satu hari aku jalan-jalan, terjumpa satu kedai pakaian ni. Aura kedai dia lain macam. Cara dia susun pakaian... or sebab pakaian yang dijual punya warna nak menarik. Aku tak tahu. Tapi memang leh pengaruh orang yang terserempak kedai tu.

Comel je kedai. Keh keh...
Susun atur kedai aku ni memang follow sebijik kedai tu. Dengan harapan bakal pelanggan aku kelak merasa aura yang sama seperti yang aku rasa. Tapi tu la, kedai dia besar, kedai aku kecik, aku tiru mana mampu la... lol.

Mula-mula start buka kedai memang la susah, tambah cuak lagi. Banyak benor lak benda nak kena ada. Nak lesen perniagaan la (SSM), nak urus hal sewa kedai la, nak cari supplier la. Lemau.

T-Shirt Lengan Pendek, Lengan Panjang... semua ada...
Tapi aku jenis just do it, bak kata NIKE. Fikir banyak memang takkan buat. Berniaga ni bagi aku la... buat je, cuma bila ada masalah, jangan lari. Cuba selesaikan... benda yang berjaya repeat, benda yang xbest jangan ulang... n sentiasa cuba cari idea baru.

Seminggu pertama, sambutan menggalakkan. Aku guna skim harga beli 3 dapat diskaun. Senang untuk aku dan mak aku memandangkan kitorang ni tak boleh orang cucuk sikit, kasi murah, terus bagi. Kalau tak dikawal mau sebulan pertama tutup kedai.

Jadi nak diskaun, beli 3. Huhu... So, bila orang datang kedai aku, aku galakkan dorang bawak kawan-kawan untuk dapat harga murah. Lagi cepat habis stok, lagi senang hati aku. Lol..

Aku jual tak mahal. Lebih murah dari kedai biasa tapi mahal sket dari pasar malam. Alasan mudah. Kawasan aku duduk ni pekan. Orang sini takde la semua kaya-raya macam orang bandar. Pun, takde la miskin sangat. Harga aku letak cukup la nak bayar sewa kedai dan hal-hal lain.

Tapi aku tak rasa harga ni mahal, ataupun murah. Aku survey kawasan Kapar ni tengok harga kat sini macam mana, then ambil purata then murahkan sket. Pastu tengok pasar malam camne, ambil purata then mahalkan sket. Camtu la kira-kiranya.

Urusan akaun dan cara letak stok aku guna apa yang aku belajar masa jadi manager kat KFC. Aku agak bernasib baik juga pernah kerja KFC, cara urus duit sume memang tiru KFC habis. Layan.

Dinding utama. Daya tarikan pengunjung...
Minggu ni dah minggu ke 2, aku buka 1 Feb 2016. So, boleh kata nak masuk minggu ke 3. Minggu perit sket la, tengah bulan. Duduk menaip ni pun sebab terasa lapang depan kedai aku. Orang tak lalu lalang time-time petang tengah bulan camni. Luar pun tengah hujan lebat.

Boleh rileks!? nope. Aku tengah cuba nak buka kedai internet macam aku buat dulu. Rasanya dah leh biasa dengan urusan kedai. Jadi barulah nak buka kedai internet. Tengok camne. Papehal aku update sini. Huhu...

Aku kekal positif. Awal bulan ke, tengah bulan ke atau akhir bulan. Ada rezeki Inshallah ada la untungnya.

Stok picisan seminggu... ahaks!
Dulu mula-mula nak buka terfikir juga, bukan hari-hari orang makan baju ye tak. Tapi bila fikir, ada berapa ramai manusia kat pekan Kapar, pekan Meru dan ya... ada juga pelanggan aku dari Kuala Selangor dan Shah Alam datang Econsave sini beli barang then singgah kedai aku.

Rezeki, bila Allah nak bagi. Benda yang kita fikir tak logik pun boleh jadi logik.

Sampai sini saja la. Nak amik mood buat kedai internet. Teringat ada blog jadi update sini dulu. Aku ucap selamat...!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...