Baru-baru ni rajin pula aku ke surau menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah. Pada mulanya sebab si dia bising kat aku dan minta aku berubah. So aku taknak si dia bising-bising, aku pergilah ke surau. Dulu sebelum aku kenal dia pun aku masih ke surau tapi tak kerap, tapi sekarang...
Ya, pada mulanya memang liat. Susah sangat nak pergi padahal dari bilik aku nak ke surau tak sampai 5 minit. Tapi rasa tak sedap lak bila sudah kata mahu pergi tetapi tidak pergi. Ikutkan sahaja kehendaknya. Namun tak lama selepas tu, ia menjadi rutin hari malamku. Senangkan, pergi solat Maghrib berjemaah. Balik ke bilik buat kerja sikit. Then pergi balik ke surau untuk solat Isyak berjemaah. So lepas tu aku boleh buat kerja dengan senang hati tiada kerisauan diri...
Sejak aku ke surau untuk solat jemaah, hidup aku lebih teratur. Ye la, fikiran tak rungsing, aku pun dapat kenal ramai orang. Tak pula aku rasa bazir masa berjalan ke sana kerana aku rasa senang melakukannya. Melihat ramai orang sepertiku berjalan satu arah, huhu... rasa kelegaan di hati kerana aku rasa aku tak keseorangan.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda:Sekarang, aku tak perlu di paksa untuk ke sana. Si dia pun dah tak bising lagi. Cuma ada la sikit2 bising sebab Subuh, Zuhur dan Asar aku memang liat nak pergi. Sebab apa? Sebab aku ada 'mind set'. Pukul 2 Zuhur ( biasalah nak makan tengah hari), pukul 6 Asar (haha... nak selarikan masa untuk mandi coz lepas tu aku tak payah mandi lagi untuk solat Maghrib) dan Subuh pukul 6.30pg (ni... no komen. Huhu...)
"Kalau tidak kerana ada wanita dan anak-anak didalam rumah sedangkan aku bersembahyang isya, nescaya aku suruh pemudaku membakar rumah-rumah (yang penghuninya tidak hadir berjemaah itu)" (Riwayat Ahmad)
Well, aku nak kongsi sikit cerita yang aku ambil dari Forum Tanya@Putera,
-----
Ada dikisahkan bahawa Ubaidillah bin Umar Al-Qawariri (guru Imam Bukhari, Muslim, dan Abu Dawud) berkata: “Aku sama sekali tidak pernah meninggalkan jemaah sembahyang Isyak.Pada suatu malam, aku kedatangan tamu, sehingga tidak dapat menunaikan sembahyang Isyak dengan berjemaah.
Sesudah tamu itu pulang, aku segera pergi ke masjid di Basrah, barangkali ada yang belum mengerjakan sembahyang jemaah Isyak.
Ternyata semua orang melakukannya, sementara masjid telah terkunci. Kemudian aku pulang, hingga kemudian teringat suatu hadis
Lalu aku mengerjakan sembahyang Isyak dua puluh tujuh kali, kemudian tidur.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Solat Jamaah itu adalah lebih mulia dari solat berseorangan dengan kelebihan sebanyak dua puluh tujuh darjat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim - 11/618)
Ketika tidur aku bermimpi melihat sekelompok orang menaiki kuda, kemudian aku mengejar mereka dengan kudaku.
Ketika hampir terkejar, ada salah seorang di antara mereka berkata: “Kamu tidak mungkin boleh mengejar kami. Sebab kami mengerjakan sembahyang berjemaah di masjid, sementara kamu mengerjakan sembahyang secara bersendirian (munfarid) di rumah.” Selepas mendengar ucapan itu, lalu aku terjaga dan berasa sangat susah sekali.”
-----
Lainkan cara lain nikmatnya. Huhu... Hm, bilalah aku boleh berubah. Zuhur dan Asar memang sukar sedikit koz clash dengan masa kuliah aku. Tapi Subuh... Baik, aku cuba esok pagi... Ya, berani berubah... (pecinta Proton... huhu)
Sumber Hadis dan fakta...
http://www.putera.com/tanya/lofiversion/index.php/t32806.html
http://nurjeehan.hadithuna.com/muslim-sejati-faham-kudrat-ilahi/
http://rockbebeh.blogspot.com/2007/09/mutiara-kata-sabda-rasululluh-saw-dan.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Azan_dan_Iqamat
Sumber Hadis dan fakta...
http://www.putera.com/tanya/lofiversion/index.php/t32806.html
http://nurjeehan.hadithuna.com/muslim-sejati-faham-kudrat-ilahi/
http://rockbebeh.blogspot.com/2007/09/mutiara-kata-sabda-rasululluh-saw-dan.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Azan_dan_Iqamat