Followers

Thursday, April 30, 2009

Diari sx la sangat...

Aku kata,
Aku sayang dia, tapi aku tak mampu untuk cinta kan dia. 

Dia tanya, 
kenapa tak boleh?

Aku jawab, 
Cinta menjadikan manusia rasa cukup, dan rasa cukup itu datang dari tanggungjawab yang berat. Cinta adalah tanggungjawab.

Aku tak pernah rasa cinta adalah sesuatu yang nikmat semata-mata. Bagi aku ia lebih kepada tanggungjawab. Seperti cinta seorang ibu kepada anak, memastikan anak-anaknya mendapat didikan cukup, kasih sayang yang cukup dan itu bagi aku jika dipandang dari pandangan orang lain, ia adalah membebankan.

Tapi aku percaya, cinta juga punya nikmat yang aku tak perlu bagitau. Kau faham kan.

Dia terdiam sebentar dan kemudian kata,
Kalau macam itu, esok, bila bersama. Tak mahu dicintai. Hanya mahu disayangi. 

Aku gelak, dan kata..
Kalau macam tu akan rasa kesunyian. 

Dia tanya kenapa?

Aku jawab
Sebab nanti aku takkan mengajak untuk"make love" di malam hari... (sambil gelak nakal)

"Jahat..."

Monday, April 27, 2009

Aku terjaga kerana picisan gelap itu...

Aku terbaca satu blog. Dari seorang gadis. Atau aku boleh kata diari. Hm... bukan sesuatu yang biasa aku baca. Ia dipenuhi dengan rasa tidak puas hati, rasa dijauhi rasa tidak dikasihani. Seperti yang tidak sepatutnya dirasai oleh semua orang perempuan.

Zaman sekarang, aku lihat perempuan mula boleh jalan seiring dengan lelaki. Sama-sama maju, sama-sama punya hak, sama-sama hidup. Dan sebab itu aku tak pandang rendah pada perempuan, dan tak pernah rasa mahu memberikan "lady first" jika ada apa-apa peluang yang aku rasa berbaloi untuk aku rebut. Aku tak kira laki ke perempuan, sapa dapat dia punya.

Ya, ini kelemahan lelaki. Lady first konon. Tengok diri sendiri dulu.

Tapi aku tak nafi, mereka (perempuan) harus lebih di sayangi, lebih dikasihi, hanya bila kena pada masanya. Kalau rasa macam nak terajang orang, baik cari lelaki sebab pada dasarnya, lelaki lebih kuat dari perempuan. Perempuan memang tidak dilahirkan untuk berperang. Women are from venus, right.

Tapi dia, empunya diari itu. Aku baca, aku cuba faham masalahnya. Persekitarannya seperti tak membenarkan dia menjadi perempuan. Hak dia sebagai perempuan seperti tidak diendahkan. Ala, kau tau la perempuan. Mereka perlu banyak keperluan, bukan?

Dipukul, didera dan tidak dikasihani...

Bila aku baca, aku terfikir. Orang macam dia boleh wujud. Aku percaya satu hari nanti, jika berlaku sesuatu yang buruk disekelilingnya, ia boleh jadi berpunca dari dia.
Bagaimanakah kehidupan manusia yang bahagia?
Bahagia datang dari sifat yang lembut, sayang, aman dan gembira. Hidup macam perlumbaan. Jika kau mahu bahagia, cuba gembirakan diri sendiri dan kalau mampu orang sekeliling. Lumba untuk mencari keamanan dalam diri sendiri.

Aku penjaga hati. Aku sentiasa memastikan diri aku gembira kerana aku tahu... dari situ, aku boleh mampu untuk bahagia. Aku sedang kejar kebahagiaan aku. Walau aku masih tidak nampak apa kah tidak rupa kebahagiaan itu. Aku sedang usaha ke arah kebahagiaan itu, penat, aku tahu tapi itulah kehidupan. Ia suatu perlumbaan...

Aku doakan kau, si gadis... gembira selalu. Bahagia selalu. Manusia menjadi kotor kerana pilihan kita sendiri. Dan aku harap, sangat berharap... diari yang datang dari kau hanyalah cerpen ringkas picisan Cinderella. Benar atau tidak, aku tahu hanya kau sahaja yang tahu...

Aku ucap selamat kepada kau ya...! Semua!
Aku tengah emo. Fikiran aku mula tak mahu fokus. Mata mula asyik nak lelap tapi tak lena. Aku sedar aku ada masalah.

Janggut mula panjang. Misai dah kalah apek tanglung. Rambut mula panjang kalah mat rempit simpan ekor. Aku sedar aku ada masalah.

Perut makin naik, selera mengalahkan vakum cleaner. Seluar dah tahap nak bagi sedekah kat orang sebab tak muat pakai. Aku sedar aku ada masalah.

Namun dalam banyak-banyak masalah itu, aku sedar aku bernasib baik. Sebab bila aku mandi, aku terasa basahnya air. Aku lega.

Kau nak ke mana? Dah mandi pagi ni?

Saturday, April 25, 2009

Hari ini 25 April 2009...

Selamat hari jadi sayang. Dan terima kasih untuk janji ini. 

Semoga gembira dan bahagia selalu. Jaga diri baik-baik.

Dan semoga hari ini adalah hari yang terbaik untuk kita berdua bersama kelak...

Friday, April 24, 2009

Sebelum sampai ke dua digit dan ke tiga dari kumpulannya...

Hari ini aku teringat sesuatu. Sesuatu yang cukup pedih aku kira. Jam 8 pagi dan aku masih tidak tidur dari semalam. Aku jadi terlalu sakit bila cuba untuk tidak memikirkannya.

Inilah hati. Jika aku mampu, itu tong sampah hitam tempat untuk hati aku.

Ia kerana seseorang. Yang aku anggap spesel tapi hakikatnya spe-sial. Dalam hati aku sentiasa ada tempat untuk dia dan aku rasa dengan hati, tiada tempat dalam hati dia untuk aku. Kau hanya perlu sedetik ketenangan kalau kau mahu baca hati orang lain.

Aku tak boleh tidur. Bom jangka aku terdetik picu keselamatannya. Barangkali hanya perlu daya yang kecil untuk tekan picu pemacunya. Boom! Aku dan dia akan habis.

Satu benda menarik pasal aku, aku kuat berdendam dan takkan ada seorang pun yang dapat membaca hati dan raut wajah aku yang aku sedang berdendam. Tak percaya? kau boleh tanya salah seorang ex aku kalau kau kenal yang mana satu.

Dan sekarang, aku masih belum berdendam. Hari ini cuaca baik di luar. Jadi aku taknak rosakkan. Aku harap kau lega membaca ini.

Dan kau, kalau kau baca ini. Aku beri kau tempoh untuk cari aku. Amat singkat kerana aku telah tunggu lama. Sebelum enam, sebelum matahari itu terbit. Cari aku. 

Dan kalau kau masih keliru siapa diri kau pada aku. Aku bukan sesiapa kepada kau, bukan apa-apa kepada kau, kerana aku dan kau, kita... bukan siapa-siapa pun.

Aku tinggalkan sesuatu untuk kau, hanya jika kau faham yang aku sedang memerhatikan kau.

Dan para pembaca selainnya, aku ucap selamat...

Thursday, April 23, 2009

Ini bukan cinta, ini adalah cerita tentang kasih sayang seorang kanak-kanak kepada kanak-kanak lain...

Assalamualaikum, Amy, Bob, jom main...

Tuan Sharifah Sa'adiah. Aku percaya itu nama dia. Dia ada adik. Aku fikir, hm... Tuan Sharifah Suhaibah. Dan dia pun ada adik lelaki yang aku tak ingat nama. Sorry la... Aku just ingat nama perempuan cantik aje. Maafkan aku ok.

Kenal masa aku kecil. Sejak aku tabika aku fikir. Apa yang aku ingat tentang dia... Dia yang membawa aku ke dalam dunia permainan kanak-kanak perempuan. Kau sebut sahaja, batu seremban, lompat tali, main ting-ting dan sebagainya. Sehinggakan masa aku kecil, aku adalah jaguh atau hero rumah flat dalam sukan kanak-kanak itu.

Atlet kecil, jika ada olimpik untuk permainan-permainan seperti itu, itu emas sudah lama gua bawak balik. Masa tu apa barang layan bola sepak, wah haha... aku rasa aku je lelaki kat dunia ni yang mampu berkata begitu.

Hm, last sekali aku dengar dia pindah Sabah... Lost connection.

Pagi ini aku bangun dari tidur kerana terdengar dia memanggil aku. Mengajak aku bermain. Aku sedikit terhibur dan panggilan itu masih lagi teriang di telinga aku. Itu kenangan yang manis, kenangan yang baik untuk di kenang. Dan aku gembira aku masih boleh ingat kenangan-kenangan dia.

Kalau dia baca ini, aku hanya mahu kata, hm... Pagi ini aku ingat kau, dan aku harap sebab aku ingat kau ini adalah kerana kau tengah ingat kat aku. 

Ya, betapa childishnya aku... 

Wednesday, April 22, 2009

Pecah penjara, err...

Baru lepas tengok Prison Break, season 3. Aku tahu dah lapuk, aku ulang tayang. Mula bosan dengan kertas dan pen.

Moral dari cerita, setiap benda nak buat mesti ada plan A. Dan sentiasa bersedia sebarang kemungkinan dengan plan B.

Aku suka cerita ini. Agak kompleks, tapi aku lebih suka dengan watak Michael Scofield, bijak la la la... Melihat dia, aku fikir, aku botak lepas ni pun aku tak kisah. Janji bijak. Haha...

Sentiasa fikir ke depan, sentiasa ada perancangan. Persekitaran sikit pun tak menganggu dia menaakul langkah seterusnya. Sehingga orang-orang jahat dan persekitaran itu sendiri tunduk kepada perancangan dia.

Aku kagum. Walaupun ia hanya cerita tapi aku kagum. Watak macam dialah yang buat aku rasa sangat takut kepada orang bijak dan dalam masa yang sama tak nak kalah kepada orang-orang macam dia.

Kalau aku boleh jadi bijak seperti dia, aku nak pergi semua tempat. Penjara, hutan atau mana-mana tempat yang orang lain kata memang kau tak boleh hidup bila berada di sana. Macam cerita Man vs wild ke apa...

Hm, barangkali kebijaksaan itu datang dari keadaan yang terdesak.

Sara Tancredi tak mati lagi ek. Oh, semua ini lara..

Tuesday, April 21, 2009

Pagi ini bukan milik kita berdua

Jam 4.30pagi. Hantulah... Sedang aku syok melancong dalam internet, aku jumpa ini...


Cepat la siang... adoi... menggigil dah aku ni...

Monday, April 20, 2009

Andai diberikan emas permata, aku nak ucap terima kasih sebab bagi aku benda ni...

Aku lapar. Aku mula berdoa. Turunkan bidadari dari syurga dan hadiahkan aku sekeping roti krim periksa blackcurrent dan setin pepsi. Agak lama juga aku memandang langit, haram tak datang turun. Huh!

Kau nak kau kena turun usaha. Aku suka ayat itu dan tu sebab aku dijadikan dari sperma manusia. Bukan kucing bukan ayam. Walkman dengan playlist terhebat, check! dan duit baki makan malam tadi, check! Aku bersedia pergi ke kedai Azah 24 jam. Itulah tempat faveret aku semester ini.

Tengok muka mamat yang jaga kedai tu, cergas je setiap masa. Tak pernah lagi aku tengok dia layu. Makjun apa dia telan. Aku pun nak cuba jugak. Dan berapa banyak tongkat ali aku telan, sama je. Aku imun tongkat ali agaknya.

Aku berjalan balik. Jalan pandang langit. Barangkali masih berharap bidadari turun bawakkan benda yang aku mintak tadi. Untung-untung dapat makan n teguk dua kali. 

Yang aku nampak hanya bulan. Terang walaupun tidak penuh. Aku agak terhibur. Aku buka satu tin pepsi dan halakan ke langit. Minum bersama aku malam ini. Dia hanya tersenyum, barangkali.

Balik bilik, cuba habiskan roti yang beli tadi dan kemudian terus tidur. Sebelum tidur aku berdoa...

Agar esok bila aku bangun... Benda yang lepas yang aku sendiri anggap buruk tidak lagi berlaku kepada aku.

Sunday, April 19, 2009

Hari ini aku rasa sangat gembira. Aku lihat dompet aku, lihat resit bank aku. Wow, tak banyak mana tapi aku puas. 

Aku nak ucap terima kasih kepada semua perempuan-perempuan aku yang me'reject' aku, di'reject' aku dan yang dah putus dengan aku. Terima kasih banyak-banyak.

Semester ini, aku tak pergi Jusco Tebrau, tak bersiar-siar kat Danga Bay dan tak buang masa malam-malam temankan orang lain pergi makan.

Semester ini juga aku mampu tumpu perhatian aku kepada benda-benda yang aku minat, dan yang aku harus minat. Dan siapkan kerja-kerja aku dengan zero kebimbangan.

Juga aku mampu makan dengan senang hati, tiada lagi bunyi-bunyi sms dan telefon yang menganggu. Kau tahu aku tak suka telefon bimbit. Ia buat aku cepat kena serang magrain. Dan terima kasih, kredit aku telah berkurang menjadi RM10 sebulan. Itu satu pencapaian yang paling hebat dalam hidup aku.

Aku mampu makan dan hidup seperti seharusnya. Aku rasa lega kerana aku mula normal semula. 

Aku rasa lega... Kini, bila dompet aku mula kehausan uwang, aku dah tak pernah risau akannya. Kerana aku tahu, hari ini atau esok, aku pasti mampu hidup dengan kekurangan itu.

Aku bangga dengan diri aku semester ini dan aku harap semester depan, aku masih boleh menjadi seperti semester ini. Tidak menjadi kumbang, jadi aku tak perlukan bunga. 

Dan aku berdoa, kesunyian malam ini, dapat aku harungi... seperti biasa... seperti selalunya... dan seperti sepatutnya... 

Aku ucap selamat malam ya...

Monday, April 6, 2009

Nota lagi ke kaki...

Dia kata
Kau nak nasi mie?
Longgokan nota-nota ringkas di atas meja sedikit buat aku rasa pening. Esok aku punya dua ujian, petang dan malam serta satu perbentangan. Kalau kau rasa kasihan kepada aku, lupakan. Kerana ini biasa bagi seorang pelajar universiti, aku fikir...

Aku pandang satu persatu. Sambil mendengar alunan lagu dari Beethoven. Ya, barangkali aku mula menjadi terlalu suka kepada lagu-lagu klasik ini. Setiap hari mesti satu lagu aku harus dengar baru aku rasa lengkap satu hari. 

Beethoven - Symphony No. 7 in A major, Op. 92 Second Movement. 

Masih lagu sama. Lagu sedih aku boleh kata. Seperti bermula dari bawah. Tiada apa-apa tapi perlahan, naik. Berjalan, dan perlahan, usaha untuk sampai satu matlamat. Walaupun banyak halangan, walaupun kerap terjatuh. Tetap bangun dan perlahan cuba sampai ke matlamat. 

Dan apabila sampai. Akan ada tangis gembira. Dan dari situ kau tahu, segalanya yang telah diusahakan berbaloi. Cerita sembilan minit tujuh saat. 

Aku mengarut? Kau dengar dan bagitau aku apa kau rasa. Atau kau sudah dibiasakan dengan musik-musik sekarang ni dan tak mampu mendengar seperti apa yang aku dengar. Budak-budak zaman sekarang. Isk2... 

Buat la apa yang kau nak. Tak salah pun.

Aku pandang nota lagi, aku jadi tertekan. Maka aku lapar. Sangat lapar sampai seorang kawan aku dapat mengesan gelombang kelaparan aku. Katanya ada nasi terlebih beli. Pantang orang bagi (jual sebenarnya) aku sapu. 

Burp. Kenyang itu bagus tapi aku masih lapar. Kebanyakkan seluar aku dah tahap boleh buat sedekah dekat rumah anak-anak yatim. Dah tak padan dengan saiz aku. Bagi aku 2 bulan, aku tahu hanya kain pelekat je yang mampu aku sarung untuk ganti semua seluar aku. Marabahaya.

Aku ngantuk. Kau tahu aku perlu disorongkan bantal. Tapi aku masih tak mahu tidur. Dan tu sebab aku merepek kat sini. Terima kasih kerana sudi membaca. 

Aku mahu sambung baca nota ya. Aku ucap selamat kepada kau dan doakan aku agar tidak mampu tidur sehingga habis semester ni. Kau faham maksud aku. Selamat ya...

Saturday, April 4, 2009

Aku baru perasan dah ada 3 follower blog ni. Terima kasih sebab rajin menjenguk blog aku ni. Sungguh aku tak tinggalkan blog ni walaupun aku lama tak update. Maaf. Aku ketandusan idea. Seperti sekarang, aku masih lagi dalam ketandusan idea.

Aku mula ok. Hm... Dia kata...
Kau nak pergi mana mie...?
Kalau rajin selak entri aku yang lepas-lepas. Aku pernah kata aku punya hobi baru, berjalan malam. Ingat kan? Baru-baru ni aku tak buat dah. Sebab sibuk, aku mula mampu untuk tidur malam semula. Menjadi normal menjadi biasa. Syukur. 

Tapi aku mula punya hobi baru. Sama, tetapi kali ini cuacanya petang. Dalam pukul 6 petang dan jarak perjalanan lebih jauh. Berjalan petang sambil menikmati musik, aku rasa itu adalah di antara masa bertenang aku. 

Playlistnya kau tanya. Masih lagi lagu klasik. Masih lagi okestra. Haha... Aku tak tahu kenapa aku rasa menarik. Sekarang lagu aku aku selalu ulang main, komposer Beethoven, Symphony No. 7 in A major, Op. 92 Second Movement. 



Kalau kau tanya jarak perjalanan aku. Hm, habis jugak la satu symphony, 4 movement, maksudnya 42 minit perjalanan. Selamba. 

Aku pernah kata, dalam hidup aku jarang punya masa yang tenang. Aku anggap ini sebagai terapi. Terapi untuk bebaskan diri dari masalah dunia. Kau boleh cuba kalau kau mahu.

Berjalan, melihat suasana. Melihat apabenda la bebudak U ni buat petang-petang macam ini. Hm, rasa suasana lain. Sebab aku jenis homey, aku rasa ini sesuatu yang sihat yang aku mampu buat.

Aku ucap terima kasih kepada dunia kerana beri aku hidup, menikmati dunia, menikmati musik. 

Keluar kejap, meluaskan suasana. Mana tau jumpa awek cun nanti. Haha...

Hm... dasar lelaki... Hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...