Hari ini kita akan belajar mengenali trend dalam carta forex. Macam aku pernah cakap dalam entri ini, hanya ada 3 jenis trend. Uptrend, Downtrend dan sideway. Ada satu hari orang tegur aku, katanya trend sudah berubah. Bila aku tengok, cet... belum lagi. Jadi hari ini aku ajar kau orang bagaimana cara yang betul menentukan trend.
Pastikan gambarajah di atas ini lekat di kepala kamu. Ini adalah asas mengenali trend. Apa ada pada gambarajah ini. Ok. Aku harap kau faham Inggeris sedikit.
Uptrend akan bermula dari Low, kemudian High, diikuti dengan Higher Low, kemudian Higher High. Higher itu menunjukkan uptrend.
Turutannya :-
L > H > HL > HH dan seterusnya.
Downtrend pula akan beruma dari High, kemudian Low, diikuti dengan Lower High, kemudian Lower Low. Lower itu menunjukkan downtrend.
Turutannya :-
H > L > LH > LL dan seterusnya
Kita tengok contoh...
CONTOH 1
Ini adalah USDCHF timeframe H1
Dapatkah korang kenali trend dia? Sekali pandang memang nampak macam downtrend.. Dan adakah downtrend ini akan bertukar? mari kita semak semula pelajaran kita... Tukar pandangan kau orang kepada gambarajah yang aku suruh lekat di kepala tu.
Ya, ini adalah visi yang kita harus dapat ketika melihat carta. Garisan biru menunjukkan Uptrend. Lihat bagaimana dari uptrend menjadi downtrend. Titik pertembungan antara garisan merah dan biru bertukar dari HH ke H, ini hanya dapat dijustifikasikan SETELAH L yang kita lihat pada garisan 1 lebih rendah dari HL di garisan 1.
Jadi, dah muktamad downtrend? Belum. L yang kita lihat tadi itu hanya petanda awal akan berlaku downtrend. Ingat turutan downtrend?
H > L > LH > LL
Kita boleh kata kompon (orang putih kata confirm) downtrend bila turutan ini lengkap. Pendek kata, dah sampai K, barulah kata ini downtrend. Erti kata lain, price dah rendah dari L barulah muktamad itu adalah downtrend.
Jadi, kerja rumah pertama kau orang, lihat garisan 2... adakah kompom sudah uptrend... Pemenang akan berjaya dalam perjalanan forex kelak kalau tak putus asa...
CONTOH 2
Ini adalah GBPUSD timeframe 1H
Ok, tukar visi anda sekarang kepada visi
Sama macam contoh 1 tetapi kali ini uptrend. Lihat garisan 1, L terjadi selepas price melebihi garisan 1. Kalau tak lebih maka L tadi akan jadi LL. Kalau tak faham, boleh ulangkaji contoh 1. Sudah lebih, dia akan turun ke HL dan baru kita dapat H. Macam biasa... turutan uptrend adalah.
L > H > HL > HH
Hanya selepas HH barulah kau kata ini uptrend. Aku harap kau orang ngerti sekarang.
Kerja rumah mesti ada. Soalannya, pada situasi garisan ke 2, adakah kita boleh katakan petanda downtrend sudah terjadi? Haa... ada beza tu... contoh soalan 1 dan contoh soalan ni.
Selesai...
---
Maklumat Tambahan TMMS7
Jadi, adakah aku akan akan tunggu betul-betul seperti peraturan di atas baru aku guna TMMS7? Tidak... Aku akan mengambil pendekatan yang cepat dengan menggunakan garisan 1 dan 2 di contoh di atas.
Seperti aku telah katakan, kita boleh gunakan garisan 1 dan 2 sebagai tanda kemungkinan berubahnya trend. Jadi, kemungkinan ini bagi aku adalah sudah mencukupi untuk aku buat PO melawan trend sebelumnya.
Price potong je garisan aku, aku hanya perlu tunggu dia retrace balik dalam 30 pip kemudian masuk PO baru melawan trend sebelumnya. Yang paling penting.. kau lukis baik-baik garisan trend macam aku ajar di atas. Ini penting supaya kau tak salah faham dan seterusnya silap melukis garisan 1 dan 2 ini.
Untuk bacaan tambahan, aku cadangkan kau rujuk blog Teknik CSR100... Teknik itu walaupun aku tak guna sekarang, tetapi ilmu yang ada padanya amatlah tak ternilai harganya. Kerana teknik ini amat berpegang teguh kepada asas sesebuah analisa carta.
Dan ketahuilah, ilmu pada entri ini aku cilok dari teknik CSR100. Aku hanya buat olahan semula untuk versi aku. Sifu JGV100 memang terbaek. Ramai pengikut CSR100 masih aktif membicarakan teknik ini di facebook, forum carigold dan group skype.
Aku ucap selamat... Terima kasih kerana membaca...