Followers

Gamers

Monday, January 31, 2011

Iklan



Kalau la semudah ini mendapat awek hot...!!

Panas & Sejuk...

Bila aku bangun,
Aku harap bilik aku panas,
Agar aku senang untuk terus bangun,

Bila aku mandi,
Aku harap airnya panas,
Agar aku tidak bingkas bangun untuk mandi,

Bila aku makan,
Aku harap makanan itu panas,
Agar aku dapat rasa kesegaran dan kelazatannya,

Dan,

Bila aku memandu,
Aku harap udaranya dingin,
Agar aku rasa selesa ketika duduk memandu,

Bila aku bekerja,
Aku harap juga udaranya dingin,
Agar aku rasa selesa ketika membuat kerja,

Bila aku tidur,
Kau tahu, aku mahukan udaranya juga dingin,
Agar cepat aku lena untuk esok pagi.

Namun,

Bila aku bercinta,
Aku harap ianya panas,
Aku harap ianya selesa,
Aku harap ianya mudah,

Bukan sedingin ini,
Bukan sesakit ini,
Bukan sesukar ini...

Dan bukanlah aku, untuk mengetahui semua ini...
Aku harap, kelak ini tidak berlaku lagi...

Aku ucap selamat...

Sunday, January 30, 2011

Penembak tepat

Baru habis tengok Sniper : Deadlist Mission... kat History Channel... ketiadaan internet membuatkan aku rasa aku harus lihat visual bergerak selain dari monitor pc aku. Ya, aku tak de benda nak tengok dah kat pc...

Terima kasih untuk Astro untuk itu, dan caj perkhidmatannya yang sebanyak 6% tu.

Melihat rancangan ni mengingatkan aku ketika aku di PLKN. Spesifik kepada latihan menembak menggunakan M16. Aku malas nak cerita tentang M16 ni, kau bole wiki sendiri...

Aku ingat saat itu, riang dan gembira. Aku fikir satu kem tu tidak boleh tidur mengingatkan yang kami akan menembak menggunakan M16 dengan peluru hidup. Kelas menembak yang diadakan beberapa hari lalu membuatkan kami rasa sesuatu yang hebat berlaku dalam diri kami nanti.

Sampainya kami di lapang sasar menembak, kami diberikan taklimat ringkas serta demostrasi.

Dan demostrasi itu membuka minda aku ke satu dimensi lain. Aku tak tahu mereka yang lain berfikir apa. Namun bagi aku, ianya satu benda yang cukup membuatkan aku ketakutan.

Picu dipetik, tembakan dilepaskan. Diikuti dengan bunyi letupan pada M16 dan kemudian bunyi yang aku fikir diantara bunyi yang paling aku takuti selepas sunyi...

Bunyi peluru ketika menuju ke sasaran.

Aku biasa bermain game Counter-strike, Half-Life, Code of Duty dan seangkatan dengannya namun tiada dalam pengalaman aku mendengar bunyi menakutkan itu.

Biasa kedengaran dalam game hanya bunyi letupan pada raifal dan bunyi apabila peluru mengenai sasaran. Namun tidak pernah aku dengar bunyi peluru ketika menuju ke sasaran.

Itu bunyi maut... dan aku masih mampu mengingati bunyi itu.

Mendengar bunyi itu, aku tiba-tiba rasa insaf, dan hormat pada askar-askar yang berani mempertahankan negara.

Kau bayangkan kau ditengah-tengah medan tempur dan bunyi yang itu datang dari sebelah telinga kau. Nak tambah efek, bunyi itu berterusan tanpa henti.

Tabik hormat, respek...

Bunyi itu agak menganggu aku ketika aku di sana. Namun Alhamdulillah mereka beri penutup telinga. Haha...

Aku ingat lagi detik di mana aku meniarap, mendagu menunggu M16 siap diisi oleh pengasuh (aku maksudkan askar di sana) dan seterusnya dihantar kepada aku.

Aku tarik nafas, pastikan penjera belakang selari dengan penjera hadapan. Dan bila semuanya selari, Picu ditarik.

Dan sebelum kau sedar, kau dah mengambil nyawa papan sasar kat depan kau.

10 butir percubaan, 20 butir untuk mengambil nyawa... dan ketahui, aku skor 94/100, 15 skor 5, 4 skor4, dan 1 skor 3

Menjadi penembak terbaik kem bersama kawan aku, Am ... haha...

Aku fikir tak sukar kalau kau faham asas mengacukan senjata seperti yang aku pelajari dalam game yang aku main. Ada faedah juga perabih masa main game

Aku rindu masa tu kecuali bunyi itu. Aku bukan takutkan bunyi itu kerana bising atau apa-apa, tetapi kerana ianya satu simbolik, di mana maut itu sangat dekat dengan kau.

Seperti bunyi sayap malaikat maut turun ke bumi. Kau pernah dengar? boleh kongsi di sini...

Namun, jika aku diperlukan dalam angkatan tentera, aku fikir aku nak masuk divisen penyerang hendap. Kerana aku kagum dengan ketahanan yang mereka tunjukkan semasa menjalankan tugas.

Mungkin aku banyak menonton TV...

Aku ucap selamat... Kawan-kawan, tabik hormat kepada abang-abang n kakak-kakak askar kita.... Respek...

Selamat...

Saturday, January 29, 2011

4MINUTE - 'I My Me Mine'

Bebaru ni ada konsert K-Pop kat Malaysia kan? Aku tak dengar sangat lagu-lagu korea sebab aku tak dikemaskini oleh hiburan-hiburan diluar sana selain game dan filem. Lagu baru kat Malaysia pun banyak aku tak tahu...

Walaupun begitu, aku suka lagu Ana Raffali - Kalau Berpacaran. Lagu yang bakal menjadi lagu tema di taman-taman bunga.

Aku menonton K-pop hitz di hitz.tv dan ada satu lagu korea ni yang aku macam suka nak dengar, ke suka nak tengok. haha... Agar aku tak lupa nak tengok di kemudian hari... aku tepek di sini...



Selamat k...

Friday, January 28, 2011

Huru Hara

Aku lihat monitor, cuba memahami maksud setiap candlestick yang ada depan aku. Dan sepanjang 4 bulan meneliti dengan serius forex ni, aku dapat buat satu kesimpulan.

Pergerakan pasaran sudah tidak sama seperti dahulu.

Aku mula trading sekitar 2 tahun lepas, masa tu aku masih bersama Cahaya Pembuka Hatiku. Dan perasaan masa itu aku masih rasa, masih ingat. Perasaan terhadap carta forex itu.

2 tahun lepas tidak huru-hara seperti masa sekarang. Aku rasakan carta sekarang sangat huru-hara (chaotic). Dan ini tidak bagus.

Tidak bagus kerana ia menjadi sukar untuk ditafsir. Bulan Disember 2010 adalah antara bulan yang teruk bagi aku. Ketika itu, aku masih kuat trade pada carta 1 jam. Dan kerana huru-hara ini aku selalu membuat keputusan yang salah. Kesalahan yang banyak dalam forex bermaksud kerugian yang amat.

Selanjutnya kau boleh bayangkan sendiri.

Aku mula rasa 1 jam mulai tidak releven. Dan mula Januari, ayah aku bagi satu cadangan. Mencuba untuk swing.

Dari melihat carta 1 jam. Aku mulai melihat 4 jam, 1 hari dan 1 minggu. Ironinya, semakin tinggi jangkamasa carta, semakin kurang huru-hara pada candlestick. Dan selama 2 tahun separuh masa dan 4 bulan sepenuh masa bersama forex, baru aku perasan ini adalah kunci kepada keuntungan yang aku cari selama ini.

Walaubagaimanapun, teknik swing memerlukan kesabaran yang tinggi dan hati yang kental. Dan kerjanya bukan sehari. Ia kadang memerlukan seminggu paling cepat untuk selesai. Namun banyak kelebihan seperti sasaran untung yang tinggi dan risiko yang agak rendah aku fikir. Kadar Menang/Kalah pun baik. Dalam 2:1.

Aku cuba dan minggu ke dua bulan ini memang membawa hasil. Bahkan minggu ini juga bakal membawa hasil cuma aku jangkakan aku perlu tinggalkan ia selama 2 minggu agar ia betul-betul selesai dengan keuntungan yang amat besar.

Aku fikir kehuru-haraan ini berlaku kerana ledakan trader-trader baru yang amat ramai disebabkan oleh teknologi online trading yang semakin berleluasa bukan sahaja pada forex, malah pada komoditi dan juga bursa saham. Semakin ramai, semakin meriah, semakin huru-hara.

Doakan aku berjaya ya...

Dan disebabkan ini adalah autopost, jadi aku tak dapat la nak tepek gambar bagi membuktikan teori jangkamasa carta dan kehuru-haraan carta ni. Banyak benda dah berlaku menyebabkan aku terpaksa autopost entri aku kali ni.

Aku ucap selamat...

Thursday, January 27, 2011

Bisikan kejayaan

Bila sahaja aku mahu berputus asa, Thomas A. Edison akan berbisik di telinga aku.


"Many of life's failures are people who did not realize how close there were to success when they gave up"
- Thomas A. Edison

Aku teringat kisahnya mencipta mentol di mana jika aku tidak salah ingat, mentol dia yang ke 10,000 berjaya dinyalakan.

Kau boleh tahan kegagalan 9,999 kali?


Sama seperti pengasas KFC, Colonel Sanders dimana bank yang ke 1,010 memberikan dia pinjaman untuk memulakan perniagaan KFC beliau.

Kau boleh tahan kegagalan 1,009 kali? dan kegagalan itu pada umur kau 65 tahun.

Aku ada rasa sedikit cemburu kepada kawan-kawan aku yang mula bekerja dan berpendapatan RM3000-RM5000 bila mana aku masih di sini sepertinya tidak membuat apa-apa.

Ada input tiada outpun sama saja seperti tiada berbuat apa-apa.

Kau tahu apa ukuran untuk seseorang usahawan. Ia adalah pencapaian yang mereka lakukan dalam bidang masing-masing.

Setiap kekalahan yang berlaku dalam dunia forex kepada aku membuatkan aku patah semangat dan mula timbul keinginan untuk menjadi orang biasa. Aku fikir ini terlalu sukar untuk aku.

Namun Thomas A. Edison orang yang baik. Setiap kali aku berfikir begini, dia akan bisikan aku kalimah itu. Dan setiap kali selepas itu aku pulih semula.

Kekalahan itu biasa dalam dunia forex. Namun triknya menang banyak kali atau menang besar. Kadang ada ketika aku amat tidak bernasib baik dan berterusan rugi. Entah apa silapnya.

Dan ketika itu Harry Golden berbisik sesuatu tips supaya nasib buruk aku dapat dihapuskan.

"The only thing that overcomes hard luck, is hard work."
Harry Golden

Aku tidak kisah untuk tidur, untuk makan, untuk bersuka ria selagi aku tidak dapat jawapan di setiap persoalan yang timbul bilamana aku melakukan kerja aku.

Dan itu kehebatan 'kerja kuat' yang kita lakukan. Aku yakin kau pernah merasa yang sama.

Aku yakin jalan yang aku pilih sekarang adalah jalan yang betul. Seperti yang diperakui oleh junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

"9 dari 10 daripada harta ialah dari hasil berniaga"
HR Tirmizi

Itu cukup membuatkan aku yakin, jalan yang aku pilih ini sentiasa benar. Jika tidak pun, aku yakin ia hanya aku menggunakan cara yang salah atau sukar. Hanya perlu kuat usaha untuk memperbaikinya.

Dan ketahuilah, sepanjang hidup aku akan selalu dan selalu mengingati ini.

Jika aku mahu berputus asa, aku akan ingat yang ketika itu, kejayaan itu sudah terlalu dekat denganku,
Jika aku merasakan nasib aku tidak baik, ia hanya kerana aku tidak cukup kuat bekerja dan harus bangun untuk bekerja,
dan akhir, jika aku meragui jalan yang aku pilih sekarang, cukup untuk aku mengingati bahawa aku sedang mempunyai 9 kemewahan hidup...

Yang bakal merubah dari dalam diri aku, sehingga ke salasilah keluarga aku dan seterusnya untuk masyarakat sekitar aku...

Aku ucap selamat kawan-kawan...

Wednesday, January 26, 2011

Napa dah lama tak online...?

Salam...

Rindu aku. Memang kau patut rindu aku. Agak lama juga aku tidak menulis di sini. Dan isi entri hari ini akan menjawab mengapa aku tidak menulis dalam jangka masa yang agak panjang.

Seminggu lepas, telefon rumah aku berhenti berdering. Internet juga berhenti berfungsi. Dan ketika itu segala cerita mengenai kecurian kabel menjadi realiti kepada aku.

Kecurian kabel biasa berlaku di kawasan tempat tinggal aku. Aku fikir kawan aku Zai ada cerita tentang ini. Dan juruteknik TM serta operator talian TM juga memperakuinya.

Dan siapa Zai aku tak mahu cerita. Haha..

Berbalik pada cerita tadi, tiada telefon, yang paling penting tiada internet mengambil separuh nyawa aku. Bayangkan separuh dari hari hidup aku adalah di depan pc melayari internet. Trading, blogging, surfing, emailing, reading article, facebook-ing, gaming, downloading, uploading dan banyak lagi.

Dan bayangkan sekali sahaja semua -ing ini diragut.

Sukar? Bayangkan hari-hari kau tanpa nasi. Memang boleh hidup, tapi tak sama bukan dengan hari-hari gembira dan bahagia kau yang lain-lain. Dan begitu yang aku rasa.

Kerosakan berlaku pada hari Ahad

Ayah aku telefon TM pada Ahad, buat laporan kerosakan. Hari Isnin aku pula telefon. Aku fikir hari Khamis aku lihat ada pekerja TM sedang belek-belek tugu apa tah dekat kawasan perumahan depan dari kawasan perumahan aku.

Dan hari Jumaat hanya telefon rumah aku berfungsi. Malangnya, juruteknik salah pasang wayar. No telefon rumah aku bertukar dengan jiran aku. Maka, tiada lagi internet sehingga hari Isnin. Ya, seminggu satu hari baru aku dapat menggunakan Internet.

Malangnya, Isnin itu pada jam 10:45pm aku fikir, telefon dan internet sekali lagi terputus. Dan tengah hari Selasa, aku lihat atas tiang telefon tempat juruteknik TM betulkan semalam dah takde wayar dah.

Tempoh aku dapat guna internet hanya 5 jam. 5 jam makan nasi dan mungkin kau takkan dapat makan lagi.

Protokol biasa TM, selepas menerima aduan, perlu 72 jam baru ko lapor semula jika masih berlaku kerosakan. Dan sekarang, aku harus menderita +72 jam tanpa internet.

Tertekan.

Masa-masa yang lapang itu digunakan dengan belajar programming, cuba buat entri untuk blog, tengok movie yang aku dah tengok dan tidur. Aku amat tertekan minggu lepas, dan akan tertekan pada minggu ni.

Kepada si pencuri kabel, kau takkan kaya seumur hidup kau sebab termakan sumpah laknat aku ni. Merana la hidup kau selagi tangan yang kau guna untuk mencuri itu masih terpasang di badan kau.

Dan kepada pekerja TM, terutama juruteknik tu. Kerja elok-elok bro, rileks sudah. Tak payah tergesa-gesa, aku boleh tunggu. Cuma bila buat silap tu yang buat aku hilang sabar. Maaf, aku sedang emo. Internet amat penting dalam hidup aku selepas air dan elektrik.

Walaubagaimanapun, sapa ek operator perempuan TM yang bekerja pagi pada 17 Januari 2011. Comel suara dia.

Operator Comel : Kejap ye Encik *******, saya buat pengesahan...
Aku : Ok...
Operator Comel : Ok...
Operator Comel : Kejap ye...
Operator Comel : Ops.. hm...
Operator Comel : ok....
Operator Comel : Kejap ye...
Operator Comel : Hm...
Aku : (heh.. comel...)

Aku ucap selamat...

Tuesday, January 18, 2011

TBK - Bukannya aku takut



Ku tak perduli
Bila ku benar benar cinta mati
Ku tak perduli
Ku memang begini
Bila ku benar benar cinta mati
Ku tak perduli
Apa saja yang kau inginkan
Aku rela...

Bukannya aku takut akan kehilangan dirimu
Tapi aku takut kehilangan cintamu
Mungkin saja saat itu kau mempermainkan aku
Seakan kau bisa membalas cintaku

Kau tak kan mengerti
Yang slama ini aku rasakan, pasti
Kau tak perduli
Bila saja yang kuinginkan kamu rela

---

Ada rupanya clip lagu ni... huhu...

Saturday, January 15, 2011

Bangang la bunyi hon.

Ada benda aku pantang bila memandu. Bunyi horn.

Masa aku belajar dahulu, pernah sekali aku bawa kereta macam ribut. Biasalah lewat sket. Aku ingat lagi masa tu.

Tekan minyak, pin pin... BAM...! Kancil cium tepi belakang kiri kereta aku. Kereta aku macam biasa, kebal... Hanya calar sedikit di rim dan badan. Kancil tu...?

Mata pecah, teruk jugak. Dan ini yang aku selalu bising kat ex aku suruh dia tukar kereta, kancil amat bahaya. Baru langgar sket dah hancur depan. Err.. melalut...

Ok... pe yang buat aku bengang, dia mampu tekan brek dahulu sebelum langgar kereta aku. Tapi apa yang dia buat. Horn dahulu baru tekan brek. Bangang.. Ya, itu aku bagi dia...

Dan ada juga beberapa kemalangan yang berlaku di sekeliling aku dimana, aku dengar horn dahulu baru dengar bunyi seret tayar (brek kecemasan kan...)

Bangang...

Aku selalu latih diri aku, ketika bawa kereta, hadkan penggunaan horn... Seumur hidup aku, aku hanya bunyikan horn bila aku jumpa orang yang aku kenal bila memandu. Ye la, takkan aku nak berhenti dan gi salam lak. Aish...

Kebiasaan aku bila bertemu dengan keadaan di mana hampir kemalangan, kedua tangan di stering, kaki dah siap-siap di brek dan clutch. Dan itu bagi aku, baru seorang pemamdu yang unggul.

Bukan tangan di hon, otak di lutut. Kalau berlanggar kau gak sakit.

Kau tanya macam mana aku selesaikan dengan Kancil tu. Sebabkan aku dah lambat ke kelas. Aku parking, keluar dengan selamba, tengok kereta dia lebih kurang, bagi no telefon dan blah...

Aish... Aku hanya tak suka bunyi hon, mungkin sebab aku cepat terkejut. Bukan melatah, terkejut. Dan ketahuilah, sedang memandu dan terkejut lebih membawa maut dari kau bersedia untuk kawal kereta kau sepenuhnya...

Dan lagi pantang kalau orang tukar bunyi hon dorang, jadi bunyi hon lori la.

Bongek...

Sampai hari ini dia tak telefon aku. Mungkin sedar kesilapan sendiri. Tapi sebenarnya memang silap aku sebab laju. Huhu...

Ok kau. Kau orang tak macam tu kan. Pandu berhemah, tak ingat orang yang tersayang takpe, janji ingat kaki tangan nak pakai lama...

Aku ucap selamat... dan maaf jika terasa aku emo... huhu... niat aku baik...

Friday, January 14, 2011

Game : Trailer Mortal Kombat 9



Kratos adalah watak utama dalam game God of War. Jadi, apa dia buat dalam Mortal Combat?

Thursday, January 13, 2011

Trailer : Suckerpunch



Perempuan, imaginasi, bergasak, meletup...

You need 5 things. Map... Fire... Knife... Key... and the fifth thing is mystery...

Tidak apa... yang penting Emily Browning jadi watak utama... Haha...

Wednesday, January 12, 2011

Forex : Pin Bar #2

Masih subject pin bar. Benda ni mudah sebenarnya. Cuma aku hanya teruja dengan keberkesanannya dalam analisa teknikal. Kali ini aku hanya nak bincangkan matematik di sebalik pin bar ni. Aku tak pandai sangat, tapi aku cuba sedaya upaya k.

Lagipun ini baik untuk rujukan aku kelak.

Hm, bagaimana nak mula. Kita rujuk dahulu 4 prinsip asas pin bar satu persatu. Yang pertama:-

Ekor pin bar melebihi lingkungan bar sebelum dan bar selepasnya.


Disebabkan kita tiada maklumat tentang masa hadapan, aku abaikan 'bar selepasnya'. Dan tambah 4 'bar sebelum' sebagai rujukan pin bar ini.

Jadi, skematiknya...

Selesai prinsip pertama.

Prinsip kedua pula:-
Kepala pin bar berada di dalam lingkungan bar sebelum dan bar selepasnya.

Sama macam tadi, tiada masa depan jadi bar selepasnya kita abaikan. Walaubagaimanapun, kali ni hanya 1 sahaja "bar sebelum" digunakan.

Skematiknya...




Selesai prinsip ke dua.

Prinsip ketiga pula:-
Kepala pin bar kecil, lebih kecil lebih baik.
Ada beberapa benda aku tambah kat sini.
  1. Beza High Low mesti lebih dari 19.
  2. Beza Open Close (Head) mesti kurang dari 20% beza High Low
Skematiknya:-
Selesai yang ketiga.

Kita pergi yang ke empat, prinsip terakhir.
Hujung kepala pin bar mestilah rapat dengan high atau low. Lebih rapat lebih baik.


Jarak hujung kepala pin bar dan high-lownya kurang dari 11.

Skematiknya,
Yang ini aku agak keliru sikit. Huhu... Mungkin boleh diperbetulkan lagi. Selesai yang keempat.

Sebenarnya ada kod yang lebih mudah dari yang aku lukis ni, cuma aku tak jumpa. So, aku buat versi aku. Huhu... dan aku bukan pandai sangat matematik, aku buat setakat kemampuan aku je.

Aku takkan gabung 4 program ni menjadi satu skematik. Ni pun dah cukup pening aku memikir. Mungkin satu hari nanti bila aku faham bahasa MQL4 atau yang baru nak keluar MQL5, aku akan gabungkan.

Buat masa ni, aku nak berseronok dengan C# dulu... Aku ucap selamat...

Tuesday, January 11, 2011

Oh Bidadari Saya...

Lepak-lepak camni teringat aku suatu ketika dahulu. Ketika aku bertemu mereka, 2 bidadari aku.

Aku ingat lagi masa tu riuh, semua sibuk dengan kerja masing-masing. Aku hanya melihat, kerana ketika itu, tiada yang menarik pun yang mereka lakukan untuk aku turut serta.

Dan ketika itu aku melihat dia, dan dia... mereka.

Kedua-duanya manis di pandang dan bijaksana. Aku ingat lagi perilaku aku bila berbicara dengan mereka. Perlu susun frasa dengan betul, mesti punya maksud setiap tutur kata itu.

Kenapa kau tanya, kerana aku takut jika mereka tanya mengapa ketika aku sedang membincangkan sesuatu. Malu kalau tak mampu nak jawab... huhu...

Mereka selalu berdua. Melihat mereka berdua aku fikir tiada yang mampu menandingi kehebatan yang ada pada mereka. Hingga satu ketika salah seorang dari mereka pergi, dan ketika itu aku lihat malapnya kehebatan mereka.

Mereka tidak sama, namun duet yang mereka hasilkan mampu membawa perubahan kepada persekitarannya. Dan aku merasainya.

Aku tidak lagi bosan dengan persekitaran baru itu. Setiap hari aku luangkan masa bersama mereka. Dan paling teruk pun, dapat melihat mereka.

Tamak? maaf, aku tak mampu memilih antara mereka. Dan aku tidak peduli kau, aku mahu mereka berdua.

Hurm... aku ingin balik ke masa itu, bersama mereka berdua, bermain, bekerja. Dengan ada mereka berdua, tiada apa lagi yang dapat menakutkan aku.

Dan itu yang membuatkan aku suka...

Namun sekarang, jika aku mahu memiliki mereka, aku harus memiliki syurga. Tempat tinggi itu, aku harus memilikinya.

Dalam setahun, dua tahun, barangkali bertahun-tahun. Aku tak tahu. Apa yang aku tahu, aku harus berusaha memiliki syurga itu, memiliki mereka berdua...

Semoga aku berkesempatan untuk itu. Aku ucap selamat kepada diri aku... kerana aku tahu, mereka berdua sentiasa selamat di atas sana...

Monday, January 10, 2011

D' Masiv - Di antara Kalian



Ku akui ku sangat sangat menginginkanmu
Tapi kini ku sadar ku diantara kalian
Aku tak mengerti ini semua harus terjadi

Ku akui ku sangat sangat mengharapkan mu
Tapi kini ku sadar ku tak akan bisa
Aku tak mengerti ini semua harus terjadi

Lupakan aku kembali padanya
Aku bukan siapa siapa untukmu
Ku cintaimu tak berarti bahwa ku harus milikimu slamanya

Ku akui ku sangat menginginkan mu
Tapi ku sadari ku diantara kalian
Aku tak mengerti ini semua harus terjadi

---

Ya, memang lagu lama...

Aku harap aku mampu menyanyikan lagu ini dengan sepenuh hati aku... Sayang... aku memang tak mampu...

Aku ucap selamat...

Sunday, January 9, 2011

Forex : Pin Bar

Aku fikir aku pernah kata, aku seorang naked trader. Carta yang aku gunakan tidak serabut dengan indikator. Aku suka benda yang mudah dan ringkas. Dengan melihat carta yang tidak serabut, aku fikir... lebih mudah untuk aku buat keputusan.

Maka, hari ini aku nak cerita satu benda yang dilihat oleh naked trader yang bagi aku, dan bagi mereka macam lubuk emas jugak la... Thee hehe...


Contoh pin bar. Ada ekor dan kepala.


Pin Bar tidak asing bagi naked trader. Ramai menganggap pin bar sebagai satu signal yang amat kuat untuk masuk order. Pin bar juga mempunyai keboleh-harapan yang tinggi Berbanding dengan bentuk candlestick yang lain.

Contoh pin bar di dalam carta GBPUSD 1 jam


Bersesuaian dengan prinsip asas trading, beli bila rendah, jual bila tinggi, kedudukannya yang selalu berada di hujung satu-satu formasi candlestick, membuatkan ia menjadi satu signal bahawa market mahu bertukar arah (reversal).

Antara kriteria pin bar adalah:-
  1. Ekor pin bar melebihi lingkungan bar sebelum dan bar selepasnya.
  2. Kepala pin bar berada di dalam lingkungan bar sebelum dan bar selepasnya.
  3. Kepala pin bar kecil, lebih kecil lebih baik.
  4. Hujung kepala pin bar mestilah rapat dengan high atau low. Lebih rapat lebih baik.
Jika lengkap 4 kriteria ini, tahniah... kau ada pin bar yang kau tunggu selama ini. Namun, ada juga kes di mana kriteria ke 4 boleh diabaikan. Boleh lihat contoh pada gambar-rajah di atas, bar yang pertama bertanda dari kanan.

Walaubagaimanapun, kita tidak digalakkan masuk market buta-buta sahaja bila adanya pin bar. Terdapat banyak cara untuk buat order melalui pembentukkan pin bar ini.

Antara cara masuk market seperti yang disarankan oleh NickB adalah dengan membuat Pending Order pada Psychological Levels. Boleh rujuk Ebook The NickB Method 2010 Edition percuma dari NickB mukasurat 25. Heh...

Pin Bar bukan satu signal yang pasti. Ia harus digunakan dengan beberapa signal yang lain seperti SR line, trendline dan sebagainya.

Seperti kata sifu aku dahulu, anggap signal seperti lampu brek kereta. Walaupun lampu brek menyala kerana brek sedang ditekan, kereta masih mampu bergerak sedikit berikutan masih momentum pada kereta tersebut.

Ok, itu serba sedikit tentang Pin Bar. Selamat mengutip pip hijau. Aku ucap selamat... huhu...

Sumber:-
http://www.learntotradethemarket.com/forex-trading-strategies/pin-bars-forex-trading-definition/
Ebook The NickB Method 2010 Edition

Saturday, January 8, 2011

Game ke robot

Err... aku tak galakkan kau baca entri ini kerana isinya sukar difahami jika kau tak main game yang aku main sekarang. Ini bukan tujuan nak promosi game tu, hanya peringatan untuk aku...

---


Aku suka main game. Tapi sebenarnya aku lebih suka robot mainkan game untuk aku. Pelik?

Tidak, kerana satu-satunya sebab aku main game adalah untuk menang. Apa cara pun boleh asal aku menang. Seperti aku pernah cerita dahulu... aku lebih suka memanipulasikannya dari seronok mengadap.

Game online amat menelan masa. Berbeza dengan game offline, aku tak boleh main cheat code. Nak taknak, kena la main. Dalam pada main, kepala ligat memikirkan cara untuk memanipulasikan supaya aku dapat cepat menang, banyak duit dan lain-lain lagi.

Banyak Game online yang aku main sekarang cuma entri kali ini aku hanya nak cerita 1 je Game online yang aku masih main.



Samurai Of Legend RPG!



Text-based online game. Lama dah aku main game ni. Rasanya mula pada April 30, 2009. Aku ingat lagi, masa tu baru habis peperiksaan akhir semester. Baru-baru ni aku buka tapi tak aktif sangat. Saja buka supaya akaun aku tak dipadamkan.

Banyak trick dalam game. Antara yang aku suka sebut adalah trick naikkan stat dengan cepat.

Trick-nya mudah. Mula dari minit ke 0 atau 5, kau harus penuhkan energy, tingkatkan will sehingga <500%>power gym.

Harus diingat,
  1. Semua mesti dilakukan dalam masa 5 minit kerana setelah habis 5 minit will akan reset pada 100% sekiranya melebihi 100%
  2. Bekalan Rice dan Gold serta Power Gym mesti cukup.


Kalau ikut gambar rajah skematiknya:-

Maka, bila stat dah hebat, boleh la aku bantai semua musuh lama aku... wahahaha...

Aku harap aku boleh programkan benda ni menjadi robot. Ya... ya... aku tahu ia melanggar peraturan game tu tapi bagi aku berbaloi untuk aku cuba. Huhu...

Aku harap, bila aku dah habis study pasal pengaturcaraan nanti, ini adalah program pertama aku cipta. Aku harap...

Oh ye... masih membaca Beginner Programming for Dummies. Makin aku baca, makin teruja untuk aku mula buat program. Huhu...

Aku ucap selamat k...

Friday, January 7, 2011

Sila semak status kau... Update tak?

Baru-baru ni aku agak sensitif bila nak mula chat dengan kawan lama, khususnya kawan perempuan. Aku akan mulakan dengan melihat status mereka dahulu. Kalau statusnya married, pisau kat leher pun aku takkan mula untuk berkata "hai" pada chatbox.

Aku minta maaf kalau metafora aku gunakan kedengaran kasar...

Aku percaya pada karma, setiap permbuatan ada pembalasan. Maka, dengan mengambil langkah begitu, aku harap kalau suatu hari nanti jika aku ada isteri, orang takkan kacau isteri aku.

Benda yang ringkas, seperti ucapan "hai..." sebenarnya amat berbahaya. Dan aku bercakap berdasarkan pengalaman.

Aku tak peduli kalau kau orang kata aku budget hot. Tapi aku amat yakin dengan kemampuan aku untuk merosakkan sesuatu hubungan dengan bermulakan ucapan hai. Dan ini juga berdasarkan pengalaman.

Tapi, kalau mereka dahulu yang masuk mahu berbual, aku tak sombong. Aku akan layan. Cuma dekat kepala selalu ikat kain, menahan peluh memikir setiap perkataan yang baik untuk diucap kepada isteri orang.

Aku bukan budak sekolah lagi. Ramai kawan-kawan aku, baik laki atau perempuan dah berkahwin. Dan semakin tua, aku percaya kita semakin perlu untuk menjaga setiap tutur kata.

Oh, status yang aku katakan tadi biasa aku semak di facebook, atau melihat foto-foto mereka. (kalau kahwin mesti letak gambar kahwin kan)

Aku ada banyak masalah sekarang, maka aku taknak masalah baru muncul dalam hidup aku. Katalah apa sahaja, aku yakin aku buat benda betul.

Kesimpulannya, tolong... update status kau. Tolong mudahkan kerja dan kesensitifan aku ni.

Hm... adakah aku terlalu pelik, atau terlalu sensitif. Aish...

Aku ucap selamat k..

Thursday, January 6, 2011

Tutorial : Auto-post Blogger Post pada Facebook

Aku harap blog aku jadi popular macam dulu. Lama tak menulis membuatkan aku kehilangan pembaca. Hanya beberapa kerat je seperti kau dan kau masih setia membaca blog aku. Maka, aku mengambil pendekatan yang proaktif untuk meng'auto-post setiap entri aku di facebook.

Langkah pertama:
Login Facebook dulu

Langkah kedua:
gi sini. http://apps.facebook.com/rssgraffiti/


Langkah ketiga:
Isi la 3 benda penting ni. Yang paling penting Feed URL. Kalau tak tau apa tu? biasanya URL ni ada pada bawah blog kau.


Biasa tengok kan?

Langkah keempat.
Tekan Save. Boleh preview dulu tengok macam mana. Ni tutorial asas je. Yang lain-lain sendiri selongkar...

Semoga blog aku kelak ramai pembaca. Huhu... Selamat...

Wednesday, January 5, 2011

Aku tak letak blog list dalam blog aku sebab aku pakai goggle desktop. Dalam google desktop tu aku install google reader. Maka, apa sahaja blog yang aku follow atau website kau update, on the spot aku akan tau. Dan aku akan baca...

Akhir kata, teruskan menulis. Aku akan baca...

Aku ucap selamat...

Tuesday, January 4, 2011

Asal aku tembak mesti tak kena...



Antara hobi aku apabila di hadapan PC adalah melayan Youtube. Dan video pilihan teratas adalh walkthrough game. Aku tak mampu nak main, jadi tengok je la orang main.



Baru-baru ni aku tengok orang main Call of Duty : Black Ops. 1st person shooter game. Tertanya-tanya, bagaimana mereka main dengan memegang gamepad. Susah kan nak tetapkan sasaran.



Aku pun cubalah main game PS2 Splinter Cell : Double Agent. Walaupun 3rd person shooter, bila nak menembak still kena tetapkan sasaran. Haram, aku balik kena tembak.

Bagi aku, game macam tu harus dimainkan di PC. Pegang tetikus lebih mudah untuk menetapkan sasaran. Aku pernah habiskan level Veteran game Call of Duty : Modern Warfare 1 and 2, World At War. Dan tak jadi masalah besar pun bila nak acu senapang pada musuh.

Tapi bagi aku, manusia adalah mesin terbaik. Bagilah apa jenis benda pun, beri mereka masa. Dan sebelum kau ketahui, mereka dah jadi pakar.

Aku harap aku juga mampu bermain seperti mereka.

Kau ada PS3, nak pinjam sebulan boleh... Selamat k...

Monday, January 3, 2011

Teknik Trading itu ada dalam diri kamu

"Tolong aku Mie, aku masih tercari-cari teknik yang betul-betul boleh profit..."
"..."

Bukan entri jiwang, kali ini aku nak cerita sedikit tentang teknik untuk trading

Secara jujur aku katakan, dalam dunia ada sejuta satu teknik trading dan kesemuanya mampu membawa keuntungan. Namun, kenapa ada sesetengah orang untung, dan sesetengah orang rugi walaupun tekniknya sama.

Bulan lepas, adik aku cuti semester. Dan kami sama-sama trading. Teknik yang dia pakai sama sahaja dengan aku (sebab sifunya pun aku... haha...). Namun, kami tidak masuk order sama-sama.

Dan kau tahu kenapa...

Kerana personaliti dia berlainan dengan aku. Adik aku jenis mahu cepat keluar dari market manakala aku lebih suka menunggu lama sedikit di dalam market. Pendek kata, adik aku scalper dan aku lebih kenapa swing trader.

Kami trade menggunakan teknik yang sama, masuk order pada SR line. Tapi cara kami nampak pada carta adalah berlainan.

Personaliti... Ia memainkan peranan penting dalam teknik atau kaedah yang kita guna semasa trading.

Aku difahamkan ada 3 jenis teknik trading yang digunakan oleh traders kat luar sana.

Scalper
Mereka ini jenis cepat masuk, cepat keluar. Sasaran keuntungan juga kecil, sekitar 10 ke 20 pip sahaja. Biasanya mempunyai hati kering dan tak takut mati. Huhu...

Aku secara personal tak suka sangat scalping kerana bagi aku ia berisiko tinggi. Dengan jarak SL, TP dan Order yang amat rapat, kebarangkalian untuk mengena SL tu tinggi.

Tapi kebaikkannya, kena SL pun tidak mengapa kerana kita mampu masuk semula dengan cepat untuk menebus kekalahan tadi. Cuma macam aku cakap, hati kena kering.

Mereka ini selalu melihat carta pada jangkamasa yang rendah seperti 1 minit ke 15 minit. Dan kebanyakkan mereka menggunakan indikator sebagai petunjuk untuk mereka masuk market

Swing Trader
Aku dengar ramai trader yang profesional sukakan cara trading begini. Mereka tunggu sehingga betul-betul boleh masuk market, baru mereka masuk. Sama juga bila keluar dari market. Jarak keuntungan juga besar, antara 100 ke infiniti. Huhu...

Aku secara personal juga tak suka sangat nak swing sebab ia memerlukan masa yang amat lama untuk untung. Tu pun kalau untung. Kalau rugi, aish...

Kelebihan dia, kau tak perlu mengadap pc selalu. Sekali analisa sudah cukup, selebihnya hanya harus monitor.

Kebanyakkan mereka tidak menggunakan indikator, hanya trendline dan SR line. Dan mereka ini kerap digelar 'naked trader

Day Trader
Aku baru tahu tentang ini. Kebiasaan mereka ini masuk market seperti biasa. Namun keuntungan atau kerugian harus dicapai dalam 24 jam. Jarak keuntungan sederhana, antara 50 ke 100 pip sahaja.

Dan aku antara trader jenis ini. Aku tak suka tunggu lama-lama. Namun aku juga tak suka keluar masuk market secara tergesa-gesa.

Ia adalah diantara scalping dan swing. Dan aku selesa begini. Taknak cerita lebih-lebih nanti orang kata aku bias pula, dan memang bias pun... huhu...

Namun, ada juga trader yang mampu menjadi ketiga-tiga sekali. Aku secara jujurnya sedang mengadaptasi teknik aku sekarang untuk menjadi seorang scalper.

Tidak menjadi kesalahan pun bila mana kita memilih untuk menjadi trader yang bagaimana kita mahu jadi. Kerana tiada salah pun kita hidup dengan personaliti kita yang pelbagai.

Masa aku mula-mula belajar trading dahulu, ramai sifu aku pesan supaya biasakan diri dengan teknik kita. Mereka tunjukkan tekniknya, dan terpulang kepada kita mahu mengikut dengan cara bagaimana.

Aku sendiri trade dengan teknik hasil gabungan teknik-teknik lain. Kerana aku mahu mencari keserasian dalam diri aku dengan market. Seperti kita memilih pakaian, ia mestilah kena dengan saiz badan kita dan gaya kita. Baru selesa memakainya.

Bagi mereka yang masih mencari teknik yang sesuai, langkah pertama jujur pada diri, cuba kenal diri sendiri dahulu. Tanya, kita adalah orang yang bagaimana. Dan kemudian baru cari teknik apa paling sesuai dengan diri kita.

Sentiasa ingat, ada sejuta satu teknik trading kat dunia ini dan semuanya mampu profit. Namun sebenarnya kitalah yang membuatkannya untung atau rugi.

Sentiasa ingat cerita aku dan adik aku tadi. Huhu...

"Bro... nasihat aku, kenal diri kau. Mula dari situ kelak kau senang nak pilih mana yang sesuai untuk kau..."

Aku ucap selamat k.

Sunday, January 2, 2011

Main Sejuk - Saintis

Datang berjumpa mu, minta kau maafkan ku,
Tidakkah kamu tahu betapa indahnya kamu,

Aku harus mencari mu, aku perlukan kamu,
Beritahu kamu yang aku jauh dari kamu,

Beri aku rahsiamu dan soal aku dengan soalanmu,
Oh, sama-sama kita pulang dari mula,

Berlari dalam bulatan, datang mengikut dari belakang,
Menuju ke belahan sains,

Tiada siapa kata ianya mudah,
Ia memalukan untuk kita berpisah,

Tiada siapa kata ianya mudah,
Tiada siapa pernah berkata ianya akan sukar sebegini,
Oh bawa aku balik dari mula,

Aku hanya mengagak,
Pada nombor dan angka,
Selesaikan semua persoalan,

Soalan berkenaan sains,
Sains dan kemajuan,
Jangan berkata sekuat hati ku,

Katakan kau cintakan aku,
Kembali dan bersama dengan ku,
Oh, betapa tergesanya untuk bermula,

Berlari keliling,
Datang mengikut dari belakang,
Kembali seperti kita sekarang,

Tiada siapa kata ianya mudah,
Ia memalukan untuk kita berpisah,

Tiada siapa kata ianya mudah,
Tiada siapa pernah berkata ianya akan sukar sebegini,
Oh aku kembali dari mula.

---



Lyrics | Coldplay lyrics - The Scientist lyrics


---



Bosan, maka aku test skil perterjemahan aku. Bila baca balik aku gelak sendiri. Aku harap di masa hadapan aku mampu buat begini lagi, untuk suka-suka, untuk latih diri aku dengan bahasa-bahasa ini.

Kadang tabik pada mereka yang menterjemah buku. Aku baru buat sedikit ini sudah merasa amat letih. Aish...

Aku tahu ini lagu lama, cuma buat masa ni, senang aku mendengar lagu ini. Huhu...
Selamat ya...
Well, just nak beritahu yang blog ni dah berpindah...

http://msuhaimi2007.blogspot.com

Selamat k...

Saturday, January 1, 2011

Buku : Adventures of a currency trader

Baru-baru ni aku ada borak dengan seorang kawan. Bila ditanya kerja aku sekarang. Aku jawab

"fulltime trader"

Dan pasti ramai terpingga-pingga bila dengar. Ramai juga tahu tapi tak berapa faham.

Jujurnya, walaupun aku kata aku fulltime trader, aku masih belum capai tahap sara-diri-sendiri lagi... tapi aku yakin akan keupayaan aku sekarang untuk benar-benar jadi full-time trader.

Kalau kau sungguh-sungguh nak tau pasal trader, aku syorkan kau baca buku ni...



Buku ini mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang trader. Aku suka buku ni kerana isinya lebih kepada buku cerita, bukan macam kamus. Gaya bahasa yang senang dan ringkas. Aku sendiri dah 3 kali baca buku ni. Dan ianya buku yang sangat baik.

Cerita dalam buku ini memberi refleksi kepada diri aku. Apa yang sipenulis itu rasa, sama seperti yang pernah aku alami, dan akan aku alami. Aku fikir, semua trader merasa perjalanan yang sama.

Aku rekemen kepada semua trader dan bakal trader baca buku ni.

Aku sering diaju soalan, senang tak jadi trader ni. Haram, susah gler. Tapi aku tak pernah menyesal memilih jalan ni. Banyak yang aku belajar sepanjang perjalanan aku sebagai seorang trader.

Ramai tak yakin, ada juga memperlekehkan. Namun, aku tak hiraukan. Haha...

No pain, no gain...

Biar buku itu menceritakan segalanya, sebab kalau aku cerita memang sebijik apa yang buku tu cakap.

Aku ucap selamat k...

Selamat Tahun Baru...

Hei semua... selamat tahun baru... semoga tahun baru ini kita mampu bekerja lebih kuat dari tahun-tahun lepas...

Aku ucap selamat...

Oh, dan aku dengar esok hari pertunangan 'Cahaya Pembuka Hatiku'. Selamat ya... Dah jadi tunang orang, bermaksud aku tak patut tergerak hati untuk kacau kau di lain ketika kan?

Huhu...

Aku doakan kau bahagia dan gembira selalu...

Aku bila lagi? haha... tak mungkin untuk hayat yang ini. Walaupun hati aku ada kemahuan untuk itu, namun dalam fikiran aku tiada perancangan untuk jadikannya realiti.

Aku fikir, aku akan lama begini, sangat lama...

Aku ucap selamat lagi sekali...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...