Followers

Gamers

Friday, April 29, 2011

Mandi, makan dan tidur bola...

Kalau aku dulu...

"Eh... bukan ke Real Madrid dengan Barcelona. dah lawan dulu... Real menang.. ni napa lawan lagi ni..."

Ya, itu aku dahulu. Sebelum aku tahu wujudnya liga dalam permainan bola sepak ini. Ada EPL, UEFA dan lain-lain liga. Sekarang, aku dah tak macam dulu lagi.

Sudah mula mengambil tahu.

Semua ini bermula bilamana aku semakin tepu duduk rumah bermain forex. So, aku perlukan kawan-kawan untuk meluahkan rasa tepu itu, bagi sikit-sikit kat mereka semua. Muahaha...

Aku dapati agak sukar untuk aku bergaul hanya kerana topik untuk berbual itu agak terhad bagi aku. Aku tidak bersukan, tidak bermain bola, ada baca sikit-sikit berita. Dan kau perlu faham, duduk sahaja depan komputer walaupun ianya penuh dengan informasi, tak bermakna kau mampu ketahui sepenuhnya.

Aku cuba mencari topik yang aku fikir mungkin boleh jadi satu topik yang memang amat berkesan pada bila-bila masa sahaja aku cuba untuk bergaul dengan mereka.

Fesyen... yuks...
Politik... ya, politik itu kotor...
Forex... boleh tapi bukan kesemua mereka...
Bisnes... hm.. tak semua mereka punya minat ini.
Hal- hal semasa... lebih kurang politik jugak..
Sukan... jap... perlu diperincikan lagi...
Bola sepak...

Ok.. bola sepak. Masing-masing ada pasukan kegemaran masing-masing. Dan masing-masing mampu berbalah, err.. berborak maksud aku.

Huhu... Jadi topiknya bola. Untuk pengetahuan kau orang, selama aku hidup, ada beberapa kali aku cuba masuk dunia bola ni... namun tak pernah menjadi. Memang tak kena gaya aku. Bergayakah aku...?

Namun kali ini aku cuba sekali lagi. Pasukan pilihan. Manchester United, oh.. ini memang dari dulu tak pernah tukar. Sejak aku mula kenal bola sampai sekarang. Pengaruh adik aku ni.

Aku cuba baca sikit-sikit pasal MU, tengok cara dia bermain, amik tau sikit-sikit peraturan bola yang aku terlepas pandang (serius, aku baru tau offside tu apa) dan macam-macam lagi.

Sehingga aku mampu berbalah... err... berborak dengan mereka. Dan dari situ, apa topik pun aku mampu masuk dalam dunia mereka, dunia lelaki.

Dan dari seorang yang gemar duduk depan komputer, menjadi seorang yang mampu bersosial sket. Itu penting tahu.

Namun, beberapa hari ini aku fikir aku terlalu jauh masuk ke dalam dunia bola ini. Memandangkan MU menang dengan Schalke 04 2-0, aku fikir peluang untuk MU masuk final liga UEFA adalah cerah.

Dan sekarang, Barcelona pula mendahului 2-0 dengan Real Madrid. Keempat-empat pasukan ini masih punya 1 lagi perlawanan di tempat lawan yang menang. Aku jadi kuatir kerana MU sekarang ada 3 perlawanan penting selama 7 hari ini.

Arsernal, kemudian Schalke 04 dan Chelsea.

Hm... untuk melihat bagaimana Barcelona bermain, aku pun download la perlawanan mereka tempoh hari (ye, aku tertidur, tak sempat nak tengok). Dan agak terkesima dengan corak Barcelona bermain.

Nampak tak....?

Aku risau, aku sanggup download 1GB punya file untuk tengok perlawanan yang dah lepas, aku mula mencongak hari.

Oh... aku fikir aku terlalu dalam untuk ini.

Namun aku gembira, at least aku tahu aku punya kawan-kawan untuk berborak disamping boleh membuat ketepuan dan kebosanan yang ada dalam diri aku.

Tapi... adakah aku telah terjun terlalu dalam untuk topik bola ini... Hm...

Takpelah.. malas aku nak fikir, yang penting aku nak tengok apa MU boleh buat kat Emirates Stadium nanti...

Aku ucap selamat k...

Thursday, April 28, 2011

Khayalan menyala!

Dunia hanyalah khayalan semata-mata, hanya akhirat adalah yang nyata.

Aku terkesima sekejap. Masih menonton The Arrivals. Namun jika direnungkan dengan mendalam. Benar katanya. Aku mungkin hidup 70 tahun mengikut statistik. Dan itu juga belum pasti. Tetapi di Akhirat, aku hidup selamanya.

Dan mengenang ini membuat aku bertambah yakin tentang kenyataan di atas.

Aku tak mahu cerita tentang akhirat, tentang nikmat syurga, tentang azab neraka. Kau pasti bosan. Kerana bagi aku, mungkin bagi kau, ianya seperti cerita dongeng. Kerana kita manusia, terlalu percaya dengan apa kita bau, kita lihat dan kita rasa.

Betapa ceteknya ilmu dan pemikiran kita.

Aku kata seperti di atas bukan kerana aku tidak percaya. Aku percaya. Tapi kepercayaan itu kadang-kadang gagal di terjemahkan dengan perbuatan kita. Percaya, namun masih melakukan dosa. Harus bagaimana ya?

Huhu...

Kita pernah mendengar, manusia, tidak pernah akan puas. Kau setuju bukan? Namun aku tak fikir ada yang pernah betul membenarkannya. Kadang aku terfikir, kenapa ya, walaupun berhabis duit membeli itu dan ini, masih juga tidak puas.

Dan bila kenyataan di atas sekali itu di ambil kira, benarlah...

Yang apa kita beli itu, hanyalah ilusi semata-mata. Kerana kita terlalu percaya dengan apa kita bau, lihat dan rasa. Dan kalau kau berfikir lebih sedikit, dan mengambil tahu, yang deria... tidak lebih dari sekadar isyarat eletrik yang disalurkan melalui sistem saraf kita dan diterjemahkan oleh otak kita.

Tak lebih dari sekadar arus elektrik.

Dan kau tahu apa hakikat tentang eletrik, ianya hanya bersifat sementara. Ia pergi, dan akan hilang. Aku harap pengetahuan sains kau tidak luput.

Huhu...

Tidak pula aku mahu katakan kita harus menolak dunia. Kau harus tahu satu perkara. Ada manusia di dunia ini yang hidupnya terlalu bergantung kepada sistem dunia, dan malangnya, kerana mungkin terlalu lama, mereka sanggup mati mempertahankannya.

Sistem dunia, sistem kebendaan dan materialistik.

Aku dulu fikir, Nabi Muhammad SAW dahulu tidak mewah hidupnya. Walhal Baginda boleh sahaja jika mahu. Ini kerana Baginda tidak hidup dalam sistem itu. Baginda bebas, dan kerana itu, banyak perkara mampu dilakukan oleh Baginda namun tidak kita.

Bukan sahaja kerana Baginda punya mukjizat atau apa, kerana Baginda bebas. Dan bagi aku, ini adalah kebebasan sebenar.

Aku tak nafi, hidup kita memang terikat dengan wang. Dengan kebendaan. Dengan materialistik. Namun kerana pemikiran inilah yang membuatkan kadang kita buta, yang sebenarnya ilmu, adalah kuasa sebenar.

Ada ilmu, kau mampu melakukan apa sahaja. Dan aku tak perlu cerita panjang tentang betapa penting ilmu perlu ada pada kita.

Aku teringat kata persyarah keusahawanan aku dahulu. Dia kata,”Saya pelik dengan orang kita, ramai yang miskin atau hidupnya susah, walhal menjadi kaya... tidaklah sesukar mana, terutama zaman sekarang...”

Aneh.. namun benar. Aku ingat lagi dokumentari mengisahkan tentang kehidupan Tun Dr Mahathir dimana beliau pernah berkata ketika zaman belajarnya dahulu,”duit tidak sukar untuk saya mencari, apa yang saya perlu buat hanya menulis artikel dan hantarnya di pejabat akhbar..” Kagum... dan sehingga hari ini beliau adalah salah satu idola yang sangat aku kagumi.

Duit sebenarnya tidak sukar dicari. Dia hanya perlukan kerajinan dan kepintaran. Tidak putus asa apabila dilanda kesusahan dan sentiasa memenuhkan ilmu di dada. Dan jika kau masih berasa susah... belajar ini dahulu...

Belajar... untuk merasa cukup. Dan bilamana kau merasa cukup, kau tidak akan berbelanja. Dan sekirannya kau memang merasa tidak cukup, belajarlah untuk menukarkannya kepada bentuk usaha... bukan dalam bentuk membelanjakannya.

Bersyukur... itu kata kuncinya.

Dan sentiasa ingat... Dunia hanya sementara. Seberapa banyak kau membeli sekalipun, ianya hanya sekadar arus eletrik di dalam badan kau. Dan Akhirat la sebenar-benar yang kita harus kejar... Kau pernah dengar kan nikmat di syurga, betapa tidak kau berasa haus hanya meneguk sedikit air di sungainya. Dan itu... adalah kepuasan yang sejati.

Kita hidup tak lama, jadi kejarlah akhirat. Bukan dunia. Namun jangan kau abaikan dunia, kerana dunia ini adalah ujian. Jadilah bijak pandai, agar kau berilmu... Dan dari ilmu kau mampu menolong orang lain dan diri sendiri. Dan itu adalah saham pahala. Kau harus ingat, kita hidup di dunia bukan hanya untuk kita, tetapi juga untuk orang lain.

Dan ini hanya pendapat aku. Hanya menggunakan nas akal aku sahaja. Kau boleh kritik, aku tak pernah peduli. Kerana aku yakin aku berpihak yang benar.

Huhu...

Aku minta maaf, tiba-tiba rasa ketegangan berlaku. Aku tidak berniat mahu menunjuk pandai, hanya sekadar memberi peringatan kepada diri aku, dan jika kau terima, untuk kau orang juga.

Boleh aku ucap selamat... huhu.. aku ucap selamat... dan terima kasih kerana membaca..

Tuesday, April 26, 2011

Dia gadis berbaju merah

Aku baru ulang tayang cerita The Arrival kat youtube. Tak pernah dengar? Ia adalah dokumentari berkisahkan tentang Ketibaan dajjal, asas-asasnya dan dunia masa kini.

Melihatnya semula, ada insaf dalam diri. Aku tertarik apabila ia mengungkap kisah perempuan berbaju merah dengan menyatakan ianya adalah simbolik kepada nikmat dunia. Aku pernah terfikir jika tiada Allah mahu menjadikan Hawa, harus bagaimana dunia kita berputar.

Mungkin aman, mungkin tidak. Adakah simbolik perempuan berbaju merah itu adalah tepat? Pada pendapat aku ianya adalah tepat.

Pernah dengar ungkapan “Perempuan adalah perhiasan dunia, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah”. Dan fikir jika seburuk-buruk perhiasan dunia, harus bagaimana rupanya.

Macam lagu pulak entri aku hari ini.

Mungkin kau orang tidak sedar, betapa perempuan mempunyai pengaruh yang lebih hebat dari lelaki berkenaan dengan dunia ini. Dan hanya mereka yang melihat dan berfikir setuju dengan ini.

Kau mahu bukti, kau boleh lihat di televisyen. Bilamana adanya iklan, kira berapa jumlah lelaki dan jumlah perempuan yang ada di sana. Dan berapa banyak antara mereka yang berbaju, dan tidak berbaju. Fahami metafora aku gunakan di sini.

Dan kenapa gunakan perempuan lebih, mudah... kerana baik lelaki, mahupun perempuan... kita masing-masing lebih senang melihat perempuan. Dan itu benar apabila dikatakan perempuan adalah perhiasan dunia.

Aku pecinta wanita. Aku suka memandang. Baik seksa, atau yang suci. Kedua-duanya tidak pernah menjadi basi bagi mata aku. Tapi adakah mereka senang dengan pandanganku.

Harus di ingat, seperti entri aku yang lepas, aku pernah katakan, minda lelaki teramatlah mudah. Dan hebat mana pun mereka, dan siapa pun mereka, tetap akan kalah pada perempuan di sisi mereka. Dan sehebat mana kau kurangkan dan tambahkan kain pada tubuh badan kau, tidak pernah mereka rasa jemu untuk memandang.

Dan seharusnya kau harus faham kenapa, kau perempuan harus menutup aurat, menyimpannya kepada yang lebih berhak.

Namun aku tidak nafikan, lelaki juga ada jahatnya. Banyak keputusan dalam dunia, lelaki yang menentukannya. Tapi benarkah? Atau di bawah pengaruh perempuan itu sendiri.

Aku tidak katakan perempuan jahat. Aku juga jumpa ramai perempuan yang baik. Aku pernah cerita bukan tentang 2 bidadari, simata cantik, dan ramai lagi.

Dan mereka semua, yang menjadikan aku sekarang. Menjadi lebih kasih kepada mereka. Ya, aku memang pecinta wanita... huhu...

Pernah aku fikir jika sebelum Allah mencipta Hawa, nampakkah Dia semua ini, apa yang akan berlaku kepada dunia ini. Dan bila difikirkan kembali, ya. Aku faham. Kaum hawa perlu ada. Bukan hanya kerana mereka mampu melahirkan, tetapi tanpa mereka, aku fikir dunia ini tak ubah seperti komputer aku sekarang.

Ia akan menjadi bosan. Dan Nabi Adam AS ada merasakannya. Allah memang Maha Pengasih.

Aku membebel lagi. Huhu... Kau faham sajalah bilamana aku berceloteh tentang perempuan. Seperti entri yang lepas-lepas juga, aku sekali lagi mahu menyeru kepada semua perempuan di luar sana agar menjaga diri. Dan janganlah kau menjadi Perempuan Berbaju Merah itu semata-mata.

Benarkan kata “Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.” Benarkan kata, “Syurga di bawah tapak kaki ibu” dan ingat, syurga... hanya syurga matlamat yang nyata untuk kita.

Aku akan sentiasa di sini. Menikmatinya. Aku akan tahan diri aku jika tersiksa. Dan benarkan aku menjeling jika aku merasa suci terhadapnya. Aku minta maaf sekiranya kau tidak selesa, kerana bagi aku, kau adalah sebaik-baik kejadian Allah.

Dan aku minta maaf sekali lagi jika entri ini ada melukakan hati sesiapa. Aku tiada niat buruk. Ini hanya pendapat aku.

Aku ucap selamat ya...!

Friday, April 22, 2011

Robot Asmara - Liberal vs. Noda



sila kau war-warkan definisi liberal itu
sila kau nyatakan erti sebenar pekikanmu
aturan dunia sukar kau patuhinya
hasutan fana seringkali tergoda

ternoda
terleka berdosa
membatu
aku buntu aku keliru

tinggalkan kusam nodamu
pergi kau jauh kau menjauh
lemparkan ego gunungmu
lari kau jauh kau menjauh

---

Sorry kau orang... aku teringat masa muda... huhu...

Thursday, April 21, 2011

Auto-post...!

Penulisan entri pada blog ini bermusim. Kau tak rasa macam tu? Aku rasa camtu.

Ada masa, berderet je entri. Ada masa, takde entri langsung. So kenapakah begitu.

Kerana tutorial ini... Sila klik kalau nak tahu...

Ya, auto-post.. Aku jadualkan semua entri aku. Ini adalah kerana, hanya ada satu ketika idea datang mencurah-curah. Boleh jadi satu hari mau 10 entri pun boleh jadi. Haha...

Namun, setiap hari aku follow-up blog aku. Kalau ada orang komen, tuntas aku akan cuba balas secepat mungkin kerana aku subscribe comment blog aku.

Pembaca saya adalah keutamaan saya... Macam haram...

Tapi baru-baru ni aku nak cuba buat satu hari, satu artikel... At least tergerak gak kepala aku untuk berfikir. Tak la tumpul sangat kelak... Pe kata kau orang...
Aku ucap selamat k...!

Wednesday, April 20, 2011

Adab masuk blog aku!

Aku sedar kesilapan aku ketika menukar blog dari rasional & emosional kepada rasional. Dan kesilapan itu mengakibatkan kurangnya pembaca datang ke dalam blog aku.

Tak seperti blog lama aku, ramai kot follower dia. Aku akui aku bukannya hebat sangat menulis. Menulis pun benda merapik.

So, hari ini aku nak beritahu tentang adab-adab masuk blog aku, agar blog ini mampu meriah seperti blog lama aku. Haha...

Pertama, jika kau orang bukan follower blog ini, sila tekan follow kat atas. Mesti ada akaun google ya.

Kedua, baca la entri aku. Aku amat galakkan kau orang komen. Kau nak mengutuk pun boleh. Tapi kita sama-sama manusia apa hal nak kutuk-kutuk. Sama je aku dengan kau. Haha...

Dan yang terakhir dan paling penting. Klik la iklan kat blog ni. Seumur hidup aku tak pernah tengok blog ni datang hasil dari iklan2 ni. Buat menyemak blog pun ada. Apa kejadah aku letak kalau takde fungsi. Huhu...

Dan aku tahu, kalau tak kena gaya, aku leh kena ban pasal langkah ke tiga ni karang. Pedulik...!

Sekian dari aku... Aku ucap selamat... Huhu...

Tuesday, April 19, 2011

Kisah perempuan muslimah pulak...

Aku tengok karikatur ni.. Dan aku terkenang sesuatu lama dahulu. Barangkali 2 atau 3 tahun dahulu...


Aku jumpa ini pada facebook syahirul.com. Kredit kat dia...

Pernah berlaku kat kau situasi 2. Aku pernah. Beberapa kali seumur hidup aku dan ironinya, dalam banyak-banyak perempuan aku jumpa, hanya seorang sahaja seperti dia.

Kalau kau pernah membaca blog lama aku, rasional dan emosional, ada dua entri yang menceritakan tentang dia. Aku jumpa satu sahaja, yang lagi satu tu puas aku cari tak jumpa. Seingat aku ada 2.

Aku bukannya alim sangat. Tapi kerana perempuan ini bijak, aku mampu tundukkan pandangan aku ketika berjumpa dengannya.

Bagi aku, lelaki makhluk yang kasihan. Tanggungjawab berat, sukar masuk syurga dan nafsu lak ada satu. Dan satu-satunya nafsu yang bagi aku terhebat yang mampu membawa ke neraka akhirat dan neraka dunia kalau tak dikawal dengan betul.

Pernah terjadi kat kau bilamana kau dimaki oleh perempuan kerana kau tidak tunduk pandangan. Ya, perempuan seksi. Aku tak pernah lagi sebab aku pandai cover line. Tapi aku pernah lihat ada lelaki pernah di maki.

Dan aku kasihan lelaki itu, dan aku merasa jelik, dan jijik tentang perempuan itu. Kau taknak orang pandang, jangan la kau suluh badan kau terang-terangan. Memang lelaki bila pandang perempuan seksi macam tak pernah nampak perempuan. Walau dah selalu tengok pun, masih mahu memandang.

Dan unik kan minda lelaki berfungsi... Huhu...

Jangan salahkan lelaki, mereka memang selama-lamanya begitu. Kalau tidak banyak pun nafsu mereka, pasti ada sedikit mahu melihat. Dan menjadi tanggungjawab kau, perempuan menutup badan kau seelok-eloknya.

Bukan hanya pada rambut, tapi pada lengan, pinggul, dan kaki. Kau faham kan?

Dan aku percaya jika ramai perempuan begini, dunia akan cepat aman... Tiada lagi perang, tiada lagi permusuhan. Kau tengok tv kan? apa kau nampak...

Kasihan kepada kami lelaki. Minda kami amatlah mudah. Senang terpedaya dengan hiasan dunia ni. Pakai la pakaian yang elok-elok.

Bila kenang balik, aku lihat dia dalam keadaan yang aku rasa tenang. Tidak sakit. Ya, ada dua jenis pandangan bilamana lelaki memandang perempuan.

Bilamana pandangannya baik, dia akan rasa tenang, rasa bersemangat, rasa suci!?... Dan perasaan mahu memandang lagi itu secara automatik akan berkurang kerana rasanya malu pada diri. Ya, lelaki juga ada rasa malu.

Bilamana pandangannya jahat, dia akan rasa sakit, terlalu berkhayal dan gagal mengawal diri. Dan perasaan mahu memandang lagi itu secara automatik akan bertambah kerana gagal mengawal nafsu yang semakin lama, semakin mengila.

Kau perempuan, tidakkah kau kasihan kepada lelaki. Tutuplah... dan simpan semuanya untuk lelaki kamu kelak, atau suami kamu sekarang.

Well, aku ucap selamat... Oh, aku dah lama tak jumpa dia, tak tahu apa khabarnya sekarang. Tapi hati aku kuat mengatakan, dia baik-baik sahaja. Dan sedang melakukan kebaikkan dengan kebijaksanaannya...

Selamat...!

Monday, April 18, 2011

Support dan Challenge... Ini bukan artikel forex...

Untuk gerak sendiri belum tentu, manusia perlu motivasi untuk melakukan sesuatu perkara yang perlu mereka lakukan.

Aku baru tonton 'How I Met Your Mother Season 6 Episode 20'. Lambat sedikit baru dapat tengok memandangkan beberapa minggu ini adalah minggu yang sukar bagi aku.

Dalam episod kali ini, dia ada menyebut tentang 2 jenis motivasi dalam hubungan. Satu adalah saling sokong, dan satu adalah saling mencabar. Errr.. Bahasa melayu kureng sket bila masa kena terjemahkannya.

Support, and challenge...

Contoh 'Support' seperti kebiasaan mak kita menyayangi kita. Suapkan makan, hantar kita pergi sekolah, hulur duit belanja. Aku tak cerita tentang metafora di sini, ini semua adalah perbuatan fizikal.

Contoh 'Challenge' seperti kebiasaan ayah kita. Kalau tak gi sekolah dia rotan dan kalau nakal mau kena makan pelempang.

Kedua-dua mereka sayang, hanya cara yang mereka tunjukkan adalah berlainan. Kau boleh faham kan 'Support' dan 'Challenge'. ni...

Dan aku harap kau boleh hubungkan dengan hubungan kau orang dengan pasangan masing-masing. Tak kira la suami isteri, bf gf dan lain-lain.

Kedua-duanya adalah alat motivasi (motivation tool). Kalau kau tanya mana yang terbaik, kedua-duanya adalah terbaik bagi aku. Hanya perlu digunakan pada masa dan ruang yang betul.

Kalau kau rasa orang yang kau nak motivasikan adalah mudah mengaku kalah, kau cuba support mereka.

Kalau kau rasa orang yang ko nak motivasikan adalah sukar mengaku kalah, kau cuba challenge dia.

Senang kan. Namun kadang orang salah guna. Contoh macam pekerja yang baru bekerja. Kena maki dengan bos terus letak jawatan. Pernah dengar bukan? Yup, 'challenge approach'.

Hanya yang cekal, atau terdesak mampu mengharunginya. huhu...

Well, I'm no expert in psychology. Ini adalah pendapat aku setelah tengok episod ni. Kalau tak puas hati, kau leh komen. Kalau kau bijak pandai, kau leh bagi cadangan.

Aku masih menulis di blog ini kerana komen yang aku dapat. Ada yang support, ada yang challenge. Huhu... See, its around us...

Aku ucap selamat dan terima kasih kerana membaca...

Sunday, April 17, 2011

Aizat - Sungai Lui



Aizat - Sungai Lui
Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini

---

Aku tak berapa faham kaitan tajuk dan lirik lagu ni. Namun jika Aizat punya lagu, aku mampu layan. Rasa jauh dia bawa aku hanya mendengar lagu dia.

Lagu ni buat aku rasa macam duduk dalam hutan, tenang... Aku harap aku boleh ingat lagu ini di masa hadapan...

Saturday, April 16, 2011

Perihal Pakaian

Pakaian memang tak menunjukkan sepenuhnya diri kita, namun ia membawa impak kepada impresi pertama orang pandang kita.

Baru-baru ini aku dapat temuduga. Jadi untuk mengelakkan aku sesat ke tempat temuduga tu, aku pergi la tengok-tengok dahulu. Sampai sana, aku tegur la Pak Guard tu. Dia pandang aku atas bawah, pastu buat muka cam menyampah kot pandang aku.

Aku masa tu, pakai T-Shirt berkolar lagi, seluar jean dan topi. Well, aku bukan nak gi temuduga pun lagi, So, apa peduli aku pakai apa pun. Cam haram pandangannya...

Selepas itu sampailah masa temuduga, aku pakai smart gler. Kalah aku rasa bos kat sana sebab dorang semua pakai uniform. Dari minyak rambut sampai kasut, sume harga ribu-ribu punya (selepas ditambah semuanya.. hehe..)

Dari jauh aku nampak dah Pak Guard tu punya gigi. Tersenyum lebar macam baru dapat bonus. Aku datang selamba je. Cakap nak temuduga. Terhegeh-hegeh dia call pejabat kata ada orang nak temuduga pun.

Cam haram... Hanya aku tukar pakaian aku, kau dah anggap aku cam dewa, boleh pun senyum. Tak mesra pelanggan betul.

Well maaf, aku memang butthurt kalau orang tak reti nak senyum pada aku.

Benda ni selalu jadi kat aku bila aku fikir balik. Contoh macam pergi bank. Jarang dorang nak layan kau kalau ko pakai T-Shirt je. Aku ada sekali pergi pakai Kemeja siap tali leher. Aku tak ingat kenapa. Peh... Dia punya layan, kalau piagam pelanggan dia ada 10, aku bagi markah 10 kat dorang.

Dan pernah terjadi dekat ayah aku bilamana aku dah nak lahir. Kita balik 25 tahun dahulu.

Sebab ayah aku kerja, so dia takleh la tengok aku dan mak aku kat hospital waktu malam. Member dia ajar, pakai smart, siap tali leher bagai, then selamba je gi hospital.

Its work...!!!

Sebab orang kat sana (hospital) ingat kau doktor kalau ko pakai smart. So, para bakal bapa-bapa sekalian. Usah gusar kerja anda bertimbun sehingga tiada masa melihat isteri di hospital. Just pastikan ada masa untuk beli baju seluar, atau kau pakai je baju time kau temuduga dulu... Selamba...

Orang selalu lihat dan faham kita dari impresi pertama. Dan impresi pertama ini penting bilamana kau jumpa orang yang selalunya tak heran kat kau. Pakai elok-elok sket.

Yang perempuan tu pakai la cantik-cantik tanpa perlu menonjolkan benda yang dah sah-sah tertonjol tu. Yang lelaki jangan la selekeh sangat. Depan member-member dan famili kau takpe la...

Bak kata Yus dalam Maharaja Lawak, malu kat orang kampung... Tok.. tok... kenapa pakai boxer je tok... Huhu...



Pakaian kita, kita la... Aku ucap selamat...!!

Friday, April 15, 2011

Epilog...

"Cinta datang selepas cita-cita..."

Aku lihat jauh ke dalam. Aku lihat marak api menyala. Namun anehnya, ia tidak membakar sekeliling, kecuali dirinya. Dan aku fikir, betapa bodohnya itu, seperti syaitan, yang terang dibakar oleh badannya sendiri...

Aku kenal api itu, itu api kemarahan. Ia marak, hanya memakan diri. Dan jika tidak dikawal, ia akan jauh memakan diri. Dan bukan aku untuk membiarkan ia terus memakan diri. Dan jauh memakan diri hanya untuk orang disekelilingku.

"Kau tahu apa yang mereka kata tentang dendam, bersedia untuk menggali 2 kubur..."

Tiada yang menang jika syaitan menjadi diri sendiri. Yang pastinya, api itu membawa kau ke lubang yang dalam, tanpa mampu kau diselamatkan. Aku tahu ini, aku fikir, aku hanya perlu berbaik-baik. Tidak perlu mengungkit, hanya ikut aturan yang telah disarankan.

Dan aku tahu aku dilandasan yang betul.

Namun, itulah silap aku. Orang kata, jika kau usaha, kau akan dapat. Dan bukan dalam keadaan ini. Silap aku, menyangka yang aku menang jika aku ikhlas dan sabar. Ternyata, jika itu adalah satu kesilapan, sama ada kau pihak yang benar sekalipun, tetap kau akan dipandang seperti orang berhaluan kiri.

Kadang, cinta menjadikan orang bodoh aku fikir. Kebanyakkan rasional kau akan ditarik. Nikmat menggunakan akal sepenuhnya juga akan ditarik. Dan sebelum kau sedar, sebelum sampai kau, dia perlu dapat dahulu. Dan itu aturannya.

"No pain, no gain..."

Aku tiada dapatan, hanya kesakitan. Walau akal ini kuat membetah, aku hanya mampu membelakanginya. Dan seperti aku pernah kata, ini adalah bodoh.

Bodoh kerana, aku berpaling dari kenyataan... Yang telah lama dia, telah membuat keputusan. Anehnya, kerana seharusnya, aku terlebih dahulu membuat keputusan itu.

Aku pernah kata,  pelik cara nafsu berfungsi. Api itu hilang, tiada walau setiap ceruk mana pun aku mampu cari. Dan aku sedar, seperti dia, aku juga perlu buat keputusan. Dan kini, bukan sebarang keputusan.

Aku lihat dia. Aku pernah tulis tentang ini dahulu di suatu cerita lama dahulu. Dan tulisan itu berkata,

"Langsung..."

Aku sedar... Jalan terbaik berada dekat padaku. Aku nampak jalannya, dan hanya atas aku untuk mengerakkan ke sana.

Aku harus pergi. Dan aku janji pada diri aku... Yang aku takkan berpaling ke belakang lagi...

Kau, si mulut busuk, aku tahu kau ada isu kali ini. Berdoalah lidah kau masih mampu berfungsi di setiap saat kehidupan kau.

Dan kau, aku sedar aku takkan faham kau, selepas apa kau rampas dari aku. Dan aku tak pernah peduli apa tentang keadaan kau, bagi aku... Kejahatan yang kau lakukan pada aku, dan pada dia akan aku lihat pembalasan seterusnya. Karma... Hidup aku, hanya menunggu itu.

Dan dia...
...

Dan kau orang... aku ucap selamat... aku minta maaf... dan aku berterima kasih...

Aku akan selalu di sini... dan ini adalah keputusan aku... Terima kasih...

Saturday, April 9, 2011

3 prinsip

Mengikut buku yang aku baca lama dahulu, ilmu forex diasaskan oleh 3 prinsip.

  1. Psikologi/Displin
  2. Teknik
  3. Pengurusan Wang/Risiko
Mengikut turutan, diatas lebih penting dari di bawah.

Dan aku percaya, aku pegang betul prinsip ke 3, kerana sejak aku serius mendalami ilmu forex, tidak pernah akaun aku merasa MC... Aku percaya kerana aku menguruskannya dengan baik.

Apa yang aku kurang adalah prinsip ke 2 dan pertama. Di mana aku sering terpengaruh untuk tukar teknik. Dan itu membawa kepada betapa tidak seriusnya aku memandang displin sebagai satu tonggak utama dalam ilmu forex.

Aku teringat Warren Buffet pernah berkata tentang Investing Rule:-

"Rule #1 : Never lose money, Rule #2 : never forget rule #1..."

Membawa makna, tidak sesekali mensia-siakan duit yang ada pada kita. Dan aku percaya ini adalah benar.

Dan sebab itu, aku fikir perlu perancangan yang mendalam berdasarkan 3 prinsip yang aku sebutkan di atas. Dan tidak sesekali aku ingkar 3 prinsip di atas selagi tidak siap benar dan lengkap segala isi yang diperlukan untuknya.

Aku harap, aku akan ingat ini. Ini adalah untuk aku, juga untuk kau yang membaca...

Aku ucap selamat...

Friday, April 8, 2011

Amarah!

Dahulu semasa aku kecil, asal aku marah, aku akan teriak, menangis. Budak kecil, masa itu apa pun aku tak tahu.

Dan begitu senang aku meluahkan apa yang terpendam dalam hati.

Dan bila aku masuk sekolah, dan juga kolej. Bilamana aku marah, aku akan tumbuk... dinding. Dan kau tahu, sakitnya tangan apabila buku bertemu dengan konkrit. Kawan-kawan aku tahu ini.

Dan jika kau biasa mengikuti blog sebelum ini. Kau tahu, evolusi melepaskan amarah aku terjadi di sini. Tiada lagi tangan yang berdarah dan tulang yang terseliuh. Dan bertapa harmoni hidup aku selepas melepaskannya (amarah)...

"sekuat-kuat lelaki adalah lelaki yang mampu menahan amarahnya..."

Aku dengar ini, namun tidak pasti di mana. Namun aku percaya ada benarnya kenyataan itu. Dan ketika itulah, aku tahan segala marahku. Tiada lagi meninggi suara, tiada lagi kata-kata kesat di sini juga di luar.

Aku pendam dan jika aku luahkan sekalipun, aku percaya aku tidak menyakiti orang lain. Dari dalam, atau dari luarnya.

Dan itu yang membuatkan aku redha. Dari pemarah, menjadi pengampun. Tidak pelikkan aku memaafkan semua kesalahan dia. Kerana aku tahu, mesti ada yang salah dahulu yang membuatkan aku sekarang...

Asalnya aku menulis ini untuk menerangkan yang aku sedang marah. Perasaan yang terpendam aku mahu luahkan di sini. Seperti dahulu .Namun ketika sampai di sini, amarah itu hilang.

Aneh cara minda berfikir. Aneh cara nafsu berfungsi. Aku tidak marah lagi.

Huhu.. maaf, aku fikir aku seperti membuang masa, menulis ini, membiarkan kau membaca dan membiarkan diri aku dipengaruh oleh amarah ini. Aku minta maaf...

Peace... dan aku ucap salam...

Tuesday, April 5, 2011

Lelong...!

Salah satu hobi aku adalah window shopping. Sebab aku selalu sengkek dan kedekut, aku kerap dilihat berjalan-jalan di pusat membeli-belah tanpa membawa apa-apa beg.

Kau nak tengok aku bawak beg, senang sahaja. Bank-in kan aku duit. Email aku untuk no akaun maybank...

Aku biasanya membeli-belah bila duit betul-betul banyak, sebabnya aku suka memborong dari membeli. Huhu...

Disebabkan baru-baru ini aku tak la sengkek sangat cuma malas nak keluar, aku disepara-lihat merayau-rayau di lelong.com.my. Mula-mula window shopping sahaja.

Aku tak pernah shopping online sebelum ini. Jadi setelah puas menelaah lelong.com.my, ada la benda sket yang aku beli. PC aku prob sket so takde la gambar aku nak tepek kat sini.

Setakat ni aku beli baju, robot(ni untuk kajian lanjut adik aku.) dan jam tangan. Setelah membeli, tunggu lebih kurang 1-3 hari sampai la barang tu.

Sebab ini adalah pengalaman pertama aku, aku rasa agak seronok sebab aku tak perlu keluar berasap kereta aku pun barang sampai kat rumah. Senang dan mudah.

Satu lagi aplikasi yang aku suka yang terdapat pada lelong dan aku percaya ebay juga adalah aplikasi membida.

Macam aku cakap, aku kedekut, dan dari dahulu lagi jika aku beli barang, aku mesti menawar. Dan amat peka kepada sale. Huhu... Dan dengan aplikasi membida (bid) ini, aku mampu mendapatkan barang yang aku suka dengan harga yang lebih murah dari pasaran.

Kerana aku pernah berniaga. Aku tahu apa harga sebenar sesuatu barang tu. Dan aku rasa rugi kalau aku tak tawar-menawar. Lagipun, customer always right...! huhu... Ketahui hak pengguna anda...

Kau tau setiap hari Rabu lelong akan mengadakan Superbid dimana semua barang-barang dalam senarai Superbid akan dilelong dari harga RM1. Mula dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam. Cuma yang tak best sebab barangnya tak banyak. Huhu...

Banyak membeli ini membuat hati aku terdetik untuk berniaga semula seperti dahulu. Cuma sekarang modal dan akses kepada barang itu yang aku tak dapat nak mencari.

Baru-baru ini rajin juga aku mencari mana-mana tempat menjual barang borong. Saje, mana tau esok bila aku ada duit, bolehlah cuba berniaga semula. Huhu...

Berniaga ni best. Bukan sebab duit sahaja, tapi sebab kau tolong orang selesaikan masalah, dan tak kurang tambahkan masalah orang (hutang... huhu...).

Benda yang paling best bila aku berniaga dulu adalah melihat muka puas pelanggan aku bila dorang dapat barang yang dorang mahukan.

Anyway, aku sekarang tidak kuat seperti dahulu. Minda aku sedang diserang penyakit lemah dan tidak bersemangat. Berniaga memerlukan minda yang kuat. Aku harap aku pulih cepat.

Huhu...

Kau, ada benda yang kau nak beli. Aku cuba cari dengan harga murah... huhu...

Aku ucap selamat k...

Monday, April 4, 2011

So, malaskah aku ketika blog ini mula bersawang.

Aku jujur dengan kau orang, hidup aku baru-baru ini tidak seperti dahulu. Tiada banyak benda aku lihat. Tiada banyak benda aku mampu fikir. Seperti lumpuh, seperti masa itu infiniti.

Aku juga tidak suka menulis ketika aku sedang mempunyai mood yang tidak baik. Ia akan efek kekredibiliti (ada ke perkataan ni... hehe...) aku sebagai blogger.

Aku tahu, dengan bersawangnya blog ini akan mengundang kehilangan pembaca setia aku (aku tahu aku ada pembaca setia, bukan perasan.. haha..) tapi maafkan aku...

Aku lihat semula isi-isi entri blog aku yang lepas-lepas dan setiap komen yang aku dapat di setiap entri, dan aku yakin jika aku seperti dahulu, entri-entri yang hebat dahulu pun aku mampu hidupkan...

Aku mahu cuba, tapi sering separa... Tapi tak mustahil aku akan cuba semula...

Sebab aku adalah aku...

Oh, pembaca setia blog aku.. aku minta maaf.. untuk pembaca yang bermulut busuk.. kau takkan selamat...

Aku ucap selamat k...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...