Followers

Gamers

Saturday, November 5, 2011

Target : Mazda RX-7 FD (Efini)

Aku fikir banyak kali sebelum menulis ini kerana jika aku silap menulis, barangkali ia memakan aku. Akhirnya aku putuskan untuk menulis kerana aku tidak mahu lupa malam ini.


---


Malam ini aku seperti biasa lepak bersama kawan-kawan aku. Sembang kedai makan. Topik biasa la, kalau tak bola, forex.

Kemudian datang seorang kawan ini, dan jadi tajuk borak kami beralih kepada kereta.

Mungkin jika kau selak kebelakang, aku ada kata kereta idaman aku adalah Audi R8. Aku tak fikir dalam masa muda ini aku mampu milikinya. Namun yang aku nak cerita sebelum aku kenal Audi R8, aku sudah jatuh cinta kepada Mazda RX-7 FD3S.

Mazda RX-7 FD3S (Efini)

Oh, jangan tuduh aku terpengaruh kepada Initial D. Jujurnya, aku mula layan Initial D sekitar tahun 2008. Semua ini bermula ketika aku baru dapat kereta (2006). Kereta biasa je. Proton Saga lama. Its serve me well until now.

Masa mula dapat kereta, mahu semua buku pasal kereta aku telaah semata-mata nak kenal lebih dekat pasal kereta. Bila hantar kereta rosak, aku lihat apa yang mekanik buat pada kereta aku. Dan semua ini membawa aku dengan penemuan enjin rotary.

Apa yang seronok sangat pasal enjin rotary ni. Hm... Enjin ni tak pakai piston, crankshaft, conrod, camshaft dan pe lagi. Huh. Ia digantikan dengan rotor dan housingnya. Konsep rekabentuk dan fungsinya lebih kurang macam enjin 2 stroke dan ianya lebih ringan dari inline engine. Enjin ini biasanya digunakan di kapal terbang sehingga Mazda mengecilkannya untuk memuatkan ke dalam sebuah kereta.

Dan dari situ lahirlah beberapa model kereta. Yang aku tahu hanya RX-7 dan RX-8. Aku tahu ada lagi cuma malas nak mencari. Hah.

Lawa tak belakang dia, lentik habis.

Dan dari situ juga aku jumpa RX-7 FD (Efini). Sekilas pandang terus jatuh cinta. Ya, kawan-kawan. Aku pandang perempuan sama je dengan aku pandang kereta. Aku lebih pada rekabentuk kereta berbanding kemampuan kereta. Bentuknya yang lentik atau bahasa kejuruteraan, aerodinamik, lampu belakang yang cun, siap ada mata leh kenyit-kenyit lagi, 2 pintu (memang sesuai untuk aku yang suka memandu seorang) dan apa lagi... hm...

Ini kereta lama. Aku tahu banyak lagi kereta yang lebih baik dan aerodinamik dari yang ini. Tapi orang lama cam aku (wahaha..), citarasa mestilah lama ye tak.

Tiap kali aku main Need for Speed, RX-7 adalah salah sebuah kereta mesti beli. Aku tak tahu kenapa, tiap kali memandu RX-7 dalam NFS, mesti aku dapat kawal dengan cemerlang. Dan atas pengaruh itu aku rasa kalau aku mampu milikinya, mesti superb aku boleh kawal. Haha... Oh ye... Sesiapa ada main NFS World, aku memandu Mazda RX-7 RZ kat situ. Sila cari aku untuk fight. Nama aku kat dalam tu sama dengan URL blog ni.

Dan malam ini bila bertemu kawan yang memang aku fikir hebat bila bercerita pasal kereta, aku tanya dia pasal RX-7. Apa aku dapat. Ya, kawan-kawan. Kerana enjinnya adalah rotary, tak ramai yang betul mampu nak mod atau repair bila ianya rosak kat Malaysia ini. Sparepart susah cari. Kat forum aku ada baca RX-7 makan minyak cuma kawan ini kata tidak. Hm... Bagi aku kalau dah mampu pakai RX-7, apa kisah minyak ye tak?

Mendengar cerita dia buat aku jadi lebih jatuh cinta pada RX-7. Walaupun banyak contra bila memilikinya di Malaysia, aku fikir jika aku mampu kelak takde masalah. Ya kawan-kawan, setiap keinginan yang mahu dicapai mesti bermula dengan angan-angan. Boleh kan aku mimpi memandu RX-7 pagi nanti.

Mendengar cerita dia juga buat aku rasa cam bangang juga pasal kereta. Rasa macam aku duduk bazir masa muda aku dengan benda yang tak berfaedah macam melayan perasaan yang entah apa-apa. Kan bagus bila cuti sekolah aku buat part-time kat bengkel kereta. Boleh gak belajar sikit-sikit pasal kereta. Ya, kawan-kawan. Ada degree mekanikal tak bererti semua bab mekanikal aku khatam. Hak putuih...

Berborak dengan dia buat semangat muda aku aktif kembali. Bila dah tua ni banyak benda kita lupa. Hanya menjadi muda baru kita sedar banyak benda yang menarik yang ada di sekeliling kita. Buat masa ini bagi aku RX-7. Aih.. bila la dapat pakai.

Bila la dapat mengadap dan ada view macam ni...

Jangan risau, aku yakin suatu hari nanti aku akan memilikinya. Forex walaupun minggu ini mengecewakan namun aku tak putus asa. Jadi, aku nak tepek impian ini menjadi salah satu target aku. Beli, pandu dan maintain pandu Mazda RX-7. Dan kerana kereta ini adalah kereta lama, aku fikir aku kena boost sedikit usaha aku untuk mencapainya.

Aku boleh! Malaysia boleh...! Aku ucap selamat...

Oh.. proton kata nak keluar kereta baru. Ko ada dengar cerita tak?

Sumber:-
http://www.turborx7.com/efinirx7.htm

http://www.mk-portal.org/forum/showthread.php/4419-Apakah-itu-Rotary-Engine-dan-dimanakah-workshop-tempat-nak-modified-kat-Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...