Followers

Sunday, March 22, 2015

Kenapa Eve Online?

Masa aku banyak habis pada trading dan Eve Online. Aku selalu cerita pasal trading, dan hari ini aku nak cerita pasal Eve Online. Hm, rasanya post aku baru2 ni pun pasal Eve Online... Haha.. lantak la. Ini mungkin post yang panjang dan kemungkinan post membebel, jadi anda telah diberikan amaran...

---

Trailer Eve Online. Wajib tengok banyak kali!!!


Sejak aku kenal Eve Online, aku berhenti main game lain. Hanya Eve Online. Ada sesuatu yang bagi aku amat menarik tentang Eve Online. Bagi yang tak tau, Eve Online adalah game simulasi angkasa dimana kau boleh bawa kapal angkasa dan buat hal kau sendiri. Sandbox game. Seperti padang permainan yang ada pasir, kau boleh buat istana pasir atau apa-apa yang kau boleh fikir, dan kau boleh musnahkan ikut suka kau. Orang lain pun boleh join bina sama, atau komplot musnahkan bersama.

Apa yang menarik tentang Eve Online bagi aku adalah Eve Online hanya ada satu server untuk bermain. Bermakna, jika ada 30,000 orang bermain Eve Online dan satu-satu masa, jadi kau boleh jumpa semua 30,000 orang bermain dengan kau. Berlainan dengan game PC online yang lain di mana kau kene pilih mana server kau nak main, jadi apa yang kau buat kat server sini takkan sama dengan apa yang berlaku pada server sana. The more the merrier...

Asas game ini adalah lebih kepada PVP (player vs player). Tak kira apa kau buat, sama ada pergi menembak, gate-camp atau trading sekalipun, kau sentiasa berlawan dengan player yang lain. Tentu sekali ada PVE (player vs Environment) bagi yang tak berapa minat nak PVP macam aku tetapi perlu diingatkan, walaupun kau buat aktiviti PVE, kau juga terdedah dengan bahaya PVP.

Kenapa?

Kerana Eve Online menekankan aspek "setiap perbuatan ada akibat, ada risiko". Jika kau keluar dan orang tembak kau dan kau mati, kapal kau musnah. Kau kena kerja balik untuk dapatkan kapal tu. Dan serius, kapal bukan murah. Kebanyakkan game kita main, kalau game over, kita diberikan kapal atau karakter baru tapi bukan dalam Eve Online. Kalau letup, gi beli baru. Fly what you can afford to lose.

Incursion

Matawang dalam Eve Online adalah Interstellar Kredit (ISK). Banyak aktiviti kau boleh buat untuk mendapatkan ISK seperti Incursion, Mining, Missioning dan banyak lagi. Kalau kau kreatif, kau boleh scam orang untuk mendapatkan ISK. Orang yang PVP juga kalau pandai boleh buat ISK dengan mengambil apa-apa barang yang tertinggal dari bangkai kapal yang dimusnahkan. Kalau kau jenis seorang yang ada leadership skill, kau boleh buka syarikat (Corporation) kau sendiri, rekruit orang untuk join dan buat duit mengikut hala tuju syarikat kau.

Apa nak buat dalam Eve Online!?
Ekonomi dalam Eve Online adalah berdasarkan player. Jadi kalau kapal tak cukup kat market bermakna takde player bina kapal tu. Turun naik harga barang dalam Eve Online sama seperti dunia kita. Supply dan demand. Hampir semua benda dalam Eve Online dibina oleh player. Bagi yang minat berniaga memang seronok la buat benda-benda ni.

Aku tak nafi, Eve Online adalah game yang rumit. Bukan satu hari kau boleh hadam semua benda yang ada dalam Eve Online. Aku dah main dekat 8 bulan dan masih lagi rasa macam newbie. Terlalu banyak benda berlaku, terlalu banyak benda boleh buat. Kau boleh tengok screenshot kat atas dan kau boleh agak, ianya agak rumit. Tapi kita manusia, macam mana rumit benda sekalipun kalau dah selalu mengadap jadi hebat gak.

Eve Online Map
Dunia Eve Online tak banyak beza dengan dunia kita. Kau buat sesuatu untuk dapatkan ISK, jadi pengguna; beli kapal dan sebagainya untuk kegunaan kau dan pergi buat sesuatu. Bila dah ramai orang, jadi mesti ada politik. Kawasan merah (Nullsec) dalam screenshot kat atas adalah kawasan yang boleh ditakluk yang biasanya dimiliki oleh Alliance; hasil gabungan dari pelbagai Corporation. Peperangan sentiasa berlaku pada kawasan merah ni jadi... tak banyak beza dengan dunia kita.


Peperangan paling besar pernah berlaku di Eve Online dan paling besar dalam sejarah game MMO

Kawasan biru, hijau dan kuning (Highsec) tu lebih kepada kawasan agak selamat memandangkan ada polis jaga. Oren polis kurang jaga (Lowsec). Polis kat sini dipanggil Concord. Polis dalam Eve Online juga tak banyak beza dengan Polis dalam dunia kita. Jenayah berlaku dahulu baru polis bertindak. Jadi selalunya penjenayah selesai melakukan jenayah barulah polis datang letupkan kapal penjenayah. Dan disebabkan populasi player lebih banyak di Highsec, maka banyaklah berlaku jenayah kat sana.

Baru-baru ini aku join Spectre Fleet. Aku bukan player yang suka PVP tapi bila dah lama main, rasa macam tak betul kalau aku tak PVP. Spectre Fleet adalah satu komuniti yang mengamalkan dasar NPSI (not purple shot it). Bila kau join fleet, semua ahli fleet kau akan dilabel ungu. Jadi bila kau nampak player yang bukan ungu. Tembak!


Bomber Bar Fleet


Setakat ini aku hanya cuba Ninja Fleet dan Bomber Bar. 2 fleet ni memerlukan kau untuk mampu terbang Stealth Bomber. Strategi dorang lebih kepada serang hendap.

Disebabkan dorang ini tiada bebanan politik, agak senang bagi aku untuk join. Aku hanya perlu ada kapal mengikut spesifikasi yang dorang mahu dan aku boleh join. Kalau aku tak suka, aku boleh keluar. Dan kalau aku nak join balik pun boleh. Tiada drama, tiada politik.

Sesuai bagi aku yang tak suka komitment.

Buat masa sekarang, aktiviti grinding ISK aku adalah Incursion. So far, Incursion adalah aktiviti Highsec yang paling senang masuk dan paling tinggi bayaran ISK dia. Well, memanglah kalau kalau kau bijak, industri adalah paling tinggi bayaran. Tapi kalau nak senang, buat incursion. Hanya perlu pastikan kau boleh terbang kapal yang dorang nak, dan kau boleh join.

Aku selalu terbang bersama komuniti Warp To Me Incursion. Dorang ni friendly newbie. Jadi jangan segan, tak tau boleh tanya. Boleh borak-borak. Dan ya, Incursion tak boleh solo. Kau perlu fleet. Ok!?


Masa aku mula-mula main, aku selalu solo. Main solo sebenarnya akan macam dosa kerana kau main game online, dan game online biasanya kau akan bermain dengan orang lain. Jadi kalau kau masih baru dalam Eve Online, belajar-belajar la cari kawan atau join corporation. Kau akan banyak belajar dari situ.

M Suhaimi x Nur Ain


Aku ada 4 karakter dalam Eve Online dan masing-masing ada tugas masing-masing. Karakter pertama aku, M Suhaimi lebih kepada PVP dan missioning. Nur Ain adalah incursion runner.Yang ketiga ni tolong aku hantar barang (hauler)aku ke mana-mana pelusuk New Eden. Dan yang ke empat untuk industri.

Kenapa sampai ada 4 karakter. Sebab untuk betul-betul experience dalam Eve Online, aku nak cuba semua aktiviti. Aku perlu industri untuk support karakter aku dari segi ISK. Aku perlu Hauler untuk hantar barang. Aku nak PVP jugak. So far Incursion je aktiviti aku yang betul-betul bagi aku ISK memandangkan karakter ke 3 dan ke 4 aku masih baru.

Satu lagi sebab untuk kau buat sesuatu dalam Eve Online, kau perlu latih (train) skill dulu. Kalau nak buat industri kau kene ada skill. Nak PVP pun kena ada skill kapal dan modul yang kau nak guna. Dan skill yang kau belajar memerlukan masa. Skill adalah komoditi pertama paling berharga dalam Eve Online. Yang ke dua adalah ISK.

Semua 4 karakter ini saling tolong menolong memandangkan kadang aku ada benda rumit yang aku buat dan plan nak buat. Hehe...

Jadi sebelum train apa-apa skill, fikir dulu apa yang kau nak buat dengan karakter ni. Baru kau tahu mana hala tuju kau selepas ni.

Pe lagi nak cakap. Hm... Kalau ada yang berminat nak join Eve Online. Cari la aku, aku mungkin newbie tapi aku boleh tolong ajar benda-benda asas dan aku pun bawa kau kepada orang yang lebih arif dalam game ni. 



Join komuniti, join corporation. Ini game sosial. Kau boleh belajar kenal orang dari game ni.

Jadi, kenapa Eve Online. Eve Online adalah game sosial, game kapal angkasa, game sandbox, game tentang idea dan strategi, dan game persaingan. Aku harap aku menjawab soalan tajuk post aku. Huhu..

Aku ucap selamat.

---
Nota
  • Pic kat atas semua dari aku kecuali gif kat bawah sekali dan pic apa nak buat dalam Eve Online
  • Video bukan aku punya. Kredit untuk tuan punya.
  • Falcon adalah kapal yang biasa digunakan untuk hidupkan cyno bagi membawa fleet ke satu-satu tempat dengan cepat.
  • Logi adalah kapal logistik. Tugas dia adalah memberi shield atau membaiki armor untuk ahli fleet.
  • Jangan marah bila aku tak update blog. Bizi.. Ha... sekarang baru tahu napa tak update. Keh Keh...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...