Followers

Thursday, November 25, 2010

Trader yang belum berjaya....

Malam ni aku tak tidur. Menemani pasaran mata wang asing yang tak pernah jemu aku pandang. Banyak benda aku belajar tentang forex. Dan ketahuilah, aku suka dengan hidup aku sekarang.

Aku ada garisan melintang. Aku ada pengukur kekuatan mata wang. Aku ada asas analisis carta. Aku ada pengalaman. Apa yang aku tiada, adalah keuntungan. Dan aku harus cari jalan bagaimana mengabungkan apa yang aku ada untuk membentuk keuntungan.

Ia adalah suatu kerja kuat. Berjaga, duduk dan merenung di hadapan skrin hampir 24 jam membuat orang di sekitar aku fikir, 'kau tak ada life ke?'

Haha... mak aku selalu kata, perlu ke hari-hari begini. Jujurnya tidak. Alasan untuk kerap duduk di depan komputer bukan kerana ini cara sebenar menjadi 'trader', tetapi kerana aku masih mencari cara supaya kelak aku tidak lagi kerap duduk di hadapan pc.

Ya, permulaan kerjaya memang sukar. Dan sebab itu aku kerja keras untuk jadikan ia realiti, impian aku kalau kau tanya. Menjadi seorang 'trader'.

Ini permulaannya. Orang tidak nampak, namun aku lihat, ada cahaya di hadapan.
Ini permulaannya. Sukar, namun penghabisannya, ianya mudah.
Dan kenyataan ini diselitkan dengan pengalaman mereka yang sudah berjaya.

Aku akan lama di hadapan pc untuk hari-hari mendatang. Dan sehingga aku tidak jumpa keuntungan itu, aku tidak akan menyerah. Dan berdoa, bila aku jumpa keuntungan itu, sudah sampai masa untuk aku mencari kehidupan aku yang biasa.

Semoga aku tidak terlambat mencarinya...

Aku ucap selamat...

Tuesday, November 16, 2010

Saat ini...

Salam... selamat pagi. Lama tidak menulis di sini membuktikan aku gagal me'rasional'kan diri aku baru-baru ini. Dan ketahuilah, aku masih gagal ketika entri ini di tulis.

Hidup aku biasa sahaja kini. Masih dalam 'kejaran kerjaya' jika itu bahasa indahnya. Oh, aku tidak menggunakan Sarjana Muda itu. Kini, aku lebih ke arah kerja sendiri. Berdiri sendiri, walau ramai mengatakan, ada lebih baik ada orang papah aku dahulu baru aku belajar berdiri sendiri. Aku tahu aku dalam landasan pantas.

Bekerja sendiri menunjukkan aku sesuatu. Keluarga... ayah dan ibu... serta adik banyak membantu. Hanya buat mereka memahami apa aku mahu, semua akan jadi mudah. Hanya sekarang persoalannya adalah aku, mampukah aku untuk terus berjaya kelak.

Kisah silam tu pahit. Aku sehingga hari ini masih belum mampu tidur benar lena. Masih teringat. Aku akui aku seakan masih perlukan dia. Namun dalam masa yang sama aku berdoa, agar aku dijauhi dia.

Dia racun kalau kau mahu aku ibaratkan...

Dan bersyukur ada ramai orang sekeliling aku yang masih mampu membuat aku lupakan dia. Walau seketika, ia cukup buat aku bahagia sebentar.

Aku sakit, namun dalam kesakitan ini aku punya kekuatan baru. Tidak terlalu tidur untuk kerja aku. Tidak terlalu leka untuk kerjaya aku. Dan terima kasih kepada dia, kekuatan baru ini walau tidak baik untuk fizikal aku, namun ia cukup kuat untuk aku terus hidup.

Huhu... membebel. Aku fikir sampai di sini. Aku harap aku akan menulis lagi di lain ketika. Kau orang apa khabar ya... Aku lama tidak dengar khabar kau orang...

Berdoalah aku supaya kurang sibuk dengan kejaran ini. Aku ucap selamat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...