Followers

Friday, December 28, 2012

Mendengar dengan baik, ekspresi diri...

Baru habis tengok drama Mirai Nikki - Another World. Ceritanya ok la. Lain dari Mirai Nikki versi manga dan anime. Heroin dalam cerita ni pun comel, cuma tahap Yanderenya telah dikurangkan ke tahap untuk-tontonan-umum. Aku suka lagi versi manga dan anime kalau kau tanya...

Akan tetapi, drama ini ada OST yang best, tapi aku suka satu lagu je. Dan di saat aku menulis ini, aku sedang ulang-main lagu ini.

Orang kata, musik adalah universal. Bermaksud ianya boleh diterima umum. Tak kira apa jenis dan dari mana asal lagu tu, kita boleh je layankan sahaja. Citarasa aku terhadap music juga umum. Aku tidak terpengaruh pada satu-satu gerne. Apa sahaja yang boleh menyentuh telinga dan hati aku, aku suka...

Salah satu benda yang aku suka dengar adalah music tanpa suara penyanyi. Irama ke perkataannya. Dulu telinga aku tak cukup universal sebab pengaruh radio yang ulang-main lagu-lagu yang ada pada billboards. Bosan kau boleh kata.

Aku tidak mencari, tetapi suatu hari aku melayan Nodame Cantabile, anime tentang musikal klasik. Dan dari sini telinga aku mula boleh terima lagu-lagu tanpa suara ni. Mozart, Beethoven, Schubert dan lain-lain jadi mainan.

Salah satu tabiat buruk aku, kalau aku suka, aku akan tertambat. Lagu yang aku suka, aku akan dengar banyak kali. Aku akan ulang dan ulang walaupun ketika itu mood aku hanya untuk satu lagu. Akibatnya, aku cepat bosan.

Telinga aku tidak berhenti pada lagu klasik. Musik yang senang diterima telinga aku mudah didapati aku fikir. Ambil contoh macam lagu di atas. Lagu tema Mirai Nikki - Another World. Aku suka lagu yang beri aku goosebump ni.


Kalau rasa panjang sangat lagu ni, boleh start dengar dari 1:56 atau 4:00. Aku suka 2 part ni.

Lagu senang didapati. Sumber aku biasanya dari drama, anime dan iklan. Ambil contoh satu lagi drama Liar Game. Orang kata ni macam lagu gereja. Mungkin. Kau adili sendiri. Lagu ni macam trivial, sesuai dengan jalan cerita drama ni.


Kalau rasa panjang sangat, boleh dengar dari 0:49.

Aku suka tengok anime, bukan kerana grafik cantik ke apa, tapi jalan ceritanya lain dari yang lain. Anime di Jepun bukan dibuat biasa-biasa. Mereka ada jalan cerita, ada soundtrack, ada barang-barang promosi, menunjukkan betapa serius mereka dalam bidang ni. Dan sebab itu, OST dari anime juga bukan sekadar lagu budak-budak.

Ada satu lagu aku suka sangat dengar ketika melayan anime Kimi ni Todoke. Lagu ni asalnya memang ada penyanyi. Cuma telinga aku senang menerima versi instrumental. Lagu tentang kehidupan cinta.



Dengar semua... haha... Ada juga jenis lagu panggil lagu karakter. Salah satu yang paling best adalah dari anime Tonari no Kaibutsu-kun. Tiada versi rasmi lagi tapi ini yang paling dekat yang aku boleh jumpa...
--- Update: baru jumpa versi penuh... 29.12.2012


Lagu pendek, jadi aku tak perlu nak rekemen part mana yang best.

Masih lagi mod anime, ada satu lagi lagu yang aku fikir boleh bagi goosebump kat korang. Dari anime Sword Art Online. Lagu ni bukan lagu tema, lebih kepada lagu karakter... boleh kata begitu. Sebab lagu ni hanya akan kedengaran bila watak utama dalam cerita ni bertempur dengan boss.


Macam aku kata, sumber lagu yang aku dapat tidak terhad pada anime dan drama yang aku tengok. Lama dahulu aku ada tengok sesi pelancaran Proton Inspira. Biasanya, bila ada majlis, mesti ada lagu background kan. Lagu yang digunakan untuk sesi pelancaran ini adalah dari lagu di bawah.




Heh, ada suara latar. Layankan je.

Game adalah boleh kata sumber utama aku dahulu. Memandangkan aku banyak main game perang, jadi aku ada banyak koleksi lagu bertema medan tempur. Lagu-lagu ni biasanya beri semangat. Bila aku dengar balik, teringat zaman muda-muda main game tak ingat dunia...

Call of Duty - Modern Warfare 2
Code of Conduct


Batman - Arkham City
I Think You Should Do As He Say


God Of War 3
Brothers of Blood


Banyak la pulak. Post ni panjang sangat. Tapi aku suka. Mengingatkan aku, apa yang aku sedang dan telah dengar. Lagu bagi aku semangat, lagu adalah cara aku luahkan benda yang terpendam dalam hati. Expresi.

Ini hanya satu gerne. Instrumental. Epic. Huhu... jumpa lagi...

Monday, December 24, 2012

Yandere, cerita tentang watak...


Yandere - Seseorang yang pada mulanya baik, penyayang dan lemah lembut sehingga bila bertemu dengan orang yang dicintai, berubah menjadi kasar dan ganas hanya kerana terlalu obses pada kekasihnya...

Aku tengok balik Mirai Nikki (Future Diary), mengisahkan 12 orang yang memiliki diari masa depan berlawan antara satu sama lain bagi meraih tempat sebagai penganti Tuhan mengawal masa dan ruang. Ha... sinopsis tulis sendiri. Manga, anime dan live action lengkap. Cerita lama...

Yuno Gasai dalam mod Yandere

Aku tengok balik sebab aku suka watak Yuno Gasai dalam cerita ni. Baik (?!), penyayang (!?)... wahaha... bukan, aku tipu... Aku suka watak dia sebab hanya satu... dia setia... Dia sanggup buat apa sahaja asalkan kekasihnya selamat, dan terus menyintai dia...

Ya, dia ada masalah, mentalnya tidak stabil. Dia sanggup membunuh untuk kekasihnya, dan juga cemburu buta. Dia selalu ambil langkah yang drastik dan radikal. Berani dan bijak dalam mengira setiap langkah yang patut diambil untuk keselamatan kekasihnya.

Kesetiaannya tiada batasan. Cuma tindakannya terlalu radikal. Bayangkan kerana terlalu sayang, dia sanggup kurung kekasihnya supaya jauh dari musuh.

Radikal... Kalau orang tanya watak untuk Yandere terbaik, undi aku pada Yuno Gasai...

Jadi aku baca forum, tengok apa pendapat orang pasal Yuno-chan ni. Haha... Kebanyakkannya suka, rasa dia cool dan hebat. Tetapi bila ditanya kalau dalam dunia nyata ni, nak ke bersama dengan orang macam ni.

Kebanyakkannya tak sanggup... Kalau kau rasa susah nak garap idea Yandere ni, ambil contoh begini... Macam mana rasanya bersama dengan seorang pembunuh bersiri yang cemburu buta...

Dapat bayangkan? Heh...

Ramai yang bincang hal ni rasa idea ini amat amat dan amat menakutkan. Ya, dia setia... amat setia... tetapi sanggup membunuh, sanggup mengorbankan diri... Aku rasa untuk manusia normal, ini terlalu berat untuk diterima...


Aku tak pernah jumpa perempuan macam ni, mungkin kerana komuniti yang aku duduki ni amat baik orangnya. Pui.. Tapi aku juga ada keinginan untuk merasa 'ketakutan' yang mereka bincangkan ni.

Mungkin ini perkara bodoh untuk aku harapkan... Huhu... Lagipun ini watak komik. Jepun terkenal dengan benda yang pelik. Aku tak rasa wujud perempuan macam ni. Tapi ini tak memberhentikan aku untuk berimaginasi...

Bagaimana kehidupan bersama seorang Yandere...

Benda yang mampu aku fikir, ya... setiap masa kami akan selalu berdua. Menikmati kehidupan. Hanya berdua. Tiada orang lain. Tiada keluarga, tiada kawan, tiada jiran tetangga. Hanya kami berdua. Kalau ada pun habis dibunuhnya...




Paling teruk jadi kat aku pun mati. Ke dua teruk kena kurung, kena rantai, makan bersuap, dan hari-hari aku hanya melihat dia.

Itu hanya terjadi kalau aku lemah. Perempuan macam ni aku fikir lelaki kena dominant. Kena kuat dan berani baru tak jadi macam aku cakap tadi. Dan itu yang terjadi pada Yukiteru bila dah akhir-akhir bab dalam Mirai Nikki.

Mentalnya tidak stabil. Jadi kena selalu tengok dan hati-hati. Hidup jadi berkali ganda cabaran dari manusia biasa. Namun kebaikkannya, dia takkan curang. Tidak sekalipun terlintas dalam benak fikirannya akan tinggalkan kau. Somewhat, buat kau rasa selamat.



Dan bila jadi kuat, dia akan lebih hormat, lebih memandang aku sebagai lelaki. Dia mula dengar cakap, tidak terlalu radikal. Dan bila tahap macam ni, kau sedikit demi sedikit boleh mengawal dia. Setia tidak menjadikan dia selalu mendengar cakap, sebab tu kena usaha agar dia jadi patuh. Kena faham... dalam fikiran dia, hanya ada aku. Jadi apa sahaja yang dia rasanya betul, dia akan buat... Walaupun salah...

Ha...

Bila menulis ni, rasa takut pulak. Haha... Tetapi takut ini cukup kuat untuk aku kagum pada watak Yandere ni. Jika ada peluang aku juga mahu. Biar dia warnakan hidup aku dengan warna merah... sekurang-kurangnya hidup aku mencabar sedikit (ke sebanyak...!?)

Ha...

Kalau terlintas dalam fikiran kau watak Yandere ni macam dalam cerita My Sassy Girl. Kau silap. Tu Tsundere... Aku taknak ulas Tsundere... Aku tak rasa cerita yang aku baca dan ada watak Tsudere ni menghiburkan aku. Aku rasa menjengkelkan... No komen... Perempuan selalu kena senyum. Napa nak ganas2 pada hari pertama aku kenal kau. Pui...

Ha...

Sekian... Sebelum aku melalut. Aku nak melayan live action pulak. Tak pernah tengok lagi... Huhu... Dengar kata ceritanya lain sedikit. Skala Yandere heroinnya dikurangkan sedikit ke tahap tidak terlalu extreme... Hampa... Tapi kita try tengok dulu macam mana...

Friday, December 21, 2012

Oh rotary...

Rotary rotary rotary...

RX7-FD3S (Initial D Fifth Stage)

Walaupun dah banyak kereta yang cantik dan laju kat luar sana... hati aku sentiasa pada rotary... RX7-FD3S...

---
*Peringatan, ini hanya pengalaman serta imaginasi penulis. Kalau nak lumba pergi trek, jangan menyusahkan aku...

Aku suka memandu. Memandu bagi aku macam suatu benda yang bebas. Macam mana nak cakap... Memandu beri aku satu perasaan yang bebas... camtu...!?

Masa aku kat UTM dulu, aku akan memandu bila aku dalam keadaan tertekan. Trek dia... hehe... Ada satu jalan kat dalam kampus UTM Skudai, mula dari Kolej Tun Fatimah, menuju ke Klinik Kesihatan dan terus ke Kolej... aku lupa nama. Kolej belakang2 tu. Dah lama tak jenguk UTM.

Kat situ jalannya sempit sedikit, ada selekoh. Bila sampai je pintu depan Kolej... aku lupa nama... Tapi tu kolej perempuan, dari situ mula jalan berbukit. Jadi tempat aku sprint mula seperti map di atas.


Kau tanya kenapa tak terus pecut naik bukit tu terus ke Kolej... Sebab bendul banyak kat UTM....Macam haram. Dan aku bawa Saga 1.5 je. Kereta lama. Mana larat nak pecut naik bukit.



Tengok kat sini memang orang kata takde la mencabar. Memang pun... Tapi masa aku tahun 1, ada kereta Wira cuba pecut jalan ni, last2 masuk gaung... Haha... cabaranya jalan sempit. Tiada penghadang. Kalau silap sikit, masuk gaung. Gaung tak dalam mana pun.

Aku pernah cuba pecut sini, malam... Boleh sampai 100km/j kalau kau gila. 100km/j bagi kebanyakkan orang tak laju tapi cuba kat jalan sempit... sebab tu aku kata gila. Aku pernah capai. Hanya sekali dalam seumur hidup aku. Ada benda buat aku marah masa tu, tak ingat tapi aku yakin pasal perempuan...

Jadi aku bawa kereta kat situ, pecut sekuat hati. Bila masuk selekoh, aku brek sedikit dan terus tekan minyak.

Kalau dari point A, kau akan rasa ok sket sebab selekohnya banyak ke kanan. Jadi kau boleh rapat kereta kau ke kanan, dekat dengan pembahagi jalan. Andai terlalu laju at least tayar belakang kau keluar, bukan langgar pembahagi jalan kat tengah tu.


Kalau dari point B ke A, bahaya sket bagi aku. Aku tak suka dari point ni. Sebab aku kena rapat pada sebelah kiri kalau nak laju. Kita memandu duduk kat kanan jadi kau nampak pembahagi jalan pada kanan, kau boleh agak berapa jauh jarak kereta kau dan pembahagi jalan.

Kalau kau terpaksa himpit kiri, kau terpaksa bergantung pada cermin kiri, bahaya bagi yang newbie dan nak bawak laju. Haha...

Walaupun begitu, Dari point A ke B pun ada bahayanya. Setiap selekoh kecil ni ada bendul kecil kalau tak salah. Ini penanda kau kena hati-hati. Dan ada juga kalau aku tak silap, batu.. bukan... apa nama benda kat tepi jalan yang selalu orang TNB ke Telekom dok tengok kalau ada kerosakan. Benda tu... Kecil, kalau malam bahaya...

Satu lagi benda yang bahaya adalah pokok. Ingat, jalannya sempit. Kau pecut kau akan nampak jalan bertambah sempit, nak pulak pokok kiri kanan.

Satu lagi, kiri kanan kau ada tempat penjalan kaki. Aku selalu jogging sini masa duduk kat Kolej Tun Abdul Razak dulu. Haha... Dan sebab tu kalau aku pecut, aku buat malam hari. Kalau nak mati jangan bawak orang lain... Huh...

Walaubagaimanapun, aku dah lama tak jenguk UTM. Jadi aku tak tahu macam mana jalan tu sekarang. Mungkin dah tambah bendul agaknya. Haha...

Sekarang... kalau aku nak bawak laju, aku akan ke... hehe... rahsia... amat-amat nak bagitau semua...

*Peringatan, ini hanya pengalaman serta imaginasi penulis. Kalau nak lumba pergi trek, jangan menyusahkan aku...

---

Tahukah anda... Proton Saga aku adalah FF layout. Bermakna, enjin kat depan, tayar depan je jalan. Tak macam Toyota AE86 dengan FR layout bermakna enjin kat depan, tayar belakang je jalan. So, takde drift2 k...  Kereta proton rasanya semua FF, kecuali... hm... tak.. semua FF aku rasa...

FF - Front Engine Front Wheel
FR - Front Engine Rear Wheel

Saje rasa mengatal nak menulis...

Ootsu Miki - Hoshi wo Kazoeru Yori mo



Hoshi ga mata hitotsu nagareta
Kokorogoto karadagoto subete de
Koi wo shiteru watashi-tachi

Look, another star shot by in the summer's night sky.
We, lovers could feel it in our hearts and upon our bodies.

...

Tsunaide iru kono te no nukumori dake de
Doko made de mo yuketara tobeta nara ii no ni

With just the warmth of your hand holding mine,
I feel like I could go anywhere, fly anywhere.

...

Hoshi wo kazoeru yori mo
Koushite kimi to zutto
Zutto tsunagatte itai yo
Tatoe kizutsuite kizutsukete shimatte mo

Instead of counting the infinite stars
I'd rather stay like this with you
Forever conneted to you.
Even if I get hurt, or hurt you,

...

Dou shiyou...
Daisuki da yo


I don't know what I'd do
But I love you.

...

Hora kimi ga warau tabi
Mune ga chiisaku takanaru
Jouzu ni kotoba ni dekinai
Bukiyou na watashi-tachi

Look, you're smilling, and your heart must be beating faster
We're so clumsy, and we can't say things very easily


...

Ashita no koto janakute kinou de mo naku
Ima no kono kimochi taisetsu ni shitain da

I'd like to keep the feelings we have now precious.
And not wait for them to arrive tomorrow, or have missed them yesterday.

...

Yume wo egaku yori mo
Koushite kimi to zutto
Zutto dakiatte itai yo
Kimi wo mamoritai, tsuyoku areru you ni

Instead of painting my dreams
I'd rather stay like this with you
Forever embranced
I want to protect you, So you'll strongly leap in my arms.

...

Dou shiyou...
Daisuki da yo

I don't know what I'll do.
But I love you.

---

Bila habis dengar beritahu aku mana fikiran kau berhenti... Terima kasih...

Wednesday, December 19, 2012

Ini hanya pura-pura...

Bila menulis tentang perasaan, kebanyakkannya hanya syok sendiri. Dan sebab itu aku tak pernah kisah kalau tiada pembaca. Walaubagaimanapun, ada satu post kat sini aku delete, sebab post itu jika dibaca akan bawa salah faham.

Aku tak boleh tidur. Terfikir kenapa... atau terkenang...

Aku teringat aku pernah berkata pada si dia, yang aku cintakan si dia bila kali ke tiga kami bersama. Dan kemudian si dia tanya, bagaimana yang pertama dan ke dua...

Aku hanya terdiam.

Aku tak pandai menipu bila berbicara pasal perasaan. Memang aku begitu. Kerana dimuka aku akan tertulis perkara sebenar. Aku tak pandai sembunyi perasaan dan sebab itu aku selalu jujur, buat muka tegar dan pasrah meluahkan sesuatu.

Tapi bila fikir balik... hm...

Aku tak tahu nak tulis bagaimana. Aku terfikir, kenapa dahulu dengan Cahaya Kemuliaan aku betul cintakan dia sehingga dia milik orang, aku senang buang. Aku terfikir, hati aku agak mudah. Mungkin kerana fikiran aku yang selalu kacau, dan selalu terlebih fikir buat perkara dalam hati aku rumit.

Beberapa hari lepas, orang tanya aku... mungkin aku tak pernah cintakan sesiapa pun. Dan kalau dipandang dari segi itu, masalah hati kau selesai. Sebab dari mula, kau hanya suka, dan hanya suka... Tak lebih... tak kurang. Dan suka tidak berkekalan, seperti benda-benda lain.

Kerana memang sifat aku yang bila aku suka, ianya sementara...

Orang kata mungkin aku sunyi. Jadi minda bermain untuk aku bersekongkol dengan rasa kosong dalam hati. Kalau difikirkan begitu, amatlah kejam aku pada semua ex aku. Kerana aku suka, aku tak pernah menyinta.

Aku jadi berat. Orang berkata lagi, fikir... kenapa kau sukar nak maafkan si dia. Kenapa bila aku ditinggalkan, baru aku sedar aku cinta... bukan lagi suka...

Berat... Kerana itu bukan cinta. Itu hanya dendam. Ego mainan perasaan.

Tersentap. Kerana jika dilihat pada perspektif begitu, sememangnya aku tak pernah jatuh cinta.

Aku fikir aku teringat ketika aku berpisah dengan Cahaya Pembuka Hatiku, di mana dia kata... jika betul selama bersama dalam hati aku tak pernah ada dia, semuanya bohong.. jadi buang semua post di blog kami.

Aku terfikir... dan aku buang... semua... kemudian tak toleh belakang lagi.

Bercakap pasal hati... yang tak pernah kenal cinta...

Ha ha... Mungkin ini hanya mainan fikiran. Tapi ada kebenarannya... Kerana itu aku marah. Perasaan itu yang membuatkan aku marah. Ego...

Aku buat keputusan yang betul bila aku lepaskan Cahaya Pembuka Hatiku, dia perempuan baik. Aku tak layak untuk dia. Sama juga dengan orang lain.

Aneh... 

Orang kata, dalam dunia aku tiada cinta... hanya kosong. Standard aku terlalu tinggi barangkali. Kerana aku impikan bidadari sejak aku lahir. Mungkin kerana aku pernah nampak seorang, kerana itu aku jadi kosong sepanjang hidup aku...

Aku nak fikir begitu...

Kadang aku harap aku dilahirkan blur, bukan pura-pura blur... Bukan kerana untuk menjaga hati. Agar aku tidak sedar apa yang berlaku disekeliling aku. Supaya aku puas hidup, dan pergi dengan cepat...

Tapi aku dilahirkan sihat, dan cepat melihat apa yang berlaku di sekeliling aku walaupun aku sepertinya tidak kisah. Perasaan... Manusia hanya bertindak berdasarkan persekitaran, dan perasaan. Kerana mata aku tidak menipu, aku nampak kenapa setiap kali perempuan marah tanpa sebab, menangis tanpa sebab...

Dan kerana mata ini, aku fikir mungkin... mereka boleh isi kekosongan aku.

Sayang betul aku hidup hanya percaya ini... perasaan...

Ini kata orang... Mungkin dia betul. Mungkin hanya mahu sedapkan hati aku. Kawan yang baik. Aku takkan pernah lupa. Dia tidak racun aku. Sebab dia faham aku, dia kata begitu. Mungkin betul katanya...

Aku tidak pernah bercinta. Ia hanya mainan minda atas desakan kekosongan dalam hati. Kadang aku terfikir kenapa bila aku bekerja, aku boleh beri usaha yang lebih. Permainan minda, atas desakan hati...

Ha ha... kalau aku fikir begini, manga aku takkan siap sampai bila-bila. Orang takkan nak baca kisah hati yang kosong dan tak pernah dipenuhi oleh apa-apa.

Aku tiada minat. Tiada yang kekal dalam hati aku. Aku harap kau salah kawan, kerana jika kau benar, aku dah bazir 12 tahun percaya benda yang tiada. Tidak pernah ada...

Tapi aku harap juga kau betul kawan... Kerana dengan maklumat ini, aku sedar aku punya potensi besar untuk melakukan sesuatu...

Suatu hari, jika aku dapat jawapannya, barangkali aku jadi pemaaf. Dan penenang.

Huhu.. aku membebel lagi... aku ucap selamat... oh ye... aku yakin kau tak faham... tidak apa... teruskan tekan butang x... aku tak pernah kisah...

Tuesday, December 11, 2012

Harem : Lagenda budak iblis...

Harem adalah salah satu gerne anime/manga dan jalan ceritanya mesti ada seorang protagonist lelaki dan banyak perempuan disekeliling dia. Namun akhirnya dia akan pilih satu.

---

Masa aku kolej dulu, ada member aku sapa,

"Aku pergi bilik B tadi, aku tanya dia kenal Suhaimi... kau tau dia kata apa?"

"Tak..."

"Oh... playboy tu..."

Bila ingat balik aku rasa tergelak. Sebab panggilan tu aku selalu dengar bila aku muda dahulu. Namun tidak sekarang. Dulu aku senang dikelilingi kawan perempuan. Aku tak tahu. Senang berbual mungkin. Kebiasaan aku tidak suka cakap kasar, dan aku ada prinsip tidak cakap kasar pada perempuan. Jadi agak selesa berbual dengan mereka.

Tapi aku fikir aku tak pernah jadi playboy, kapel sana sini. Suka hati. Cuma aku senang rapat dengan perempuan, dan sebab tu playboy tu lekat mungkin. Aku tak hensem sangat. Cuma mulut manis. Macam aku cakap, aku tak suka cakap kasar...

Walaupun begitu, ada juga yang terasa. Dengan perempuan jangan baik sangat. Mereka mudah jatuh hati. Walaupun yang nampak keras di luar. Aku tahu, aku pernah mengalaminya. Perempuan yang aku fikir tak mudah jatuh hati, tapi bila aku tak sengaja bergurau, rupanya memang ada hati.

Dan sejak tu aku jadi hati-hati berkata-kata.

Kalau tanya macam mana sejarah pengenalan aku dengan perempuan. Banyak. Aku fikir kalau aku buat novel atau manga jenis romance, mesti laku. Sebab jalan cerita hidup aku sangat rumit. Dengan perempuan kau tak pernahnya mudah. Mesti rumit. Terutama kalau ramai. Harem...

Aku baring, teringatkan si dia. Teringat bagaimana sebelum dan selepas si dia. Bagaimana dalam ramai-ramai aku boleh sangkut dengan si dia. Boleh buka lagu di bawah sambil baca... Ambil mood... kerana aku menulis ketika dengar lagu di bawah...



Heh...

Cerita harem ni mula ketika aku suka pada A. Tapi kecewa. Untuk hilang kekecewaan itu, member aku kenalkan aku pada AH. Dan dari situ aku mula main cinta kau boleh kata. Semuanya baik sehingga aku pindah teknik. Aku jadi jarang berhubung dengan AH. Dan dalam masa yang sama aku kenal Cahaya Kemuliaan.

Sungguhpun begitu, aku tak curang. Cahaya kemuliaan tahu aku ada AH. Tapi hati berubah. Tapi tak cukup kuat untuk aku lepaskan AH. Aku stick dengan AH sehingga dia lepaskan aku atas sebab... hm... kalau aku tak silap dengar cakap orang. Kena cucuk kau boleh kata...

Cerita tentang Cahaya Kemuliaan kau semua tahu sebab aku selalu cerita. Aku tak nafi aku jatuh hati pada dia walaupun masa tu aku ada AH. Tapi tak pernah pun sekali aku nak lepaskan AH untuk pergi pada Cahaya Kemuliaan. Bagi aku itu salah... Pada ketika itu la...

Hari aku putus dengan AH adalah hari aku dapat tahu Cahaya Kemuliaan dah jadi kepunyaan orang. Combo 2x. Hari-hari yang aku lalui selepas itu adalah neraka... mungkin...

Lama selepas itu, aku daftar tuisyen then kenal si dia. Yup, si dia. Orangnya baik dan peramah. Aku ingat ketika itu dia macam bidadari. Pakaian serba putih. Atau mungkin seluar hitam. Aku tak ingat. Aku hanya ingat si dia ketika itu serba putih. Serius macam bidadari. Masa tu si dia awek orang. Jadi aku tak kacau. Aku tak suka kacau awek orang. Masalah.

Aku fikir ketika sekolah, aku tak rapat dengan si dia. Sebab kami hanya berjumpa bila tuisyen je. Dan aku tak fikir macam aku banyak cakap pun. Tak tau. Tuisyen bayar mahal jadi aku rajin siapkan kerja dan belajar. Bila fikir balik, kalau tak gi tuisyen memang melingkup add math aku.

Sejak putus dengan AH, dan tahu Cahaya Kemuliaan ada orang lain. Aku hidup solo. Aku tak mencari sebab aku tak pernah mencari. Aku fikir... Tapi dalam hati aku, aku sedar ada Cahaya Kemuliaan. Jadi aku diamkan sahaja. SPM aku jayakan. Belajar sehingga lumat.

Habis SPM aku kerja, 7-11. Dan dalam masa ni, aku mula rapat dengan Si dia. Rapat macam mana aku tak ingat. Hanya bercakap melalu telefon bila aku ada masa. Kadang curi masa kerja. Haha... Dan tak lama selepas tu aku bersama si dia. Tapi jujur kata, hati aku masa tu masih pada Cahaya Kemuliaan.

Hanya bodohnya aku... aku tidak sedar aku akan menyakiti si dia...

Aku fikir sebelum aku bersama dengan si dia aku ada beritahu tentang perihal Cahaya Kemuliaan. Aku fikir aku ada. Dan aku fikir dia tak kisah. Memandangkan dah habis sekolah jadi kemungkinan aku nak jumpa Cahaya Kemuliaan tu 0%. Jadi tak salah kalau aku move on.

Sangkaan aku meleset. Hati aku sentiasa pada Cahaya Kemuliaan.

Aku masih kolej, masih bersama si dia. Hati masih pada cahaya kemuliaan. Baiknya si dia sebab tak pernah paksa aku buat benda-benda pelik sebab si dia tahu hati aku macam mana. Bila fikir balik aku memang macam t***. Teruk...

Namun keterukkan itu terselah bila aku minta putus dengan si dia. Its just... aku tak fikir aku boleh teruskan. Ketika itu aku tiada niat nak pergi mencari cahaya kemuliaan memandangkan sejak habis sekolah memang dah lost contact. Cuma aku hanya rasa bersalah. Lebih baik biarkan dia pergi. Ada lelaki lain lagi baik kat luar untuk si dia.

Dan biar aku hanyut menyintai cahaya kemuliaan.

Hanyut ni tak lama. Dialog di atas tu adalah masa aku kolej. Dalam minggu-minggu pertama dah ada orang minta no fon. Hebat kan aku... haha... selang hanya beberapa hari, aku kenal M. Serius, hanya beberapa hari. Terpikat. Tapi tak cukup menjauhkan aku pada cahaya kemuliaan.

Dan ketika itu M dan aku jadi rapat. Belajar sama-sama kat library. Keputusan exam aku terus sky roket. Ya, terus jadi bijaksana. M serius study. Aku aku ingat ada banyak malam aku tidak tidur study selepas beberapa minit berbual dalam telefon dengan dia hanya semata-mata untuk study.

Untuk tunjuk pandai mungkin.

Tapi semua ni tak lama bila mulut aku sendiri cabul. Bila aku bergurau dengan dia aku kata aku bosan, dan ajak dia bersama. Dia jawab tak nak tapi kalau ditanya lagi soalan sama... dia akan jawab ya... Hanya yang sengal je tak faham yang dia memang nak.

Dan bertambah sengal bila aku tolak, dan berkata aku tak mahu, aku hanya mahu berkawan. Dan sejak itu aku kehilangan dia. Kami jarang bersama dan lama-lama hilang rutin dia dalam rutin aku. Sedih!? Entah. 3 bulan sahaja. Tak lama pun tapi kehilangan dia bila fikir balik adalah kehilangan terbesar aku sebab...

Sebab... sepanjang aku kenal dia, keputusan aku memang terbaik. Mula rajin belajar. Mula bersenam. Cergas dan cerdas. Dia pemangkin. Dan penjana minda sengal aku ni. Sepanjang kehidupan aku, pencapaian yang paling aku rasa puas adalah ketika bersama M.

Tapi sayang... aku tidak punya perasaan untuk dia.

Tak lama... aku tak pernah rasa sunyi. Sebab tak lama selepas tu si dia muncul semula dalam hidup aku. Dan kami bersama buat kali ke 2. Aku yang nak. Aku tak tahu kenapa. Tapi kali ke 2 ni lain. Sebab semangat ketika bersama M tu menghilangkan cahaya kemuliaan... untuk sementara.

Kali ke 2 bersama si dia itu adalah seronok. Bebas dari cahaya kemuliaan aku fikir. Jadi memang seronok. Dan masa-masa ni aku belajar jadi lebih caring, romantik. Heck... aku buat CD mix untuk hari jadi dia. Aku memang hebat. Kau ada?

Tapi keseronokkan itu tak lama. Aku diganggu aku fikir oleh bayangan silam. AH datang semula dalam hidup aku. Aku pedendam aku fikir. Sebab tu aku tak suka marah. Dan sebab itu aku banyak diam. Dan sebab itu, minggu pertama aku di universiti, aku hati kering tinggalkan si dia untuk pergi pada AH.

Hanya untuk buat AH lihat dan rasa apa yang aku rasa... dulu...

Dendam korek 2 kubur, tapi aku korek 3... satu lagi untuk si dia. Aku betul-betul hilang akal. Tak lama pun aku fikir. Aku putus hati kering AH dan duduk seorang diri.

Hidup solo aku ni lama. Tapi kemudian aku kenal dengan T, tapi kene rejek lak. 1st time kena rejek. Bangang. Haha... itulah dunia. Tak selalu kau nak kau dapat. Tapi bagus jugak kena rejek. Aku jahat pun. Hati kering.

Hidup solo kat ni sangat lama. Tak banyak benda aku ingat bila hidup solo ni. Benda aku tahu, makan, bila ada exam study, bila ada masa main game. Hidup aku jadi macam budak sekolah kau boleh kata. Tak banyak benda yang menarik untuk aku cerita. Kosong. Tapi dalam hati ada tercalit rasa sedih dengan apa yang aku dah buat. Sedih untuk aku. Sedih untuk si dia. Tapi lelaki macam aku... lebih baik si dia jauhi.

Tahun 3 kalau aku tak salah, maaf malas nak check diari, aku kenal Cahaya Pembuka Hatiku. Kali pertama dia macam kanak-kanak. Comel. Teman wanita paling seronok aku fikir. Banyak kenangan manis dengan dia. Dia dapat keistimewaan lebih dari yang pernah aku beri pada perempuan lain aku fikir.

Mungkin kerana aku dah tua sedikit berbanding aku yang dulu. Lebih romantik. Lebih memahami. Bersama dengan si dia bawa banyak kebaikkan. Forex juga datang dari dia. Semangat keusahawanan ini juga datang dari dia. Sikap tidak mengaku kalah juga datang dari dia.

Dia sangat hampir menjadi teman wanita paling sempurna. Kuat merajuk, comel, baik, ustazah (haha...) dan paling penting dia tak pernah buat aku bosan bersama dengan dia. Dia selalu buat aku aktif. Mengingatkan aku pada M. Kalau kau tanya teman wanita yang sempurna bagi aku hanya dia yang mampu menghidupkan aku.

Sebab tanpa mereka. Aku hidup pun, serupa aku mati.

Yang menjadi cahaya pembuka hatiku tidak sempurna adalah kerana dia perempuan. Dan aku lelaki. Aku jarang marah. Jarang sangat. Cuma ada satu ketika, dia buat aku amat marah... Dan sekelip mata aku lepaskan dia.

Menyesal. Amat... Perempuan baik... Aku takkan dapat lagi. Dia yang terakhir. Kegembiraan, keseronokan dan kecomelan itu adalah terakhir. Aku takkan dapat lagi. Perempuan baik hanya untuk lelaki baik... Tuhan sayang dia lebih dari aku. Dan Tuhan berikan dia lelaki yang jauh lebih baik dari aku...

Ini adalah harem dan aku takkan sunyi. Sebab si dia datang kembali. Dan hanya ketika ini baru aku mula ceria semula. Banyak pengalaman dan aku jadi tamak. Kami mula fikir jauh dan aku mula serius untuk habiskan degree aku. Bila fikir balik, mungkin itu kali pertama aku betul-betul usaha untuk cinta.

Aku jadi terlalu serius. Mula kurang tidur. Degree dan forex. Aku sapu semua. Aku langgar. Sebab aku nak bersama dengan si dia...

Kali ke 3 ni bukan seperti selalu. Aku betul-betul nakkan ianya berjaya. Aku dan si dia. Kami mula bincang benda yang serius. Masa depan. Kali ke 3, jadi dah tak perlu nak kenal-kenal dah aku fikir. Sebab aku kenal dia, dia kenal aku...

Cuma... aku lupa... dalam keseriusan aku... aku lupa... aku abaikan dia... kerja jadi terlalu sibuk. Aku jadi terlalu penat. Jadi aku lupa si dia. Dan seterusnya kau semua tahu...

Dah berapa lama... Dekat 3 tahun. Selepas si dia aku tiada siapa-siapa. Kerana kehilangan si dia bawa impak besar dalam hidup aku. Aku jadi serabut. Walaupun selepas itu aku kenal, aku jumpa tapi aku tak buat apa-apa.

Seperti Makhluk Tuhan Paling Comel. Aku masih tak buat apa-apa. Seperti bidadari ketika aku di PLKN, aku tidak buat apa-apa. Tak seperti kali pertama aku kenal si dia... aku sedar jika si dia masih berada di hati aku, aku tak boleh bersama dengan orang lain.

Pengalaman mengajar aku untuk setia pada hati. Kerana apa sahaja kau lakukan, kau akan berasaskan pada hati. Dan kerana itu kita diajar untuk berhati bersih. Agar kau tak lupa, tidak marah dan tidak menyesal kemudian hari.

Dan sebab itu aku masih di sini. Tiada perempuan lagi. Tiada harem lagi. Aku hanya seorang diri. Duduk jauh melihat orang lain bahagia. Aku tak pernah tanya pada diri aku kenapa tidak aku bahagia. Sebab aku tahu aku sudah bahagia dahulu. Aku perlu rehat dan baru mampu bahagia kemudian.

Dan sebab itu Tuhan tarik banyak keistimewaan aku dahulu. Aku tak lagi petah berkata. Fikiran aku jadi slow. Dan hati aku jarang tenang. Dan dalam hati yang penuh ini hanya kosong aku rasakan.

Aku selamat dari kubur pertama ketika dendam aku pada AH. Tapi aku mati ketika aku dendam pada si dia. Dalam keadaan yang terdesak, aku jadi nekad hidup semula dan mati dalam kubur ke dua, dendam yang sama. Dendam perlu 2 kubur. Aku tak mahu si dia mati untuk kubur itu.

Aku tak lagi salahkan si dia. Bila aku teringat masa dahulu, aku tahu aku banyak buat salah. Kau baca kau pun tahu betapa jahatnya aku. Aku tahu aku tahu...

Tapi aku tak pernah menyesal kenal si dia. Walaupun ketika si dia tinggalkan aku. Kalau diberikan peluang untuk balik semula, aku mahu balik dari hari pertama aku kenal A. Kerana dari situ aku akan bertahan sehingga aku berjumpa dengan si dia. Kerana si dia layak untuk dapat lelaki yang baik.

Dan aku mahu jadi lelaki seperti itu.

Dan biar masa aku selalu dengan si dia. Walaupun aku tak sehebat ketika aku bersama M. Ataupun seronok ketika bersama cahaya pembuka hatiku. Tapi aku yakin aku mampu capai lebih dari apa yang aku telah capai dahulu. Kerana bila kita tua, kita berpengalaman, dan kita tahu selok belok semua benda.

Sekolah tak sukar, kolej tak sukar, universiti juga tidak sukar. Jadi aku ada banyak masa untuk si dia. Jadi aku tiada alasan untuk abaikan si dia, berdendam tak tentu pasal atau sentiasa hidup gembira.

Seperti yang selalu si dia mahukan. Gembira...

Boleh buat manga kan? Mesti laris. Rasa nak melukis semula. Buat komik. Kisah cinta. Sebab bila aku baca manga, bila protagonis lelaki ni buat keputusan bangang, aku senyum. Sebab aku faham kenapa. Sebab aku pernah merasa saat itu.

Aku hilang si dia, hilang cinta dia. Tapi tidak dalam hati aku. Tapi bila sampai saat ini, aku rasa seperti saat aku menunggu kesudahan manga yang aku baca. Lepas tu jadi apa. Aku tak tahu. Ini cerita aku.

Macam-macam boleh jadi. Mungkin ada watak baru. Mungkin si dia...

Aku belajar... ada banyak jenis perempuan. Dan satu persamaan... mereka tak fleksible. Kalau dapat jenis comel macam Cahaya Pembuka Hatiku, kau kena melayan. Kalau dapat jenis serius macam M, kau kena serius. Kalau dapat jenis macam AH, kau kena selalu tanya, temankan dia.

Dan kalau kau dapat jenis macam si dia... kena kuat, kena selalu temankan,  kena banyak dengar, kena hati kering, kena banyak tahu, kena jadi yang memulakan, kena jadi romantik, kena hati-hati dan kena cemburu err... kena pandai ambil perhatian dia.

Sebab mereka tak fleksible. Jangan ubah mereka. Kelemahan mereka itu adalah daya tarikan mereka. Charm. Dan kita lelaki fleksible. Sebab macam mana pun yang mendatang, kita masih berdiri. Kuat... untuk mereka.

Kau sedih ke? jangan la... buat apa? ini cerita aku. Kau ada cerita kau sendiri. Cerita sedih ni cerita aku. Hanya untuk aku. Aku bercerita hanya untuk meluah. Untuk mengingat. Kerana suatu hari nanti aku akan lupa.

Lupakan semua ini dan mula untuk bahagia.... maju ke hadapan kan?

Tapi buat masa ni... ia lebih baik aku bergerak seorang. Aku takde hati. Semua masih ada si dia. Aku pun masih belum betul boleh terima orang lain selain dia. Menerima dia? aku tak tahu. Tanya aku sekarang aku tak tahu.

---

Tapi membaca ini semula, melihat betapa haremnya aku... aku fikir patut maafkan dia. Lupakan dendam ni. Hilangkan kemarahan ini. Dan menunggu...

Menunggu... si dia... atau bidadari... untuk tarik aku naik ke syurga. Sebab selain si dia, aku rela tinggalkan segalanya untuk syurga... lagipun itu yang patut kita kejar kan? syurga...

Aku ucap selamat...

Monday, December 10, 2012

Eve Online

Eve Online adalah game MMORPG sci-fi angkasa lepas yang bagi aku unik dan agak realistik berbanding game online lain yang aku pernah cuba. Aku tak pro, game online yang aku main hanya Atlantica Online dan Dragon Nest.


Eve Online bukan seperti kebanyakkan game, naik level dan kuat. Bukan... Matlamat Eve Online adalah seperti dunia kita, buat duit. Dan banyak benda kau mampu lakukan untuk jadi kaya. Tema untuk game ini adalah angkasa lepas. Dan bila kita sebut angkasa lepas, kita terfikir bintang, bulan, planet.

Aku pula terfikir betapa luasnya tempat untuk kita terokai.

Aku jadi minat mencuba bila digarap dengan idea luasnya tempat kita mampu teroka. Dan dengan keluasan ini banyak yang kita mampu lakukan. Dengan peluang dan pengetahuan, aku fikir ia adalah sesuatu yang menarik untuk dicuba.

Game ini adalah jenis berbayar. RM50 macam tu tiap-tiap bulan. Aku baru main dan masih pakai 14 hari trial. Aku tak fikir aku akan bermain lama memandangkan ianya MMORPG. Aku hanya mahu mencuba.

Pertama kali memiliki kapal angkasa lepas, dan melakukan misi aku fikir... betul. Angkasa lepas memang luas... dan sunyi... Bila masuk hari ke 3 aku sedar game ni memang tak sesuai langsung untuk bermain solo.

Ada orang komen mengatakan lagu dalam game ni teruk. Bagi aku, ianya ok. Memandangkan kau di angkasa lepas, suasana amat sunyi. Lagu yang dimainkan bersesuaian dengan perasaan sunyi di angkasa lepas. Bayangkan kau berada di tengah-tengah stadium pada waktu malam tanpa lampu. Dapat kau bayangkan.

Untuk berjaya dalam game ni aku fikir sama seperti cara untuk berjaya di dunia sebenar. Bersosial dengan orang yang betul. Jika kau bersosial dengan orang yang baru main, mungkin kau takkan sampai ke mana. Seperti dunia sebenar, jika kau mahu jadi ahli musik, takkan kau rapat dengan mekanik pulak.


Macam aku cakap, matlamat game ini duit. Dan untuk buat duit, seperti dunia sebenar kau kena kerja, buat kawan dan jika kau hebat... bina empayar. Empayar adalah sesuatu yang besar. Dan di Eve Online, jika kau boleh lakukan itu dalam masa yang singkat, tahap motivasi, kepimpinan dan sosial kau memang tinggi.

Hm... cukup la setakat ini. Aku sebenarnya bukan nak buat review, cuma nak kata sesuatu berkaitan betapa besarnya angkasa lepas dan cuba relatekan dengan apa yang aku rasa... Tapi nampaknya macam tidak berhasil. Mungkin tak kena mood. Aku ingat nak delete post ni... tapi biarkan la...

Aku ucap selamat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...