Followers

Gamers

Monday, January 28, 2008

Pendaftaran JL Blogger Mania.

Berikutan dengan posting aku yang lepas pasal pertandingan blog, so hari ni dah boleh daftar....

Daftar kat sini, dan segala maklumat dan pertanyaan pun ble gi kat sini...
http://www.jomlayan.com/mybb/pendaftaran-jl-blogger-mania-2008-t-10132.html#pid362137

Ni format terbaru dia...

Cara Permainan :

1. permainan akan berlangsung selama 4 minggu. Setiap minggu peserta dgn markah terendah akan disingkirkan

2. Peserta akan diberikan beberapa ITEM WAJIB yg perlu diletakkan di blog peserta. Peserta yg mempunyai ITEM WAJIB akan diberi markah manakala yg tidak mempunyai ITEM WAJIB akan ditolak markah

3. Peserta akan diberikan satu tajuk tugasan pada setiap minggu utk dimuatkan ke dalam blog peserta. Markah diberikan berdasarkan kekreatifan peserta mempersembahkan tugasan.

4. Peserta yg gagal menyiapkan tugasan pada waktu yg diberikan juga akan disingkirkan.

5. Tugasan akan dikeluarkan pada setiap hari ISNIN bg setiap minggu. Tarikh akhir menghantar tugasan ialah pada setiap hari RABU (by or before 4pm). Poll akan dibuka pada hari Khamis dan ditutup pada hari Ahad. Keputusan akan diumumkan bersama tugasan seterusnya.

Hadiah :
JUARA
JL$ 100
kredit posting 100
repo +3
certificate
prepaid RM10
Khas utk pemenang pertama >>> Blook (sebuah buku blog)

NAIB JUARA
JL$50
kredit posting 50
repo +2
certificate
prepaid RM5

Senang kan... so apa tunggu lagi.. jom layan Blogger Mania....

Friday, January 25, 2008

JL Blogger Mania Musim Ke 2...!?

Sesuatu yang bermula pasti akan berakhir...

Sesuatu yang aku takuti datang kembali,
Cuba merampas sesuatu yang aku usahakan dahulu,
Tanpa belas, mereka mencabarku,
Sang Juara yang kekal di takhta atas....

Siapakah dia...

Haha... gimik je tu.

Image Hosted by ImageShack.us


Just untuk maklumat korang. Forum Jomlayan akan mengadakan pertandingan JL Blogger Mania Musim Ke 2 Tahun 2008. Ya, sekali lagi, dorang dengki kat aku coz aku juara musim lepas (hehe...), n cuba untuk merampas title Blogger Mania daripada aku. Haha... Mana leh, aku kan champion... (ter 'riak' lak...)

Haha, so korang semua. Terutama blogger-blogger ulung yang memang dah otai pasal blog ni. Apa tunggu lagi, time ni la nak tunjuk kehebatan masing-masing. Yang takde blog, jangan risau. Forumer-forumer kat sana akan ajar korang camne nak buat blog. Korang tanya la macam-macam, dorang layan je...

Aku citer sikit format pertandingan dia. Hm... aku tak pasti sama ke format dia macam tahun-tahun lepas tapi ada khabar-khabar angin mengatakan formatnya lebih kurang sama...

Minggu pertama biasanya pendaftaran. Ape-apehal korang daftar dulu kat forum tu. Then nanti kalau tak salah 30 Januari nanti dorang akan buka pendaftaran, (nanti kalau aku tau masa yang tepat aku bagitau...;P). Then gi la berforum dulu, kenapa...? Time ni la korang ble tanya dorang banyak2 soalan pasal nak buat blog ni. Lupalah nak cakap, dorang akan meminta korang letak beberapa item wajib. Apa itu item wajib. Haha... rahsia...Then, minggu2 seterusnya baru bermula pertandingan.

Format dia mudah. Korang akan diberi satu tajuk tugasan. Then, korang citerlah apa yang patut berdasarkan tajuk yang dorang bagi kat blog korang. Para-para juri akan menilai tugasan korang berdasarkan item wajib, theme/susun atur blog, posting, kreativiti dan fakta. Senang kan. Untuk rujukan format lepas, sila gi kat sini...

http://www.jomlayan.com/mybb/pendaftaran-jl-blogger-mania-t-7579.html

Ia menggunakan sistem kalah mati. So, pandai-pandailah. Haha... So aku cabar korang sume. Tak kiralah yang otai blog ke, yang amatur ke, yang takde blog ke, Jom Layan Blogger Mania ni. Time ni la korang nak dapatkan trafik untuk blog korang... Amacam, ada berani...

Korang ble g sini untuk maklumat lanjut berkenaan dengan pertandingan ni...

http://www.jomlayan.com/mybb/jl-blogger-mania-2008-t-10092.html

Dapatkah korang merampasnya dariku... Hahaha...

Tuesday, January 22, 2008

Fiqa...

Senang aku melihat langit yang gelap. Matahari sudah lama meninggalkan aku sekitar 5 jam yang lalu. Angin berlalu tenang ku rasakan nyaman. Hm, alangkah ringannya fikiran aku tika ini.

Fikiranku terus melayang, dan melayang. Namun belum sempat aku berpaling, fikiranku menempatkan dirinya ke kota larangan. Ya, parut hatiku yang belum pulih. Parut hatiku yang lama bersarang di situ.

Sedikit air mataku mengalir tanpa sempat egoku menahan. Kata orang, jika kita terlalu benci dengan orang, maka orang itu orang yang paling kita sayang. Mungkin betul kerana sehingga hari ini, apabila aku mengingatinya, hatiku sakit, air mataku mengalir... sedih, kecewa dan pilu... semua sifat negatif yang ada pada perasaan yang lahir.... sebuah cinta.

Fikiranku meneruskan pelayarannya ke 8 tahun tahun dahulu. Ketika aku baru mengenali dia. Ketika itulah aku mengenali... rasa menyukai, rasa disukai... rasa menyayangi, rasa disayangi. Dan sebelum aku sedar, aku menyintai...

Namun semuanya musnah. 3 tahun itu musnah. Hanya kerana perasaan simpati. Hanya kerana iri hati. Hanya kerana batu api. Ya, aku salah kerana setia. Ya, aku salah kerana bodoh tidak bermain kayu tiga. Kenapa harus aku menjadi mangsa. Di dalam suasana aku yang sememangnya kritikal ketika itu, aku harungi seorang diri. Dan saat itu aku tahu, sepi dan sunyi, tiada anehnya dalam kehidupanku.

Dendam. Aku simpan, aku balut, aku lumatkan di dalam hati aku. Dengan tiada ku sangka, dia mengubahku. Namun, masih ada hati yang masih ingin bertaut dengan hatiku. Mungkin juga mahu melepaskan aku dari belenggu perasaan ini. Mungkin juga kasihan dengan penderitaan yang ku alami.

Kejayaan terus aku kecapi sehingga ke menara gading. Hidupku senang, temanku ramai, bisa buat aku lupa tentangnya. Ya, aku belum cukup matang ketika itu. Pantang diusik luka itu, pasti buas dendam itu melebarkan tangannya dan memeluk erat setiap perihal lakuku...

Setitik ia jatuh, darah dari luka kenangan itu. Setitik lagi ia jatuh, membuka luka itu. Dan titisan itu terus mengalir, dendam terlahir. Kerana jahitannya diusik sedikit. Maka terlahirlah seorang insan pedendam.

Bagai di rasuk, aku putuskan hati yang sedang bertaut.Ya, satu hati perlu dikorbankan. Dengan satu visi, kau akan menerima pembalasan. Dengan satu misi, pelajari dari apa yang ku lalui dahulu. Hari ini kau tumbang dalam kenangan kasih dan sayangku dahulu. Sayangilah aku, kasihilah aku, rinduilah aku dan cintailah aku. Dan bila ia sudah masak, kau akan ku gelap gelitakan perasaanmu. Nah, itulah apa ku rasakan sekitar tahun dahulu...

Namun, selepas beberapa ketika peristiwa dendam itu, emosiku tidak stabil. Perasaanku penuh dengan benci. Ya, bencikan kaum Hawa. Bencikan mereka yang sentiasa enteng membuat keputusan. Biarlah apa sahaja mereka lakukan. Menjadi ketua, memandu, berfikir dan segalanya.

Namun Allah masih sayangkan aku. Ya, hambanya yang amat cetek pemikiran. Lalu Dia kurniakan aku sepasang mata. Mata yang aku pernah guna dahulu. Mata yang memandang cantik kepadanya. Kepada kaum Hawa. Mata hati, yang ketika ini masih ku gunakan untuk menikmati mereka. Senyuman mereka, telatah mereka, percakapan mereka dan hati mereka...

Sedikit demi sedikit aku menjadi manusia. Ya, manusia yang tidak kurang perasaannya. Aku mula senyum, kemudian ketawa dan kemudianya riang. Seperti aku dahulu, tiada lagi dendam, tiada lagi balas membalas...

Hampir 8 tahun berlalu setelah aku mengenali dia. Benci, ya... namun aku tidak lagi berdendam. Luka itu masih ada. Namun tidak lagi berdarah. Aku kini mampu mengawalnya. Jika suatu hari aku bertemu dengannya, aku hanya mahu parut itu hilang. Hilang bagaikan ia tidak pernah berlaku kepadaku. Seperti ia diubati dengan ubatan yang mujarab.

Jika bertemu dengannya sekali lagi, aku harap aku mampu memberinya senyuman. Ya, senyuman... senyuman tanda aku tidak lagi merasa benci kepadanya. Ya benar, aku sayangkan dia dan kerana itu aku tidak menjadi aku. Tapi kini...

Kini aku tenang. Aku boleh menerimanya (kenangan). Angin berlalu lagi mengesat air mataku. Aku tutup mata dan tenangkan hati. Hm... senyum aku sendiri. Mungkin kerana aku masih lagi berdiri menjadi manusia. Mungkin juga kerana aku masih ada perasaan. Tetapi apa yang aku tahu, walaupun aku sunyi, aku masih punya teman, kawan dan sahabat.

Luka aku yang dulu aku pasti Allah ada sediakan ubatnya. Ya, hanya dia ubatnya. Aku yakin hanya dia. Bukan dia, bukan cahaya. Hanya dia. Yang satu hari nanti akan berkongsi hidup denganku. Hanya dia, teman sehidupku. Aku akan tunggu dan dalam masa yang sama aku akan perkasakan diriku. Menjadi seorang lelaki... ya seorang yang dia boleh gelarkan lelaki... yang melindunginya...

Dia... Dia telah rasa apa sahaja yang aku rasakan dahulu. Dan aku tak mahu untuk dia terus merasainya. Hiduplah, carilah kebahagiaan diluar sana. Pasti ada yang menunggu kamu. Dan jika kamu sudah menjumpainya, maka hargailah dia. Kerana dia pastinya sepertiku, insan yang punya perasaan ingin di kasihi, di sayangi dan di cintai. Aku akan sentiasa memerhatimu dari sini, dari hati ini. Dan janganlah kamu sewenang-wenangkan perasaanmu, kelak akan jadi sepertiku dahulu.

Cintaku datang, cintaku pergi... jangan risaukan aku kerana aku yakin. Ia akan kembali... Kembali dalam bentuk lain. Bentuk kepada sesuatu yang tidak bisa aku menggambarkan sekarang. Dan berakhirlah di sini... sebuah sejarah, sebuah pengajaran dan sebuah penghayatan.

Angkat mukamu, lihat di sana. Aku sedang memerhatimu. Dan berbaik-baiklah kamu di sana. Kerana aku sendiri, dengan mata ini sentiasa memerhatikan kamu... Kekasih laluku...

Deman...

Kemarin ku dilanda demam. Deman cinta... Eh, tu lagu... deman biasa je. Pagi tu ok je aku, gi bersenam lagi. Malam tu barulah aku demam. Tu pun lepas mak aku call suruh balik cuti ni. Huu... malas gler nak balik tapi apa nak buat. Mak, perintah dijunjung...

Anyway, memang dah jadi kebiasaan kalau demam, aku tak gi klinik. Kenapa? Koz aku tak suka suasana kat sana. Hospital lagi aku tak suka. Bau ubat, dengar suara orang menahan sakit... hee... seram. Lagi seram dari citer Ju-On versi korea tu.

Melalut pulak. K la, so macam mana aku ble sihat seperti hari ni. Yela, kalau aku tak sihat, apa kejadahnya aku kat depan pc ni tulis blog. Huhu... Hm, ayah aku selalu ingatkan aku yang, "Kalau kita sakit, buatlah sesuatu yang dapat memberi tenaga kat kita dan selalu bebaskan diri kita dari masalah. Hepi sudah..." So berbekalkan nasihat tu, aku nak kongsi dengan korang apa aku buat bila aku demam.
Minum Air Banyak
Ya, corak demam aku mudah je. Bermula dengan sakit tekak, then aku akan selsema dan kemudian demam. So nak pulihkan demam, kenalah minum air bebanyak. Logiknya kalau minum air dengan banyak, suhu badan kita akan berada pada tahap terkawal koz aliran darah mula berjalan lancar. Tapi jangan la pulak minum bebanyak lak. Kan mudarat lak.

Makan
Makanan seimbang penting bagi penjanaan tenaga badan korang. Macam ayah aku cakap, bagi tenaga kat badan n hepi sudah. Kalau dah kenyang, tak ke rasa senang hati. Haha... bagi aku makan merupakan satu cara untuk hilang stress yang sangat efektif. Hehe, aku takde masalah berat badan k...

Makan ubat.

Ni commom sangat. Dah sakit makan la ubat. Aku makan uphamol je. Kalau dah selsema, aku makan panadol soluble (betul ke aku eja ni...). N sebelum makan ubat kenalah penuhkan perut dulu. Karang sakit perut lak.


Air Isotonik
Hm, aku prefer 100 Plus. Koz air dia sedap. Haha, tapi bukan pasal tu aku minum. Air isotonik ni dapat mengembalikan bendalir yang hilang dalam badan korang. Air masak saja kadang tak mencukupi. N jangan lak teguk air tu dengan ais, bila nak baik kalau buat camtu.

Air Asam Jawa
Berapa banyak air da aku telan. Huhu, well, satu lagi nasihat ayah aku yang berguna, "Back to basic..." so, mari kita cari punca kenapa aku demam. Ya, koz petang kemarin aku tibai melalak lagu Amuk sampai takde suara. Pastu tak reti cari air bila tekak dah dahaga. Akibatnya, sakit tekak (ble lak camtu...). Sekarang 'main' masalah demam aku berpunca dari tekak yang sakit dan perit. Air Asam Jawa bukan je dapat menyejukkan badan malah dapat membuatkan tekak menjadi selesa. Aku ingat dulu time aku kena demam panas, mak aku tepekkan asam jawa kat muka aku. Bagi buang panas. Haha... resepi orang tua.

Rehat yang cukup.
Betul, tak pasal2 kemarin aku tukar cadar baru, selimut baru dan sarung bantal baru. Haha... baru selesa tido. Tido sangat penting. Bila aku demam, aku selalu ingat, ya... Allah bagi aku demam koz Dia suruh aku rileks, badan aku memang memerlukan rileks sejak akhir2 ni koz aku terlalu sibuk mengadap pc.... Buat pe? Entah, aku pun dah lupa... haha...

So tu la beberapa tips aku leh bagi. Aku tak bertanggung jawab kalau korang ikut tips aku ni korang jadi lagi teruk. Tips ni aku memang pakai sejak aku masuk kolej dulu (mak dah jauh, pandai la nak hidup). Kalau taknak sakit, amalkanlah kehidupan sihat. Senam 3 kali seminggu, 20 minit setiap sesi. Makan makanan berkhasiat n seimbang (amalkan 5M... aku pun dah lupa apa 5M tu...huhu...). Dan yang paling baik, jumpa la doktor. Tu pun kalau korang tak macam aku... wakakaka...

Sunday, January 20, 2008

Biarku sendiri...

Hm, aku just nak kongsi dengan korang perasaan aku malam ni. Dan aku terjemahkannya di dalam bentuk lagu. Ya, memang lagu lama tapi tak salahkan kita layan lagu lama. Koz lagu lamalah yang lebih masyyuk dia punya perasaan... Layankan...

Sendiri






Dinginnya di malam ini
Suasana pilu
Terkenang daku kembali
Sejarah silam

Setelah engkau pergi
Sepi hatiku
Terpadamlah api cinta
Musnah harapan

Mengapa engkau sanggup
Mengubah fikiran
Hanya kerana
Peristiwa itu

Kau hancurkan kota cinta
Yang kita bina bersama
Di masa Yang lalu

Kini aku terus tersiksa
Oleh kepalsuan cintamu
Tinggallah aku sendiri
Menanggung derita ini

Setelah engkau pergi
Tertutup hatiku
Tak mungkin bercinta lagi
Biarku sendiri

Ya, lagu ni dinyanyikan oleh kumpulan May dan dinyanyikan semula oleh Kumpulan Amuk bersama May. So, macam mana... Dapat berkongsi perasaan dengan aku malam ni... ;P

Aku, Blog dan sejarahnya...

Hari ni aku tak tau nak post apa, tapi semangat berblog tu kuat tersemat di minda dan hati aku lalu aku amik keputusan untuk membuat posting pasal sejarah berblog ni.

Aku start berblog masa aku nampak satu link untuk aku buat blog kat Friendster (Kalau ada sesiapa yang ingat pasal 122@T1). Asalnya hanya tempat aku untuk luahkan perasaan kepada si dia (ya, aku sedar dahulu aku jiwang). Masa tu aku tak kenal apa fungsi blog ni, apa keupayaan dia dan apa yang best tentang blog ni. N dah namanya blog meluahkan perasaan, maka ramailah member aku (ada gak penyibuk) yang datang dan sudi meluangkan masa memberi komen dan penyelesaian kepada masalah cinta aku ni.

Well, blog aku kat Friendster tak kekal lama. Sesuatu terjadi kat aku dan aku terpaksa men'delete' Friendster aku, so berakhirlah zaman berblog aku. Aku tinggalkan dunia blog selama lebih 2 tahun (kalau aku tak salah...)

Well, idea berblog ni datang menerjah balik setelah sepupu aku (Sweet girl) sibuk buat blog dia. Heh, then masa tu aku gatal balik nak bukak blog baru. Tapi pemikiran aku masa tu masih seperti dahulu, aku jadikan blog aku tempat meluahkan perasaan. Tapi dengan sedikit 'upgrade', aku sediakan beberapa tips dan pengetahuan aku tentang segala macam benda yang ada kat dunia ni, (jangan lokek ilmu...).

Ya, dulu aku pun ada masalah nak kenal apa tu template, label, achieve dan beberapa item asas dalam blog. Dan satu hari, Forum Jomlayan, di antara forum yang aku kerap singgah mengadakan pertandingan blog. Oh, memang sengit. Assignment yang dorang suruh buat memang susah. Aku yang memang jarang buka internet untuk mencari info dah jadi macam orang gilakan info.

Dan sebab pertandingan tu jugak template blog aku berubah. Setelah lama berentap kalah mati dengan pesaing2 aku, aku macam putus harapan nak berblog (memang sengit wa cakap sama lu..) Dan dalam pusingan akhir dan minggu terakhir, aku buat langkah drastik mempelajari kod HTML just untuk mengubah blog template blog aku kepada sesuatu yang aku boleh katakan 'bebas'. Aku ingat lagi ada satu hari aku tak tido malam langsung just semata-mata nak siapkan template blog aku.


Dan Alhamdulillah, aku jadi Juara dalam pertandingan tu. Huhu, tak sia-sia usaha aku selama ni. Aku memenangi hadiah berupa buku GOBLOG - Koleksi Tulisan Blog Orang Kecil. Dan buku ni betul-betul membuka minda aku tentang penulisan blog yang sebenar.

Blog. Tak semestinya tempat untuk meluahkan perasaan, ia juga tempat untuk meluahkan idea. Time aku baca buku ni la buat aku nak buka kamus mencari maksud ideolisme, kapitalisme, revolusi, intelektual dan macam2 lagi perkataan2 'Da-boom' yang kalau tak paham, jangan sebut. huhu...

Walaupun macam tu, aku tak terpengaruh dengan idealisme2 dorang ni koz aku tak pandai bermain kata-kata tu. Aku lebih suka membebel pasal benda yang kecil namun kalau difikirkan, barangkali mempunyai makna yang besar.

Untuk mencari info dan idea untuk blog aku, aku sering melawat blog orang lain. Kalau korang perasan aku banyak letak link dalam blog aku ni. Sebenarnya itu untuk kesenangan aku untuk melawat blog orang lain. Ye la, dulu aku bookmark je kat Firefox. Format je pc terus hilang semua. Heh, kira blog aku ni dah macam directory untuk aku la...

Dan satu hari aku macam biasa membuat posting kat forum Jomlayan dan terjumpa satu link yang akan memberitahu berapa nilai blog kita. Pergh... nilai blog aku masa tu $0. Waa... walaupun sekarang kat forum tu kata mungkin benda ni tipu tapi aku still tak puas hati. Mana ble blog aku takde nilai. So masa tu aku mula mengenali fungsi blog yang semua blogger mahu tahu dengan serius... Wang...

Time tu la baru aku tau apa tu adsense, advertise, affiliate dan macam-macam lagi program yang boleh buat duit. Heh, tak la aku tau sangat namun aku faham macam mana benda-benda ni berfungsi. Dan sekarang, aku banyak menghabiskan masa aku menelaah segenap sudut cara untuk menjana duit melalui program2 ni.

Tu la serba ringkas sejarah aku dan blog. Even sampai sekarang pun aku masih boleh dikatakan amatur je dalam dunia blog ni. Banyak lagi yang perlu aku pelajari koz setiap hari, dunia blog semakin maju dan aku kadang tak larat nak ikut. Huhu... Walaupun trafik kat blog aku tak tinggi sangat pun tapi aku bangga kerana ada pengunjung setia yang sanggup meluangkan masa berkunjung ke blog aku ni (terima kasih yek...). Insyaallah, aku sekarang sedang usahakan untuk menghasilkan e-book aku sendiri kepada para2 pelawat setiap aku. Heh, jangan la berharap sangat. Kalau aku tak busy, aku akan buat.

Tu je la aku rasa. aku akan terus berblog dan berblog. Membuat posting, research untuk blog. Hanya untuk korang semua baca... Blog ini adalah aku. Jadi, sokonglah aku... Sekian...

Friday, January 18, 2008

Post Rojak... Giant dan Proton...?

Haha... pelik kan tajuk posting ni... huhu, aku malas nak buat dua post nak seperatekan diari aku dengan dunia automobil...

Well, pagi ni memang pagi yang amat memenatkan. Lepas je habis kuliah jam 10 pagi, aku bergegas keluar. Kenapa? koz hari ni hari pelancaran Proton BLM oleh PM kita. huhu... ku tak la gi pelancaran tu tapi aku gi Angsana je... Well, just nak tengok sebelum kereta tu diberi sentuhan terakhir.

Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Well, aku tak gi terus ke Angsana. Aku singgah dahulu ke Giant Jalan Skudai. Hm, ada barang nak beli. Honestly, aku tak pernah gi supermarket or hypermarket time dia baru buka pagi-pagi. Heh, takde orang. Aku tak perlu berhimpit-himpit nak amik barang dan tak perlu beratur panjang just nak bayar. Haha, betapa mudahnya hidup aku hari ni...

Lepas puas membeli belah (bukan beli banyak barang pun...), aku terus ke Angsana. Ni lagi best. Parking berlambak gler. Haha, aku siap buat tayar aku spin sekali, saja nak kasi bunyi. Ye la, parking kat atas, kan bukan jalan tar. So time ni la nak buat bunyi tayar bising tanpa perlu membotakkan tayar. (tayar mahal sekarang... yeke...) Aku ingat kalau aku nak buat lagak drift cam dalam citer Tokyo Drift pun leh. Tapi sayang, Proton Saga lame aku ni tak mampu nak drift, FF layout (n tuan dia bukan tau pun camne nak drift pun...wakaka...) .

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Sampai kat tempat Proton BLM tu dipamerkan. Aku lihat kereta yang tak sempurna rupanya lagi. Heh, tanya orang sana, esok baru nampak cam kereta. So, aku snaplah beberapa gambar. Just nak jadikan kenangan bila satu hari aku lihat dia di atas jalan, aku dapat x-ray semua part yang ada dalam kereta tu.

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Aku bangga dengan Proton. Dorang buat kereta yang boleh kita banggakan, ya... kereta Malaysia. Aku dah lama tunggu dorang akan keluar Proton BLM ni. Murah, selamat dan laju. Aku tak harap Malaysia penuh dengan Kancil koz aku tak suka kereta tu (time terdesak naik gak Kancil, talak sombong....). Sebab apa aku tak suka... sebab aku memang tak suka... haha...

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Well, aku tau korang tak puas dengan gambar tak siap ni... so aku bagi la link ke website yang ada gambar Proton BLM ni dalam dan luar.

http://www.terato.com/cars/content/view/822/47/

Dan kalau korang nak brochure dia leh download kat sini...

http://www.proton-edar.com.my/index.php?page=newsaga

N layan la video ni... laju gler proton BLM ni... huhu


Majulah Proton untuk Rakyat Malaysia... Hidup Proton...

*FF layout - Front engine front wheel

Wednesday, January 16, 2008

Artis hampeh....!

Hm, aku bukan suka sangat citer pasal artis. Ya, aku suka dengar lagu dan muzik tetapi untuk mengetahui siapa penyanyinya aku tak berminat. Cukup sekadar sedap telinga aku menerimanya.

N tu bukan yang aku nak membebel hari. Bebaru ni aku terbaca kat blog orang lain pasal artis kat Malaysia ni dah mula nak tiru macam omputeh. Dedah sana sini. Kan tak manis di pandang sebagai orang timur. Wah... sedih aku. Dorang dah la 'public figure', buat lak perangai tak senonoh. So macam mana orang lain nak pandang bangsa kita sebagai bangsa terhormat.
Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.
Kes pertama aku baca bebaru ni pasal Faisal Tahir. Ada ke tengah-tengah buat persembahan ble lak bukak baju n tarik tali pinggang. Rock sangat la tu. Hampeh tul. Kan ramai orang yang tengok, ada orang tua, remaja n yang paling aku bimbang ialah kanak-kanak. Ye la, kanak-kanak kan mudah terpengaruh dengan benda-benda macam ni. Kan tak elok untuk generasi masa hadapan. Huh...!

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)

Kes kedua pasal Zarina yang berlakon citer anak pontianak kat tv3 tu. Bebaru ni gambar bogel dia dah tersebar kat internet. Hah! nak cakap camne lagi. Tak malu ke...? Oh kalau aku rasa macam nak duduk kat Marikh dah... Malu oh... Pakwe dia lak macam la hensem sangat (macam aku hensem sangat kutuk orang...). Yang aku takleh blah tu ble lak bergambar lagak bangga la buat cam tu. Tak fikir ke sok kat akhirat camne... Hampeh tui.

Huu... emo lak aku hari ni... Anyway, kalau korang nak tengok apa2 gambar ke aku tak tepek kat sini. Gi la carik kat Google. Berlambak dah... Ai... Manusia akhir zaman...

Sumber dari...
http://islamaddeen.blogspot.com/2007_10_28_archive.html
http://hikmatun.wordpress.com/2007/02/15/aurat-apa-sudah-jadi/
http://akukaya.com/
http://likeall.blogspot.com/
http://www.khai.scukz.com/

Selamat Hari Jadi Aina...

Aku nak ucapkan...

Selamat Hari Jadi Aina. Semoga bahagia ke anak cucu... eh silap, tu untuk orang kawen... Semoga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki... bak kata omputeh, may ur dream come true... (haha...)

So, untuk tidak berlaku salah faham atas status aku yang masih 'single' ni...(wakaka...cian aku...) aku kena la citer sket pasal dia...

Sapa dia ni...?
Dia ni aku nyer teman kecik. (Ya, skool rendah sesama, so teman kecik la... bukan teman tapi mesra... huhu...).

Istimewa?
Yup...

Kenapa...?
Entah... sibuk nak tau...

Cakap la sikit...
Well, dia di antara orang yang akan aku cari bila aku dah jauh dari diri aku. Mean, kalau aku terlanjur melakukan sesuatu yang perlu ada orang tunjukkan jalan untuk aku kembali ke pangkal jalan.

Kenapa mesti dia?
Koz dia diantara orang yang faham dengan cara aku berfikir dan membuat keputusan.

Adakah ada orang lain yang anda ble katakan hubungannya sama dengan dia?
Pening aku soklan ni... hm... nope, macam aku cakap dia istimewa...

Apa yang mahu sampaikan kepada peminat kamu di luar sana...?
Aku single lagi la... jangan kaitkan aku dengan mana2 orang perempuan... tak larat aku nak layan gosip2 ni... penat... Aku kan pecinta wanita, lupe ke...?

Sape lak ni yang pepandai interview aku ni... huh...! Hm, well, cukup korang anggap dia adalah teman kecil aku. Dia best, sporting n caring... Tak rugi kawan dengan dia.

N sempena hari jadi dia, aku nak bagi dia jam ni...


Create yours at BlingyBlob.com!


Haha... untuk hari jadi dia tahun depan... aku ingat ek hari jadi ko... hari jadi aku jangan lupa wish lak... wakakaka...

Monday, January 14, 2008

Wang automatik...

So, hari ni aku nak ajar camne nak menyertai program yang tentunya menguntungkan dari segi wang ringgit. Aku dapat tips ni bila aku sedang cuba untuk mencari jalan berkenaan dengan rapidshare.

Langkah 1
Pastikan korang gunakan pelayar Mozilla Firefox koz dia ada aplikasi untuk memudahkan kerja korang.

Download Mozilla Firefox Di sini

Kemudian, install aplikasi ni.

https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/115
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/748

tekan 'Install'


Langkah 2
Bukak akaun Paypal dulu. Korang ble anggap Paypal ni macam bank internet. Program tu akan bayar duit korang melalui Paypal. Daftar di sini....

https://www.paypal.com/


Pilih untuk buka akaun 'paypal premier account' dan bila dorang mintak korang masukkan nombor kad kredit, tekan 'Cancel'

Langkah 3
Pergi kat sini...

http://bux.to/?r=Squallpka1

dan daftar kat sana dengan klik 'Register'.
Pastikankan box REFERRAL tu di isi dengan nama 'Squall_pka1'.

Langkah 4
Selesai mendaftar, then cuba "login'
Pastu gi kat http://bux.to/surf.php

Klik kanan pada mana2 bahagian page tu> ReloadEvery > Enable
Klik kanan sekali lagi > ReloadEvery > Custom
Letak masa pada 1 minit 30 saat. (Ini bermakna page ni akan refresh setiap 1 minit 30 saat.)

Langkah 5
Kemudian gi kat sini.
http://www.gss.org.yu/bux/bux.user.js

dan klik install

gi kat sini lak...

http://www.gss.org.yu/bux/bux123.user.js

dan klik 'install'

Langkah 6
Sekarang gi balik kat
http://bux.to/surf.php

Biarkan je selama mana korang nak... dia akan klik sendiri.
N lagi satu, tolong 'Allow' kan apa2 pop-up yang ada dari website ni... kalau tak, sia2 la apa yang korang buat...

sekarang just tunggu n korang online la 24/7... koz sume dah jadi automatik. Hanya pastikan page untuk http://bux.to/surf.php tu sentiasa hidup. Jangan ditutup page tu lak...

Minimum $10 korang leh pindah ke akaun Paypal. N dengan duit tu korang leh la gi shopping kat E-bay ke, bayar untuk 'premium member' untuk rapidshare ke (ni untuk kaki download...). Untuk tukar ke RM aku tak tau. Memang ada cara tapi sory... aku masih tenggelam dalam pencarian... huhu... Selamat berjaya...

info ni aku amik dari komen sebuah blog...
http://it.dennyhalim.com/2006/10/faster-download-from-rapidshare.html

Hujan dan caranya...

Suasana ketika di fakulti begitu sesak. Pelajar masing berpusu-pusu menuju ke bilik kuliah untuk memenuhkan hari-hari mereka menelaah pelajaran. Sebagai seorang pelajar universiti, ini memang sudah jadi rutin harian sekitar 8 pagi sehingga 7 malam.


Namun tidak terjadi pada aku. Aku yang memang sedia ada sejak jam 10 pagi hanya menunggu kuliah seterusnya sambil membuang masa dengan melihat telatah mereka itu. Hm, sungguh baik nasibku berada di kuliah tingkat atas, jika tidak barangkali aku seperti mereka... Namun tiada salah akan mereka. Mereka hanya menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pelajar.

Setelah habis kuliah, aku keluar menarik nafas lega. Pagi yang digunakan untuk tidur semalam aku isi bersama rakan. Buat 'assignment' untuk di hantar hari ini namun pensyarah menundanya sehingga Rabu. Hm... penat je aku berjaga semalam.

Namun, mata yang letih ini terubat dengan kehadiran si cantik yang berlalu. Hanya melihat dia membuat aku rasa senang. "Heh, ada saja caranya..." kataku di dalam hati sambil memerhatikan caranya berjalan. Benarlah Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud “Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifa malu.” (Hadith riwayat Bauhaqi).

Sedikit di dalam hatiku tertarik dengan tingkah lakunya... cara dia bercakap, cara dia berjalan. Hatiku sering rasa senang melihat dia. Dan aku rasa cukup sampai di sini, sampai di sini untuk aku terus menikmatinya...


Hujan mulai turun. Aku berjalan menuju ke bilik, yang sememangnya menjadi rumah ke tigaku. Bajuku mulai lenjun, basah dek kerana hujan mulai lebat. Aku sering memandang ke langit, melihat awan yang gelap melebarkan sayapnya menutup punca sinaran untukku. Senyum aku sendiri. Terbayangkan si dia dengan telatahnya seberapa ketika tadi.


"Adakah hujan Kau turunkan hanya untuk membuat aku rasa senang memikirkan tentang dia...? Dan jika ini adalah ujian, kurniakanlah hambamu ini petunjuk agar aku tidak jauh lari dari apa yang menjadi pengangan sekarang, agamaku..."

"Hahchooo..." Hu... bersin sudah. Sebelum demam datang menjemput, ada baiknya aku undur diri untuk mandi...


"Dalam penat mataku terpaku memandangnya. Riang caranya berjalan membuat girang hatiku. Suasana yang kelam kembali ceria melihat telatahnya. Hai... alangkah manisnya ciptaan Allah yang satu. Namun sampai di sini sahaja aku menikmatinya, kerana bayangan lepas banyak memberi impak buruk kepadaku... Sampai di sini... dan rianglah setiap harimu, kerana ia bisa membuat ukiran di mukaku... sebuah senyuman... Terima Kasih...."

Saturday, January 12, 2008

Proton BLM @ Proton Saga






So, berikutan dengan post aku yang lepas, Proton sekali lagi mengeluarkan kereta barunya yang diberi nama Proton Saga atau Proton BLM (Base Line Model). Mulai 5hb Januari 2008 sehingga 18 Januari 2008, Proton memulakan promosinya dengan membuat pameran pemasangan kereta tersebut di 3 buat tempat iaitu
  • Cineleisure Damansara
  • Queensbay Mall, Penang
  • Plaza Angsana, Johor Bahru
Pemasangan kereta yang dibuat selama 12 hari itu adalah untuk memberi informasi berkenaan bagaimana keadaan dan struktur kereta tersebut dari segi rekabentuk, kekuatan dan keselamatan yang ada pada Proton Saga tersebut.

Pada awal Januari 2008 Proton telah membuka tempahan kepada orang ramai. Dianggarkan 3000 tempahan diterima sejak ia mula di buka. Proton Saga ini akan dilancarkan pada 18 Januari 2008 dan dirasmikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Image Hosted by ImageShack.us
By squall_pka1, shot with HP Scanjet djf4100 at 2008-01-12


Terdapat pilihan 7 warna dan 3 jenis kelas yang boleh dipilih oleh pembeli. Terdapat juga pilihan untuk gear automatik dan manual manakala enjin hanya mempunyai 1.3 liter sahaja (enjin Campro). Harga dianggarkan RM30,000 hingga ke RM40,000 mengikut spesifikasi masing-masing.



Berikut adalah peringkat pertama pemasangan kereta tersebut.



Untuk gambar peringkat kedua dan maklumat lanjut sila ke
http://www.proton.com/anewsagabegins/
http://paultan.org/

Proton, Berani Berubah...

Testing....

Sory ya... aku dah tensen pakai template lama aku. So sempena Tahun Baru ni aku cuba untuk belajar guna template XML... Insyaallah aku cuba mencantikkan lagi blog aku ni...

Friday, January 11, 2008

Kereta yang kuat merajuk...

Khamis lepas aku dalam perjalanan ke Plaza Angsana untuk melihat sendiri kereta Proton BLM yang nak kluar 18hb Januari ni. Kawan-kawan aku ramai ikut sampai padat keta aku.

Time tu hujan. Tengah syok pandu tetiba aku perasan ada asap warna putih kat bumper depan keta aku. So aku pun pelik. Dah 2 tahun aku bawak keta ni, first time aku tengah drive tetiba kluar asap putih kat bumper depan. Panas sangat ke enjin kereta aku ni. So, mata ni automatik memandang meter suhu kereta aku...

Jarum yang merah itu menunjukkan ke meter yang merah. Cantik perangai, kereta aku dah terlalu panas. Dah la time tu jem, pandu kat sebelah kanan. Nak tak nak kluarlah perangai 'driver KL' aku menyelusup ke laluan kiri dan berhenti di stesen minyak.

Bukan je bumper depan... "Tebabooom..." kata memberku cuba melawak. Hu... tak kelakar... Asap putih yang agak2 tebal (sebenarnya wap air) mulai kurang. Aku lihat air radiator aku melimpah keluar. "Radiator ko bocor ni Mie" ayat member aku yang aku takleh terima langsung koz baru je 6 bulan lepas aku tukar radiator baru. So, aku pun cuba cool down dulu. Tenang melihat enjin keta aku. "Tunggu keta aku sejuk jap. Aku nak tengok kat mana bocor."

Hujan makin lebat. Cian lak memember aku. Masing-masing membawa diri untuk berteduh. Hanya tinggal kawan aku sorang ni, Lone yang temankan aku termenung melihat enjin usang itu. Then, kitorang masukkan air dalam radiator tapi tak nampak ada kebocoran berlaku. member aku dah mati akal. Ye la, dah mencurah-curah coolent radiator keluar takkan radiator tak bocor.

Berbekalkan pengalaman tengok mekanik repair keta aku dulu, aku mula syak 2 benda. Motor radiator rosak atau suis radiator rosak. So, nak taknak aku bawak la keta aku ke bengkel. Sampai bengkel, pokcik empunya kedai menge'test' motor radiator tu. Hidup lak. So suis jahanam kat bawak tu yang rosak. Ni dah masuk 3 kali dalam 4 bulan benda tu aku tukar. Hm... dengan tenang aku cakap kat pokcik... "Buat direct karen je la pokcik, saya baru tukar suis tu. Tak larat rasanya nak tukar lagi..." Pokcik tu senyum dan tanya... "Student ke...?" Aku mengangguk. "Takpelah, meh pokcik buatkan..." Suis tu regenyer RM40 . Ye, awal2 sem ni aku memang sengkek dek kerana buku yang membukit terpaksa aku beli. Ye la, student kan.

So, selesailah masalah aku. Sampailah aku dan kengkawan aku kat Angsana. Hm, kenapa aku kata kereta aku kuat merajuk. Koz time kaburetor aku jem hari Isnin hari tu, aku borak seorang diri dengan kereta aku. "Aku nak ke Angsana Khamis ni, nak tengok Proton BLM. Generasi ko gak. Agak-agak ko lew, macam mana rupanya... bla... bla... laju... bla... bla... body keras... bla... bla..." tup tup enjin kereta mati sendiri. Kaburetor jem. Hu... pasal tu pun nak merajuk... Hampeh... Bukan aku nak beli pun proton BLM tu, aku nak tengok je... Kan ke aku pecinta Proton...

Image Hosted by ImageShack.us


"Pecinta proton ke pecinta wanita... konpius..."

Wednesday, January 9, 2008

Sepetang bersama aku...

Hari ni biasa saja. Kuliah dari pukul 9 pagi sampai 11 pagi. Aku balik bilik naik bas. Dan bila sampai bilik, aku letakkan beg aku then keluar balik naik kereta. Heh, sebenarnya kemarin kereta aku rosak. Kaburetor (betul ke aku eja ni..) macam dah tahap kene tukar. Hoho... awal sem, duit nak beli buku, nasi dan nak bayar bil internet ni lagi (huhu...), mana mampu aku nak tukar kaburetor (sekali lagi maaf kalau aku salah eja) yang berharga... RM800. second hand pun dah RM 400... cian kereta aku. Tak berganti dia sem ni. Maafkan aku wahai L coz dapat tuan yang sengkek macam aku ni... huhu...

Well, sekarang kepala aku dibebani dengan assignment dan projek yang bakal tiba. Sayup-sayup kelihatan aku di masa hadapan bergerak lebih pantas dari cahaya hanya untuk menyiapkan assignment dan projek yang bakal tiba. Semester ni banyak subjek membaca, so banyaklah stok-stok kismis dan buku yang aku sendiri tak tau mana nak letak dalam bilik aku ni...

Salah satu assignment yang bakal aku geruni ialah subjek Applied Numerical Method atau dalam bahasa, Kaedah Berangka Gunaan. Di mana perisian FORTRAN dan MATLAB bakal menggantikan Mozilla Firefox serta Yahoo! Messenger yang sering mengisi hari-hariku. Apa kejadahnyer FORTRAN dengan MATLAB tu..? Ia perisian komputer yang sering digunakan oleh saintis dan para jurutera untuk menterjemahkan data-data dan persamaan dalam bentuk result... (kenapa aku suka pusing ayat...) Kepada para-para programmer, korang lagi arif pasal benda ni koz secara jujurnya, aku kene bukan buku dari bab pengenalan untuk guna perisian ni. (padan muka aku...)

Dan pada sesiapa yang suka membaca diari aku (berikutan dengan undian di emosional) korang mungkin perasan dah takde 'Kuota' untuk Cahaya Kemuliaan dalam blog aku. Well, aku dah delete semua post aku di bawah label Cahaya Kemuliaan. Dengan harapan, ada cahaya lain lak yang bisa untuk aku terjemahkan ke dalam blog aku ni. Secara jujur, aku mahu lupakan dia secara total. Kejamkah aku...? Hm... berani sila tinggalkan komen...

Walaupun dan 9 hari berlalu, aku still nak ucapkan Selamat Tahun Baru. Tahun ni aku ibaratkan tahun kebebasan untuk aku dari segi pemikiran dan perasaan aku kerana semua yang aku usahakan tahun lepas telah berbuahkan hasil. Well, aku still pakai nama msuhaimi2007 untuk mengenangkan hari-hari sukar yang aku lalui pada tahun 2007. Tahun lepas banyak memberi makna kepada hidup aku...

Apa lagi aku nak citer... Aku ingat nak ubah template blog aku kepada template yang lebih menunjukkan aku adalah seorang...
  • Pecinta wanita
  • meminati kereta dan komputer
  • terlalu rasional dan terlalu emosional
Jadi, aku perlukan sokongan dan cadangan korang semua agar semua ini jadi realiti yang bisa buat hatiku senang untuk meng'update' blog aku yang permai ini.

Penutup, hm... aku pun tak tau nak cakap ape lagi walaupun di dalam otak aku terlalu banyak benda yang sedang dipermainkan. Sampai di sini je la kisah aku dan aku... Lain kali aku citer lagi...

Tuesday, January 8, 2008

Wanita Solehah best....!!!

Sedang aku belek-belek menelaah blog orang lain, aku terjumpa blog ni. Hm, faktanya menarik. Lalu aku ambil pensil dan kertas, cuba menterjemahkannya ke dalam bentuk gambar. Haha... sory kalau tak cantik aku lukis, aku suka-suka je...

Image Hosted by ImageShack.us
Wahai para-para wanita sekalian... Tidakkah kamu merasa untung menjadi seorang perempuan. Allah memberikan banyak kelebihan kepada kamu yang jauh lebih baik dari kami laki-laki. Hanya jika kamu adalah wanita yang solehah...

1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.

5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

10. Dari 'Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya dari api neraka."

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

15. 'Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah SAW. "Ibunya".

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yangdiberikannya. 27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajibbaginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginyalapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak". Sabda Baginda "Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" , Allah akan berkahkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

48. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

50. Sabda Nabi SAW: "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

58. Rasulullah SAW bersabda bahwa, "Allah telah memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi istri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid".

Heh, bagi lelaki lak, hm... kalau mahukan seorang perempuan solehah, banyak-banyakkan ibadah kepada Allah. Insyaallah, Allah akan kurniakan jodoh yang sesuai untuk kamu... Ye la... nak yang elok kenalah diri sendiri elok dulu ye tak... huhu...

Anyway, sampai sini je la. Oh ye, senarai "Kelebihan Wanita Solehah" ni aku amik dari http://azharjaafar313.blogspot.com/2007/12/kelebihan-wanita-solehah.html
Aku rasa seronok membaca, so aku harap korang pun macam tu... ;p

Sabda Rasullah s.a.w: "Dunia itu adalah kenikmatan dan sebaik-baik kenikmatan dunia ialah Wanita yang solehah." Riwayat Muslim, Kitaab al-Ridha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...