Followers

Friday, September 30, 2011

FX - TMMS7 - Minggu 1

Dulu sifu aku pernah kata, trader yang baik mereka akan buat journal. Buat catatan. Agar kesilapan yang dahulu tidak berulang. Walaupun teknik ini adalah teknik malas, aku fikir ianya ada potensi untuk untung lebih, dan mungkin untuk mampu dinaiktarafkan. Hm...

Seperti yang kau orang sedia maklum, aku ada menulis tentang Teknik Malas MS7. Idea asal teknik ini datang bila aku fikir aku tak patut cuti dalam forex. Takut lupa antaramuka MT4. Takut terkial-kial. Takut akan hilangnya asas yang aku dah bentuk lama dulu.

TMMS7 ni (macam haram lak panjang singkatannya) adalah teknik asas untuk trader latih melihat trend sesuatu pair. Dan latih supaya tak beli ketika downtrend dan jual ketika uptrend. Supaya tak jadi mangkuk (terkenang kisah lama...) yang tak datang hasil.

TMMS7 ini juga aku guna kerana terfikir jika satu atau dua ketika aku akan sibuk dengan kerja lain. Yup, duduk depan pc dalam 2 - 5 minit, buat pending order kemudian lantak la mana dia nak pergi. Kerja malas dan senang. Janji untung. Lantak la kau nak kata pe.

Membebel lak. Ok, kita mula...

---
Minggu ini ada 9 order semuanya. Bermakna hanya 90 pip.


Dalam 9 order, hanya ada 1 yang memerlukan 2 hari untuk selesai. Bermakna mesti ada drawdown yang tinggi. Aku anggapkan kalau ada float lebih 2 hari, aku kena tengok berapa banyak drawdown yang berlaku.


Aku buat pending order berdasarkan trend sebelumnya. Pending order dibuat pada anak panah. Trend sebelumnya adalah downtrend. Dan garisan menegak yang berwarna kuning adalah garisan di mana PO aku terkena. Tanda bagus adalah tanda kena TP, profit.

Bila aku kira balik, drawdown yang berlaku hanya sebanyak 151 pip. Well, setakat ni paling tinggi yang aku jumpa adalah 185 pip. Boleh tahan la.

Setakat ni peraturan dia semua aku ikut. Drawdown tu memang kita tak boleh elak. Dan kerana itu aku adakan 1000 pip untuk baki akaun aku. Aku tahu entri lepas aku kata 600 pip. Suka hati aku la... Minimum dia 600, lebih lagi selamat. Dari masa ke semasa aku akan cuba kurangkan. Aku tahu sifat manusia, bila dah tamak nanti tengok la pe akan terjadi.

Sekian sahaja laporan saya. Kau tak faham boleh rujuk sini untuk TMMS7. Aku nak ingatkan sekali lagi yang teknik ni hanya asas. Bermakna dia ada ruang yang amat besar untuk dinaiktaraf. Kau nak cuba boleh, lu trade lu tanggung sendiri...

Aku ucap selamat... Esok nak cerita entri bola pulak.. Wahaha...

D Masiv – Rindu Setengah Mati

Masih dalam mood layan D'Masiv. Bila teringat... mesti akan nyanyi lagu ni. Dan kenapa lagu indon senang popular? hanya kerana isinya lebih tepat. Tak perlu bahasa yang fancy sangat. Lagu ini amat senang untuk meluahkan rasa dalam hati untuk si dia... Enjoy...





D Masiv – Rindu Setengah Mati
Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

Reff:
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu…
---
Kalau dah hari-hari tak pernah luput di fikiran dan di hati... Tak setengah mati gamaknya... huhu... Aku ucap selamat...

Monday, September 26, 2011

Rooney dan barisan pertahanan Man U

12 Februari 2011.

Aku bersama kawan-kawan sekaki tengok bola tengah tengok perlawanan Manchester United menentang Manchester City. Seperti biasa kawan-kawan yang bukan peminat Man U kompom anti Man U ni duk kutuk-kutuk.

"Ni apahal Rooney jadi defence la ni... Dah takde defence ke Man U. Wahahaha..."

Aku diam je... Dan siapa yang ada kat situ akan ingat bagaimana mereka makan semua kata-kata mereka ketika Rooney menyumbat gol dengan tendangan basikal dia. Dan bagaimana aku bersorak riang. Boleh rujuk entri ini, video bawah sekali untuk gol itu.

Hari ini aku lihat video ini dan baru aku faham apa yang Rooney fikirkan yang membuatkan dia rajin turun bersama barisan pertahanan Man U.



Haha... Ronaldo macam biasa. Angkuh dan popular... Rooney, cepat pulih doh...

Aku ucap selamat...

Jangan Menyerah!

Aku tak tengok sangat sinetron Amanah Dalam Cinta. Tapi lagu montajnya amat memberi semangat.



D’Masiv - Jangan Menyerah Lyrics

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

kita pasti pernah
dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada artinya lagi

syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
kebesaran dan kuasanya
bagi hambanya yang sabar
dan tak kenal putus asa

---

Lagu lama dan banyak kali aku dengar. Dulu... dan sekarang. Dan kenyataannya tetap sama... Maka, jangan menyerah...

Aku ucap selamat...

Sunday, September 25, 2011

Aku tak mampu tidur. Ya, baru balik dari menonton bola bersama kawan-kawan. Liverpool, Chelsea, Arsenal dan Manchester City menang. Aku, Manchester United hanya seri melawan Stoke City. Fantasy Football tak payah cerita. Memang haru.

Sedih dan kecewa. Berbatov pemain kesayangan tidak beraksi. Lemau je aku tengok. Orang dalam page fb dia memaki-hamun. Namun disebabkan aku faham dia sudah lama tidak bermain. Barangkali ada masalah. Barangkali tiada mood. Barangkali sudah tua.

Tapi aku rindu mahu lihat beliau beraksi seperti dahulu. Aish...

Namun, bukan itu yang membuatkan aku tumpul untuk tidur. Ia hanyalah kerana suatu perasaan yang lama. Aku fikir, jika cinta, kau toleh ke mana pun kau akan nampak dia. Kau lihat apa pun, kau akan kaitkan dengan dia... dan paling penting...

Bagaimana benci pun kau pada dia, dia tetap takkan kau lupakan. Ya, aku sedang bercerita tentang si dia. Bukan Mel... Tetapi si dia.

Setiap malam adalah rutin yang sama. Tidur itu menjadi terlalu sukar. Hanya jika aku benar mendapat penat, dan ngantuk baru benar terjadi mimpi itu.

Sedih. Seumur hidup aku tidak pernah merasa kesedihan seperti ini. Hati selalu bertanya kenapa? Walau jawapannya terlalu jelas, tapi masih bertanya kenapa?

Kenapa perlu begini? Kenapa tidak tunggu? Kenapa mesti buat begini?

Walau betapa marah pun aku tidak sekali aku lupa si dia. Betapa perit aku mahu melupakan pun tidak pernah luput dari ingatan.

Menyesal!? Ya... Putus Asa...!? tidak... Bukan DNA aku untuk putus asa. Kesan yang ditinggalkan terlalu kuat untuk aku tidak berputus asa. Dan kerana itu, cerita ini tidak akan habis. Tidak pernah tamat

Dan walau jauh aku menafikannya, si dia akan selalu dekat denganku.

Aku minta maaf, ini terlalu peribadi. Huhu... aku harap kau tidak membaca sehingga sini. Aku ucap selamat. Aku perlu berhenti kerana ada mata-mata sedang memerhati...

Saturday, September 24, 2011

Fantasia Bola Sepak Madu...

Entri bola lagi... Aish... Haha...

Jangan marah. Ni minat aku sekarang. Kalau dah minat, sehabis perah aku akan cerita. Dan bercerita.

Aktiviti harian aku tak sah kalau tak ke Sokernet membaca celoteh penulis-penulis di sana dengan pasukan kesukaan masing-masing. Banyak merepek dari info. Memang menghiburkan.

Selain itu juga, aku akan ke Fantasy Premier League, semak kalau-kalau ada pemain sakit semasa latihan. Ya, aku main fantasia bola sepak.

Ada peluang tak agak2?

Dahulu masa mula-mula tengok bola, nak tengok Manchester United je main. Bila dah bercampur dengan kaki-kaki bola ni, paksa la diri juga tengok pasukan lain main. Tapi lama-lama jadi seronok sebab tak la kemaruk sangat nak tunggu satu perlawanan je dalam seminggu.

Bila dah lama-lama, terfikir macam mana pasukan lain bermain. Fikir, kalau boleh masuk BPL dan ada sesetengah bermain UCL (UEFA Champion League), mesti main pun bagus jugak. Tapi daya nak tengok tu tak kuat sehingga...

Adik aku ajak main bola fantasi ni. Disebabkan kita hanya boleh pilih 3 orang dalam satu pasukan, jadi tak Setan Merah la semua. Nak tak nak kena la tengok pasukan lain bermain. Pasukan yang aku pilih di atas adalah berdasarkan perbincangan di kedai makan, dan pemerhatian yang semi-teliti.

Kalau dilihat semua, cara aku pilih pemain adalah berdasarkan pasukan. Nampak kelompok beradik Manchester. Haha... Senang nak semak nanti. Kenapa barisan pertahanan banyak Newcastle? Tengok Taylor R amik sepakan percuma buat aku minat lak. Lagipun tengah murah masa aku beli dulu. Yang lain sekadar mengisi korum. Wahaha...

Jangan tanya kenapa aku tak ambil itu dan ini. Budget tak cukup. Kalau nak lawan dengan liga orang lain, aku tak mampu. Cukup la duduk di tempat pertama dalam liga klasik Sara Tomyam bersama kawan-kawan sekaki tengok bola kat sini.

Pemilihan ini juga berdasarkan ramalan Manchester United akan menjulang piala BPL sekali lagi. No 2 mesti Manchester City dan diikuti dengan Chelsea. Wahaha... Selamba...

Jadual minggu ni.

Minggu ni rasanya takde Big Four berentap antara satu sama lain. Tapi masih senang nak tengok semua perlawanan yang ada. Ok2... Nak keluar... member tunggu... Aku ucap selamat...

Friday, September 23, 2011

Forex : Teknik Malas MS7.. Muahaha...

Hai kawan. Hari ini aku nak menaip tentang forex. Lama rasanya aku menyepikan blog ini dengan forex. Haha...

Jujurnya, aku tidak berhenti, tidak juga mengambil cuti dari forex. Cuma aku tidak gemburkan di khalayak ramai. Tidak percaya tanya kawan dan keluarga sedekat aku. Aku ada buka MT4, tetapi untuk jangkamasa yang amat la sekejap. Haha...

Maka, hari ini aku nak berkongsi benda asas dalam forex yang jadi mainan (teknik) aku sekarang. Memandangkan aku ini adalah orang yang malas, maka teknik ini teramat la sesuai dengan orang yang malas macam aku.

Profit!? ada tetapi sedikit. Risiko!? entah, kau kira sendiri.Aku namakan teknik ini Teknik Malas MS7 ok tak? Haha.. Kita mula...

Seperti yang para trader semua tahu, hanya ada 3 jenis trend dalam graf forex ni. Uptrend, Downtrend dan sideway. Teknik yang aku nak bagitau ini adalah teknik asas seorang trader untuk mula trade. Maka, sebarang komen berbentuk termaju yang buat budak setahun jagung rasa keliru aku band.

Downtrend



Uptrend

Aku dapati bilamana trend nak berubah, dia akan sideway. Ya, sideway adalah satu jenis trend yang sukar nak profit. Budak-budak si jauh sedikit sama ini trend ok!?

Sideway. Tak naik tak turun.

Disebabkan aku ini adalah si pemalas, aku suka cari jalan mudah dengan memahami asas sesuatu perkara. Aku selalu perhatikan bilamana sesuatu trend mahu berubah, dia akan sideway sebentar dan ubah trend.

Untuk bacaan lanjut, cara mengenali trend dengan betul sila klik sini.

Dengan berbekalkan maklumat asas ini aku uji sejauh mana kebenarannya.

Mudah je. Apa yang aku buat adalah....

  1. Kenali trend (uptrend ke downtrend)
  2. Ambil harga 2nd tertinggi (uptrend) 2nd terendah (downtrend)
  3. Buat pending order (stop). Jadikan harga tadi sebagai TP (target point), dan +10 pip untuk harga sell stop (downtrend) atau -10 pip untuk harga buy stop.
  4. Tunggu dan lihat. SL tidak diperlukan.
  5. Hanya pastikan kau mampu buat pending order. Kalau kau tahu apa yang aku maksudkan.


Merujuk gambarajah di atas. Katakan  price sekarang ada di sekitar bulatan putih tu. Kau tau ini uptrend dan kau mahu buat buy stop. Puncak last sekali  yang kau lihat adalah 0.7960. Jadi kau akan buat pending order seperti di bawah.

TP = 0.7960 - spread = 0.7957
PO = 0.7947

Faham!? Jangan lupa bila kau buat buy stop, - spread, kalau sell stop + spread. Ini langkah berjaga2 sahaja. Erti kata lain, teknik ini hanya untung 10 pip setiap order. Dah namapun teknik malas, sikit je la dapat.

Namun...

Jika kau lihat ada sideway. Contoh kalau tengah uptrend, tiba-tiba puncak sekarang lebih rendah dari puncak sebelumnya. Berhenti buat pending order. Ada kebarangkalian dia nak tukar trend. Contoh macam garisan biru di gambarajah di atas. Berhenti, gi rehat.



Gambarajah di atas ini pula hasilnya. Kerana aku malas dan teknik ini teknik malas, jadi kau boleh nampak tarikhnya adalah tidak up to date sangat. Haha...

Teknik ini memang ada drawdown. Paling tinggi aku capai adalah -185. Dan aku pernah tunggu sehingga 33 hari hanya untuk 10 pip. Paling cepat kurang seminit. Berbekalkan maklumat ini, aku rasa ada elok kiranya pengurusan kewangannya di buat begini.

Paling teruk pun kau terkena, -185pip. Aku bundarkan jadi 200.
Paling teruk pun kau terkena, 3 order terbuka serentak. Jadi, mungkin ada 3 x 200 = 600 pip.
Jadi margin atau baki akaun kau mesti 600 pip. Kalau ada USD600, jadi satu order buka USD1 dah la...

Ok, sekian... Aku takde hati nak uji dan membawa teknik ni ke peringkat seterusnya. Teknik ini terlalu asas. Aku yakin ada trader tengah gelak di luar sana membaca ini. Haha... Aku tengah malas, ini teknik aku sekarang. Kelak, bila aku rajin, aku akan ajar lagi teknik lain...

TF bagi la 1 jam. Tu je yang aku uji setakat ni. Pair tak kisah. Setakat ini aku henjut je mana mampu...

Disclaimer
Lu trade lu rugi itu lu punya hal. Terbaek...

Aku ucap selamat... Huhu...

PS : maklumat tambahan TMMS7 klik sini.

    Thursday, September 22, 2011

    Dimitar Berbatov

    Bosan-bosan aku ke ESPN Soccernet, saja-saja tengok statistik dan jadual perlawanan BPL minggu ni. Terlihat top-scorer Wayne Rooney dengan 9 gol. Baru 5 perlawanan, agak-agak la. Melihat ini juga mengingatkan aku top-scorer musim lepas iaitu Dimitar Berbatov dan Carlos Tévez dengan 20 gol.

    Berbatov ye... Hm... Masing-masing yang minat tengok bola punya minat melihat pemain kesukaan mereka bermain. Ada yang minat Ronaldo (I heard you, girls... Heh...), ada juga minat tengok gelecekkan Messi.

    Tapi aku minat lagi tengok Berbatov main.



    20 gol dari Dimitar Berbatov

    Dilahirkan pada 30 Januari 1981 di Blagoevgrad, Bulgaria, beliau merupakan pemain terbaik di negara beliau. Mula menjadi pemain di BPL bilamana Tottenham Hotspur membeli beliau dengan £10.9 juta pada 2006.

    Dah sedap ledak 23 gol dalam 49 perlawanan, pak Alex menjadi minat. September 2008 Berbatov tandatangan kontrak 4 tahun dengan Manchester United.

    Apa yang aku suka tengok bila Berbatov bermain bilamana beliau menerima bola tinggi. Bola... tak pernah lari dari kaki. Aku ingat lagi beliau dapat bola tinggi kemudian siap pusing lagi. Wahaha... Terbaik.



    Ini baru art... Haha...

    Yang tak bestnya, beliau macam malas sket. Kau boleh tengok perlawanan lepas Manchester United vs Leeds United untuk Carling Cup. Orang duk lari laju-laju. Beliau boleh lari-lari anak lagi. Tapi rasanya tu pun salah satu skill beliau. Bawa bola memang perlahan. Tapi cara dia kawal bola memang terbaik. Sebab tu mana datang bola tu pun selamba dia amik dan bawa. Dan tunggu je dia buat perangai... gol dan gol... Muahaha...



    Top Ten Gol Manchester United musim lepas.

    Masih ingat lagi gol hasil tendangan basikal dari Rooney (3:15). Aku rasa Berbatov (2:47) buat lagi terbaek... Haha... Tapi siapalah striker tanpa hantaran terbaik dari midfielder atau winger...

    Huhu... Sekian sahaja tentang Dimitar Berbatov. Rindu nak tengok dia beraksi lagi dalam BPL. Muak tengok Rooney dan Hernández. Gua nak former King of White Hart Lane beraksi semula... Yeah! Errr... Ye, gua tau sekarang dah Red Devil.. Haha..

    Sumber
    http://www.manutd.com/en/Players-And-Staff/First-Team/Dimitar-Berbatov.aspx?pageNo=1
    http://soccernet.espn.go.com/player/_/id/12724/dimitar-berbatov?cc=4716
    http://bleacherreport.com/articles/118746-berbatov-fergie-says-my-relaxed-style-is-just-fine

    Jadual cemerlang kehidupan saya...

    Dalam hidup aku, saat yang paling cemerlang adalah ketika aku berada di kolej, terutama ketika semester satu. Dan seterusnya ketika aku mulai mengenali dia... Ops... kali ini dia bukan si dia. Kita tukar... kita tukar...

    Si dia kali ini namanya Mel. Aku fikir jika kau membaca, atau mengenali aku ketika aku berada di kolej kau akan kenal sama ini bidadari. Ya, dia juga bidadari, kerana dia bawa aku bukan ke syurga, tetapi membawa aku ke atas di mana aku mampu lihat seribu kebarangkalian untuk menjadi insan yang cemerlang.

    Cuma aku yang bebal tidak gerak mendapatkannya. Oh, dan bukan itu yang aku mahu cerita.

    Aku teringat bagaimana si dia (ingat, kali ni Mel) jadikan aku dari si malas kepada mamat yang hidupnya bermakna. Selaku mamat yang ketika itu amatlah mudah tertarik dengan perempuan, aku ikut ke mana dan apa sahaja yang si dia mahukan. Ironinya, ini tidak menjadikan aku bangang sebaliknya meningkat prestasi dan mutu kerja aku.

    Membebel!? ok...

    Pagi...
    Dahulu di kolej dan tentunya selepas mengenali si dia, aku selalu bangun pagi tanpa tidur semula. Siap mandi, siap nak pergi kuliah. Bangun pagi adalah benda yang sukar tetapi jika kau mampu lakukan, aku yakin setiap hari-hari kau adalah hari yang cemerlang.

    Pergi kuliah macam biasa, motivasinya hanya kerana mahu terserempak dengan si dia. Mana tau boleh makan tengah hari bersama. Haha... Tak salahkan kalau niat sedikit terpesong. Sekurang-kurangnya kadar ponteng kuliah aku menurun.

    Petang...
    Petang bukan alasan penat ke kuliah dan mahu tidur sahaja. Motivasinya tetap sama, mahu terserempak dengan si dia. Dan hanya kerana ini, aku bermain bola keranjang, bola tampar, squash dan paling malas pun jogging.

    Ya, kami agak kerap berjumpa tetapi aku tak fikir kami kerap duduk lama berbual. Jika kau tanya mengapa, aku tidak ingat.

    Balik bersukan bukan hanya duduk berehat. Di bilik mesti angkat itu dumbell bagi kekar otot-otot maskulin dahulu. Penampilan penting bagi aku ketika itu. Dan terima kasih kepada rakan sebilik yang tak henti-henti bagi sokongan kat aku. Haha...

    Malam...
    Kalau ada mood memang ke surau aku. Berjemaah memang afdal. Bila malas sahaja hanya solat di bilik. Remaja... aish...

    Selesai solat, siap-siap ke perpustakaan. Motivasi masih sama. Tetapi jika aku tidak salah ingat, tidak selalu kami study bersama. Terutama sejak berlaku peristiwa bangang itu. Apa yang paling aku ingat, jika kami study bersama, memang tak borak. Masing-masing buat kerja masing-masing. Hanya jika rasa terlalu penat dengan buku baru kami berbual.

    Dan berbual itu amat jarang sekali. Bila fikir balik, mungkin ini salah satu sebab kenapa aku cepat belajar tentang sesuatu. Fokus itu penting.

    Tengah malam.
    Perpustakaan cepat tutup jadi ianya mengehadkan masa bersama aku dan si dia. Bila sampai di bilik, aku akan sambung study lagi. Dan hanya bila tak tau nak study apa, aku akan telefon dia tanya mana subjek terbaik untuk aku telaah malam ini.

    Dan ketahuilah bila si dia sebut, aku tak menjawab dan terus buat. Aku ingat lagi aku pernah buat satu tutorial ini sehingga tidak tidur. Sehingga subjek tak belajar lagi pun aku rebat satu kali. Terbaik.

    Dan kebiasaannya aku tidur lewat, sekitar jam 3 setiap hari.

    Setiap hari, kitarnya sama. Aku tidak peduli jika kau kata aku ikut dia atau sewaktu dengannya namun ketahuilah. Puncak prestasi terbaik aku ketika aku bersama dengan si dia. Dan aku tidak pernah sampai di puncak yang sama sehingga ke hari ini.

    Dan itu membuatkan aku selalu rindu saat itu.

    Apa yang kau orang boleh dapat dari sini. Senang.
    • Bangun pagi dan jangan tidur balik
    • Petang pergilah bersenam
    • Tidak mengapa jika kau tidak cukup jam tidur, tetapi dengan kondisi badan kau, tidur yang hanya 3 jam setiap hari boleh jadi cukup.
    • Fokus tu penting.
    • Paling penting
      • Ada motivasi. Dalam kes aku, si dia. Hehe...
    Mungkin ada orang kata, aku terlalu bergantung kepada si dia. Si dia tidak rotan aku, tidak paksa aku. Si dia hanya beritahu, berbual seperti orang biasa. Dia bukan queen control. Si dia hanya bidadari, yang menarik aku ke puncak dunia.

    Ironinya, semua ini bertahan dalam 3 bulan jika aku tidak salah. Banyak benda sudah berlaku selepas peristiwa  itu yang buatkan aku hilang semua yang si dia berikan.

    Membuat aku menjadi biasa dari menjadi terbaik. Aku rindu saat itu. Aku mahu ulanginya semula. Aku tahu tidak mungkin untuk bersamanya.

    Menyesal!? ya. Putus asa!? tidak... Aku tahu ada yang sepertinya di luar sana. Bila fikir balik, barangkali perempuan sepertinya amat sesuai untuk aku. 5 criteria perempuan idaman yang aku khabarkan kepada kawan-kawan plkn aku adalah dari si dia.

    Dan aku akan pegang supaya aku tidak salah memilih lagi.

    Aku ucap selamat...

    Wednesday, September 21, 2011

    Iklan : Ramli dan Man U

    Dah tengok iklan ini...?





    Haha... Kalau aku dapat main dengan Manchester United pun aku giler cam Ramli... wahaha...
    Bila baca kembali entri lama dari blog ini, membuat aku terfikir yang aku ada berubah. Aneh...

    Kalau dahulu aku suka luahkan perasaan di sini. Suka menulis tanpa rasa takut di baca oleh orang tertentu. Suka keluarkan kata-kata yang ditaip oleh hati. Tetapi semakin aku membesar, semakin aku simpan semuanya untuk aku.

    Sekarang bila aku baca kembali entri aku yang terkini, sepertinya aku tidak terlalu jujur dengan perasaan sendiri. Semakin aku baca semakin aku konpius. Aku mulai menggunakan kata yang terlalu sukar untuk aku sendiri faham.

    Blog ini penting bagi aku. Aku harus menulis sesuatu di sini supaya aku boleh membacanya kemudian hari, dan memahami apa yang aku rasa ketika itu. Aku suka corak penulisan aku yang lepas. Lebih telus, lebih emosional.

    Aku tahu mengapa ini berubah.

    Kedatangan si mulut busuk dan juga peristiwa 'kecelakaan dibalas dengan kecelakaan'. Ini berubah, ini yang mengubah aku dan blog ini. Dan aku benci kedua-duanya. Hanya jika aku boleh kembali, kedua ini takkan mampu mengenali aku.

    Walaubagaimanapun, semuanya telah terjadi. Masa aku telah tamat. Semua yang aku usahakan dahulu telah habis. Aku perlu hidup baru. Hidup aku sekarang baik namun tidak mencapai standard seorang manusia yang ceria, seperti yang aku dapat dahulu.

    Aku hanya ada kawan-kawan aku, adik aku, bola, komputer dan tentunya diri aku sendiri. Sunyi...!? mungkin. Tapi tidak seperti dahulu. Aku boleh biasakan diri dengan ini. Hanya perlu ada tambahan dalam hidup ini.

    ---

    Petang tadi aku terbaca satu komik, ada babak di mana si teruna sukakan si dara ini tetapi tidak diketahui oleh si dara tadi. Bodohnya, si teruna ini tahu yang si dara juga ada memendam perasaan pada si teruna akan tetapi tetap bodoh tidak mahu meluahkannya. Takut di kecewa walhal ianya benda yang pasti.

    Biasa bukan babak di atas di lihat di dalam komik atau drama. Untuk pengetahuan kau orang, aku juga mengalami benda yang hampir sama. Dan membaca entri ini sekali lagi mengingatkan aku betapa bodoh melepaskan satu-satunya manusia yang buat aku cemerlang dalam hidup aku.

    Tiap kali membaca ini, aku tahu aku telah buat silap. Aku telah menterbalikan takdir terbaik aku menjadi kepada yang sukar. Its stupid if u ask me.

    Dan aku tak fikir aku akan diberi peluang kedua untuk mendapat sepertinya. Menyesal!? Ya... Putus asa!? tidak. Aku tahu ada berbillon perempuan di luar sana yang berkemungkinan besar hidup sepertinya.

    Hanya terpulang kepada aku untuk mengenali, berusaha dan tidak lepaskannya.



    Aku ucap selamat... Dan maaf kerana membebel.. Huhu...

    Tuesday, September 13, 2011

    Awek Kedai Emas

    Jika kau bangun pagi dan nikmati setiap saat pada pagi hari, aku yakin kau akan dapat kegembiraan dan nikmat yang tak terhingga. Tak percaya? Baca balik semua entri aku bilamana aku menceritakan sesuatu yang terjadi di pagi hari.

    Pagi ni aku ke pasaraya belikan barang untuk mak aku. Dia nak masak tengah hari ni tapi barang tak cukup. Bila dalam perjalanan pulang, aku lalu depan satu kedai emas.

    Aku tersenyum. Teringat mak aku borong emas kat kedai ini. Dan bukan kerana itu aku senyum, tapi kerana ada awek kerja kat situ.

    Orangnya comel (cantik juga), kulit putih badan berisi.Ya, sedap-sedap peluk camtu. Pandai cakap cina lagi (dia melayu). Masa aku gi dulu memang dia tak bertudung tapi pakai nampak agak-agak elok la.

    Aku lalu, tengok ada awek pakai tudung duduk kat situ lambai aku. Oh... Dah pakai tudung. Kau tanya cantik ke tak? Aku naikkan 10 kali ganda gambaran kecantikkan dia berbanding yang aku ungkap sebentar tadi.

    Tapi sayang, lengannya pendek. Huhu...

    Well, kau tanya aku adakah itu bangang. Aku fikir tidak juga. Perubahan perlu masa. Dan perlu sedikit daya tolakan. Aku fikir bulan Ramadhan lepas memang banyak mengubah orang.

    Kalau kau selalu merayau-rayau di alam cyber ini, ramai blog dah cerita tentang perihal perempuan bertudung. Ya, bertudung itu perlu kerana jika anda (perempuan) tidak, maka ianya adalah gangguan seksual bagi lelaki.

    Bagi aku, tutup aurat itu perlu. Wajib. Kerana sebagai lelaki, aku suka lihat perempuan cantik. Tetapi perlu ada imbangan (balance). Tidak keterlaluan (seksi, seksa) dan tidak pula terlalu kurang (tutup semua tapi tak kemas). Tutup, dan ada kemasan (solekan) ringan dah cukup.

    Aku minta maaf, sebagai lelaki aku memang suka melihat. Tetapi tidak terlintas dalam hati untuk berkata atau berniat buruk. Jika kau tutup dan cantik, aku kata cantik. Jika kau tidak tutup dan cantik, aku juga kata cantik. Namun aku tidak mahu nafsu yang mengatakan kau cantik. Aku mahu aku yang katakan cantik. Ngerti?

    Dan tak perlu sederap kalau mahu berubah. Kalau dulu tak bertudung, then cuba bertudung. Kalau tidak sempurna, maka perlahan-lahan sempurnakan.

    Aku lambai kembali pada dia, dan buat isyarat pada dia yang dia cantik bila memakai tudung. Dia senyum dan jika perasan aku pipinya merah. Huhu...

    Aku akan tunggu perubahan dia seterusnya. Barangkali lepas ni dia berbaju kurung pulak. Slow-slow k. Aku tahu tutup aurat ini wajib. Tetapi beri dia peluang untuk perlahan-lahan berubah.

    Walaubagaimanapun, setiap pagi yang kita bangun dan keluar untuk menikmati pagi hari memang sesuatu yang indah. Bagaimana pagi kau orang semua.

    Aku ucap selamat.!

    Sunday, September 11, 2011

    Oh A Man Ches Ter

    Aku ucap selamat semua...

    Blog berabuk lagi. H;aha... Maaf semua. Tak sihat, tak stabil dan adik aku ada kat rumah (bila dah hanging out dengan adik aku memang tak ingat pe dah. Haha...). Hari ini aku nak cerita sedikit hati ke hati sket.

    Aku baru baca satu entri ni daripada blog Sokernet. Bila baca, tergerak sket hati aku. Kau orang aku fikir sudah sedia maklum yang aku mula minat nak tengok bola sejak berkecimpung dalam bidang lepak kedai makan sampai pagi ni. Maka, pengetahuan aku tentang bola ni amat la sedikit ibarat nila dalam sebelanga susu. Namun aku cuba untuk cerita sket2 tentang bola ni depan kawan-kawan aku.

    Aku peminat Manchester United. Err... aku yakin ramai yang terdiri dari peminat Arsenal, Chelsea, Liverpool dan lain-lain cukup anti dengan team MU. Berbulan-bulan tengok bola dengan member-member aku ni tak sah kalau aku tak kena bahan kalau MU kalah. Kalau menang pun orang dok bengang gak bila MU menang (dan balik-balik modalnya pak Alex punya chewgum). Aku bese tutup mulut je, kecuali orang bakar la.. Haha...

    Membaca entri di atas mengenangkan aku final UEFA bilamana MU lawan Barcelona 2010/2011. Aku tak nafi, pemain MU semua cam kayu kuning kat padang latihan bolasepak. Tak dapat bola langsung. Nak main taktik biasa (bawa dari tepi then hantar tengah) memang tak menjadi. Bola kalau kat tengah kompom hilang. Aku ingat lagi tangan Pak Alex mengeletar kemarahan.

    Aku faham perasaan itu. Pasukan gergasi di liga Inggeris tiba-tiba jadi tunggul kayu. Aku faham perasaan itu.

    Namun EPL musim ini MU menyambut dengan meriah. Meriah dengan gol yang banyak. Meriah dengan pemain baru yang memang boleh main. Meriah dengan menang besar. Setiap kali aku lihat MU main, aku hanya lihat mereka mencuba sesuatu yang baru yang dorang tak cuba lagi (sepanjang aku tengok bola la.

    Hantaran pendek. Aku lihat berkali-kali final UEFA lepas. Ya, MU agak lemah di tengah. Memiliki pemain sayap yang hebat pun tak dapat apa kalau tak dapat bola. Dan EPL musim ini, MU menghidangkan taktik serangan yang berbeza. Dari tengah.

    Kalau lihat semalam perlawanan dengan Bolton, first half memang taktik biasa MU. Bila dah masuk 2nd half, baru nampak MU main lain sket. Hantaran pendek.

    Seperti Barcelona.

    Dan seperti perlawanan yang lepas-lepas musim ini. MU cuba bermain jarak dekat. Melihat itu, aku hanya dapat mengenang final UEFA musim lepas. Aku setuju bila dalam entri itu dia tulis

    Apa yang aku nampak (dan The Kops tak nampak) ialah, Pak Alex sebenarnya membentuk sebuah pasukan amat dashyat ini untuk melenyapkan nama Barcelona diperingkat Eropah. Pak Alex mahu Manchester United menjadi pasukan yang sangat powerful sampaikan nak sebut pun tak berani. Gilalah pak Alex. Tapi, janganlah tunjuk sangat EPL ini sebagai tempat berlatih aje. Jagalah hati dan air muka pasukan lain.

    This is so true. Aku fikir semua fan MU setuju tentang ini.

    Haha, aku terlalu serius barangkali. Aku ucap selamat k... Cuak jap takut blog aku kerna serbu... wakakaka...

    Glory!!!

    PS: sapa maen fantasy EPL...?
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...