Followers

Sunday, May 31, 2009

Hari kebesaran aku..

Salam.

Hari ini adalah hari kebesaran aku sendiri. Hari yang mengingatkan yang aku semakin dewasa dan sepatutnya semakin matang. Selamat hari jadi kepada aku sendiri.

Aku ucap terima kasih kepada semua yang ingat dan ucap selamat kepada aku sejak jam 0000 tadi. Terima kasih. Sapa la aku ini dekat kamu semua. Aku terharu.. huhu..

Setiap kali 31 Mei, aku biasanya tak buat apa-apa kecuali benda-benda yang biasa yang aku buat setiap hari. Sambut guna kek bukan cara aku. Aku tak pandai potong kek, tiup lilin. Aku tahu kek untuk di makan sahaja. Dan tak kira masa, aku boleh makan kek bila-bila masa.

Umur dah meningkat. Dan banyak lagi benda yang aku mahu buat tahun lepas yang tak lepas-lepas. Aku harap aku dapat lakukan semua sebelum hari jadi aku yang selanjutnya. 

Hm.. tu je la ok. Aku tak tahu nak menulis apa. Dalam fikiran aku sekarang banyak benda yang aneh dan pelik yang aku tak mampu nak uruskan dan selesaikan. Aku harap kau faham..

Selamat aku ucapkan kepada kamu semua dan diri aku sendiri..

Monday, May 25, 2009

Dia kata... Cinta...



To love another person is to see the face of God
Les Miserables
Screem Play

Kita berbeda dengan semua kecuali dalam cinta
Joe Hok Gie
Activist

True love is like ghosts which everybody talks about and few have seen.
La Rachefoucould
Author

Life without love is like a free without blossoms of fruit
Khali Gibran
Author

Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan
Prof Dr Hamka
Sasterawan

When the power of love overcomes the love of power, the world will know peace.
Jimi Hendrix
Musician

To love someone deeply gives you strength being loved by someone deeply gives you courage.
Lao Tzu
Philosopher

Love is a promise; love is a souvenir. Once given, never forgotten, never let it disappear.
John Lennon
Musician



Kau setuju kan...?

Thursday, May 21, 2009

Scammer, cheater and...

Kau pernah menipu? Itu satu soalan bodoh sebab aku tak fikir orang dekat dunia ini ada yang tak pernah menipu. Ia memang perbuatan yang hm.. jahat, bak kata kanak-kanak kecil kerana ia diibaratkan mempermainkan kepercayaan orang lain.

Walau apapun niat semasa melakukan penipuan, aku fikir salah tetap salah. Ayat famous, niat tak menghalalkan cara. 

Tapi bagi aku, menipu adalah seperti seni. Seni membuatkan orang percayakan kita dikala kepercayaan itu tak sepatutnya ada. Seni yang selalu digunapakai oleh penjual kepada pembeli, kekasih kepada kekasih, anak dan ibubapa dan sebagainya. 

Manusia tak bodoh. Dan kau perlukan sesuatu untuk membuatkan mereka percayakan kau. Sesuatu yang betul dan benar yang kau boleh gunakan untuk mengadakan kepercayaan itu. Sesuatu, seperti maklumat, atau barang.

Di sepanjang kehidupan aku, aku selalu melihat penipuan. Realiti atau fantasi. Aku yakin kau orang pun sama. Dan sepanjang pemerhatian aku, kita ditipu kerana kita kekurangan maklumat, informasi. Kau ditipu sebab kau tak tahu.

Seperti kau lihat kereta jatuh gaung dan meletup di televisyen. Itu tipu kerana letupan hanya mampu berlaku bila berlaku tekanan yang melampau terhasil. Tidak cukup hanya gasolin semata-mata. Aku tahu, bila aku tahu kenyataan ini, aku jadi frust. Namun aku masih tak sanggup nak boikot cerita Hollywood lagi. Thee he he...

Kau nak elak dari kena tipu. Keep yourself inform. Jadikan diri sendiri seperti pusat informasi, kaunter pertanyaan, you name it. Tengok discovery channel dan channel2 lain yang berilmu dan bermanfaat. AF dah habis kan? heh...

Aku suka internet, kerana hanya di sini, aku mampu membiarkan diri aku dalam keadaan information overloaded. Dan kerana itu masa aku banyak habis di internet bila aku cuti. Heh... tapi tipulah aku bila aku kata seronok sangat sampai taknak habiskan masa keluar dari bilik ini. 

Aku manusia juga, tahu... tahu sunyi... tahu...

Hm... Belajar ok... tinggi rendah darjat seseorang manusia terletak kepada betapa tinggi ilmunya. Kau nak orang kenal dan pandang kau, berilmulah. Belajar rajin2 k.

Entri ini aku tulis ketika aku sedang mengunakan cheat code untuk main Final Fantasy 12. Thee hehe... 

Aku ucap selamat ya...

Down n Up...

Nampaknya minggu ni aku tak mendatangkan hasil. Aku tidur, bangun, makan, main game dan tidur balik. Seperti sadis, seperti aku yang lama.

Aku cepat down. Ni semua gara-gara pc rosak. Tiba-tiba tak nak hidup. BIOS stuck. Macam petanda perlunya motherboard baru. Dan nasib baik, rumah ni punya 2 pc. Walaupun 'feel'nya tak sama, asal aku masih boleh ber'internet', aku fikir... aku tak mati lagi.

Macam aku kata, aku cepat down. Hanya kerana satu pc rosak, aku akan down dan ambil masa yang lama untuk hidup semula. Simptom-simptom yang boleh kau orang perhatikan bila aku down adalah aku mula malas. Mula lalai. Dan mula hilang fokus.

Aku cepat down. Namun ada beberapa cara yang boleh buat aku hidup semula. Tapi yang paling efisen, adalah berjumpa dengan orang yang mampu menghidupkan aku semula. Namun, dalam tempoh sepanjang cuti macam ni, aku rasa hanya dua orang yang mampu hidupkan aku semula. 

Pensyarah psm aku, dan ex aku.

Pensyarah aku yang ini banyak bercakap. Banyak cakapannya mampu mempengaruhi aku. Kalau guna metafora, dia ibarat tukul dan aku pakunya. Tak banyak tukul yang mampu mengerakkan ke'down'an aku ni tapi dia istimewa. 

Aku perhatikan, selepas jumpa dia, aku mesti semangat nak buat apa sahaja yang aku perlu dan mahu buat. Dan itu, betul... itu buat aku hidup. Tapi, kalau bila fikirkan balik, kalau aku sentiasa mendengar cakapan dia, barangkali... jika aku tidak cukup sedar, apa yang dia suruh aku buat, aku akan buat. Tanpa berfikir... panjang...

Pray hard he not bad guy, k...

My ex. Oh, ini cerita masa depan. Aku kata dia mampu menghidupkan aku semula, bermakna dia adalah sumber semangat aku. Walaupun aku cepat down, aku juga cepat up, bukan high... aku bukan junkies. Dan itu mengambarkan betapa aku feksible dengan keadaan sekeliling. Hanya bezanya mungkin aku sedang negatif atau positif.

Tak banyak yang aku nak cerita tentang ex aku kat sini sebab aku ada banyak kali cerita pasal dia di entri lain. Betul kan? 

But, pity me... Buat masa ni aku hanya ada 2 orang ini untuk tempoh masa sekarang, orang putih kata in my timeframe. Dan buat masa sekarang, sebelum sabtu. Aku fikir, aku hanya bermalas-malas sahaja.

Oh kau orang. Blog ini hidup sebab kau orang... terima kasih ya...

Dan aku ucap selamat, kepada mereka berdua dan kau orang juga.... selamat ya...

Thursday, May 14, 2009

Jinx #1: Semua ini salah...

Berada di masa yang salah dan tempat yang salah. Itu selalu terjadi kepada aku.

Contoh, bila aku separuh mati belajar dalam bilik. Haram mak aku nak masuk jeguk... Tapi bila aku dah buka game... Ha... tu dia... Dia masuk... dan start membebel...

Itu contoh... dan itu adalah hidup aku. Aku laluinya sejak aku kecil lagi. Kadang aku rasa, nasib tu memang wujud. Kita tak dijadikan sama rata... Kita punya kelebihan... yang tidak setara dengan kelemahan. Dan sebaliknya.

Aku selalu punya sesuatu yang aku boleh banggakan namun aku tak punya peluang untuk buat ia menyerlah. Ia menyakitkan bila benda yang sepatutnya menyerlah itu tak diketahui orang.

Sehingga, suatu hari orang nampak keserlahan itu... dan ketika itu... aku pun dah takde mood nak layan atau nak membangga.

Dan itu menjadikan aku dewasa... Aku peduli apa orang lain kata... Dan aku peduli apa orang lain fikir. Jika aku rasa itu terbaik, aku akan buat, aku akan lakukan.

Dan aku tak pedulikan lagi jika orang nak tengok aku usaha ke, apa ke... janji apa yang patut aku buat aku dah lakukan.

Berada di masa yang salah, dan tempat yang salah... Aku terima nasib aku...

Dan kau... faham ke apa aku membebel hari ini...


Wednesday, May 13, 2009

Selamat ya kepada ibu-ibu semua...!

Internet laju sekitar jam 11 malam. Disebabkan aku ada kat rumah bermakna aku tidak menggunakan teknologi tanpa wayar a.k.a wireless. I'm streamyx user...

Dan menjadi suatu kebiasaan kena marah dengan mak aku kerana dah jauh malam tak tidur lagi dan tengah hari pagi esok aku akan bangun lambat. Ya, internet... aku perlukannya laju.

Aku agak ketinggalan belakang bila episod prison break sesi ke 4 episod ke 20 dah keluar. Aku tak download lagi. Dan di kesempatan malam ini, aku pun download la...

Dalam hati, dalam minda... Aku hanya perlu bersedia untuk kena marah... dan tentunya dari mak aku...

Seronok kan ada mak... Kau tak sunyi hidup... Baik malam ataupun siang...

Selamat hari ibu... Walaupun agak lewat... aku tetap nak ucap juga... Selamat hari ibu... kepada semua perempuan yang pernah merasa melahirkan orang... terima kasih kerana memberi kami hidup dan terima kasih... kerana... heh.. kau tahu?

Aku ucap selamat ya...

Wednesday, May 6, 2009

Sebuah kedai kecil...

Salam dan selamat kepada kau orang semua...

Aku baru lagi habis peperiksaan akhir. Dan semua tahu, itu tandanya cuti sudah bermula. Dan kalau kau orang tanya adakah cuti ini adalah sesuatu yang lapang kepada aku. Aku jawab...

Tidak...

Tak sengaja tersambar...

Sekarang aku sibuk untuk menghidupkan semula ms7gadgetmall semula. Apa tu kau tanya. Ia adalah sebuah blog untuk aku menjual gadget-gadget seperti kamera digital, camcorder dan lain-lain. Ya, betul. Tempat untuk membuat bisnes.

Aku mahu mula semula perniagaan yang dahulu setengah jalan aku tinggalkan. Masalah yang aku hadapi dahulu sudah selesai dan sekarang tinggal nak atur barang. Tengok apa mahu jual.

Tag Heuer Grand Carrera Calibre 17- SR2

Item apa yang bakal aku jual kau tanya... Masih kamera digital. Dan jam replika. Kau berminat? Beritahu aku apa barang yang bermain di fikiran kau... Aku boleh tolong carikan.

Harga... Aku boleh kasi cun cun... Huhu...

Aku harap minggu depan aku dapat selesaikan semua urusan dan buka kedai maya aku... Huhu...

Kalau aku dah buka... aku bagitau...

Aku ucap selamat ya...

Sunday, May 3, 2009

Nikmati cinta

Selagi adanya bulan itu, selagi itu aku sentiasa mampu berpegang kepada janji itu. Dan selagi itu, di dalam hati si dia, sentiasa ada aku... Aku harap.

Bulan adalah simbolik. Dahulu, bulan hanya untuk aku seorang. Memberikan aku cahaya di malam hari. Menemani aku bersama unggas malam. Itu baru aku namakan cinta. Nikmat cinta.

Tapi tidak lama dahulu juga, aku berkongsi bulan itu. Tiap kali aku melihatnya, aku akan memikirkan si dia. Dan sambil merenung kepada bulan, aku ucap selamat malam untuk si dia.

Dan itu menjadikan cinta adalah pelengkap segalanya. Ketahuilah, cinta tak datang hanya dari sebelah pihak.


Selepas beberapa bulan, kami berpisah. Namun tak pernah sekali aku melupakan si dia apabila bulan datang memberi cahaya. Setiap kali melihatnya, aku mengucapkan selamat kepada si dia. Dan simbolik bulan ini yang membuat aku terus menerus tidak melupakannya.

Di dalam tempoh kami berpisah, tidak pernah pula aku berkongsi bulan dengan orang lain. Aku tak mampu. Melihat bulan membuat aku mengingati si dia. Aku tak mampu untuk melupakannya.

Barangkali, Allah sayangkan kami. Aku diberi peluang ke dua yang bakal aku sia-siakan. Aku di ikat dengan janji, di ikat dengan cinta yang datang dari bulan itu. Dan sehingga hari ini, aku masih memegang janji sehingga hari ia dituntut. 

Namun itulah cinta, barangkali... aku tak pernah rasa dibebani olehnya.

Hari ini aku melihat bulan. Dan aku ucap selamat malam kepada si dia. Aku doakan kesihatan dan kegembiraan untuk si dia. Ketahuilah, aku tak punya apa-apa sekarang untuk membahagiakan si dia. Dan aku tak mampu memberikan apa-apa kepada si dia. 

Aku hanya ada hati, dan ada janji. Dan bila masanya sampai... 


Dan aku ucap selamat kepada kau jua ya...


Saturday, May 2, 2009

Saat untuk mengarut...

Baru lepas layan lagi episod pertama Beautiful Life. Aku tahu cerita lama. Aku tak sambung tengok episod ke dua kerana aku tahu, semua itu laghor...

Ada satu babak mereka sedang 'agak' bergaduh dalam . Si perempuan rasa dipermainkan, dan si lelaki rasa serba salah, kerana bagi dia apa yang berlaku tidak sepertimana si perempuan itu fikirkan. Walau hakikatnya, apa yang difikirkan oleh si perempuan itu benar belaka. Teruk giler aku tulis sinopsis...

Babak bertelefon ini mengingatkan aku ketika sedang bercinta dulu. Dulu, telefon ini tak payah cakap la, mau kredit habis RM100 sebulan. Itu kerja gila bila aku fikir sekarang. Tapi, itulah cara  percintaan zaman sekarang. Aku fikir...

Bila bertelefon, kau tak kan tahu apa riak wajahnya, tak tahu apa dia sedang buat. Senang cerita, kau tak tahu apa pun tentang dia ketika itu. Dan apa yang kau mampu, hanya menafsir setiap perbuatan dia melalui suara dia.

Secara jujur, aku tak suka bertelefon. Sedikit buat aku rimas. Dan atas 'kecacatan' telefon itu sendiri, yang menyukaran aku untuk menilai orang yang sedang bercakap dengan aku ni. So, mana aku tahu dia menipu ke, apa ke... Siapa tahu?

Dulu juga, masa aku bercinta, telefon selalu melekat di kepala. Dan apa yang aku herankan kini, dahulu, bila berjumpa, kami jadi kurang bercakap. Aku terfikir kenapa? Kenapa mesti di telefon kita boleh berbual mesra dan kenapa tidak bila berjumpa. Kau tahu kenapa? Komen...

Kenapa? Adakah dia sedang menipu? Atau semua itu adalah dusta belaka. Secara jujur, aku sangat jarang menipu ketika berada di telefon. Tahu kenapa? Karma. Aku harap orang lain juga tak buat aku macam tu.

Dan sekarang, walaupun aku berada di luar zon bercinta. Masalah yang sama aku hadapi. Aku hanya terfikir, adakah aku sedang ditipu, atau mereka benar maksudkan kata-kata mereka. Dengan kecacatan telefon itu sendiri, mereka mampu menipu kan?

Atau aku terlalu sensitif...

Hurm... aku mengantuk barangkali...  hurm...


Friday, May 1, 2009

Untuk Dijual - Jam TAG Heuer Carrera Calibre 1 Vintage

Cakap banyak tak guna. Aku nak promote jam ni kat kau orang.


Harga dengan penghantaran : RM900 (Boleh nego aku kasi sama kau orang)
First Grade Replicant. 
Limited Edition (Calibre).
Warna : Putih
Hitam
Guaranty : 3 Bulan (resit simpan k...)





Boleh ber'Yahoo Messenger' dengan aku : Squall_pka1@yahoo.com
Atau sms ke 019-7765673 (Zam)

Sebarang pertanyaan boleh komen kat sini...

Stok terhad. Aku buka sampai 31 Mei  2009 ni... Lepas tarikh ni, kalau ada stok lagi aku bagitau la...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...