Followers

Friday, November 30, 2007

Free hp, game console n MP3 Player...?

Sedang aku boring tak tau nak buat pe... tetiba masuk mesej kat friendster. Katanya aku leh dapat free hp, game console n MP3 player kalau aku daftar satu website ni... Apa perlu aku buat just cari orang untuk daftar kat website dia... N semuanya free...

So, aku dengan takde segan silunya meminta korang daftar kat website ni... free je pun... bukan kene bayar... tak rugi pun... untung korang dapat bende yang korang nak... sapa tau kan... hee...

http://www.xpango.com/?ref=90986496

Makin byk kawan yg korang ajak bergabung, makin byk point yg korang dpt dan ketika korang dapati jumlah point yg sesuai dgn hadiah / hp yg korang minta, hadiah akan dikirim mcm Hp ke alamat kamu.. sbg contoh, Nokia N95 nilainya 41 point, jd kalo korang boleh ajak 41 kawan buat register saja, dah bleh dpt Hp 2.. senang n best kan?? tRy dulu ar baru tau, x ada yg ruginya.. x bayar sama sekali pun!

selamat mencuba n terima kasih atas kerjasama anda... huhu...

Thursday, November 29, 2007

Friendster dan aku...

hm... Malam ni masuk malam 5 aku takleh tido malam. Reason... takut maybe...? Hantu... haha... not that kind of fear... Cuma takut dengan diri aku sendiri. Macam aku cakap, maybe...

Sedang aku tak leh tido malam ni, fikiran aku melayang ke masa silam aku. Melayang ke mana...? Hm... melayang pada satu kejadian dalam sejarah hidup aku, masa aku sekolah... Aku tak tahu kenapa mesti aku ke sana (masa sekolah) tetapi apa yang aku faham, aku rindukan masa tu.

Hm... fikiran aku terus melayang dan kali ni dengan masa dan tempat yang tepat. 05 Februari 2003, Rabu, dalam kelas aku sendiri. Well masa tu budak kelas aku tak ramai. Koz kebanyakkan dorang sibuk uruskan bebudak tingkatan 4 masuk sekolah (well, skool teknik memang macam ni...). Dan fikiran aku terus melayang dengan tepat di mana masa tu, aku sedang melihat gambar seorang perempuan dan terdetik kata hati aku masa tu... Cantik...

So, dengan ala-ala pantas aku buka pc aku dan surf terus ke friendster... Aku kenal siapa perempuan tu. Cuma dalam kesibukan aku memahami perasaan aku dahulu, aku terlupa akan dia (jangan marah aku... kalau nak marah gak, aku minta maaf). Well, dia adalah penolong aku dulu. Ya, masa tu aku ketua kelas (haha... your wish is my command...).

So, ape gejadahnyer aku bukak friendster lak. Hm... coz aku nak carik dia. n setelah penat mencari (tak la penat sangat cuma sakit pinggang). Jumpa gak. Then aku mesej dia supaya add aku. Misi berjaya...

Selepas tu aku menung balik... kemudian senyum. Dalam keadaan ribut aku mencari dia, aku jumpa ramai kawan aku yang lain. Friendster kan macam satu rangkaian. Aku jumpa dia then aku leh cari orang lain. Alhamdulillah, lega dapat tengok muka dia (???) haha...



Walaubagaimanapun, terdetik hati aku untuk mencari kawan2 aku yang lain. Aku still sedang mencari di friendster. Myspace...? heh, aku tak aktif kat sana.... pening sket guna myspace... So, kalau korang kenal dorang, bagitaulah aku pasal dorang, kawan-kawan aku... Untuk kengkawan aku yang ada dalam gambar kat atas (atau yang takde pun ble...) add aku... supaya aku tau la apa korang tengah buat... Setidak-tidaknya aku tak lost macam dulu. Korang memang best... kawan-kawan aku...

Penat taip... ingat... majulah friendster untuk kengkawan2 aku...

05 Februari 2003, Rabu

...hari ni pun best jugak. Tadi masa aku tengah menung kat luar, member aku panggil suruh tengok gambar dorang masa dorang gi KL. Bila tengok gambar tu, hati aku terdetik... "Cantik..." Aku tengok ****a ngan seluar jeannya, t- shirt hitam dan yang nampak paling cantik dekat mata aku sebab rambut dia yang panjang. Memang cantik dan nampak... Aku tengok sampai kawan aku tegur aku. Memang cantik. Tak sia-sia jadi penolong aku. Pandai aku pilih, heh... Selama ni dia biasa je tapi bila tengok dalam gambar tu, terpikat beb. Aku pun cakaplah kat dia, " Cantik jugak ko ni..." dia balas dengan senyuman. Heh, senang hati aku melihat senyuman tu...

Friday, November 23, 2007

Cuti...

Hm... sekarang aku dah cuti... (aku dah bagitau agaknya dulu...) So kepala aku agak berserabut sket koz tak tau nak buat ape cuti ni.... Hidup aku setiap hari bangun, mengadap pc n tido balik. Memang setiap kali aku cuti mesti rutin aku jadi macam tu. So aku ingat nak buat sket perubahan cuma aku tak tau nak ubah ape...

Anyway, buat permulaan aku cuba untuk bermain chess balik. Haha... Ye catur... Dah lama tak main aku rasa bengap dah kepala aku. Hm, harap2 sok ada Sukan Universiti ble la aku mewakili kolej dalam acara catur. Haha... (berangan la ko...)

Internet yang laju di rumah menjadi sia2 kalau tiada aktiviti mendownload. Haha... Ni dah jadi rutin bila aku dan internet ditemukan. Download pe... banyak bende ble download. Movie ka... anime ka... n sebagainya... huhu... Kat mana aku download...? ada kat Forum Jomlayan. Aku letak link aku download kat sana.

Chatting. Kadang je aku on Yahoo Messenger aku. Sebab? Hm, susah nak cakap. Malas kot. Haha... Anyway, aku sekarang sedang proses mencari semula semua member aku tak kira la sapa yang aku selalu jumpa ke, jarang jumpa ke dan tk jumpa dah... Aku cari melalui friendster n myspace (myspace aku dah macam tak idup je...) So kenal aku? add la aku... emel aku ada kat blog n friendster aku.

Senam...? Kadang2 waktu petang. Tu pun atas basikal gym kat rumah aku ni. Haha... malas nak kluar rumah.

Apa lagi... tu je kot... so aku nak mintak belas ihsan korang lew... sesape ada idea cam mana aku nak hilang bosan kat rumah ni.... ada idea...

Oh... benda yang aku takkan buat time cuti ni ialah...
  • main sms
  • makan angin
  • tido sepenuh masa
Tu je kot... nanti aku update. Oh ye... blog aku... hm... susah betul nak update blog aku ni... koz aku ketandusan idea nak taip ape... aku just menelaah blog orang. Huu... sedih...

K la... ngantuk dah aku.... nak tdo... bubye...

Tuesday, November 13, 2007

Saje je...

Aku baru tukar lagu rasmi blog aku... Hm, sekarang aku tak fikir apa2 reason untuk aku terus menyanyikan lagu sedih tu... Aku tak tau nak tukar lagu apa jadi aku tukarlah lagu Cradle of Filth - Nymphetamine...

Aku just nak hidup aku hepi je... Aku tak lagi memikirkan pasal Cahaya Kemuliaan... Bagi aku biarlah ia menjadi sejarah... Aku taknak ulang apa yang aku rasa dulu... Aku harap boleh hidup, untuk diri aku sendiri...

Okies... tu je la... tata...

Sunday, November 4, 2007

Ada cahaya pada mereka berdua... Harapan untuk diriku...

Rajin lak aku updated blog aku bebaru ni. Well, same case, aku takleh tdo coz kepala aku serabut dengan beberapa perkara yang remeh n yang temeh. Keh...

Anyway, Selasa ni aku akan ke Mersing... tah la member aku ni ajak mandi pantai lak. Aku dah la petang tu ada final paper. Belasah... Lepas paper baru leh gi. Plan nak overnight kat situ. Aku ikut je. Lagipun ramai yang gi... layankan...

Hm, sedang aku boring2 duduk kat depan pc ni menelaah segenap sudut lukisan dan nukilan yang ada di beberapa blog orang, terfikir lak nak bukak friendster. N tetiba terasa lak nak tengok gambar sorang kawan lama. Heh, lama tak jumpa dia. Makin cantik la pulak. Dulu kat skool biasa je aku tengok tapi sekarang makin la comey, geram lak aku... (huhu...)

Anyway, dalam banyak gambar yang aku tengok, ada la satu gambar ni dia bergambar dengan lelaki (pakwe dia kot...)... Komen aku...? Manis la pulak aku pandang gambar kapel ni. Honestly, aku kalau tengok gambar kapel2 ni, sure aku geleng kepala mengenang manusia akhir zaman ni... (Baik la sangat aku ni...). Tapi gambar ni beza sket, aku tk rasa macam tu... Aku rasa... macam cantik, manis dan rasa macam sesuatu yang aku boleh gelar 'sesuai'...

Aku tak tahu kenapa aku ada fikiran macam tu. Aku dah lama tak jumpa dia, n aku kat skool dulu pun tk rapat dengan dia. Pakwe dia lak aku tak pernah kenal. Tapi bila tengok gambar tu, aku tidak rs sakit malah rasa senang melihatnya. Mungkin... ianya ada menyentuh sedikit kenangan manis masa aku berkapel dulu.

Sekarang, aku rasa jauh sangat aku dengan diri aku. Mungkin kerana aku terlalu obses untuk memahami perasaan aku terhadap Cahaya Kemuliaan sehingga aku tolak mentah2 rasa ingin bersama dengan seorang perempuan. Aku suka lihat mereka (perempuan) namum aku hanya mampu menggunakan mata dari menggunakan tangan atau akal aku sendiri.

Pernah aku terfikir dulu jika aku setia pada seorang perempuan, aku pasti merasa rugi kerana berapa banyak perempuan yang ada kat dunia ni yang aku belum temui. Jadi mengapa harus terus setia, mengapa tidak cuba untuk beralih angin (buaya betul...) Haha... tu aku dulu. Sekarang, aku lebih suka menikmati mereka melalui mata dengan tidak menggunakan hati (perasaan) terhadap apa yang aku lihat. Mereka memang cantik, mereka memang comel. Namun bagi lelaki seperti aku, manalah larat untuk aku mencuba untuk membahagiakan mereka dengan keadaan aku sekarang.

Anyway, may God bless member aku dengan pakwe dia. So ada jodoh, merasa aku makan nasi minyak. Haha... Aku? Kahwin? lambat lagi. Aku tak pernah lagi mahu memikir serius untuk itu. Bagi perasaan aku, aku lebih fokus untuk berfikir perasaan aku terhadap Cahaya Kemuliaan. Honestly, aku keliru. Antara cinta atau sesuatu yang aku sendiri tak paham. Tapi yakin, jika aku faham perasaan ini... aku akan bebas dari obsesi ni. N kalau Cahaya Kemuliaan baca ni, aku just ingatkan dia yang semua yang berlaku bukan salah dia, so jangan risau atau salahkan diri sendiri. Aku yakin satu hari nanti aku akan nampak jalan yang mana harus aku pilih...

"Aku senang melihat mereka, bertudung... Manis dan cantik... Namun tiada di minda aku terigin untuk memiliki mereka. Kerana aku... masih lagi sendiri... keliru dengan perasaan aku sendiri, terhadap si dia... yang amat aku... ...Moga suatu hari pabila aku bebas, aku akan bahagiakan si dia, si dia yang aku pilih, yang Allah kurniakan kepada aku, yang terdapat di antara mereka... perempuan yang cantik, perempuan yang comel..."

Oh ye, aku takleh la nak tayang gambar yang aku cakap tu kat sini. Takut nanti tuan punya gambar saman aku... Huahaha...

Saturday, November 3, 2007

Bitter Virgin : Dapatkah cinta memulihkan luka peristiwa itu...

Hm, pagi ni aku takleh tido. Nak study pun takde mood. So, aku mulalah menyelongkar pc aku tengok apa2 yang menarik dalam hard disk aku. Then aku terjumpa 'manga' yang aku dah lama tinggalkan sejak aku download chapter pertamanya...

Image Hosted by ImageShack.us Image Hosted by ImageShack.us

Bitter Virgin... Menceritakan tentang Suwa Daisuke secara tidak sengaja mengetahui rahsia rakan kelasnya, Aikawa Hinako. Aikawa Hinako pernah di rogol oleh bapa tirinya, pernah mengandung dan gugur dan kemudian mengandung sekali lagi dan melahirkan seorang anak lelaki. Mengetahui rahsia ini, Suwa Daisuke mula menjadi protaktif terhadap Aikawa Hinako. Aikawa Hinako yang pada mulanya takut pada lelaki kerana kisah silamnya mulai rapat kepada Suwa Daisuke. Dan tanpa sedar, cinta mula berputik antara mereka....

Heh, sory, mungkin skema lak sinopsis yang aku tulis ni. Hm, cerita ni buat aku terfikir tentang psikologi seorang perempuan selepas mereka mengalami peristiwa dirogol. Aku tak pernah ada kawan yang mengalami peristiwa seperti itu atau aku mungkin tak tau.

Honestly speaking, bila aku terdengar berita dekat surat khabar ke atau tv ke tentang mangsa rogol, mesti aku ada fikiran 'Serve her right'. Heh, tak kisah la korang nak cakap aku anti-perempuan ke koz aku bukan. Mungkin aku anti-kapel (Thee hehe...) Tapi bebaru ni kes rogol dah menjadi2 sampai budak kecik pun jadi mangsa rogol.

Hm, kalau fikir balik kenapa kejadian rogol ni terjadi. Memang macam nampak salahlah dekat lelaki kerana gagal kawal nafsu. Tapi mana datang nafsu tu sampai budak kecik pun kadang jadi mangsa kalau tak dari perempuan sendiri. Hm, kalau fikir macam tu logik. Heh, tapi tetiba aku ada fikiran yang, orang pernah kata, lelaki ada 9 akal 1 nafsu n perempuan sebaliknya. N aku tau kalau korang (perempuan) nak debat mesti guna benda alah ni tapi bagi aku, walaupun satu, still ia adalah nafsu.

So, aku warning awal, aku bukan baik sangat. Namun aku just nak ingatkan para2 perempuan yang amat aku kasihi (aiceh...). Jagalah diri korang sebaik mungkin. Jangan la pakai pakaian seksi, menjolok mata n sewaktu dengannya. Ya, korang nak anggap kitorang (lelaki) ni buas ke apa ke korang punya pasal tapi just jaga diri korang bebaik. Jangan cuba cabar lelaki dengan mencabar nafsu dorang. Even dorang ada 9 akal pun kadang boleh terlepas gak nafsu yang satu tu.

Aku just taknak korang alami apa yang dialami oleh Aikawa Hinako. Tak percayakan lelaki dan bila ada orang yang dia suka, dia terpaksa merendah diri kerana peristiwa pahit yang dia alami dan lepaskan orang yang dia cinta. Cinta sangat menyakitkan bila ia tidak dapat disatukan dengan orang yang kita cintai. Aku boleh faham sket perasaan tu. Dan selalu ingat, jika betul 9 itu adalah emosional bagi kamu, maka hanya ada satu rasional untuk kamu. Jadi do the math, 9 dengan 1 mana banyak. Larat korang nak layan perasaan yang 9 dengan akal yang satu...?

Perempuan adalah seindah-indah kejadian Allah yang ada dalam dunia ni. Sangat sia-siakan mereka dengan kelalaian kamu dalam mengawal nafsumu. Ingat, kamu adalah kamu dan nafsu bukan segala-galanya... (Poyo... maybe tapi ini untuk aku n semua lelaki)...

Hm, kalau korang nak baca komik ni... download kat...
http://stoptazmo.com atau http://www.mangatraders.com

Maklumat lanjut ble gi kat http://en.wikipedia.org/wiki/Bitter_Virgin
Daftar kat situ, free then taip 'bitter virgin' kat dalam kotak search.... Selamat mendownload....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...