Followers

Sunday, November 29, 2009

Perlu wang...?

Pernah baca Robert Kiyosaki punya buku... Pengarang Rich dad poor dad. Aku yakin ramai antara kau orang pernah baca.

Aku mengaku, aku sedang mendalami setiap isi hasil tulisannya itu. Ia adalah sesuatu yang sangat bagus. Memberi sumber inspirasi dan motivasi ke dalam diri aku sekarang ini. Dan tentunya... memberi tips dan trick untuk menjadi kaya. Penipu la sapa yang tak nak jadi kaya.

Mungkin akibat terlalu membaca atau terlalu berfikir, aku jadi tertarik bila dia menyatakan...

Ia tidak memerlukan wang untuk membuat wang...

Lalu aku bertanya

Lalu apa aku perlukan untuk membuat wang...

Dia jawab...

Impian, nekad, mahu untuk cepat belajar dan mengunakan segala kudrat yang Allah berikan... keistimewaan menjadi manusia...

Heh... cakap memang senang... aku tahu, aku faham perasaan kau orang... aku juga merasa kesusahannya sekarang.

Tapi kan... bagaimana secara teknikal... membuat wang tanpa menggunakan wang... Hm... ini akan mengganggu aku dalam beberapa minggu ni. Ada idea... harap kau orang tak mengarut...

Selamat...
Aku tak boleh tidur lalu buka facebook. Melihat foto-foto kawan-kawan lama dan kawan-kawan baru. Hidupkah korang dengan baik. Aku harap, kau dapat hidup dengan baik.

Melihat ada dikalangan mereka letak gambar ketika keluar bergembira, bekerja atau ketika berseorangan di rumah, membuat aku terfikir, aku mungkin telah membuat kesalahan yang agak besar dalam hidup aku sepanjang hampir 5 tahun ni.

Aku teringat akan seseorang, ketika di sekolah dahulu berkata yang dia mahu menjadi lebih baik dari aku. Aku ingat lagi dia pernah mencuba untuk men'rekruit' adik aku untuk bersama-sama menjadi lebih baik dari aku.

Dan aku lihat dia sekarang, tag nama berserta tali di leher dan pastinya itu menjadikan dia sudah mula mempunyai kemampuan untuk menerima wang dari hasil kerjanya. Paycheck.

Aku yakin, dia sudah bekerja. Punya rutin dan hidup seperti seorang pekerja yang baik, beretika dan bermoral. Tidak seperti aku sekarang yang terumbang ambing, dia pasti punya hidup yang steady, yang baik untuk dia dan keluarganya.

Barangkali punya kereta sendiri. Dan sedang memikirkan untuk memiliki sebuah rumah... Barangkali sedang merangka pelan untuk perkahwinannya kelak.

Teringat aku lagi hampir 3 tahun lepas, ketika aku menyatakan impian untuk punya orang kata bisnes sendiri. Dia melihat aku dengan wajah yang risau, barangkali takut dan kemudian berkata... "Jangan..." Memberi seribu satu cerita kegagalan orang lain ketika menempuh dunia perniagaan.

Aku tidak salahkan dia, kerana aku sekarang juga dalam mood gagal, dan itu adalah sesuatu tidak sedap untuk di rasai.

Sekarang, kami tidak bersama lagi, aku lihat dia dengan hidupnya dari jauh. Timbul rasa cemburu dengan hidupnya. Dan nasib baik, aku mampu tersenyum setelah berfikir dalam...

Impian aku benar, jalan yang aku pilih sekarang benar. Walau tiada seorang pun percaya yang jalan aku pilih ini adalah benar, aku masih punya diri aku yang percaya, apa yang aku usahakan sekarang adalah benar belaka.

Senyuman aku bertukar sinis ketika memandang fotonya sekarang. Mengingatkan perkataan yang pernah aku sebutkan kepada adikku.

"Dia takkan mampu melawan aku, tidak dalam seribu tahun sekalipun..."

Keyakinan ketika itu masih ada di dalam diri aku. Melihat dia, melihat yang lain-lain... aku fikir sepatutnya dah sampai masa untuk aku... apa orang putih kata...

"Mind my own business..."

Aku ucap selamat... untuk kau, untuk dia dan untuk semuanya... selamat....

Tuesday, November 10, 2009

Mengelabah punca bangang...!

Lama tak menaip, aku fikir aku patut ceritakan sesuatu agar kau orang tak pergi tinggalkan aku.

Aku mudah moody dan punya tempoh moody yang panjang. Dan itu aku fikir yang buat aku kadang mengelabah semacam.

Tak faham takpe...

Malam semalam aku tak dapat tidur kerana 2 perkara. Kereta aku rosak dan aku gagal satu paper. Kereta yang rosak mampu efek masa kini dan seterusnya. Paper yang gagal akan efek masa depan aku. Kau boleh perasaan tu kan... Boleh kau tidur semalam?

Jadi pagi ini aku nekad untuk menyelesaian 2 masalah ini. Pagi lagi aku bangun bersiap, wangi dan smart untuk jumpa pensyarah yang menggagalkan aku. Aku tak rasa kegagalan itu datang dari aku, mesti ada silap di mana-mana dan silap itu fokus aku pagi ini.

Sampai depan bilik pensyarah, haram dia takde. Tak tensen, ambil no telefon dia, dan buat morning call...

Aku : Salam, room service... eh... Prof ke...?
Prof : Ya saya...
Aku : Boleh saya jumpa Prof hari ini?
Prof : Hm... sebab apa?

Masa ni mata aku melinau memandang senarai markah yang ditampal di hadapan bilik dia. Aku nampak hanya aku seorang yang gagal. Melihat sikap pemalas aku yang kian pulih (hehe...), aku fikir separa logik untuk aku gagal paper ni.

Eh!

Aku : Untuk bincang markah saya. Tapi... saya perasan prof macam silap kira markah saya. Markah untuk projek berkumpulan.
Prof : Berapa markah kamu dan kawan kamu.
Aku : Saya dapat 2.98, dia dapat 22.98.
Prof : Hm... Oh... betul... nanti saya betulkan...
Aku : ...Terima kasih...

Aku tiba-tiba rasa bodoh sebab tak tidur malam tadi hanya kerana terfikir benda alah ni... Dalam masa yang sama aku sedang cuba sedaya upaya untuk tak menyimbah minyak tanah kat bilik dia. Macam haram...

Settle...

Kereta pulak. Aku pecut ala 50 km/j untuk sampai ke bengkel. Bunyi dong dong kian kuat kat belakang kereta aku tak hirau. Sabar... jap lagi ni pulak settle...

Sampai bengkel, bro mekanik tu senyum.

"Apa citer..."

"Kereta main gong kat belakang... Bro bagi penampar angin tengok mana jauh dia leh gi..."

"jap..."

Dia jek kereta aku angkat tinggi, tengok pe yang tak best. Bagi pusing-pusing tayar belakang aku.

"Hari tu hantar bengkel, katanya brek belakang masalah, tak pun arm belakang..."

"Hm... Ni bunyi ni... Skru longgar ni..."

Eh!

Selesai dia ketatkan bolt tayar tu, aku test drive, haram... tak bunyi dah... Aku rasa amat bangang sekali kerana telah tensen sebab benda alah ni. Budak pun leh tolong aku ketatkan tayar aku ni, aku siap nak gi bengkel tuk ketatkan.

Aku ucap terima kasih kat bro tu, dan dia balas dengan senyuman sinis. Aku hanya membalas dengan senyuman bangang. Ya, bangang sungguh aku hari ini...

Sekarang, aku duk menung, memikirkan pe yang berlaku kat aku pagi ni.

Moral:
Jangan mengelabah, cek dulu pe patut baru mengelabah...

Hujan... aku nak tdo... selamat kau orang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...