Followers

Tuesday, August 4, 2015

Kembar Realiti

Aku... selalu menulis di sini. Cuma aku tak publish. Bukan hajat di hati cuba nak hidupkan blog ini. Aku tak pernah paksa diri aku untuk update blog ini. Jadi, jika aku update, maka aku memang ikhlas nak update.

Aku stop main Eve Online hampir seminggu. Aku tak pernah stop untuk lebih 24 jam kecuali aku terpaksa keluar dari komputer aku. Aku ada masa, cuma tak rasa nak buka. Eve Online satu-satunya benda yang aku enjoy sejak aku main. Benda lain terasa tasteless.

Dan bila aku berhenti... Aku terasa ada kekosongan dalam minda aku. Or perhaps, dalam hati aku.

Prinsip aku mudah. Jika kau tak boleh enjoy benda yang kau buat untuk enjoy... Jangan paksa diri. Berhenti. Aku tak tahu kenapa, aku macam aku tak boleh enjoy. Jadi aku terpaksa berhenti sekejap.

No Eve player can't really quit Eve. Aku tahu satu hari nanti aku akan kembali.

Aku tak naif. Aku tahu kenapa aku tak boleh enjoy macam dulu. Aku trader. Hidup aku most of the time depan pc. Aku selalu kaji market, dan bila aku tertekan, aku buka Eve. Eve Online bagi aku macam hidup. Aku fikir, aku bina, aku uruskan dan aku jaga.

Eve jadi satu realiti untuk aku.

Orang selalu kata. Reality suck! Jujur, aku setuju. Aku tak mahu bahas benda ni. Kalau hidup kau hebat, so be it. But one thing for sure... Give up life is not an option.

Eve satu-satunya game yang buat aku betul-betul berfikir. Sebab setiap keputusan kau buat akan membawa perubahan untuk akan datang. Dan sebab itu kalau kau mengikuti perkembangan Eve Online, kau dapati pemainnya macam terlalu obses. Mereka cerita tentang Eve seperti mereka hidup dalam Eve.

Sebab bagi aku... Eve Online satu-satunya game online dekat dunia ini yang bertahan lebih 1 dekad dan masih relevent. Alasannya mudah. Bila CEO CCP ditanya apakah itu Eve Online. Beliau menjawab Eve Online adalah tool. Kami berikan mereka tool (barang). Terpulang kepada mereka gunakan untuk apa.

This sandbox, kebebasan ini yang membuatkan Eve menjadi satu realiti. Dan... kalau kau fikir game tak mampu menjadi satu realiti, its sad to say.. that you are wrong.

Aku selalu fikir, adakah badan yang kita ada ini adalah kita. Tangan kita adalah kita. Masa sekolah, ustaz selalu kata, hargai pemberian yang Allah berikan/pinjamkan kepada kita. Bagi aku, jasad kita adalah tool yang Allah beri untuk kita buat apa yang kita buat.

Satu-satunya anugerah yang Allah beri kepada kita adalah minda dan freewill. Tetapi Allah ingatkan kita, setiap perbuatan ada akibat. Ya, kau bebas buat apa sahaja dengan tangan(tool) kau tetapi ingat... ada akibat. Eve tak banyak beza. Diberikan tool, buatlah apa kau suka.

Dan tool dalam Eve dan juga dunia kita adalah sama. Kalau kau hilang tool kau, ia akan hilang selamanya...

Dan sebab itu Eve is real. Realiti. Dan bila kau buang realiti, pasti... akan kekosongan bakal berlaku.

Heh... well, jangan fikir berat sangat. Aku hanya menulis apa aku fikir. Aku fikir aku patut berhenti sekarang sebelum aku mengarut lebih jauh lagi.

I'm feeling better now. Perhaps luahkan apa yang aku rasa adalah sesuatu yang baik untuk aku lakukan. Tak ramai yang betul-betul faham cara fikiran aku berfungsi.

This kekosongan, well... kita tengok macam mana...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...