Followers

Monday, November 7, 2011

Nul Sarang Ha Get Suh...

Baru lepas ulang tayang drama Protect the Boss. Cerita amat lucu. Tak banyak sesi tikam belakang orang jadi agak ringan kepala nak melayan. Ya, kalau drama korea, mesti lucu dan romantik, aku akan layan.

Episod 18 adalah episod akhir. Aku agak tertarik mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Cha Ji Heon (Ji Sung) ketika melamar No Eun Seol (Choi Kang Hee).





Bila taip kat youtube lagu ni, baru aku tahu lagu ini pernah dinyanyikan dalam drama Delightful Girl Choon Hyang. Patutlah macam pernah dengar





Heh... kemudian aku kembali cuba mencari penyanyi asal lagu ini. Berbekalkan sedikit pengetahuan tentang bahasa Korea, barulah dapat jumpa asal lagu ini. Lagu ini dinyanyikan oleh Zoo (ko gelak ek...). Layan ek...





I Will Love You (널 사랑하겠어)

내 뜨거운 입술이 너의 부드러운 입술에 닿길 원해
Neh DdeuGuhOon EebSoolEe Nuh Eh BooDeuRuhOon EebSoolEh Dahkil WuhnHae
My hot lips want your smooth lips
Bibirku mahu kan lembut bibir mu

내 사랑이 너의 가슴에 전해지도록
Neh SarangEe Nuheh KaSeumEh JohnHaeJeeDoRuk
I want my love to reach your heart
Aku mahu cintaku sampai ke hatimu

아직도 나의 마음을 모르고 있었다며는
Ajikdo NaEh MaeumEul MoReuGo IsSuhDaMyuhNeun
If you still dont know my love
Jika kau masih tidak tahu akan cintaku

이 세상 그 누구보다 널 사랑하겠어
Ee SehSang Keu NooGooBoDa, Nuhl SarangHagessuh
I’ll love you more than anything
Aku akan mencintaimu lebih dari segalanya

널 사랑하겠어 언제까지나
Nuhl SarangHaGessuh Onjekajina
I’ll love you forever
Aku akan mencintaimu selamanya

널 사랑하겠어 지금 이 순간처럼
Nuhl SarangHagessuh Jigeum EeSoonGanChuhRum
I’ll love you like now
Aku akan mencintaimu seperti ketika ini

이 세상 그 누구보다 널 사랑하겠어
Ee Sehsang Geu NooGoo Boda, Nuhl Sarang Hagessuh
I’ll love you more than anything
Aku akan mencintaimu lebih dari segalanya

어려운 얘기로 너의 호기심을 자극할 수도 있어
UhryuhOon Yegiro Nuh Eh HoGiShimeEul JaGeuKal SooDo Issuh
I could have you with hard words
Aku mampu mendapatkanmu dengan kata

그 흔한 유희로 이 밤을 보낼 수도 있어
GeuHeunHan YooEhRo Ee BamEul Bonel Soodo Issuh
I could just let this night pass by
Aku mampu hanya membiarkan malam ini berlalu

하지만 나의 마음을 이제는 알아줬으면 해
Hajiman Naeh MaeumEul EejehNeun AhrajwosseuMyun Hae
But I want you to know my heart now
Tetapi aku mahu kamu tahu akan hatiku kini

이 세상 그 누구보다 널 사랑하겠어
Ee Sehsang Keu NooGoo Boda, Nuhl Sarang HaGessuh
I’ll love you more than anything
Aku akan mencintaimu lebih dari segalanya

널 사랑하겠어 언제까지나
Nuhl SarangHaGessuh Onjekajina
I’ll love you forever
Aku akan mencintaimu selamanya

널 사랑하겠어 지금 이 순간처럼
Nuhl SarangHaGessuh Jigeum EeSoonGanChuhRum
I’ll love you like now
Aku akan mencintaimu seperti ketika ini

이 세상 그 누구보다 널 사랑하겠어
Ee Sehsang Geu NooGoo Boda, NuhlSarangHagessuh
I’ll love you more than anything
Aku akan mencintaimu lebih dari segalanya

---

Aku suka lirik dia. Aku juga lebih suka versi piano dalam Protect The Boss. Mungkin mood aku dipengaruhi ketika aku berkata ini. Aku ucap selamat!

Saturday, November 5, 2011

Target : Mazda RX-7 FD (Efini)

Aku fikir banyak kali sebelum menulis ini kerana jika aku silap menulis, barangkali ia memakan aku. Akhirnya aku putuskan untuk menulis kerana aku tidak mahu lupa malam ini.


---


Malam ini aku seperti biasa lepak bersama kawan-kawan aku. Sembang kedai makan. Topik biasa la, kalau tak bola, forex.

Kemudian datang seorang kawan ini, dan jadi tajuk borak kami beralih kepada kereta.

Mungkin jika kau selak kebelakang, aku ada kata kereta idaman aku adalah Audi R8. Aku tak fikir dalam masa muda ini aku mampu milikinya. Namun yang aku nak cerita sebelum aku kenal Audi R8, aku sudah jatuh cinta kepada Mazda RX-7 FD3S.

Mazda RX-7 FD3S (Efini)

Oh, jangan tuduh aku terpengaruh kepada Initial D. Jujurnya, aku mula layan Initial D sekitar tahun 2008. Semua ini bermula ketika aku baru dapat kereta (2006). Kereta biasa je. Proton Saga lama. Its serve me well until now.

Masa mula dapat kereta, mahu semua buku pasal kereta aku telaah semata-mata nak kenal lebih dekat pasal kereta. Bila hantar kereta rosak, aku lihat apa yang mekanik buat pada kereta aku. Dan semua ini membawa aku dengan penemuan enjin rotary.

Apa yang seronok sangat pasal enjin rotary ni. Hm... Enjin ni tak pakai piston, crankshaft, conrod, camshaft dan pe lagi. Huh. Ia digantikan dengan rotor dan housingnya. Konsep rekabentuk dan fungsinya lebih kurang macam enjin 2 stroke dan ianya lebih ringan dari inline engine. Enjin ini biasanya digunakan di kapal terbang sehingga Mazda mengecilkannya untuk memuatkan ke dalam sebuah kereta.

Dan dari situ lahirlah beberapa model kereta. Yang aku tahu hanya RX-7 dan RX-8. Aku tahu ada lagi cuma malas nak mencari. Hah.

Lawa tak belakang dia, lentik habis.

Dan dari situ juga aku jumpa RX-7 FD (Efini). Sekilas pandang terus jatuh cinta. Ya, kawan-kawan. Aku pandang perempuan sama je dengan aku pandang kereta. Aku lebih pada rekabentuk kereta berbanding kemampuan kereta. Bentuknya yang lentik atau bahasa kejuruteraan, aerodinamik, lampu belakang yang cun, siap ada mata leh kenyit-kenyit lagi, 2 pintu (memang sesuai untuk aku yang suka memandu seorang) dan apa lagi... hm...

Ini kereta lama. Aku tahu banyak lagi kereta yang lebih baik dan aerodinamik dari yang ini. Tapi orang lama cam aku (wahaha..), citarasa mestilah lama ye tak.

Tiap kali aku main Need for Speed, RX-7 adalah salah sebuah kereta mesti beli. Aku tak tahu kenapa, tiap kali memandu RX-7 dalam NFS, mesti aku dapat kawal dengan cemerlang. Dan atas pengaruh itu aku rasa kalau aku mampu milikinya, mesti superb aku boleh kawal. Haha... Oh ye... Sesiapa ada main NFS World, aku memandu Mazda RX-7 RZ kat situ. Sila cari aku untuk fight. Nama aku kat dalam tu sama dengan URL blog ni.

Dan malam ini bila bertemu kawan yang memang aku fikir hebat bila bercerita pasal kereta, aku tanya dia pasal RX-7. Apa aku dapat. Ya, kawan-kawan. Kerana enjinnya adalah rotary, tak ramai yang betul mampu nak mod atau repair bila ianya rosak kat Malaysia ini. Sparepart susah cari. Kat forum aku ada baca RX-7 makan minyak cuma kawan ini kata tidak. Hm... Bagi aku kalau dah mampu pakai RX-7, apa kisah minyak ye tak?

Mendengar cerita dia buat aku jadi lebih jatuh cinta pada RX-7. Walaupun banyak contra bila memilikinya di Malaysia, aku fikir jika aku mampu kelak takde masalah. Ya kawan-kawan, setiap keinginan yang mahu dicapai mesti bermula dengan angan-angan. Boleh kan aku mimpi memandu RX-7 pagi nanti.

Mendengar cerita dia juga buat aku rasa cam bangang juga pasal kereta. Rasa macam aku duduk bazir masa muda aku dengan benda yang tak berfaedah macam melayan perasaan yang entah apa-apa. Kan bagus bila cuti sekolah aku buat part-time kat bengkel kereta. Boleh gak belajar sikit-sikit pasal kereta. Ya, kawan-kawan. Ada degree mekanikal tak bererti semua bab mekanikal aku khatam. Hak putuih...

Berborak dengan dia buat semangat muda aku aktif kembali. Bila dah tua ni banyak benda kita lupa. Hanya menjadi muda baru kita sedar banyak benda yang menarik yang ada di sekeliling kita. Buat masa ini bagi aku RX-7. Aih.. bila la dapat pakai.

Bila la dapat mengadap dan ada view macam ni...

Jangan risau, aku yakin suatu hari nanti aku akan memilikinya. Forex walaupun minggu ini mengecewakan namun aku tak putus asa. Jadi, aku nak tepek impian ini menjadi salah satu target aku. Beli, pandu dan maintain pandu Mazda RX-7. Dan kerana kereta ini adalah kereta lama, aku fikir aku kena boost sedikit usaha aku untuk mencapainya.

Aku boleh! Malaysia boleh...! Aku ucap selamat...

Oh.. proton kata nak keluar kereta baru. Ko ada dengar cerita tak?

Sumber:-
http://www.turborx7.com/efinirx7.htm

http://www.mk-portal.org/forum/showthread.php/4419-Apakah-itu-Rotary-Engine-dan-dimanakah-workshop-tempat-nak-modified-kat-Malaysia

FX - TMMS7 - Minggu 6

Minggu ini aku hampir margin call...

Kenapa? Hanya kerana aku terlalu sengal tak mahu menggunakan SL. Ya kawan-kawan. Itu bodoh namanya...

Sepatutnya kesimpulan minggu lepas aku letak, sila guna SL. Ya, aku lupa masa tu. Aku langgar pantang asas dalam trading forex dan aku sekarang kena tanggung akibatnya.

Buat masa sekarang, aku locking loss aku. Aku tak tahu kenapa aku buat camtu. Jujurnya, aku tidak tahu aku perlu buat apa sekarang. Bagi aku, locking dan SL tiada bezanya kecuali akaun kau nampak cantik dengan locking. Boleh nak berbalah kat komen kalau kau tak setuju dengan aku.

Tekanan? Ya... Kecewa? juga Ya... Putus asa? tidak... kerana aku tahu aku mampu dapatkan balik semua ini. Hanya kali ini kekurangan minggu ini aku perlu adakan.

SILA LETAK SL...

Buat masa ni takde SL yang stabil aku rasa melainkan rujuk dari top atau bottom sebelumnya. Tetapi aku mahu cuba SL 30 pips. Aku tak banyak equiti sekarang dan aku masih berhasrat untuk guna lot yang sama. Masih ada 3 order yang masih belum kena locking.

Aku kira, kalau kena semua locking, aku dalam loss 1840 pips. Mana nak cari? Hm... Aku yakin dengan keupayaan aku sekarang cuma aku perlu lebih teliti dan macam aku cakap...

SILA LETAK SL...

Terasa bebal sedikit minggu ini.

Oh... lupa. Pasal TMMS7...

Aku fikir aku kena lupakan teknik ini. Seperti aku katakan dahulu, teknik ini bagi aku tiada ruang untuk perbaiki atau menaiktaraf. Minggu ini drawdownnya 524 pips, satu nilai yang aku tak pernah lihat setelah 5 bulan aku menggunakannya.

Ia juga menunjukkan betapa lemah dan rapuh teknik malas ini. Aku tidak akan buang entri berkaitan dengan TMMS7, ia dijadikan sebagai rujukan di masa hadapan.

Mungkin antara korang fikir kenapa baru sekali terkena aku dah mengalah. Kenapa tidak diperbaiki. Untuk kau, sila buat backtest dan bagi aku keputusannya. Dan buat kesimpulan adakah berbaloi untuk teruskan TMMS7 atau tidak. Aku da buat dan sebab itu aku kata aku perlu lupakan.

Ada beberapa kali ianya gagal. Dan kadang kita terleka, 524 sepatutnya tidak terjadi jika aku terus tutup ketika 200 pips.

Mungkin aku termakan dengan sifat penakut aku pada minggu lepas. Ya, peraturan asas forex pertama, psikologi dan displin. Aku kalah di situ minggu ini.

Hm.. apa nak kata lagi. Equiti aku kecil. Buat masa sekarang, aku hanya ada lebih kurang 16 cubaan dengan SL 30 pips. CSR100 mempunyai nisbah Untung Rugi 3:1 (TP min 100 pips dengan SL 30pip), jadi aku fikir minggu depan aku secara keseluruhan menggunakan CSR100.

Adakah aku cukup bersedia untuk guna CSR100. Aku tak tahu, namun aku cukup yakin aku mampu menggunakannya dengan baik. Hm...

Disebabkan SL yang aku fikir agak kecil, TF15M akan jadi TF rujukan bila nak buat order. Order yang aku buat mesti merujuk garisan SL aku, bukan order.

Jadi kesimpulannya untuk minggu depan...
  • SL 30
  • TF 15M untuk masuk order

Huhu.. minggu ini rugi juga aku membebel panjang. Bagus juga. Orang kata kita belajar dari kesilapan. Tapi aku harap, ini tidak akan menjadi tabiat. Dan salah baru nak belajar, padahal dah berkali-kali benda yang sama terjadi.

Kau juga... sila letak SL. Tak sakit pun kalau loss sedikit. Namun fikir jika margin call... kau akan ingat sehingga mati.

Aku ucap selamat...

Thursday, November 3, 2011

Aku hidup dengan kenangan-kenangan itu

"Kamu tak apa-apa...?"
"Saya ok. Dia bukan Cahaya Kemuliaan aku yang dahulu..."

Ini terjadi ketika aku dan kawan-kawan aku ke Sunway Piramid beberapa tahun lepas. Ada antara mereka bertanyakan aku ini ketika Cahaya Kemuliaan turut serta dalam gathering itu.

"Apa perasan dapat bertemu dia semula?"
"Hm... rasa biasa sahaja. Rasa yang dahulu itu sudah tiada. Macam aku cakap, dia bukan Cahaya Kemuliaan aku dahulu."

Aku selalu teringat orang yang aku suka, sayang atau cinta dalam versi aku sendiri. Masih ingat entri Gambar Kami? Itu adalah gambaran Cahaya Kemuliaan aku. Selain itu, bukan. Aku pernah kata kepada Cahaya Kemuliaan dahulu yang dia sekarang bukan dia yang dahulu. Dah bila ditanya kenapa? Apa yang berubah? Aku jawab.

"Maaf, aku tak dapat menikmati senyuman kau lagi..."

Aneh, kerana dia pada teknikalnya orang yang sama. Cuma rasa itu telah hilang. Orang kata, aku terlalu hidup dalam kenangan. Mungkin betul, kerana aku merasa bahagia bila saat kenangan itu diputarkan.

Aku menulis ini kerana hari ini aku berjumpa seseorang yang aku pernah suka dahulu. Pernah? tidak, aku masih suka. Namun ketika perjumpaan semula ini, aku hanya sedikit gembira. Dan kini bila aku fikir balik secara mendalam, ya... Dia sudah berubah.

Setiap manusia berubah. Aku juga. Namun apa yang aku suka itu tidak selalu kekal. Aku rindu senyuman Cahaya Kemuliaan, namun tidak aku dapat nikmati dengan foto di fb. Hanya kenangan ketika kami bersama dahulu buat aku tersenyum.

Aku ingat pagi itu, ada bisul di hidungnya. Kami bergurau aku aku masih ingat senyumannya ketika itu. Ada juga ketika dia melintas di sebelah aku dah dilemparkan sekilas senyuman. Detik yang tiada saat itu cukup segar bermain dalam fikiran aku. Aku rindu namun tiada aku mampu berbuat apa.

Aku fikir aku terlalu hidup dalam kenangan.

Tiada banyak benda yang mampu buat aku tersenyum sekarang. Hanya forex, bola dan kawan-kawan, famili dan kenangan-kenangan ini. Hidup aku agak senang namun mungkin sedikit kosong. Aku fikir jika suatu hari nanti aku berjaya. Aku harap aku punya masa lagi untuk cipta lagi kenangan-kenangan baru yang mampu aku buat aku lebih kepada realiti. Realiti betapa harus aku bahagia sekarang.

Aku takkan lupa senyuman itu, mata itu, tingkah laku itu dan segala kenangan itu. Setiap mereka adalah kepunyaan aku. Yang akan sentiasa berada dalam kotak fikiran dan hati aku.

"Kau terlalu hidup dalam kenangan..."
"It's ok. Jika semua kenangan ini mampu buat aku bekerja, aku fikir tiada buruk pun kehidupan aku sekarang."

Oh, aku tidak cerita forex ya. Minggu ini adalah minggu yang buruk untuk aku. Namun aku dapat menguruskannya sedikit. Aku akan cerita kemudian.

Aku ucap selamat!

---

Ketika aku berkemas tadi, aku jumpa gambar lama itu. Gambar aku dan Cahaya Kemuliaan. Dan ya, aku masih dapat menikmatinya lagi. Kalau pun ianya hilang, aku tetap dapat nikmati di dalam fikiran aku. Namun sekarang aku jumpa semula...

Gambar kami...

---

Friday, October 28, 2011

FX - TMMS7 - Minggu 5

Maaf lama tak kemaskini. Masih lara tentang perlawanan Man U dan kerugian minggu lepas. Aku update awal sedikit minggu ini memandangkan aku tak fikir aku mahu trade hari ini. Kalau ada pun, aku akan bawa ia ke minggu hadapan.

Ini adalah prestasi aku minggu ini. Kenapa ada merah, hijau yang berbelang-belang dan PO limit yang dah di delete. Hm...



Minggu ini aku kurang menggunakan TMMS7 kerana minggu lepas punya kerugian membuat aku terkesima sebentar. Jika kau orang ada membaca blog aku, aku ada buat entri Kenali trend pada carta Forex!. Entri itu ada aku sebut dari mana datang ilmu itu.

CSR100, here I come back to you.

Minggu ini aku asah balik kepala aku, hidupkan wayar-wayar yang terputus cuba mengingati apa yang aku buat dahulu bersama CSR100. Dan ternyata, CSR100 menghidupkan semula akaun aku dari 2 kerugian besar yang aku alami minggu ini dan minggu lepas.

Minggu ini aku untung 182 pip. Alhamdulillah. Oh, sebelum itu ada yang menyebut credibiliti TMMS7. Aku beritahu kau, jika aku tidak terlalu takut hanya kerana ada drawdown melebihi 200 pips, aku akan untung ke dua-dua kerugian yang aku alami.

AUDUSD mula uptrend kembali. EURJPY ada turun sebentar. Dan sepatutnya aku tidak rugi langsung minggu ini dan minggu lepas jika aku hanya membiarkannya dan menutup mata. Ceh...

Minggu ini matlamat aku hanya untuk dapatkan kembali apa aku rugi dahulu. Walaupun tidak dapat semua, tetapi sedikit sebanyak merawat akaun aku. Hanya beberapa pip sahaja yang kurang.

Psikologi
Minggu ini aku belajar untuk tidak menjadi penakut. Walau float sampai 200 pips lebih, jika aku rancang dan ikut, aku akan berada di jalan yang benar. Setakat ini aku rugi hanya kerana aku terlalu takut untuk mengikut apa yang aku rancang.

Tuhan menentukan. Sekalipun aku merancang, jika Tuhan merancang untuk membuatkan aku tidak mengikut, tidak akan kemana.

Teknik

Aku mula sedar kepentingan CSR100. Mula faham kepentingan menggunakan resistant dan support line ke tahap maksima. Dari menentukan SL, sehinggalah meningkatkan profit, semua ada di 2 garisan ini.

Penggunaan SR line pada M5 mampu meningkatkan keuntungan aku. Aku hanya perlu anjakkan 20 pip dari line terakhir dari 10 pip sebelumnya.

TMMS7 mampu menghidupkan CSR100 jika ada floating yang banyak. TMMS7, 5 bulan tanpa gagal. Aku hanya perlu kental dan berani sedikit. Huh...

Pengurusan Kewangan
Aku mula ikut pengurusan kewangan baru. Dengan equiti 2000 pips. Aku mula yakin walau 2000pips, aku mampu tingkatkan akaun aku. Minggu ini hanya 9% dari baki asal. Aku puas hati.

---

Minggu depan bagaimana?
Buka je H1 dan H4... ikut je la mana trend nak pergi. Setelah diambil kira pair-pair seperti di bawah, drawdown-nya dan lain-lain, aku akan risikokan 1133 pip equiti aku minggu depan untuk csr100. Tak termasuk TMMS7. TMMS7 kalau sangkut, bertambah-tambah la float aku nanti. Aku harap tak.

EURUSD, GBPUSD, AUDUSD, NZDUSD
Aku akan cari peluang buat buy pada 1st retest (rujuk CSR100). Seperti minggu ini, aku yakin dia akan bullish lagi. Entah... Minggu ini dan minggu lepas ramai kata dah ubah trend. Aku hanya keras hati, masih buy.

USDCHF
Sama macam kat atas, cuma sell.

USDJPY
Dan apa kejadah aku dok main kat sini. Aku ada berbincang dengan rakan seangkatan forex aku dan dapat aku simpulkan kat sini, pair ini macam lubuk la juga. Satu-satunya pair yang suka sideway (dan EURGBP). Dan kalau dia pecah sideway sekalipun, aku fikir, pip yang kau kumpul masa sideway tu pun dah backup dah kerugian kau.

Aku main sideway kat sini memandangkan pair ini lembap nak mamp*s. Disebabkan sekarang tengah downtrend lagi dan cecah paling rendah dalam sejarah, aku masih mahu intai peluang sell. Orang kata gila apa nak sell. Aku fikir entah la. Just follow the trend.

Pair ini aku tak makan lebih. Cukuplah makan atas bawah. Buat semak tempat order aku je. Haha...

---

Oh, dah untung panjang lebar kau menulis ek. Cuba minggu lepas. Haha.. macam aku cakap, aku cepat emo. Dan rasional dan emosional, apa kau kisah...

Aku harap aku dapat ulangi kejayaan aku minggu ini. Ingat,
  • Rancang dan lepas tu tak perlu takut. 
  • Trade with trend.
  • Fikir, mana SR line.
  • Cukuplah dengan H1 dan H4. Tak perlu sampai daily. 
Aku ucap selamat...

Monday, October 24, 2011

Bangang

Minggu ini bukan minggu yang baik bagi aku. Dan ianya berterusan teruk.

Selepas kerugian di forex, aku dikejutkan dengan kekalahan Man U di tempat sendiri. Bukan sedikit, 6 -1 menentang Man City. Seperti yang kau orang setia maklum, Man City memang pencabar terdekat Man U namun tiada dalam kotak fikiran dan hati aku untuk menerima kekalahan yang amat besar ini.

Rekod kalah di Old Trafford ini amatlah pedih... Ugh!

Ramai yang tidak tahu akan kewujudan team pilihan ke dua aku dalam EPL. Aku juga bersorak untuk Chelsea. Mereka bermain bagus. Dan malam ini juga aku dikejutkan lagi dengan kebangangan pengadil dalam perlawanan menentang QPR.

Tiada belas kasihan, berat sebelah dan bangang. Sakit mata aku melihat perlawanan yang memang tak akan berpihak sedikit pun kepada Chelsea. 2 kad merah, apa boleh kata. Kenapa tak bagi sahaja kad merah ke 3. Biar habis terus game. Boleh cepat aku balik rumah dan tidur.

Bangang...

No komen pasal Man U kalah, kerana itu memang akan terjadi bila lawan team kuat macam Man City dan kena satu kad merah.

Dan banyak komen pasal Chelsea kalah, pengadil lembap, sama la macam QPR. Apa boleh buat. Minggu ini rasanya aku nak tidur sahaja. Tak berdaya nak buat apa-apa...

Aku perlu tidur. Penat kena gelak, penat kena bahan, sakit mata tengok, hati jadi kecewa. Aku ucap selamat...

Sunday, October 23, 2011

FX - TMMS7 - Minggu 4

Huaa... Kecundang akhirnya... tapi ini bukan permulaan untuk berputus asa.

Cukup bicara. Order yang paling bawah itu adalah rugi. 200 pips. Dan aku masih ada floating sell pada EURJPY -100pips. Menyedarkan aku betapa pentingnya pengurusan kewangan.

Setelah berbincang dengan kawan-kawan seangkatan forex dengan aku, kami bersetuju yang pengurusan kewangan aku tak lain tak bukan hanya seperti skim cepat kaya.

Cara aku masuk lot mudah, balance yang ada aku bahagi 1000, dan itu lot aku. Masalah dengan cara ini, sekali rugi sudah mencukupi untuk menjahanamkan 2 minggu punya hasil.

Kami sepakat mengkaji kembali pengurusan kewangan aku dan bersetuju dengan
  1. 2000 pips equiti untuk trade.
  2. Lot mengikut balance gandaan 50. 
    1. Kalau ada USD100, lot 0.05
    2. Kalau ada USD 125, lot 0.05
    3. Kalau ada USD150, lot 0.08
Jadi, graf keuntungan aku kini adalah linear, bukan exponential lagi. Lambat tetapi sekurang-kurangnya satu order tidak meranapkan kerja berminggu-minggu. Sekian...

Aku ucap selamat

Friday, October 21, 2011

Gambar kami

Aku tak boleh tidur. Ada loss dalam forex, tapi bukan itu yang membuatkan aku tidak boleh tidur. Kerana malam ini, aku teringatkan satu gambar yang aku tak pernah lupa dalam ingatan aku.

Ia adalah gambar aku bersama Cahaya Kemuliaan.

Oh, aku sebut lagi nama ini. Ini tidak baik. Dia sudah dimiliki orang. Haha... Bukan mahu aku untuk mengadakan benda yang bakal mengundang pergaduhan. Aku hanya teringat.

Aku ada letak gambar itu di myspace suatu ketika dahulu. Namun, tadi aku semak, ia telah tiada. Dan ketahuilah, itu adalah sumber yang terakhir, walaupun mukanya aku pudarkan..

Kami berdiri bersama. Dia senyum, cantik dengan seragam sekolahnya. Aku hanya menyengih, barangkali rasa kaget bak kata Indon. Di mata aku, aku nampak dia perempuan yang mempunyai senyuman paling cantik dalam hidup aku.

Banyak benda dah berlaku. Namun aku tidak pernah lupakan gambar itu. Dari dahulu, sampai sekarang, bila teringat balik gambar itu.. aku akan kata,

"S*** la ko suhaimi, bertuah betul! Kalaulah aku di tempat kau..."

Ramai yang tahu, aku masih mengingati dia walau aku bersama orang lain. Namun, aku fikir, aku tidak pernah aku ucap cinta kepada dia. Tidak pula aku curang ketika bersama si dia ketika itu. Kerana aku hanya teringat. Itu, kenangan manis yang tiada siapa mampu buat aku melupakannya.

Aku ingat, dari aku sekolah, sehingga aku ke universiti. Gambar itu aku cetak beberapa kali, buat hias di meja belajar. Pendukung semangat mungkin. Atau mungkin kerana senang aku melihatnya. Ia gambar yang penuh bermakna.

Jika Tuhan beri aku satu peluang untuk kembali, aku mahu kembali ke saat itu. Saat gambar itu di ambil. Banyak yang mampu aku lakukan ketika itu dengan apa yang aku ada sekarang. Tapi sayang, kau dan aku... kita hanya punya masa yang bergerak ke hadapan.

Dan kerana itu, jika kau tanya adakah aku masih cintakan dia. Tidak. Cahaya Kemuliaan juga tahu, yang aku cinta hanya dia yang dahulu. Kini dia banyak berubah. Walaupun menjadi lebih baik, aku tetap cintakan dia yang dahulu. Di saat gambar itu di ambil... sebelumnya, dan selepasnya beberapa ketika.

Kini aku hilang gambar itu selama-lamanya. Namun, tiada dalam mahu aku untuk membuangkannya di dalam fikiran aku. Aku harap, suatu hari nanti ada alat mampu mencetak gambar itu semula terus dari kepala aku. Atau aku harus ambil kelas melukis.. Untuk melukis kenangan itu.

Aku akan sentiasa ingat. Yang aku pernah cintakan seorang gadis yang manis senyumannya. Terima kasih Tuhan kerana memberi aku kegembiraan ini.

Wednesday, October 19, 2011

Cuai

Apa jalan yang aku pilih, asal aku tidak putus asa, suatu hari aku pasti berjaya...

Ini yang aku lihat sebentar tadi. Satu order baru masuk... Jika kau lihat, terdapat 1 active order, 1 pending order. Adakah aku hedging? Tidak. Semuanya mengikut pelan asal...

Pada mulanya aku letak buy stop seperti biasa. Tetapi garisan 1 (kuning) sudah keluar, membawa petanda trend akan berubah. Jadi, aku pun tunggu untuk masuk sell stop. Namun, jika ini adalah satu kesilapan, ianya hanya berpunca dari aku... melihat 5 carta lain yang telah memotong garisan 1 itu.

*rujuk sini untuk tahu apa benda garisan 1

Tetapi tidak pada AUDUSD. Yang belum memotong garisan 1 itu. Dan ordernya sudah aktif. Hanya AUDUSD... satu carta yang aku terlepas pandang ketika membuat analisa..


Melakukan analisa hanya pada 5 carta sedangkah aku buat 12 PO (buy & sell) untuk 6 carta. Peh... itu silap. Seharusnya setiap order bergantung kepada setiap analisa pada carta masing-masing... Melainkan kau guna teknik 1000 pip seminggu, basket trade... Hm...

Bila aku fikirkan kembali, elok juga kena buy dari sell. Memandangkan ia tidak mencecah garisan 1. Dan membawa makna, ia masih uptrend...

TP 10, aku harap ini tidak menjadi masalah kelak. apa akan jadi seterusnya... Hurm..

Aku ucap selamat...

Tuesday, October 18, 2011

Kenali trend pada carta Forex!

Trade with trend. Atau dalam bahasa melayunya berdagang mengikut trend masa kini. Macam haram. Hari ini memandangkan aku dah lama tak kemaskini blog aku, rasanya elok aku buat pengisian asas kepada forex lagi. Hehe...

Hari ini kita akan belajar mengenali trend dalam carta forex. Macam aku pernah cakap dalam entri ini, hanya ada 3 jenis trend. Uptrend, Downtrend dan sideway. Ada satu hari orang tegur aku, katanya trend sudah berubah. Bila aku tengok, cet... belum lagi. Jadi hari ini aku ajar kau orang bagaimana cara yang betul menentukan trend.
Pastikan gambarajah di atas ini lekat di kepala kamu. Ini adalah asas mengenali trend. Apa ada pada gambarajah ini. Ok. Aku harap kau faham Inggeris sedikit.


Uptrend akan bermula dari Low, kemudian High, diikuti dengan Higher Low, kemudian Higher High. Higher itu menunjukkan uptrend.
Turutannya :-
L > H > HL > HH dan seterusnya.


Downtrend pula akan beruma dari High, kemudian Low, diikuti dengan Lower High, kemudian Lower Low. Lower itu menunjukkan downtrend.
Turutannya :-
H > L > LH > LL dan seterusnya

Kita tengok contoh...
CONTOH 1
Ini adalah USDCHF timeframe H1
Dapatkah korang kenali trend dia? Sekali pandang memang nampak macam downtrend.. Dan adakah downtrend ini akan bertukar? mari kita semak semula pelajaran kita... Tukar pandangan kau orang kepada gambarajah yang aku suruh lekat di kepala tu.



Ya, ini adalah visi yang kita harus dapat ketika melihat carta. Garisan biru menunjukkan Uptrend. Lihat bagaimana dari uptrend menjadi downtrend. Titik pertembungan antara garisan merah dan biru bertukar dari HH ke H, ini hanya dapat dijustifikasikan SETELAH L yang kita lihat pada garisan 1 lebih rendah dari HL di garisan 1.

Jadi, dah muktamad downtrend? Belum. L yang kita lihat tadi itu hanya petanda awal akan berlaku downtrend. Ingat turutan downtrend?

H > L > LH > LL

Kita boleh kata kompon (orang putih kata confirm) downtrend bila turutan ini lengkap. Pendek kata, dah sampai K, barulah kata ini downtrend. Erti kata lain, price dah rendah dari L barulah muktamad itu adalah downtrend.


Jadi, kerja rumah pertama kau orang, lihat garisan 2... adakah kompom sudah uptrend... Pemenang akan berjaya dalam perjalanan forex kelak kalau tak putus asa...

CONTOH 2
Ini adalah GBPUSD timeframe 1H
Ok, tukar visi anda sekarang kepada visi x-ray trend.

Sama macam contoh 1 tetapi kali ini uptrend. Lihat garisan 1, L terjadi selepas price melebihi garisan 1. Kalau tak lebih maka L tadi akan jadi LL. Kalau tak faham, boleh ulangkaji contoh 1. Sudah lebih, dia akan turun ke HL dan baru kita dapat H. Macam biasa... turutan uptrend adalah.

L > H > HL > HH

Hanya selepas HH barulah kau kata ini uptrend. Aku harap kau orang ngerti sekarang.

Kerja rumah mesti ada. Soalannya, pada situasi garisan ke 2, adakah kita boleh katakan petanda downtrend sudah terjadi? Haa... ada beza tu... contoh soalan 1 dan contoh soalan ni.

Selesai...

---
Maklumat Tambahan TMMS7
Jadi, adakah aku akan akan tunggu betul-betul seperti peraturan di atas baru aku guna TMMS7? Tidak... Aku akan mengambil pendekatan yang cepat dengan menggunakan garisan 1 dan 2 di contoh di atas.

Seperti aku telah katakan, kita boleh gunakan garisan 1 dan 2 sebagai tanda kemungkinan berubahnya trend. Jadi, kemungkinan ini bagi aku adalah sudah mencukupi untuk aku buat PO melawan trend sebelumnya.

Price potong je garisan aku, aku hanya perlu tunggu dia retrace balik dalam 30 pip kemudian masuk PO baru melawan trend sebelumnya. Yang paling penting.. kau lukis baik-baik garisan trend macam aku ajar di atas. Ini penting supaya kau tak salah faham dan seterusnya silap melukis garisan 1 dan 2 ini.

Untuk bacaan tambahan, aku cadangkan kau rujuk blog Teknik CSR100... Teknik itu walaupun aku tak guna sekarang, tetapi ilmu yang ada padanya amatlah tak ternilai harganya. Kerana teknik ini amat berpegang teguh kepada asas sesebuah analisa carta.

Dan ketahuilah, ilmu pada entri ini aku cilok dari teknik CSR100. Aku hanya buat olahan semula untuk versi aku. Sifu JGV100 memang terbaek. Ramai pengikut CSR100 masih aktif membicarakan teknik ini di facebook, forum carigold dan group skype.

Aku ucap selamat... Terima kasih kerana membaca...

Saturday, October 15, 2011

FX - TMMS7 - Minggu 3

Minggu ini hanya 180 pips. Tak pernah aku terfikir dengan hanya TP 10 aku mampu capai ini. Ya, kerana orang pernah berkata, tak cuba mana tahu. 180 pips ini datang dari 6 pair, dan juga 3 kali PO setiap pair. Bermaksud aku hanya buat PO 3 kali untuk setiap pair.

Aku amat bersyukur kepada Allah SWT kerana seumur hidup aku, kalau dah mula deposit duit besar sedikit, minggu ke 2 mesti ke laut. Tiada minggu ke 3. Dan minggu ini berakhir dengan dramatik, tetapi untung. Alhamdulillah.

Aku mula Isnin, semua profit, kemudian buat PO baru. Selasa float menghampiri 300 pips keseluruhannya. Rabu semua profit. Khamis, aku buat PO baru, kena dan float. Tapi kali ini bernasib baik kerana hanya USDCHF sahaja yang float. Jumaat, hampir pukul 11 malam, semuanya selesai. 180 pips total.

Kejadian profit-float-profit-float-profit ini memberi kesedaran semula betapa penting menguruskan kewangan kau. Aku hanya peruntukkan 1000 pip dalam equiti aku. Kalau dah ada 5 order float, tak namanya aku tinggal 200 pip setiap satu. Tu belum tambah tolak 1 pip berapa sen lagi.


Satu lagi perkara, aku sedar, aku perlu kaji bila masa sesuai buat PO. Ini penting bagi memastikan aku tiada float yang terlalu lama. Setakat ini aku hanya tunggu dia dah lebih 15-20 pip dari tempat aku nak letak PO baru aku buat. Kalau terlalu jarak, aku risau tak sempat buat PO terus naik/turun. Itu ada terjadi minggu lepas. Kalau boleh aku taknak terlepas peluang.

Tetapi minggu ini walaupun meragut ke'cool'an aku bila dah float dekat 300 pip, aku tetap profit.

Tentang SL pula, aku masih dalam dilema. Terus letak 200 pip atau apa. Baru-baru ini ada kawan aku beritahu beberapa minggu lepas ada naik/turun sampai 1000 pip dalam pair EURO. Masih tunggu kawan aku beritahu bila benda ni berlaku. Benda macam ini yang mampu buat kau margin call sekelip mata. Hm...


Aku mahu cuba sesuatu baru dari teknik ini. Kerana masih di peringkat idea, aku tepek satu gambar di sini? Mungkinkah ini satu lagi variasi TMMS7? Aku masih tak tahu. Aku perlu kaji lagi.

Aku berdoa, agar aku tidak margin call, agar displin ini sentiasa di minda, agar aku ikut segala peraturan yang ada dan agar aku patuh pada pengurusan kewangan. Semoga pip hijau itu tidak lagi menjadi mimpi lagi. Amin.

Aku ucap selamat...

Friday, October 14, 2011

Bulan... malam ini amat cantik. Sayang, tak seperti dahulu aku mampu berkongsi kecantikkannya dengan seseorang. Sedih? Hm...

Ada 2 order float. 14 order berjaya dan 2 PO yang masih belum aktif. Aku fikir minggu ini keputusannya memuaskan. Jika aku kurang memerhatikannya, aku fikir aku dapat rehat sedikit.

Aku harap sebelum tamat Jumaat, tiada float dalam order aku. Semua selesai. Senang aku nak kira dan rancang apa aku nak buat selepas ini.

Walaubagaimanapun, bulan malam ni serius cantik. Kalau lah ada sesiapa yang faham, aku mahu kongsikan bersama nikmat yang aku alami sekarang...

Aku ucap selamat...

Wednesday, October 12, 2011

Rintihan petang hari

Aku menulis ini ketika internet tiada di rumah. Kenapa internet tiada? tanya TM. Sebab dia dah taja Man U jadi aku tak boleh banyak cakap. Haha...

Ok, ini bukan entri bola, tapi entri forex. Adik aku baru sms katanya order aku semua sudah kena TP. Aku hanya senyum dan ucap Alhamdulillah.

Kenapa seakan aku panic. Hm... dia dah 2 hari float. Bayangkan ada 5 order tengah float, hanya ada kurang 1000 pips dalam equity aku. Dan setelah aku kira-kira, setiap order aku hanya boleh peruntukkan 194 pip.

Sudah 2 hari float dan paling tinggi dia pergi hanya dalam -90 pips untuk satu order. Semua juga ikut float purata -75 pips setiap satu.

Alhamdulillah, semua kena TP. Kejadian ini membuka mata aku betapa ciputnya 1000 pips dalam equiti aku. Dalam MT4 aku ada 6 pair utama, 2 pair cubaan.

USDCHF, CHFJPY, GBPUSD, EURUSD, EURJPY, AUDUSD. dan pair cubaan, NZDUSD dan CADUSD. Walaubagaimanapun, 2 pair cubaan ini aku terpaksa buang.

Aku fikir, 6 pair sudah memadai untuk aku. 1000 bahagi 6 pair, setiap pair aku ada 166 pips. Dan risikonya juga agak tinggi memandangkan setakat ini rekod drawdown paling tinggi adalah 185. Aku tak harap 6 pair ini buka serentak dan float. Tapi siapa tahu.

Kalau nak selamat, lebih baik aku kaji 5 pair sahaja. Hm...

Aku perlu kaji lagi. Aku ucap selamat...

Tuesday, October 11, 2011

Katakan tidak pada SL!?

Aku sedang membaca post dari thread ini, berkenaan persoalan tentang menggunakan stop loss (SL) atau tidak. Dan 'sedang' hanya membawa maksud aku tak habis baca lagi.

Tetapi ianya membuat aku terfikir trader bagaimanakah aku. Sejak mula kenal forex, tak lekang di telinga aku ingatan tentang penggunaan SL. Teknik Malas MS7 tidak guna SL jika kau lihat. Tetapi jika kau fahami apa aku tulis, kau akan tahu aku ada meletakkan SL dalam TMMS7.

Membaca thread ini mengajar aku tentang 2 jenis trader. Satu Carry Trader di mana jenis taktiknya adalah jangka masa panjang, dan satu lagi Day Trader, di mana jenis taktiknya adalah jangka masa pendek.

Katanya, Carry Trader selalunya menggunakan semua baki akaun mereka sebagai SL. Pendek kata, margin call adalah SL mereka. Dan Day Trader adalah sebaliknya, menggunakan SL. Hm, ilmu baru bagi aku.

Berapa ramai antara kita yang menggunakan SL tetapi margin call, aku tak pernah dengar lagi tetapi aku percaya bilangannya sedikit. Berapa ramai antara kita yang tidak menggunakan SL dan margin call, memang ramai.

Dan kerana itu SL amat penting. Tetapi perlu ingat terdapat banyak cara untuk kau menggunakan SL. SL hanya had limit, di mana cara kau mengendalikan kewangan kau. Jika kau rasa tak boleh blah, tutup sahaja order itu.

SL tak semestinya kau harus letak di setiap order kau. Dalam TMMS7 aku ada bercerita tentang drawdown. Agak kau kenapa aku bercerita tentang itu!? Kerana aku mahu mengagak sampai mana had limit aku untuk mengundurkan diri.

Drawdown bagi aku adalah salah satu penanda aras untuk SL. Hanya sedikit kajian tentang drawdown kau akan faham berapa perlu kau letak untuk SL. Dalam TMMS7 aku ada katakan jika ianya 200 pips. Itu ukuran bagi aku mengalami situasi di mana aku akan berkata "Oh...!"


Sesiapa yang pernah merasa margin call dan masih trade akan tahu betapa penting menggunakan SL. Tak kira SL fizikal atau SL mental. Sama sahaja. Aku teringat ada seorang trader pernah beritahu aku ini...

Aku boleh tidur dengan kerugian yang aku alami, memandangkan aku cuba memperbetulkan silapku (SL), tetapi aku akan ingat selamanya atas kebodohan aku jika aku tahu aku perbuat silap, tetapi tidak aku perbetulkan. (margin call)...

Adik-adik, guna SL. Tak kisah fizikal atau mental. Bila trade, cuba sematkan di dalam minda dan hati bahawa akaun kita adalah nyawa kita. Sehabis baik kita mesti pertahankan. Jangan sampai margin call. Forex seperti medan perang. Tahu mana had aku. Tahu bila kamu mesti mengalah. Macam orang kata, hero kalah dulu. Huhu...


Walaubagaimanapun, ini pendapat aku. Aku tahu ramai trader luar sana yang tidak menggunakan SL. Bagi aku, margin call juga adalah SL. Cuma fikirkan berapa daya untuk kau tahan margin call dalam ingatan kau. Amalkan pengurusan kewangan yang bijak. Jangan la main lot besar kalau tak mampu. Tak ke mana kalau letak SL sekalipun.

Tidak mengapa jika kau main pengecut, atau kau tamak. Kerana itu zahirnya. Trader... Tetapi ketahui had anda. Aku tidak pakar, ini pendapat aku. Trade with your own risk.

Aku ucap selamat!

Saturday, October 8, 2011

Kita layan England pulak amacam?

Tak tidur lagi aku. Pagi ini ada bola. Ada 3 perlawanan tayang dekat Astro tapi aku pilih Montenegro menentang England. Kenapa? Sepanjang hidup aku, perlawanan bola yang aku layan dari mula sampai habis hanyalah BPL. Dan England majoriti pemainnya bermain untuk kelab di BPL. Huhu...

Aku tak sokong bola sepak tempatan? Ah ye... petang tadi aku baru tengok Australia menentang Malaysia 5 - 0. Sedih. Baru ingat nak sokong, aleh-aleh minit ke tiga Australia dah gol sebijik dan seterusnya kau imaginasikan sendiri. Ini antara sebab aku rela habeh duit kat Restoran Sara atau kedai mamak kat seksyen 7 dari ke stadium. Dan kekalahan 5 - 0 ini menguatkan lagi semangat aku untuk terus tengok bola di Stadium Astro.

Pemain Malaysia tidaklah semuanya teruk. Cuma perlu berlatih hantar bola, terima bola dan kawal bola dan kalau ini pun masih macam aku main, tak ke mana pun kalau letak pertahanan sampai 10 orang. Tetap bolos. Habis cerita.

Berbalik kepada cerita aku tengok Montenegro menentang England ini, sebenarnya aku nak lihat bagaimana corak permainan mereka. Sekali ingat, aku nampak Hart (Man City), Jones (Man U), Terry (Chelsea), Young (Man U) dan Walcott (Arsenal) sahaja yang macam bermain. Yang lain aku macam tak perasan. Mungkin tak kenal, (walhal ada Rooney (Man U)) atau tak menyerlah sangat bagi aku.

Corak permainan memang best. Ada Young dan Walcott sebagai pemain sayap banyak menghidupkan perlawanan ini. Ya, aku mampu nikmati bola sepak kalau mereka bermain bola sepak. Walaubagaimanapun, semua ini hanya mampu aku layan sehingga tamat separuh masa pertama.

Separuh masa ke 2 bosan. England mula bertahan. Tapi orang kata, pertahanan yang baik adalah serangan dan ini dibuktikan dengan ledakan 2 gol dari Montenegro. Takde serangan yang best lagi dari England. Dok sibuk buat kubu kat belakang. Nak cerita apa lagi...

Rooney pun satu. Tah hape ada dalam kepala tah, gi sepak orang. Hm, bila fikir balik, rasanya beliau mungkin ada marah pada bapa beliau berkenaan dengan kes... kau cari sendiri. Kad merah untuk Rooney sekaligus memberi mandat kepada Montenegro untuk gol sebiji. Bangang.

Kalau macam ni la kau main kat Anfield minggu depan, aku tak tau nak kata apa dah. Memang jadi bahan la aku sok.

Walaubagaimanapun, perlawanan ini seri 2 sama. England masih no 1 dalam kumpulan G dihadapan Montenegro. Tak kisah la. Aku hanya nak melihat pemain England bermain. Bukan sokong England pun.

Oh, smart juga tengok Walcott main. Cubaan sepak di luar kotak penalti beliau menarik. Sayangnya beliau masuk Arsenal... haha...

Aku ucap selamat...

Friday, October 7, 2011

FX - TMMS7 - Minggu 2

NFP malam ni pukul 8.30 malam. Jadi minggu-minggu seperti ini biasanya aku berhenti trade awal. Rabu, aku berhenti awal. Aku tak pernah cuba serang NFP. Takut itu mungkin kerana biasanya ia di luar jangkaan. Banyak teknik untuk serang NFP ini sebenarnya tapi aku lebih selesa menjauhkan diri.

Yup, apa sahaja yang membuatkan aku tidak selesa, aku lebih suka menjauhkan diri darinya.

So, apa kata minggu ini? Minggu ini aku cuba bermain agak agresif sedikit memandangkan minggu ni trend agak stabil. Yang naik terus naik dan yang turun terus turun. Situasi begini biasanya akan lebih menguntungkan aku. Huhu...


Kalau dilihat yang atas sekali, USDCHF walaupun hijau tapi aku tak dapat apa-apa. Ini adalah kerana ada gap berlaku. Harga naik mendadak menyebabkan PO aku lewat masuk. Dah la lewat masuk, TP pun terlepas. Masa aku perasan ini, aku dah float -10 pips. Kerana aku was-was apa akan jadi kemudian, aku letak TP dia 0. Bukan gaya aku untuk untung di luar plan aku.

Dan kejadian sama berulang pada GBPUSD pada 6/10/2011 11:00 namun kali ini aku bernasib baik, hanya mendapat 2 pip. 'Better something than nothing'.

Kalau dilihat betul-betul, banyak order masuk pada hari Isnin dan Selasa. Ini adalah kerana trend yang berterusan yang memberi aku peluang memasuki lebih pending order. Ada 16 order sekitar sebelum aku deposit duit. 2 hari punya kerja.

Aish... kalau tiap2 minggu trend macam ini kan bagus.

Ada 3 pending order aku terpaksa delete kerana volumenya aku mahu tukar berikutan dengan deposit baru. Huhu...


Hanya ada 1 order yang melebihi 2 hari tapi bila aku kaji balik, sebenarnya tak sampai 1 hari pun. Ini adalah kerana order ini masuk minggu lepas. Yup, ada order terakhir ketika aku sudah tidur di pagi Sabtu lepas...

Tak banyak nak ungkap gambarajah di atas. Semuanya normal bagi aku.

Berkenaan entri lepas, aku rasa aku tak perlu kupas apa-apa. Aku fikir mahu bincangkan berkenaan AUDUSD dan CHFJPY tetapi bila fikir balik. Tak perlu rasanya. Selagi aku patuh pada plan dan peraturan untuk buat pending order aku. Apa pun jenis carta aku mampu untung.

Aku fikir sampai di sini. Minggu ini aku lalui dengan cemerlang. Aku ucap selamat...

Wednesday, October 5, 2011

Malam ini seperti selalu aku tak mampu tidur. Tiada yang aneh di situ. Kerana setiap malam memang bukan masanya untuk aku tidur. Hehe...

Buka Firefox tengok apa yang berkenan. Tutup. Buka MT4. Hm... ada sesuatu yang aku berkenan. AUDUSD... Seperti yang aku pernah kata dahulu, teknik aku gunakan sekarang hanya teknik malas. Jadi aku tak harap aku dapat untung lebih dari 100 pip.

Siapa sangka baru hari Selasa, dah 160 pip. Alhamdulillah, trend hanya gerak satu arah.

Walaubagaimanapun, sepanjang beberapa bulan aku guna teknik ni, aku tak pernah lihat ianya beraksi. Biasanya aku lihat, letak PO dan tutup. Bila aku buka balik dah selesai.

Jadi malam ini, kerana aku tak mampu tidur, aku fikir aku mahu lihat ianya beraksi. Dan ketahuilah, ia bukannya sesuatu yang baik untuk orang yang agak lemah semangat bila duit menjadi punca.

Tiada PO yang kena pada AUDUSD, cuma aku terfikir kalau aku silap sedikit, barangkali sekarang akan float 191 pip, menghampiri 200 pip. Aku tidak mahu lihat itu, dan aku tahu itu limit aku. Hm... walaubagaimanapun, ada order baru dari USDCHF, dan sekarang sedang float 82 pip. Tenang, masih jauh. Aku akan kupas benda ni pada hujung minggu nanti.

Aku hanya melihat, tidak berbuat apa. Ketenangan sebegini ketika MT4 terbuka adalah tidak ternilai harganya. Aku fikir aku banyak berubah. Cara aku melihat carta, membuat order dan menilai setiap keputusan aku. Dan paling penting, aku hanya tenang.

Mungkin kerananya semuanya masih dalam perancangan aku. Aku terfikir bagaimana kalau ianya terkeluar dari perancangan asal. Hurm... Buat masa sekarang semuanya ok. Aku harap, aku dapat teruskan ini sehingga akhir hayat.

Oh, AUDUSD sudah turun 60 pip, hm... menarik... Jadi, tunggu sahaja entri akan datang.

Oh, satu lagi. Aku teringat seseorang. Hanya baru-baru ini aku rasa tidak keseorangan. Aneh, kerana kami tidak pernah berjumpa. Cuma mirip wajahnya kepada seseorang itu membuatkan ianya jelas bermain dalam fikiran aku. Aneh, aku tersenyum sendiri...

Barangkali, mengejar dia juga bukan sesuatu yang tidak baik pun untuk aku lakukan. Atau barangk ali aku hanya merasa terhutang budi kepada seseorang yang mirip itu. Huh... aku membebel lagi...

Aku ucap selamat...

Tuesday, October 4, 2011

Dari pandangan pertama : Pejabat

Aku suka betul video macam ni.



Dah macam game lak... Enjoy k... Aku ucap selamat..

Monday, October 3, 2011

BPL minggu ini.

Minggu ni BPL kurang debar kecuali perlawanan antara Tottenham Hotspur vs Arsenal. Tapi itu kita cerita nanti.

Keputusan minggu ini

Semua 'Big Four' menang kecuali Arsenal. Apa makan la Arsenal ni. Andy Carrol akhirnya ledak juga sebiji ketika menentang Everton. Tapi 2-0 je dengan lawan 10 orang? Liverpool patut lebih kuat dari itu.

Manchester City menang bergaya dengan Blackburn 4-0. Aku tak fikir ini hebat kerana memang dari awal musim mereka suka ledak. Cuma ada sedikit debar kerana beza gol mulai dekat dengan Machester United. Aguero sakit tapi aku fikir kita ada 2 minggu lagi sebelum BPL bermula semula. Sempat baik ni. Cuma tak sangka Nasri mula menunjukkan sengatnya. Mana la bro Silva ni. Nasib ada 1 assist.

Manchester United menang 2-0 dengan Norwich. Apa nak heran. Aku peminat Man U pun ngantuk tengok perlawanan ni. Separuh masa pertama, punya la malas. Barisan pertahahan boleh macam biar sorang je jaga. Rooney macam hilang bisa, baru baik sakit agaknya. Tapi rasanya tiap kali Man U lawan pasukan lemah ni, memang separuh masa pertama tak buat pape. Macam haram.

Chelsea memang selesa dengan Bolton 5-1. Tengok gol awal minit ke 2 dari Sturridge dah agak Chelsea memang ledak. Cuma tak sangka Lampard mampu buat hat-trick. Terbaik dari Chelsea. AV-Boas bakal bertambah buas mengurus pasukannya. Ada debaran kelak.

Dan apa kena QPR kena belasah 6-0 dengan Fulham. Baru ingat nak sambar baju QPR satu. Aish...

Dalam Fantasy Premier League aku ada buat pertukaran Rooney dengan Adebayor dengan harapan bolehlah beliau ledak ke apa. Haram. Hanya ada satu assist. Tapi perlawanan Spurs dengan Arsenal semalam memang sengit. Kalaulah Adebayor tak tido masa ada bola leret depan dia, kalaulah Adebayor rembat atas sket dari Szczęsny. Kalaulah... Ah... persetankan.

Spurs memang hebat. Bagi aku apa yang mereka perlukan hanya kerjasama. Wonderpet ada pesan, "apa yang penting, kerjasama..." Pemain mereka banyak yang ada skill dari segi individu. Tetapi sebagai satu pasukan, aku rasa kureng. Kalaulah ada... Aku tak nafi mereka bakal gantikan Arsenal dalam Big 4. Wahaha...

Arsenal pula, Sagna dah sakit. Aku tumpang kasihan. 8-2 masih segar dalam ingatan. Tapi aku fikir itulah adat bola. Ada yang sakit. Minggu depan dah kurang seorang pemain utama. Macam mana...? huhu... Arsene Wenger baling botol lagi...

2 minggu dari sekarang

Walaubagaimanapun, 2 minggu dari sekarang adalah minggu aku tak boleh tenang. Kita akan ke Anfield. Manchester United lawan Liverpool. Kita ada rekod. Kita ada sejarah. Man U kemas dan lengkap dengan squad ledaknya. Aku mahu lihat ianya sengit. Kena bahan atau membahan aku tak kisah.

Yang penting aku tahu, perjalanan Juara yang ke 20 itu sudah bermula. Glory2~!Pergh... aku tulis review BPL. Tak boleh blah... Huhu... Aku ucap selamat...

Montaj terbaik BPL

Aku senang menikmati montaj yang menarik terutama yang penuh grafik yang cantik dan lagu yang menarik. Jadi memandangkan sekarang adalah musim aku tengok bola, aku telah tengok beberapa (2 je kot,haha...) yang aku rasa menarik untuk aku tepek di sini dan diulang tayang beberapa kali di masa hadapan.



Yang pertama ni menarik. Ia mempersembahkan setiap pasukan BPL dengan menggunakan logo pasukan masing-masing. Kreatif. Aku tak jemu lagi menonton video ini berulang kali. Yang paling menarik adalah bila keluar logo Arsenal. Stail meriam kau. Haha... Macam mana pun api The Red Devil memang takleh dipisahkan... Tetap pasukan terbaik BPL... selamba.



Dan aku menulis ini sebenarnya kerana aku tertarik dengan montaj ini. Ada singa emas, diikuti dengan beberapa shot-shot menarik sepanjang EPL dan BPL berlangsung.

Aku paling tak boleh blah bila lihat José Mourinho (0:18), bekas pengurus Chelsea ada dalam montaj ni. Rasa stail lak tengok dia tunding jari. Dengar kata bila Pak Alex bersara nanti dia yang ganti. Betul!? Peh...

Oh, video ini diselitkan juga dengan klip pre-match Manchester United melawan Arsenal. Ala... yang 8 - 2 tu... Wahaha... Enjoy...

Oh, lagu dari montaj adalah dari Tinie Tempah - Written In The Stars ft. Eric Turner



Tinie Tempah - Written In The Stars ft. Eric Turner
Ohh
Written in the stars, a million miles away
A message to the main ohhh
Season come and go but i will never change
And I'm on my way

Lets Go !!
Yeah, you listening now
They said they aint heard nothing like this in a while
Thats why they play my songs on so many different dials
Cause i got more ??? than a disciplined child
So when they see me everybody baraaap baraaaap
Stunna like a young gun fully black balaaap
My criteria drops over the massive attack
I only make hits with like i work with a racket and bat
Look at my jacket and hat so damn bizurke
So down to earth im bringing gravity back
Adopted by the major i want my family back
People work hard just to get all their salary taxed
Look im just a writer from the ghetto like malary blackman[ where the hell is all the sanity at?]
I used to be kid the cared no one cared about
Thats why you have to keep screaming till they hear you out

Ohh
Written in the stars, a million miles away
A message to the main ohhhh
Season come and go but i will never change
And I'm on my way
Ohh Ohh Ohh Ohh x 4

Yeah
I needed a change
When we ate we never took cause we needed a change
I needed a break, for a sec i even gave up believing and prayin
I even done the legal stuff and was leaded astray
The say the money is the root the evilest ways
But have you ever been so hungry it keeps you awake
Now my hunger will leave them amazed
Feels like a long time coming
Since the day i thought of that cunning plan!!!
One day i had a dream
I tried to chase but i wasn't goin nowhere, running round
I knew that maybe someday i would understand
Tryna change a tenner to a hundred grand
Everyones a kid that no one cares about
So you gotta scream till they hear you out !!!

Ohh
Written in the stars, a million miles away
A message to the main ohhh
Season come and go but i will never change
And I'm on my way
Ohh Ohh Ohh Ohh x 7

Ohh
Written in the stars, a million miles away
A message to the main ohhh
Season come and go but i will never change
And I'm on my way

---

Cukup setakat ini. Aku ucap selamat... Enjoy!!!

Saturday, October 1, 2011

Bola minggu ini

Seperti yang dijanjikan... Entri bola. Wahaha...

Apa nak cerita. Ura-ura mengatakan Hernandez dan Rooney akan bermain hari ini. Aku masih harap Berbatov dapat bermain.

Ya, aku masih ulang tayang video dari entri Dimitar Berbatov (oh... Nama penuh dia Dimitar Ivanov Berbatov). Teringat ketika menentang FC Basel, beliau dimasukkan ke saat akhir. Ada gol? tidak. Tandukkan beliau tidak menepati sasaran. Melihat itu aku yakin, beliau masih mampu bermain.

"I am a relaxed guy. I play that way and I can’t change my style. I watch games and see guys who panic on the ball – they look so nervous. I can be calm, because I sometimes know what I want to do before the ball comes to me. The boss [Alex Ferguson] tells me not to change anything – he gives me freedom to express my qualities."

Ok, cukup pasal Berbatov. Karang hati menjadi semakin lara.

Apa khabar dengan Fantasy Premier League aku. Macam haram. Dapat 36 point sahaja minggu lepas. Ketiadaan Rooney, pemain hadapan Man City yang bertukar-tukar dan tak dapat clean sheet dari Newcastle buat point aku jatuh minggu ni.

Jadi aku rombak.


Aku rombak 3 hari lepas.

Keluarkan Rooney (MNU) ambil Adebayor(TOT).
Keluarkan Krul(NEW) ambil de Gea (MNU).
Keluarkan De Leat(NOR) ambil Taylor S(NEW).

Dah penat tukar-tukar ni dengar khabar Rooney dapat main pulak. Dah la aku tukar semua ni sebab Rooney injured. Tensen... Papehal Glory2! untuk Man U.

Sehingga aku perasan semalam member aku tegur tentang risiko team aku. Kalau Man U dan Man City tak ledak, dan Newcastle kalah, aku sakit. Eh..!

Team aku sangat fokus kepada team, bukan pemain. Tidak hairan kenapa 2 minggu lepas adalah minggu sakit untuk aku. Mata dah tolak 8 kerana tukar 3 pemain (1 dapat percuma). Agak sedikit tertekan di situ.

Namun bila tengok jadual. Man U lawan Norwich. Hm... dekat Old Trafford. Aku harap ledak. Man City lawan Blackburn, away untuk Man City. Rasanya takde masalah. Blackburn kot. Newcastle lwn Wolverhampton pun away. Ni sakit kot. Harap sepakan percuma Taylor R menjadi.

Minggu ni kerana kesilapan memilih team, aku fikir aku sakit sket. Hanya berharap de Gea tak bolos, Nani main tamak dan ledak, Young tolong apa yang patut. Wahaha...

Man U didahulukan. Pencapaian team fantasi diutamakan...

Minggu ni tak sakit kalau nak dibandingkan dengan 2 minggu lagi. Di Anfield. Aku ucap selamat... Oh lupa... Layan video ini. Tribute to Edwin van der Sar.



Jap gi nak layan Liverpool membelasah/dibelasah Everton. Huhu... Aku ucap selamat...

Friday, September 30, 2011

FX - TMMS7 - Minggu 1

Dulu sifu aku pernah kata, trader yang baik mereka akan buat journal. Buat catatan. Agar kesilapan yang dahulu tidak berulang. Walaupun teknik ini adalah teknik malas, aku fikir ianya ada potensi untuk untung lebih, dan mungkin untuk mampu dinaiktarafkan. Hm...

Seperti yang kau orang sedia maklum, aku ada menulis tentang Teknik Malas MS7. Idea asal teknik ini datang bila aku fikir aku tak patut cuti dalam forex. Takut lupa antaramuka MT4. Takut terkial-kial. Takut akan hilangnya asas yang aku dah bentuk lama dulu.

TMMS7 ni (macam haram lak panjang singkatannya) adalah teknik asas untuk trader latih melihat trend sesuatu pair. Dan latih supaya tak beli ketika downtrend dan jual ketika uptrend. Supaya tak jadi mangkuk (terkenang kisah lama...) yang tak datang hasil.

TMMS7 ini juga aku guna kerana terfikir jika satu atau dua ketika aku akan sibuk dengan kerja lain. Yup, duduk depan pc dalam 2 - 5 minit, buat pending order kemudian lantak la mana dia nak pergi. Kerja malas dan senang. Janji untung. Lantak la kau nak kata pe.

Membebel lak. Ok, kita mula...

---
Minggu ini ada 9 order semuanya. Bermakna hanya 90 pip.


Dalam 9 order, hanya ada 1 yang memerlukan 2 hari untuk selesai. Bermakna mesti ada drawdown yang tinggi. Aku anggapkan kalau ada float lebih 2 hari, aku kena tengok berapa banyak drawdown yang berlaku.


Aku buat pending order berdasarkan trend sebelumnya. Pending order dibuat pada anak panah. Trend sebelumnya adalah downtrend. Dan garisan menegak yang berwarna kuning adalah garisan di mana PO aku terkena. Tanda bagus adalah tanda kena TP, profit.

Bila aku kira balik, drawdown yang berlaku hanya sebanyak 151 pip. Well, setakat ni paling tinggi yang aku jumpa adalah 185 pip. Boleh tahan la.

Setakat ni peraturan dia semua aku ikut. Drawdown tu memang kita tak boleh elak. Dan kerana itu aku adakan 1000 pip untuk baki akaun aku. Aku tahu entri lepas aku kata 600 pip. Suka hati aku la... Minimum dia 600, lebih lagi selamat. Dari masa ke semasa aku akan cuba kurangkan. Aku tahu sifat manusia, bila dah tamak nanti tengok la pe akan terjadi.

Sekian sahaja laporan saya. Kau tak faham boleh rujuk sini untuk TMMS7. Aku nak ingatkan sekali lagi yang teknik ni hanya asas. Bermakna dia ada ruang yang amat besar untuk dinaiktaraf. Kau nak cuba boleh, lu trade lu tanggung sendiri...

Aku ucap selamat... Esok nak cerita entri bola pulak.. Wahaha...

D Masiv – Rindu Setengah Mati

Masih dalam mood layan D'Masiv. Bila teringat... mesti akan nyanyi lagu ni. Dan kenapa lagu indon senang popular? hanya kerana isinya lebih tepat. Tak perlu bahasa yang fancy sangat. Lagu ini amat senang untuk meluahkan rasa dalam hati untuk si dia... Enjoy...





D Masiv – Rindu Setengah Mati
Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

Reff:
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu…
---
Kalau dah hari-hari tak pernah luput di fikiran dan di hati... Tak setengah mati gamaknya... huhu... Aku ucap selamat...

Monday, September 26, 2011

Rooney dan barisan pertahanan Man U

12 Februari 2011.

Aku bersama kawan-kawan sekaki tengok bola tengah tengok perlawanan Manchester United menentang Manchester City. Seperti biasa kawan-kawan yang bukan peminat Man U kompom anti Man U ni duk kutuk-kutuk.

"Ni apahal Rooney jadi defence la ni... Dah takde defence ke Man U. Wahahaha..."

Aku diam je... Dan siapa yang ada kat situ akan ingat bagaimana mereka makan semua kata-kata mereka ketika Rooney menyumbat gol dengan tendangan basikal dia. Dan bagaimana aku bersorak riang. Boleh rujuk entri ini, video bawah sekali untuk gol itu.

Hari ini aku lihat video ini dan baru aku faham apa yang Rooney fikirkan yang membuatkan dia rajin turun bersama barisan pertahanan Man U.



Haha... Ronaldo macam biasa. Angkuh dan popular... Rooney, cepat pulih doh...

Aku ucap selamat...

Jangan Menyerah!

Aku tak tengok sangat sinetron Amanah Dalam Cinta. Tapi lagu montajnya amat memberi semangat.



D’Masiv - Jangan Menyerah Lyrics

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

kita pasti pernah
dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada artinya lagi

syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
kebesaran dan kuasanya
bagi hambanya yang sabar
dan tak kenal putus asa

---

Lagu lama dan banyak kali aku dengar. Dulu... dan sekarang. Dan kenyataannya tetap sama... Maka, jangan menyerah...

Aku ucap selamat...

Sunday, September 25, 2011

Aku tak mampu tidur. Ya, baru balik dari menonton bola bersama kawan-kawan. Liverpool, Chelsea, Arsenal dan Manchester City menang. Aku, Manchester United hanya seri melawan Stoke City. Fantasy Football tak payah cerita. Memang haru.

Sedih dan kecewa. Berbatov pemain kesayangan tidak beraksi. Lemau je aku tengok. Orang dalam page fb dia memaki-hamun. Namun disebabkan aku faham dia sudah lama tidak bermain. Barangkali ada masalah. Barangkali tiada mood. Barangkali sudah tua.

Tapi aku rindu mahu lihat beliau beraksi seperti dahulu. Aish...

Namun, bukan itu yang membuatkan aku tumpul untuk tidur. Ia hanyalah kerana suatu perasaan yang lama. Aku fikir, jika cinta, kau toleh ke mana pun kau akan nampak dia. Kau lihat apa pun, kau akan kaitkan dengan dia... dan paling penting...

Bagaimana benci pun kau pada dia, dia tetap takkan kau lupakan. Ya, aku sedang bercerita tentang si dia. Bukan Mel... Tetapi si dia.

Setiap malam adalah rutin yang sama. Tidur itu menjadi terlalu sukar. Hanya jika aku benar mendapat penat, dan ngantuk baru benar terjadi mimpi itu.

Sedih. Seumur hidup aku tidak pernah merasa kesedihan seperti ini. Hati selalu bertanya kenapa? Walau jawapannya terlalu jelas, tapi masih bertanya kenapa?

Kenapa perlu begini? Kenapa tidak tunggu? Kenapa mesti buat begini?

Walau betapa marah pun aku tidak sekali aku lupa si dia. Betapa perit aku mahu melupakan pun tidak pernah luput dari ingatan.

Menyesal!? Ya... Putus Asa...!? tidak... Bukan DNA aku untuk putus asa. Kesan yang ditinggalkan terlalu kuat untuk aku tidak berputus asa. Dan kerana itu, cerita ini tidak akan habis. Tidak pernah tamat

Dan walau jauh aku menafikannya, si dia akan selalu dekat denganku.

Aku minta maaf, ini terlalu peribadi. Huhu... aku harap kau tidak membaca sehingga sini. Aku ucap selamat. Aku perlu berhenti kerana ada mata-mata sedang memerhati...

Saturday, September 24, 2011

Fantasia Bola Sepak Madu...

Entri bola lagi... Aish... Haha...

Jangan marah. Ni minat aku sekarang. Kalau dah minat, sehabis perah aku akan cerita. Dan bercerita.

Aktiviti harian aku tak sah kalau tak ke Sokernet membaca celoteh penulis-penulis di sana dengan pasukan kesukaan masing-masing. Banyak merepek dari info. Memang menghiburkan.

Selain itu juga, aku akan ke Fantasy Premier League, semak kalau-kalau ada pemain sakit semasa latihan. Ya, aku main fantasia bola sepak.

Ada peluang tak agak2?

Dahulu masa mula-mula tengok bola, nak tengok Manchester United je main. Bila dah bercampur dengan kaki-kaki bola ni, paksa la diri juga tengok pasukan lain main. Tapi lama-lama jadi seronok sebab tak la kemaruk sangat nak tunggu satu perlawanan je dalam seminggu.

Bila dah lama-lama, terfikir macam mana pasukan lain bermain. Fikir, kalau boleh masuk BPL dan ada sesetengah bermain UCL (UEFA Champion League), mesti main pun bagus jugak. Tapi daya nak tengok tu tak kuat sehingga...

Adik aku ajak main bola fantasi ni. Disebabkan kita hanya boleh pilih 3 orang dalam satu pasukan, jadi tak Setan Merah la semua. Nak tak nak kena la tengok pasukan lain bermain. Pasukan yang aku pilih di atas adalah berdasarkan perbincangan di kedai makan, dan pemerhatian yang semi-teliti.

Kalau dilihat semua, cara aku pilih pemain adalah berdasarkan pasukan. Nampak kelompok beradik Manchester. Haha... Senang nak semak nanti. Kenapa barisan pertahanan banyak Newcastle? Tengok Taylor R amik sepakan percuma buat aku minat lak. Lagipun tengah murah masa aku beli dulu. Yang lain sekadar mengisi korum. Wahaha...

Jangan tanya kenapa aku tak ambil itu dan ini. Budget tak cukup. Kalau nak lawan dengan liga orang lain, aku tak mampu. Cukup la duduk di tempat pertama dalam liga klasik Sara Tomyam bersama kawan-kawan sekaki tengok bola kat sini.

Pemilihan ini juga berdasarkan ramalan Manchester United akan menjulang piala BPL sekali lagi. No 2 mesti Manchester City dan diikuti dengan Chelsea. Wahaha... Selamba...

Jadual minggu ni.

Minggu ni rasanya takde Big Four berentap antara satu sama lain. Tapi masih senang nak tengok semua perlawanan yang ada. Ok2... Nak keluar... member tunggu... Aku ucap selamat...

Friday, September 23, 2011

Forex : Teknik Malas MS7.. Muahaha...

Hai kawan. Hari ini aku nak menaip tentang forex. Lama rasanya aku menyepikan blog ini dengan forex. Haha...

Jujurnya, aku tidak berhenti, tidak juga mengambil cuti dari forex. Cuma aku tidak gemburkan di khalayak ramai. Tidak percaya tanya kawan dan keluarga sedekat aku. Aku ada buka MT4, tetapi untuk jangkamasa yang amat la sekejap. Haha...

Maka, hari ini aku nak berkongsi benda asas dalam forex yang jadi mainan (teknik) aku sekarang. Memandangkan aku ini adalah orang yang malas, maka teknik ini teramat la sesuai dengan orang yang malas macam aku.

Profit!? ada tetapi sedikit. Risiko!? entah, kau kira sendiri.Aku namakan teknik ini Teknik Malas MS7 ok tak? Haha.. Kita mula...

Seperti yang para trader semua tahu, hanya ada 3 jenis trend dalam graf forex ni. Uptrend, Downtrend dan sideway. Teknik yang aku nak bagitau ini adalah teknik asas seorang trader untuk mula trade. Maka, sebarang komen berbentuk termaju yang buat budak setahun jagung rasa keliru aku band.

Downtrend



Uptrend

Aku dapati bilamana trend nak berubah, dia akan sideway. Ya, sideway adalah satu jenis trend yang sukar nak profit. Budak-budak si jauh sedikit sama ini trend ok!?

Sideway. Tak naik tak turun.

Disebabkan aku ini adalah si pemalas, aku suka cari jalan mudah dengan memahami asas sesuatu perkara. Aku selalu perhatikan bilamana sesuatu trend mahu berubah, dia akan sideway sebentar dan ubah trend.

Untuk bacaan lanjut, cara mengenali trend dengan betul sila klik sini.

Dengan berbekalkan maklumat asas ini aku uji sejauh mana kebenarannya.

Mudah je. Apa yang aku buat adalah....

  1. Kenali trend (uptrend ke downtrend)
  2. Ambil harga 2nd tertinggi (uptrend) 2nd terendah (downtrend)
  3. Buat pending order (stop). Jadikan harga tadi sebagai TP (target point), dan +10 pip untuk harga sell stop (downtrend) atau -10 pip untuk harga buy stop.
  4. Tunggu dan lihat. SL tidak diperlukan.
  5. Hanya pastikan kau mampu buat pending order. Kalau kau tahu apa yang aku maksudkan.


Merujuk gambarajah di atas. Katakan  price sekarang ada di sekitar bulatan putih tu. Kau tau ini uptrend dan kau mahu buat buy stop. Puncak last sekali  yang kau lihat adalah 0.7960. Jadi kau akan buat pending order seperti di bawah.

TP = 0.7960 - spread = 0.7957
PO = 0.7947

Faham!? Jangan lupa bila kau buat buy stop, - spread, kalau sell stop + spread. Ini langkah berjaga2 sahaja. Erti kata lain, teknik ini hanya untung 10 pip setiap order. Dah namapun teknik malas, sikit je la dapat.

Namun...

Jika kau lihat ada sideway. Contoh kalau tengah uptrend, tiba-tiba puncak sekarang lebih rendah dari puncak sebelumnya. Berhenti buat pending order. Ada kebarangkalian dia nak tukar trend. Contoh macam garisan biru di gambarajah di atas. Berhenti, gi rehat.



Gambarajah di atas ini pula hasilnya. Kerana aku malas dan teknik ini teknik malas, jadi kau boleh nampak tarikhnya adalah tidak up to date sangat. Haha...

Teknik ini memang ada drawdown. Paling tinggi aku capai adalah -185. Dan aku pernah tunggu sehingga 33 hari hanya untuk 10 pip. Paling cepat kurang seminit. Berbekalkan maklumat ini, aku rasa ada elok kiranya pengurusan kewangannya di buat begini.

Paling teruk pun kau terkena, -185pip. Aku bundarkan jadi 200.
Paling teruk pun kau terkena, 3 order terbuka serentak. Jadi, mungkin ada 3 x 200 = 600 pip.
Jadi margin atau baki akaun kau mesti 600 pip. Kalau ada USD600, jadi satu order buka USD1 dah la...

Ok, sekian... Aku takde hati nak uji dan membawa teknik ni ke peringkat seterusnya. Teknik ini terlalu asas. Aku yakin ada trader tengah gelak di luar sana membaca ini. Haha... Aku tengah malas, ini teknik aku sekarang. Kelak, bila aku rajin, aku akan ajar lagi teknik lain...

TF bagi la 1 jam. Tu je yang aku uji setakat ni. Pair tak kisah. Setakat ini aku henjut je mana mampu...

Disclaimer
Lu trade lu rugi itu lu punya hal. Terbaek...

Aku ucap selamat... Huhu...

PS : maklumat tambahan TMMS7 klik sini.

    Thursday, September 22, 2011

    Dimitar Berbatov

    Bosan-bosan aku ke ESPN Soccernet, saja-saja tengok statistik dan jadual perlawanan BPL minggu ni. Terlihat top-scorer Wayne Rooney dengan 9 gol. Baru 5 perlawanan, agak-agak la. Melihat ini juga mengingatkan aku top-scorer musim lepas iaitu Dimitar Berbatov dan Carlos Tévez dengan 20 gol.

    Berbatov ye... Hm... Masing-masing yang minat tengok bola punya minat melihat pemain kesukaan mereka bermain. Ada yang minat Ronaldo (I heard you, girls... Heh...), ada juga minat tengok gelecekkan Messi.

    Tapi aku minat lagi tengok Berbatov main.



    20 gol dari Dimitar Berbatov

    Dilahirkan pada 30 Januari 1981 di Blagoevgrad, Bulgaria, beliau merupakan pemain terbaik di negara beliau. Mula menjadi pemain di BPL bilamana Tottenham Hotspur membeli beliau dengan £10.9 juta pada 2006.

    Dah sedap ledak 23 gol dalam 49 perlawanan, pak Alex menjadi minat. September 2008 Berbatov tandatangan kontrak 4 tahun dengan Manchester United.

    Apa yang aku suka tengok bila Berbatov bermain bilamana beliau menerima bola tinggi. Bola... tak pernah lari dari kaki. Aku ingat lagi beliau dapat bola tinggi kemudian siap pusing lagi. Wahaha... Terbaik.



    Ini baru art... Haha...

    Yang tak bestnya, beliau macam malas sket. Kau boleh tengok perlawanan lepas Manchester United vs Leeds United untuk Carling Cup. Orang duk lari laju-laju. Beliau boleh lari-lari anak lagi. Tapi rasanya tu pun salah satu skill beliau. Bawa bola memang perlahan. Tapi cara dia kawal bola memang terbaik. Sebab tu mana datang bola tu pun selamba dia amik dan bawa. Dan tunggu je dia buat perangai... gol dan gol... Muahaha...



    Top Ten Gol Manchester United musim lepas.

    Masih ingat lagi gol hasil tendangan basikal dari Rooney (3:15). Aku rasa Berbatov (2:47) buat lagi terbaek... Haha... Tapi siapalah striker tanpa hantaran terbaik dari midfielder atau winger...

    Huhu... Sekian sahaja tentang Dimitar Berbatov. Rindu nak tengok dia beraksi lagi dalam BPL. Muak tengok Rooney dan Hernández. Gua nak former King of White Hart Lane beraksi semula... Yeah! Errr... Ye, gua tau sekarang dah Red Devil.. Haha..

    Sumber
    http://www.manutd.com/en/Players-And-Staff/First-Team/Dimitar-Berbatov.aspx?pageNo=1
    http://soccernet.espn.go.com/player/_/id/12724/dimitar-berbatov?cc=4716
    http://bleacherreport.com/articles/118746-berbatov-fergie-says-my-relaxed-style-is-just-fine

    Jadual cemerlang kehidupan saya...

    Dalam hidup aku, saat yang paling cemerlang adalah ketika aku berada di kolej, terutama ketika semester satu. Dan seterusnya ketika aku mulai mengenali dia... Ops... kali ini dia bukan si dia. Kita tukar... kita tukar...

    Si dia kali ini namanya Mel. Aku fikir jika kau membaca, atau mengenali aku ketika aku berada di kolej kau akan kenal sama ini bidadari. Ya, dia juga bidadari, kerana dia bawa aku bukan ke syurga, tetapi membawa aku ke atas di mana aku mampu lihat seribu kebarangkalian untuk menjadi insan yang cemerlang.

    Cuma aku yang bebal tidak gerak mendapatkannya. Oh, dan bukan itu yang aku mahu cerita.

    Aku teringat bagaimana si dia (ingat, kali ni Mel) jadikan aku dari si malas kepada mamat yang hidupnya bermakna. Selaku mamat yang ketika itu amatlah mudah tertarik dengan perempuan, aku ikut ke mana dan apa sahaja yang si dia mahukan. Ironinya, ini tidak menjadikan aku bangang sebaliknya meningkat prestasi dan mutu kerja aku.

    Membebel!? ok...

    Pagi...
    Dahulu di kolej dan tentunya selepas mengenali si dia, aku selalu bangun pagi tanpa tidur semula. Siap mandi, siap nak pergi kuliah. Bangun pagi adalah benda yang sukar tetapi jika kau mampu lakukan, aku yakin setiap hari-hari kau adalah hari yang cemerlang.

    Pergi kuliah macam biasa, motivasinya hanya kerana mahu terserempak dengan si dia. Mana tau boleh makan tengah hari bersama. Haha... Tak salahkan kalau niat sedikit terpesong. Sekurang-kurangnya kadar ponteng kuliah aku menurun.

    Petang...
    Petang bukan alasan penat ke kuliah dan mahu tidur sahaja. Motivasinya tetap sama, mahu terserempak dengan si dia. Dan hanya kerana ini, aku bermain bola keranjang, bola tampar, squash dan paling malas pun jogging.

    Ya, kami agak kerap berjumpa tetapi aku tak fikir kami kerap duduk lama berbual. Jika kau tanya mengapa, aku tidak ingat.

    Balik bersukan bukan hanya duduk berehat. Di bilik mesti angkat itu dumbell bagi kekar otot-otot maskulin dahulu. Penampilan penting bagi aku ketika itu. Dan terima kasih kepada rakan sebilik yang tak henti-henti bagi sokongan kat aku. Haha...

    Malam...
    Kalau ada mood memang ke surau aku. Berjemaah memang afdal. Bila malas sahaja hanya solat di bilik. Remaja... aish...

    Selesai solat, siap-siap ke perpustakaan. Motivasi masih sama. Tetapi jika aku tidak salah ingat, tidak selalu kami study bersama. Terutama sejak berlaku peristiwa bangang itu. Apa yang paling aku ingat, jika kami study bersama, memang tak borak. Masing-masing buat kerja masing-masing. Hanya jika rasa terlalu penat dengan buku baru kami berbual.

    Dan berbual itu amat jarang sekali. Bila fikir balik, mungkin ini salah satu sebab kenapa aku cepat belajar tentang sesuatu. Fokus itu penting.

    Tengah malam.
    Perpustakaan cepat tutup jadi ianya mengehadkan masa bersama aku dan si dia. Bila sampai di bilik, aku akan sambung study lagi. Dan hanya bila tak tau nak study apa, aku akan telefon dia tanya mana subjek terbaik untuk aku telaah malam ini.

    Dan ketahuilah bila si dia sebut, aku tak menjawab dan terus buat. Aku ingat lagi aku pernah buat satu tutorial ini sehingga tidak tidur. Sehingga subjek tak belajar lagi pun aku rebat satu kali. Terbaik.

    Dan kebiasaannya aku tidur lewat, sekitar jam 3 setiap hari.

    Setiap hari, kitarnya sama. Aku tidak peduli jika kau kata aku ikut dia atau sewaktu dengannya namun ketahuilah. Puncak prestasi terbaik aku ketika aku bersama dengan si dia. Dan aku tidak pernah sampai di puncak yang sama sehingga ke hari ini.

    Dan itu membuatkan aku selalu rindu saat itu.

    Apa yang kau orang boleh dapat dari sini. Senang.
    • Bangun pagi dan jangan tidur balik
    • Petang pergilah bersenam
    • Tidak mengapa jika kau tidak cukup jam tidur, tetapi dengan kondisi badan kau, tidur yang hanya 3 jam setiap hari boleh jadi cukup.
    • Fokus tu penting.
    • Paling penting
      • Ada motivasi. Dalam kes aku, si dia. Hehe...
    Mungkin ada orang kata, aku terlalu bergantung kepada si dia. Si dia tidak rotan aku, tidak paksa aku. Si dia hanya beritahu, berbual seperti orang biasa. Dia bukan queen control. Si dia hanya bidadari, yang menarik aku ke puncak dunia.

    Ironinya, semua ini bertahan dalam 3 bulan jika aku tidak salah. Banyak benda sudah berlaku selepas peristiwa  itu yang buatkan aku hilang semua yang si dia berikan.

    Membuat aku menjadi biasa dari menjadi terbaik. Aku rindu saat itu. Aku mahu ulanginya semula. Aku tahu tidak mungkin untuk bersamanya.

    Menyesal!? ya. Putus asa!? tidak... Aku tahu ada yang sepertinya di luar sana. Bila fikir balik, barangkali perempuan sepertinya amat sesuai untuk aku. 5 criteria perempuan idaman yang aku khabarkan kepada kawan-kawan plkn aku adalah dari si dia.

    Dan aku akan pegang supaya aku tidak salah memilih lagi.

    Aku ucap selamat...

    Wednesday, September 21, 2011

    Iklan : Ramli dan Man U

    Dah tengok iklan ini...?





    Haha... Kalau aku dapat main dengan Manchester United pun aku giler cam Ramli... wahaha...
    Bila baca kembali entri lama dari blog ini, membuat aku terfikir yang aku ada berubah. Aneh...

    Kalau dahulu aku suka luahkan perasaan di sini. Suka menulis tanpa rasa takut di baca oleh orang tertentu. Suka keluarkan kata-kata yang ditaip oleh hati. Tetapi semakin aku membesar, semakin aku simpan semuanya untuk aku.

    Sekarang bila aku baca kembali entri aku yang terkini, sepertinya aku tidak terlalu jujur dengan perasaan sendiri. Semakin aku baca semakin aku konpius. Aku mulai menggunakan kata yang terlalu sukar untuk aku sendiri faham.

    Blog ini penting bagi aku. Aku harus menulis sesuatu di sini supaya aku boleh membacanya kemudian hari, dan memahami apa yang aku rasa ketika itu. Aku suka corak penulisan aku yang lepas. Lebih telus, lebih emosional.

    Aku tahu mengapa ini berubah.

    Kedatangan si mulut busuk dan juga peristiwa 'kecelakaan dibalas dengan kecelakaan'. Ini berubah, ini yang mengubah aku dan blog ini. Dan aku benci kedua-duanya. Hanya jika aku boleh kembali, kedua ini takkan mampu mengenali aku.

    Walaubagaimanapun, semuanya telah terjadi. Masa aku telah tamat. Semua yang aku usahakan dahulu telah habis. Aku perlu hidup baru. Hidup aku sekarang baik namun tidak mencapai standard seorang manusia yang ceria, seperti yang aku dapat dahulu.

    Aku hanya ada kawan-kawan aku, adik aku, bola, komputer dan tentunya diri aku sendiri. Sunyi...!? mungkin. Tapi tidak seperti dahulu. Aku boleh biasakan diri dengan ini. Hanya perlu ada tambahan dalam hidup ini.

    ---

    Petang tadi aku terbaca satu komik, ada babak di mana si teruna sukakan si dara ini tetapi tidak diketahui oleh si dara tadi. Bodohnya, si teruna ini tahu yang si dara juga ada memendam perasaan pada si teruna akan tetapi tetap bodoh tidak mahu meluahkannya. Takut di kecewa walhal ianya benda yang pasti.

    Biasa bukan babak di atas di lihat di dalam komik atau drama. Untuk pengetahuan kau orang, aku juga mengalami benda yang hampir sama. Dan membaca entri ini sekali lagi mengingatkan aku betapa bodoh melepaskan satu-satunya manusia yang buat aku cemerlang dalam hidup aku.

    Tiap kali membaca ini, aku tahu aku telah buat silap. Aku telah menterbalikan takdir terbaik aku menjadi kepada yang sukar. Its stupid if u ask me.

    Dan aku tak fikir aku akan diberi peluang kedua untuk mendapat sepertinya. Menyesal!? Ya... Putus asa!? tidak. Aku tahu ada berbillon perempuan di luar sana yang berkemungkinan besar hidup sepertinya.

    Hanya terpulang kepada aku untuk mengenali, berusaha dan tidak lepaskannya.



    Aku ucap selamat... Dan maaf kerana membebel.. Huhu...

    Tuesday, September 13, 2011

    Awek Kedai Emas

    Jika kau bangun pagi dan nikmati setiap saat pada pagi hari, aku yakin kau akan dapat kegembiraan dan nikmat yang tak terhingga. Tak percaya? Baca balik semua entri aku bilamana aku menceritakan sesuatu yang terjadi di pagi hari.

    Pagi ni aku ke pasaraya belikan barang untuk mak aku. Dia nak masak tengah hari ni tapi barang tak cukup. Bila dalam perjalanan pulang, aku lalu depan satu kedai emas.

    Aku tersenyum. Teringat mak aku borong emas kat kedai ini. Dan bukan kerana itu aku senyum, tapi kerana ada awek kerja kat situ.

    Orangnya comel (cantik juga), kulit putih badan berisi.Ya, sedap-sedap peluk camtu. Pandai cakap cina lagi (dia melayu). Masa aku gi dulu memang dia tak bertudung tapi pakai nampak agak-agak elok la.

    Aku lalu, tengok ada awek pakai tudung duduk kat situ lambai aku. Oh... Dah pakai tudung. Kau tanya cantik ke tak? Aku naikkan 10 kali ganda gambaran kecantikkan dia berbanding yang aku ungkap sebentar tadi.

    Tapi sayang, lengannya pendek. Huhu...

    Well, kau tanya aku adakah itu bangang. Aku fikir tidak juga. Perubahan perlu masa. Dan perlu sedikit daya tolakan. Aku fikir bulan Ramadhan lepas memang banyak mengubah orang.

    Kalau kau selalu merayau-rayau di alam cyber ini, ramai blog dah cerita tentang perihal perempuan bertudung. Ya, bertudung itu perlu kerana jika anda (perempuan) tidak, maka ianya adalah gangguan seksual bagi lelaki.

    Bagi aku, tutup aurat itu perlu. Wajib. Kerana sebagai lelaki, aku suka lihat perempuan cantik. Tetapi perlu ada imbangan (balance). Tidak keterlaluan (seksi, seksa) dan tidak pula terlalu kurang (tutup semua tapi tak kemas). Tutup, dan ada kemasan (solekan) ringan dah cukup.

    Aku minta maaf, sebagai lelaki aku memang suka melihat. Tetapi tidak terlintas dalam hati untuk berkata atau berniat buruk. Jika kau tutup dan cantik, aku kata cantik. Jika kau tidak tutup dan cantik, aku juga kata cantik. Namun aku tidak mahu nafsu yang mengatakan kau cantik. Aku mahu aku yang katakan cantik. Ngerti?

    Dan tak perlu sederap kalau mahu berubah. Kalau dulu tak bertudung, then cuba bertudung. Kalau tidak sempurna, maka perlahan-lahan sempurnakan.

    Aku lambai kembali pada dia, dan buat isyarat pada dia yang dia cantik bila memakai tudung. Dia senyum dan jika perasan aku pipinya merah. Huhu...

    Aku akan tunggu perubahan dia seterusnya. Barangkali lepas ni dia berbaju kurung pulak. Slow-slow k. Aku tahu tutup aurat ini wajib. Tetapi beri dia peluang untuk perlahan-lahan berubah.

    Walaubagaimanapun, setiap pagi yang kita bangun dan keluar untuk menikmati pagi hari memang sesuatu yang indah. Bagaimana pagi kau orang semua.

    Aku ucap selamat.!
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...