Followers

Gamers

Tuesday, April 21, 2015

Perihal Profit dan Rant sikit.

Dalam nak membangunkan sistem trading, aku sentiasa ada masalah macam mana nak keluar market. Erti kata lain, tutup order.

Banyak kaedah kita boleh guna bila sebut pasal nak keluar market ni. Boleh guna indikator, atau trailing stop, atau nak lebih klasik, guna TP dan SL.

Realiti trading adalah, macam mana kau trade sekalipun, rugi tu pasti ada. Apa yang kau boleh buat adalah mengawal kerugian kau. Tiada yang pasti dalam market. Kalau kau baca yang orang jumpa teknik yang tak pernah kalah, sekalipun kau newbie, kau boleh kata orang tu pemgbohong.

Penipu je semua tu.

Makin kau trade, makin kau nampak realiti market. Market tak kejar SL kau, kau yang bodoh letak dekat sangat. Market bukan taknka kena TP kau, kau sengal letak jauh sangat. Realitinya, market tak heran pun order kau. Dia hanya buat kerja dia.

Dan dia buat dengan keadaan terbaik yang dia selalu buat. Chaotic.

Jadi, aku ada sistem untuk masuk market. Masalah aku sekarang adalah macam mana nak keluar market. Aku cuba cari jalan supaya kaedah aku keluar market lebih fleksible; bermakna aku boleh TPSL aku mengikut market. Kalau market kata 20 pips, then 20 pips la.

Aku percaya, market hanya buat hal sendiri, takde sekilas pun pandang pada kita trader. Apa yang kita perlu buat, ambil apa yang dia bagi. Kalau dia taknak beri, kau tak boleh buat apa-apa. Dia ada di situ untuk memberi, dan mengambil. Be prepared.

Aku juga cuba mencari yang jenis stress free. Dapat yang less stress pun dah ok. Aku tahu, kalau nak stress free, just letak je TPSL atau... tak payah trade langsung. Mana ada keje tak stress ye tak?

Aku guna renko (3), zigzag (default) dan Parabolic SAR (0.1,0.1). Sistem masuk market aku lebih kepada mengikut trend yang ditunjuk oleh renko, bukan candlestick. Tengok trend macam tengok elliot wave jugak, trade masuk pada wave 3 ke 4. Dan aku gunakan Parabolic SAR sebagai petunjuk untuk aku masuk.

Backtest kaedah ni agak sukar memandangkan Zigzag repaint. Tapi tu untuk lain hari punya cerita.

Aku tahu aku perlu keluar market bila sampai 5 kalau ikut Elliot wave. Tapi realiti market tak macam tu. Market tak gerak harmoni macam tu. Buat masa sekarang aku fikir something like letak TPSL dan lupakan. Klasik.

so TP = Range (3) to (4); SL= Price at (4) + 6pips + Spread.

Irod rule dia. TP > SL. RR (Reward to risk) > 1. So, kalau SL besar lagi dari TP, aku tak ambil trade tu. So far backtest dan forward test nampak baik. Cuma kerap jugak market macam spike dan aku terlepas pip besar. Elok dapat 70 pip, last2 dapat 30 pip. Hm... So cara ni tak fleksible, tak mengikut market semasa.

Aku tak expect nak betul-betul close bila aku ada order buy dan sekarang betul-betul kat top. Secara manusianya, adalah mustahil melainkan kau boleh ramal masa depan.

Aku cuba terapkan Parabolic SAR dalam sistem aku untuk keluar market. Perlu ubah sana sini buat aku sakit kepala. Ubah satu benda, backtest, ubah lagi, backtest. Dan ya, aku amat sibuk.

Hm.. tu je kot. Aku tak terfikir nak kongsi sistem aku sebenarnya. Sebab tu aku hanya cerita ringkas. Kalau ada trader baca, aku fikir dorang cepat faham memandangkan takde benda baru dalam sistem ni. 123 masuk. ABC masuk. Terutama kepada Elliot Wave trader. Dorang lagi faham dari apa yang aku faham tentang market.

Dan juga sebab aku tak mahu stress sangat. Aku lihat banyak guru trading sekarang struggle memimpin makhluk yang tak mahu belajar dan hanya nak spoon-feed material. Manusia...

Aku fikir, trading tak susah. Yang menjadikan ianya susah adalah kerana keadaan kita sebagai seorang manusia. Ya, manusia yang gerakkan market. Tapi untuk berjaya dalam trading, menjadi manusia adalah mustahil.

Banyak sabar, perlu pantas, perlu bijak, perlu dan tidak berlebih dalam takut dan tamak. This kind of thing, kita sebagai manusia amat lemah.

Dan sebab tu aku ada rasa hormat yang amat tinggi pada para trader-trader sekalian. Mungkin dari segi kemanusian, mereka ada sikit kurang, I mean, trader buat apa sahaja untuk profit kan? Tapi dari segi psikologi, mengawal diri. Trader memang no 1 terbaik. Aku tak fikir ada kerjaya dalam dunia ni yang mampu setanding trader dari segi mengawal diri, emosi dalam keadaan yang konsisten stress; chaotic. Anything can happen in split of second.

Trader. Profit tak senyum, loss tak marah. I do really have utmost respect to this people. Trader...

Dan ini juga salah satu sebab kenapa aku mahu menjadi salah seorang di antara mereka-mereka.

Huhu... membebel...

Anyway, fokus aku hanya mahu mudahkan cara. Aku percaya setiap benda sentiasa ada cara nak mudahkan kerja. Even teori relativiti Albert Einstein yang susah nak terangkan pun last sekali jadi E=MC2, inikan pulak benda-benda yang kita buat hari-hari.

Huhu...

Aku ucap selamat dan para trader sekalian, semoga menghijau. Btw, maaf kalau post ni membosankan. Namapun membebel. Huhu...


Monday, April 20, 2015

Congratz Si Dia

Tengah duduk melayan market dan menelaah facebook untuk news trading camtu, terlihat orang post pic kahwin Si Dia. Aku just tekan 'Like' dan move on.


Weekday biasanya aku luangkan dengan membaca forum, facebook, artikel dan manga. Dan jujurnya, benda yang aku lihat dan baca, aku tak mampu hadam segera. It will take awhile.

Selepas beberapa ketika, baru aku sedar... oh... Si Dia dah kahwin. Dan soalan feveret lepas tu, apa aku rasa...?

Perasaan negatif tu lama hilang. Aku hanya gembira bila aku tahu Si Dia dah kahwin. I mean, come on. Benda dah lama aku pun macam takde nak fikir sangat. The feeling dah tak sekuat dulu, lagi-lagi bila aku tengah sibuk dengan market sekarang. Sampai Eve Online pun weekend je. Sob2...

Aku expect ianya sekuat feeling masa Fiqa dan Cahaya Pembuka Hatiku kahwin dulu memandangkan dalam hidup aku hanya ada 3 orang ex sahaja. Its good to be happy, bila kita dengar orang dah kahwin, kita mesti gembira.

Orang kata betul. Pengubat hati hanya masa. Kalau aku biarkan diri aku tenggelam dengan masa silam, masa depan aku sukar. Aku still sayang mereka bertiga ni. Takde dalam hati aku membenci mereka dah. Dan bila dengar mereka bahagia, aku juga merasa gembira.

Thanks to trading dan Eve Online, dan of coz keluarga, aku fikir aku mahu hidup dan kejar apa yang aku mahu. Hidup hanya sekali dan kalau aku tak dapat apa yang aku mahu, dan aku fikir, hidup aku tiada makna.

Aku ucap tahniah dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat untuk Si Dia dan teman hidupnya.

Dan aku ucap selamat kepada semua!

Friday, April 17, 2015

Haruka Tomatsu - Courage

Aku cukup suka lagu ni. Aku tahu Sword Art Online 2 dah habis lama dah tapi aku still dengar lagu ni bila aku tengah buat kerja.

---



Haruka Tomatsu - Courage
zutto hikari no naka kinou made wa nakatta ashiato o tadottekita hodo
gooru no mienai meiro ame ni utareta chizu koukai mo nanimo nai kedo

sakenda koe wa
kitto todoku kara
kono monogatari no hajimaru kane no ne ga tsunagu tabi no tochuu de

kimi ga egaita mirai no sekai wa itsuka no sora ni michibikarete
donna yume kasanete itsuwaru koto no nai ano hikari o ah on give for my way

motto saki ni mieru kibou dake nokoshita kizuato ga ieru koto wa nai
saitei nanika hitotsu te ni hairu mono ga attara soredake de nanimo iranai

todoketa sora ga
mada kodoku nara
kono monogatari no owari o tsugeru oto kikasete

sotto yuruyaka ni tachikomeru kaze
itsuka no hi ka owaru tabi no tochuu de

kimi ga egaita mirai no sekai wa ima mo dokoka de ikitsudzukete
hontou no jibun o ukeiretekureta ano hikari o ah on give for my way

dokomademo ikou tsunaida sono te ga itsuka hanaresou demo
itsumademo shinjite koko de matsu kara mou sukoshi dake koko ni ite

kimi ga egaita mirai no sekai wa itsuka no sora ni michibikarete
futatsu no omoi o hitotsuzutsu katachi ni shite kiseki o motto koete
kimi ga egaita mirai no sekai wa ima mo dokoka de ikitsudzukete
donna yume kasanete itsuwaru koto no nai ano hikari o todokete on give for my way

English Translation
These footsteps were always within the light, but out of sight until today… and the more I followed them,
It landed me in a maze with no goal, following a rain-soaked map… but I don’t have any regrets.

‘Cause my screaming voice,
Will surely be heard!
I’m still on a journey to connect the sounds of the bell that will signal the beginning of this tale.

The future world that you envisioned leads me to a sky of indefinite time.
No matter how many dreams overwrite it, there will be always be that infallible light… Ah, giving me my way!

Leaving behind nothing but that hope seen off in the distance, there’s no healing for these scars,
But if there is, at the very least, one thing I can obtain… I won’t wish for anything else.

If the sky I reach,
Is still steeped in sadness,
I hope you’ll play for me the sound of this tale’s end.

Gently, slowly, the wind envelopes me…
Amidst a journey that will someday end.

The future world that you envisioned exists somewhere, even now…
That light that accepted my true self… Ah, gives me my way!

Let’s go as far as we can – even if your hand connected to mine might someday come undone;
I’ll always keep believing and wait for you, so stay here just a bit longer…

The future world that you envisioned leads me to a sky of indefinite time.
These two feelings will each take their individual shape, becoming even more than a miracle.
The future world that you envisioned exists somewhere, even now…
No matter how many dreams overwrite it, I’ll always transmit that infallible light… giving me my way!

---

Aku trading dan selalunya, aku macam cuak nak ambil trade. Bukan aku tak study market, bukan aku tak kira risiko yang aku ambil. Aku cuma kurang 'courage'. Dan bila aku putar lagu ni, ada bagi rasa berani sikit nak ambil. :P

Btw, aku jumpa remix lagu ni yang aku fikir cool.


Aku suka versi laju lagi, ada link download kat description video di atas. Enjoy!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...