Followers

Sunday, August 31, 2008

Ramadhan

Selamat ya berpuasa... Selamat menyambut bulan Ramadhan. Dikesempatan ini aku nak minta maaf kalau aku ada terkasar bahasa ke, perbuatan ke... apa ke... huhu...

Baik2 ya kalian... puasa... jangan tak puasa...

Tuesday, August 26, 2008

Henset...

Hm, masa aku di kaki Gunung Stong dan sedang tunggu bas nak balik, telefon bimbit (hp) aku hilang. Peh... sedih... sebab dalam tu ada maklumat penting yang aku susah nak dapat balik. No telefon kawan-kawan dan saudara-saudara aku. Anyway, tu boleh di atur. Slow-slow sudah...


Hm... aku mula guna hp masa aku sekolah tingkatan 5, tapi aku tak bawa ke sekolah. Well, I'm kinda nerd at that time. Masih senang mengikut peraturan. Hp yang aku guna masa tu Nokia 3310. Ya, klasik. Baling anjing n jatuh tingkat 5, masih boleh guna lagi. Haha...

Hm... masa tu aku bukan pengguna hp yang kerap pun. Hp macam barang hiasa je. Aku mula guna kerap ketika aku mula kerja, selepas SPM. Dan masa ni la aku mula-mula belajar guna SMS. Hm... no aku masa tu... 019 ***8084. Aku lupa lagi 3 no. huhu...



Masa masuk kolej Martikulasi. Duit tengah banyak. Hp 3310 aku lak dah tahap masuk air. Maka, ada seorang member aku nak jual hp dia, Samsung SGH- C100. Haha... ni la hp paling lama aku guna. Aku guna sehingga tahun 3 di UTM kalau aku tak salah ingat. Hp ni banyak beri aku kenangan. Walaupun orang di sekeliling aku sudah mula berebut-rebut nak gunakan 3G la, MMS la, dan apa kejadahharam lagi dah perkhidmatan yang ada, aku masih puas dengan hanya SMS dan call sahaja. Cukuplah bunyi polifonik yang bagi aku dah cukup mengembirakan aku.



Namun, manusia, kepuasan tanpa sempadan. Aku mula suka hp yang nipis-nipis. Nak beli versi ultra nipis samsung memang tak mampu. So, aku beli SGH-C170. Nipis, memang puas hati. Namun ia bukannya hp yang hebat. Stardard la. Macam Samsung SGH-C100 juga. Cukup sekadar sms dan calling2. Huhu...

Hp ni tak lama. Masa aku latihan industri, skrinnya dah terbelah. Hm... mungkin aku terlalu ganas untuk pakai hp yang nipis. Dan lebih menyedihkan, ia tercicir kat Gunung Stong. Wuu... so aku pun Membuat langkah drastik beli hp baru.



Aku buka nak beli hp baru yang canggih2 pun sebenarnya. Namun setelah ditekan, di 'brain-wash', di paksa... huhu... aku pun ikut cakap member2 aku untuk sambar Sony Ericsson W910i. Nipis, sliding model dan ada segala macam fungsi. Dari internet sampai la ke lagu, memang puas hati. Kopak gak duit aku bulan ni. Huhu... namun aku puas... harap aku pakai lama hp ni...

Hm... tu je kot... wakaka...

Monday, August 25, 2008

Gunung Stong Final...

Salam ya... huhu... Kali ni entri aku berkisahkan tentang xpdc ke Gunung Stong yang aku ikuti bersama kelab rekreasi UTM.

20 Ogos 2008
Dari UTM kami naik bas awam untuk ke stesen keretapi KTM Johor Bharu. Kira-kira pukul 7.00pm kami bertolak dari Johor Bharu ke Dabong, Kelantan. Hm... Dalam kereta api tak la menarik sangat kerana satu gerabak tu bukanlah kami punya. Dan lagi satu ianya pada waktu malam. Guess what, bantai tidur je la dalam keretapi tu.

Geng-geng yang hanya bising adalah geng yang sibuk bermain kad. Haha... open table, open table... Aku terlelap sekitar pukul 12.30am.

21 Ogos 2008
Sampai stesen keretapi Dabong dalam pukul... aku tak ingat. Tapi sempat juga kami solat Subuh. Tukar pakaian trekking. Sambil tunggu van yang akan membawa kami, kami pekena teh dulu dan nasi sebagai sarapan pagi.... Heh, dan bungkus nasi untuk makan tengah hari.



Van sampai, kami bertolak ke Gua Ikan. Hm... Aktiviti menggua. Kami akan menggua di Gua Gelap, Gua Keris dan Gua Pagar.



Gua gelap takde ape sangat. Treknya pendek. Cuma jalan nak masuk tu sempit dan sampai tahap kena meniarap untuk masuk ke Gua Gelap. Heh, memang gelap pun kat dalam tu.



Seterusnya kami ke Gua Keris. Well, ada cerita dogeng kat dalam Gua Keris dan Gua Pagar ni tapi aku dah lupa.. Huhu... Maaf ya... Setiap gua diberi nama sempena keadaan dan item yang ada dalam gua tu. Dan untuk gua keris, tentu sekali ada kerisnya.













Seterusnya kami ke Gua Pagar... Hm... biasa saja... Cuma dalam gua aku tak sangka boleh jumpa beberapa... benda yang hebat. Sepert batu ni, ia akan mengeluarkan cahaya berkelip-kelip jika kita suluhkan lampu padanya. Kata guard, jangan di sentuh, ia boleh mati... hm...



Selesai aktiviti menggua, kami terus menuju ke Taman Hutan Negeri Stong. Hm... boleh kata kaki Gunung Stong. Berehat sebentar kerana nanti kami akan mendaki Gunung Stong untuk ke Kem Baha. Tempat di mana kami akan berkhemah.

Pendakian ke Kem Baha mengambil masa kira-kira 2 jam kalau aku tak silap. Peh, penat. Masa macam ni la teringat tilam, bantal, fresh oren dan nasi lemak. Ya... memang penat. Menyesal pun ada... huhu...

Sampai Kem Baha, kami bersiap untuk pasang khemah, masak untuk makan malam dan rehat. Malam ni ada pengisian tapi dibatalkan sebab hujan yang amat lebat. Haha... sejuk tak payah cakap. Memang tahap dewa punya sejuk. huhu...

Selesai hujan, ada satu khemah (fly) yang hampir runtuh. Wuu... nasib baik boleh diselamatkan. Khemah perempuan juga menjadi mangsa apabila dmasuki air. Nak tak nak kenalah sewa 2 khemah untuk 16 orang. Harap tak overbudget. huhu...

22 Ogos 2008.

Penat menggua dan mendaki semalam hilang dek kerana sinaran cantik mentari di pagi hari. Layan. Tengok awak yang tebal di bawah macam tak percaya aku mampu sampai di sini. Secara jujur, ini xpdc gunung pertama aku. Huhu...





Pagi ini kami akan mendaki ke puncak Gunung Stong dan perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam. Gler... Atas dasar mengetahui kelemahan diri, aku hanya jadikan beg untuk sleeping bag aku sebagai beg untuk ke puncak. Kecil, maka aku tak perlu bawa banyak barang. Hanya bawa air, makanan ringan dan kamera. Huhu...

Pendakiannya sama seperti pendakian ke Kem Baha. Cerun, licin dan berlopak. Tangan dan kaki tak payah cerita, calar dan kesan gigitan pacat tu memang perkara biasa. Layankan sahaja.








Sampai puncak. Hm... susah nak kata. Ada antara mereka puas sampai ke puncak. Kalau tanya aku, aku rasa biasa. Jangan tanya, aku pun tak tahu kenapa. Namun berada di tempat tinggi betul-betul menyegarkan. Dan hari ini, kami telah menawan puncak Gunung Stong.



Makan tengah hari di sana. Huhu... sesi mengosongkan beg, keluar semua isi-isi beg. Nak turun senang. Beg dah ringan.



Namun, kami terlalu memandang rendah. Fikir, turun gunung senang je dari naik. Namun, turun adalah menyakitkan. Yup, kaki. Naik memang penat dan kadang pancit. Namun bila turun, kaki menjadi semakin sakit. Wuu...

Sampai kat Kem Baha, seperti biasa, bersiap makan malam. Malam ini hujan lebat sekali lagi. Maka takde aktiiviti lagi malam ni. Huhu... Aku tertidur dan tak sedar bila aku dah lena.

23 Ogos 2008


Pagi yang nyaman namun aku masih mampu menguap selebar-lebarnya. Ngantuk. Cuaca cukup sejuk dan diadunkan dengan empuk beg tidur aku, hu... Allah saja tahu betapa nikmatnya jika aku dapat sambung tidur sehingga ke tengah hari.

Namun, hari ini ada misi yang terbesar dan alasan sebenar kenapa aku mesti mahu ke Stong. Air terjun. Aku amat suka bermain air terutama air terjun.Layan. Sejuk, dalam, deras... ah... persetankan... yang pasti air terjun Stong memang tidak menghampakan aku. Sehebat dengan tarafnya, air terjun paling tinggi di Asia Tenggara.

Tak lupa juga telaga tujuh. Hm... satu lubang yang agak sempit di atas laluan bawah air terjun itu. Setiap kami mesti dibenamkan ke dalam telaga tu. Haha... seronok gler. Bila berada dalam telaga tu, kita akan rasa seakan-akan ada air yang berpusing-pusing di sekeliling kita. Heh... layan... nafas kena panjang.

Ada lagi tarikan yang menarik. Gelungsur air. Wahhh... Heh, teringat ada sorang eh... 2 orang menangis... tinggi la dol... huhu... tapi respek dengan sorang bro ni, mengelungsur sambil berdiri... huhu...

Penat bermain air... Namun itu bukan alasan untuk kemas dan balik. Pendakian turun ke kaki gunung juga sama siksa macam turun dari puncak ke Kem Baha. Tunggu di Dabong untuk menaiki bas... Ke UTM... Balik...

Heh... banyak juga aku belajar dari XPDC kali ini. Dahulu aku kira aku takutkan ketinggian. Rupanya tidak. Heh... Dan aku juga belajar bagaimana mengawal minda agar tidak kalah untuk memanjat ke atas... Huhu... Serba ringkas dari aku... Aku harap aku akan dapat ke sini lagi... Rindu gler kat air terjun Stong...

Wednesday, August 20, 2008

Gunung Stong #2

Gunung Stong kat Kelantan. Well, xpdc tu memang acara tahunan kelab rekreasi UTM. Heh... aku tak gi lagi. Pagi ini aku tak boleh tido. Excited, yes. Tapi masih ada benda lain yang aku dok pikir yang menyebabkan aku tak boleh tidur.

Anyway, its personal, aku takleh nak citer kat sini... Heh, just nak jadikan reminder untuk aku...

Untuk xpdc ini, aku akan jadi first man. Mean I'm the man in front. Heh, sebenarnya aku adalah orang antara group dan pemandu jalan. Heh, tak dapatlah aku bermain sangat.

Stamina. First man... huu... aku tak tahu macam mana dengan kecergasan aku nanti. Heh, taknak bimbang, koz seperti yang aku selalu cakap, aku hanya datang untuk bermain...

So guy, see you next time...

XPDC Stong...

Esok aku akan berangkat ke Kelantan. Mendaki Gunung Stong. Salah satu aktiviti di bawah pengelolaan kelab rekreasi UTM. Secara serius, aku hanya datang untuk bermain. Seperti selalu.

Semakin aku membesar, barang mainan aku semakin mahal dan merbahaya. Mak aku agak bising bila dengar aku nak naik gunung namun itu tak mencukupi untuk hilangkan nafsu aku untuk ke sana. Thanks to my sturborness, aku boleh kata aku dapat restu untuk naik gunung kali ini.

So kalian, kawan-kawan, rakan-rakan, teman-teman. Doakan keselamatan dan perjalanan aku sepanjang xpdc aku kali ini. Terima kasih... huhu....

Aku, tabliq dan psikologi..

Dahulu aku tak sukakan orang nasihatkan aku dengan menggunakan agama. Namun tidak sekarang, aku sudah boleh terima. Ya ya... para hipokrit, kamu juga sama seperti aku dahulu, nampak tabliq baru sejauh mata memandang dah mula gelisah. Hehe...

Walaubagaimanapun, tabliq sekarang sudah pandai. Mereka sudah mengerti kemahuan telinga orang-orang seperti aku. Aku kadang pelik kenapa sekarang aku mahu untuk dengar or baca sesuatu yang berunsurkan nasihat, sesuatu yang jarang sekali orang mahu dengar. Nasihat...

Ya, ego. Aku tak nafi. Rasa sakit giler bila mendengar nasihat. Rasa seperti di bawah. Admit it, kita tak ke mana2, kita sentiasa di bawah. Kerana di atas sana... huhu...

Aku perasan, bila orang tegur aku cara baik, hm.. macam cakap lembut, senyum dan berpakaian adab pergi ke surau, aku agar sukar or senang untuk mendengar. Namun, bila orang tegur or nasihat aku dengan cara... tak kasar sangat, macam mana cakap,hm... seperti cakapan seharian. Fahamkan maksud aku. Guna bahasa yang kita selalu guna. (tidak seperti penggunaan kata yang selalu digunakan oleh tabliq dahulu seperti sahabat or sewaktu dengannya.) Aku amat mudah untuk terima.

Contoh. Kawan sebilik aku kalau ajak ke surau dia akan cakap, "Mik, jom surau..." memang bingkas aku bangun untuk mandi dan ambil wuduk. Dan... bila ada tabliq lain yang memang aku kenal atau tak kenal, dia akan cakap, "saudara, malam ini ada majlis ilmu, ada jamuan sedikit, boleh la kita meramaikan surau malam ini..." dan kalian sendiri pun tahu apa aku akan jawab dan akan buat.( Heh... walaupun ada jamuan, keras hati gler nak pergi.)

Psikologi. Aku tak nafikan impresi yang mereka berikan sedikit sebanyak memberi aku jalan untuk membuat keputusan. Aku hanya manusia biasa. Dan sudah biasa untuk di layan dengan sedikit tidak baik. Dan aku memerlukan layanan seperti itu untuk menjadi baik.

Dan satu lagi punca mengapa aku sukar mendengar kerana aku segan. Jujur aku katakan aku segan. Dan sangat selfish atau mementingkan diri sendiri jika para-para tabliq yang mahu membawa aku ke jalan kebaikan tidak mengendahkan sifat segan aku ini. Dan aku perasan sifat segan ini tidak berlaku kepada aku, malah berlaku kepada kawan-kawan aku yang lain.

Jangan rasa angkuh, fahami psikologi orang-orang seperti aku. Aku akan baik jika kamu betul-betul mahu aku menjadi baik. Aku suka tabliq, mereka boleh pengaruh aku menjadi baik. Dan aku harap mereka tak putus asa untuk orang-orang seperti aku.

Hm.. manusia semakin bijak. Dan orang-orang seperti aku juga semakin bijak. Dan aku harap tabliq juga lebih bijak dari kami. Niat sahaja tidak mencukupi. Pandai sahaja tidak mencukupi. Namun kebijaksanaan andalah yang amat-amat orang seperti kami hargai.

Never give up, keep up the good work n try your best. Good luck...

Tuesday, August 19, 2008

Taipku laju gagah berani!!!

Aku suka bila aku mampu menaip laju. Lagaknya seorang penggodam yang sedang cuba memasuki web kerajaan atas beberapa tujuan tertentu. Oh, aku bukan penggodam. Aku pun tak tahu macam mana nak godam pc aku sendiri kalau aku terlupa kata laluan dia. haha...

Aku menaip laju bukan kerana aku berbakat atau terlatih, ia adalah kerana ada benda dalam kepala harus aku keluarkan. In fact, me typing faster than writing. Tulisan buruk, kadang mata sendiri pun susah nak baca.

Aku suka buat entri kat blog, kerana hanya dengan menulis di sini aku rasakan diri aku amat cool. Sebab aku mampu menaip dengan amat laju. Namun, amat berlainan bila aku sedang mengusahakan sesuatu assignment, kalau mahu diberi gred 1 hingga 10 untuk kelajuan, aku beri 10 menaip untuk blog dan 2 untuk assignment.

Mana datang kelajuan sebegini. Yup, kerana minat. Apa sahaja yang ada di dalam blog ini adalah minat aku (kecuali entri berkaitan dengan pembelajaran yang baru-baru ini aku buat... heh...).

Minat aku banyak dan hanya satu yang ternyata aku selalu jadikannya permainan. Psikologi. Dan tu sebab dalam blog aku amat banyak cerita pasal diri sendiri dan perempuan. Well, actually male is simple creature, so they not so much to story to tell. Not like female, ada banyak cerita mengenai mereka yang amat interesting bagi aku.

Ramai kawan aku anggap aku telah silap haluan memilih mekanikal sebagai darah untuk teruskan kehidupan. Hm, bagi mereka, komputer lebih sesuai untuk aku. Haha, ini hanya minat kawan-kawan. Aku jarang serius bila berdepan dengan benda alah ini.

What really interest me in this machine is its capability of giving me the information. Aku perlukan sesuatu untuk mengenali seseorang atau erti kata lain psikologi mereka. Info, maklumat... Dan ini sebenarnya membuatkan tangan aku lebih semakin hari semakin pantas menaip. Bukan kerana aku sukakan komputer kerana ia menarik, ada itu dan ada ini. Cuma kerana kebolehan ia memberikan aku sesuatu yang aku mahu.

Aku suka bila lihat orang mampu menaip laju dan itu hanya berlaku bila mereka sedang chatting, borak. SMS terutamanya. Kerana dari situ aku tahu otak mereka sedang berjalan. One situation lead to other situation. Dan dari situ aku akan lebih belajar untuk memahami mereka.

Aku suka menaip, dan aku harap aku akan terus mampu untuk menaip... tidakkah kalian juga begitu...

Monday, August 18, 2008

Aku rindu dia...

Pernah rasa rindu yang memuncak kepada orang yang tersayang? Haha... aku selalu. Namun yang peliknya bila depan mata aku macam tak endahkan dia. Apa masalah aku?

She's beautiful, yes. Energetic, yes. And that enough to make my day become bright. So, what the problem actually?

Worst bf. Errr... cian si dia kan dapat bf macam aku. Huhu... ya, aku sayangkan dia. Mungkin aku tak cukup cergas dan cerdas ketika bersama dia. Bukan sentiasa aku pasif ketika bersama si dia, cuma entah la. Aku tahu benda-benda macam ini boleh buat si dia sakit. Hm...

Mungkin aku patut ke gym bina apa yang patut. Stamina... huhu... duduk depan pc terlalu lama pun bukannya baik. Aku perlukan sentuhan sosial untuk hati aku... huhu...

Walaubagaimanapun, sekarang aku rindukan dia... so apa aku patut buat sekarang... waa....

Sunday, August 17, 2008

Pakcik lupa la...

Baru-baru ini aku agak tertekan kerana sekeliling aku terlalu banyak benda berlaku yang membolehkan aku untuk menulis entri dalam blog aku, namun aku gagal ingat apa topik penting atau isi penting yang ada di setiap peristiwa aku lihat.

Contoh, semalam aku tengah nak keluar duit dari bank dan aku terpaksa tunggu ada 5 orang perempuan berkerumun depan mesin ATM tu keluarkan duit. Sebagai pecinta wanita yang tegar, pandangan memberikan inspirasi untuk aku menaip sesuatu.

Namun mungkin dah sekilo semut aku telan, aku lupa apa yang penting tentang peristiwa itu. Aku nak cerita pasal apa? Nak cerita kenapa perempuan tu kerumun ramai-ramai depan ATM macam Mat Bangla nak keluarkan duit? Or sesuatu yang lebih manis jika nak ditukar kepada ayat. Seperti mereka berkerumun atas faktor keselamatan? Hm... ek...

I had enough with this 'forgetting things' thing. Huh, tekanan bila sesuatu benda yang menarik tu aku tak dapat kongsi... Pray me a lot to remember what I lost...

Short term memory... Aku harus lakuka sesuatu tentangnya... hm...

Malam Mencari Diri

Mencari diri? Haha... Dah lama tak buat kerja macam ni... Keluar lewat malam dan balik time Subuh. Sejak aku ada kereta, aku buat gak kerja gila macam ini.

Dalam UTM, ada satu undang-undang yang memang serius begitu memualkan aku. As student who 22 years old, aku tak suka rasa dikongkong. And you guess right, tak boleh keluar/masuk selepas 12 tengah malam.

As stubborn and clever student, aku suka melanggar apa sahaja peraturan dan undang-undang (as long as i can endure it). Namun sekarang UTM dah cukup pandai. Dorang tahu pelajar seperti aku ini cepat sengkek, so aku dengar kalau aku masih berdegil mahu langgar peraturan ini, bayar je la saman dengan kadar yang baru.

Well, forget about that. So, what the h*** aku memalam/pepagi ni keluar. Haha... as simple word, aku just nak makan angin malam. UTM betul buat otak aku rasa tersepit. Hanya dengan keluar malam macam ini aku rasa senang dan bebas. Ya, sudah penat, pergilah nikmati keindahan alam.

Keluar memalam ini biasanya aku mulakan dengan makan kat restoran mamak. Haha... pekena teh tarik dengan nasi/mee/mihun goreng dulu bagi badan panas. Barulah otak cepat reflek dengan apa yang aku mahu buat selepas ini. Makan tu penting.

Selalunya, lepas makan inilah aktiviti aku tak tentu. Kadang pandu kereta sesatkan diri. Kadang duduk kat cc sampai Subuh. Kadang duduk kedai mamak sampai Subuh. Useless things i guess. Ada baik aku balik je ke bilik, tidur. Huhu...

Maka, malam ini aku pilih untuk duduk kat cc sampai Subuh. Bawa semua barang yang ada (macam pendrive ke hapa ke...) dan terus bergerak ke sana. Lagipun banyak benda dalam internet ini aku tinggalkan kerana Maxis Broadband aku dah slow tahap siput b*** dah. Kadang leh lak siput ini tido. huh...

Ada banyak kerja kena siapkan. Assignment, projek, blog dan forum. Huhu... sibuk. Tapi aku tahu, dalam pukul 3 ke 4 ke nanti aku akan bosan. Aku akan berhenti. Masuk ke dalam kereta, pandu selaju mungkin dari Skudai ke Johor Bharu dan patah balik selaju mungkin. Kemudian balik ke cc dan buat-buat macam biasa.

Pity me because of my stupidity. Namun aku suka buat macam ini. Seronok. Aku tahu esok pagi bila aku selesai solat Subuh, aku akan jadi orang baru. Tenang dan bersemangat. Bukankah itu sesuatu yang baik.

Pernah buat perkara bodoh dari segi pandangan orang lain tapi tidak pada kalian? Meh kongsi sama... mana tahu ia lebih menarik dari apa yang aku buat sekarang.. huhu...

Well, everything have price. Aku harus pulang sekitar jam 6. Mata akan ngantuk. Poket akan kering. Huhu... Jumpa kalian lain kali..

Thursday, August 14, 2008

Kejuruteraan Pembuatan B3 #1

Esok pagi aku ada ujian. Maka entri aku kali ini berkaitan dengan ujian esok. Aku cuba masukkan isi penting dan terjemahkan dalam bahasa... Kui... kui...

Kejuruteraan Pembuatan
Pengenalan
Sektor pembuatan telah menyumbang impak yang besar dalam ekonomi Malaysia. Walaubagaimanapun, terdapat 2 jenis industri yang terlibat dalam pembuatan iaitu industri pembuatan dan industri servis.

Peranan Kejuruteraan Pembuatan
  • Menilai kebolehbuatan (haha...) sesuatu produk dan memberi nasihat kepada bahagian rekabentuk
  • Memilih turutan proses dan seting parameter porses seperti bahan mata alat, saiz dan bentuk, kelajuan pemotongan, kedalaman pemnotongan dan lain-lain
  • Merekabentuk alat pemegang bendakerja untuk memastikan dan mengawal posisi bendakerja ketika di dalam proses pembuatan.
  • Menganggar kos pembuatan sesuatu komponen sesuatu produk.
  • Memastikan kualiti produk yang terhasil adalah berkeadaaan baik
Peranan Perekabentuk dan Jurutera Penbuatan.
Perekabentuk Pembuatan.
  • Membangunkan dan menilai keupayaan sesuatu bahagian produk agar ia mampu berfungsi.
  • Mengambil kira toleransi yang kecil bagi mnemastikan produk berfungsi tanpa sebarang masalah
Jurutera Pembuatan
  • Membangunkan dan menilai kos pembuatan sesuatu bahagian produk.
  • Mengambil kira kos produk dan memastikan toleransi sebesar yang mungkin agar dapat memberi banyak pilihan proses untuk bahagian yang akan dibuat.
Secara idealnya, jurutera pembuatan seharusnya berkerjasama dengan dengan perekabentuk pembuatan pada peringkat awal agar produk dapat dihasilkan dan kos dapat dikawal. Pekerja seharusnya mengambil bahagian dalam perbincangan agar maklum balas dapat tentang kerja praktikal boleh didapati.

Kejuruteraan Proses
Kejuruteraan proses mengambil kira rekabentuk sesuatu proses sebenar yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk. Terdapat enam turutan langkah dalam kejuruteraan proses.
  1. Menyata struktur produk dan spesifikasi.
  2. Memastikan pembolehbuatan sesuatu produk.
  3. Menentukan kebolehan sesuatu produk itu untuk dihasilkan.
  4. Mengganggar kos setiap proses.
  5. Menentukan turutan operasi.
  6. Mendokumen proses.
Struktur Proses dan Spesifikasi.
Struktur produk digunakan untuk menunjukkan hieraki pemasangan, sub-pemasangan, komponen dan bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan produk akhir. Komponen yang yang dihasilkan menjadi satu unit diasingkan melalui peringkat yang berbeza.

(wawawa... ada gambarajah dan contoh. nanti2la aku update.)

Penafsiran Kebolehbuatan.
Kebolehbuatan adalah ukuran relatif baik atau kesukaran dalam menghasilkan sesuatu produk dengan toleransi. Kebiasaannya, toleransi yang kecil akan menyebabkan kos pembuatan sesuatu produk itu mahal kerana sukar untuk dihasilkan. Mengelak dari menggunakan saiz bahan yang tidak standard dapat mengurangkan kos dan masa pembuatan.

Kebolehbuatan sesuatu produk boleh dikurangkan dengan menganalisa setiap bentuk produk jika fungsinya dapat dicapai dengan toleransi yang biasa serta menggunakan bahan yang standard yang boleh didapati di pasaran.

Penentuan Kebolehan Proses.
Keputusan untuk melakukan pembuatan adalah berdasarkan kepada pengalaman, keperluan, kesediaan mesin, kadar pembuatan dan bahan buang/kerjasemula.

Analisa spesifikasi setiap bahagian produk dan memeriksa:-
  • Keserasian bahan dan proses pembuatan
  • Kebolehan proses untuk memproduk toleransi yang dikehendaki.
  • Menilai semula rekabentuk untuk memastikan ia mudah untuk dibuat dan dipasang/dibuka.
  • Kesediaan proses di dalam tempat kerja.
  • Keperluan untuk barang khas, jig dan lekapan untuk membolehkan sesuatu proses pembuatan dilakukan.
Penilaian Kos Setiap Proses.
Terdapat 2 jenis kos yang mesti tentukan untuk menafsir kos pembuatan altenatif iaitu kos tetap dan kos bolehubah.

Kos tetap adalah kos yang bebas dari outpun pembuatan seperti sewa kilang, kos pemasangan dan kos lekapan. Kos bolehubah adalah kos yang berbeza-beza secara linear atau songsang dengan nombor bahagian produk yang terhasil seperti mata alat, bahan kerja dan masa memesin.

-Tamat-

Huhu... lain kali aku tulis lagi entri pasal kejuruteraan aku belajar... peh... ngantuk baca benda ni...

Tuesday, August 12, 2008

Olimpik punya cerita...

Suatu malam di sebuah restoran.

Rakan A : Eh, Olimpik la... (sambil tunjuk kat tv)
Rakan B : A ah... Bola tampar perempuan.
Rakan C : Hm... dorang pakai spender je. Selamba...
Rakan B : Nak buat camne... Dah rules dorang camtu. Kena pakai macam tu.
Rakan A : Ni mesti lelaki yang set kan rule camtu. Yang perempuan pulak ikut je... takkan tak rasa segan pakai macam tu. Ramai yang tengok ni...
Rakan C : Heh, aku rasa dorang bangga dapat tayang macam tu...
Rakan B : Hm... apa nak jadi perempuan zaman sekarang... Dah hilang rasa malu agaknya...

So kanak-kanak perempuan kecil, hati-hati ya dengan lelaki... Jangan ngekor je... huhu...

Saturday, August 9, 2008

Yup, sudah enam bulan.

sudah genap 6 bulan aku bersama si dia. Mathematician should say half of year. Melihat diri aku sebelum dan selepas mengenali dia buat aku amat bersyukur bertemu dengannya.

Bosan. Itu perkataan yang aku selalu ucap sebelum jumpa dia. Kerap hilang mood buat semua kerja tak menjadi. Aku mula paranoid dengan diri sendiri. Dan itu sebelum jumpa dia.

Selepas jumpa dia. Kepala aku selalu berfikir. Macam mana nak itu? Kenapa jadi ini? Huh... kadang aku sendiri tak terbawa dengan fikiran aku.

Dia perempuan, dan sebagai perempuan, dia punya banyak karenah yang harus aku layan. Dan itu cukup buat aku tak henti untuk berfikir, hanya untuk mengembirakannya. Gembira dia untuk kegembiraan aku juga. ( Ni bukan cobaan, ini betul2 kejadian.)

Aku tak nafi aku kadang dingin kepadanya. That's who i am. Tanya sebab? Aku tak tahu, I'm moody person. Ada awan gelap maka sesiapa rapat pasti terkena panahan petir. And as my closest company, she cannot avoid to receive the strike.

Bergaduh? Itu perkara biasa. Sedangkan lidah lagi tergigit. Namun aku gembira, kerana setiap akhir pergaduhan itu akan membuatkan hubungan kami semakin rapat.

Aku tak lagi kesunyian, kecuali bila dia sibuk. Well, you know university. Full of matter that need an attention. Hm, aku tak macam dia hidup dengan berpersatuan dan kelab. Aku tak sibuk macam dia dengan beberapa perkara yang mungkin ada kena mengena dengan perang saraf yang di lancarkan oleh USA. Aku hanya biasa dan dia bukan biasa.

Ya, dia dah banyak mengubah hidup dan cara pemikiran aku. I don't like that but still, i need it. The changes. Untuk menjadi manusia yang boleh di harap oleh masyarakat dan dia

Selamat untuk kita untuk bulan ke 6. Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya, terima kasih atas senyumn itu, dan terima kasih atas masa dan hidup yang diberikan. Glad you come in my life....

Tuesday, August 5, 2008

Jangan Bencikan Bahasa

*study**study*

Adalah amat memualkan bila kita sedang study tapi tak faham. Nak pulak buku yang ada dalam Bahasa.

Faham! Sejak aku mula masuk kolej matrik, aku mula tak suka nota dalam Bahasa. Sebab? Aku tak faham. Walaupun ia menggunakan bahasa yang kita selalu guna dalam percakapan seharian.

Macam, ayat tunggang terbalik. Itu satu ekspresi yang boleh aku katakan bila belajar kejuruteraan dalam bahasa. Ya ya... seperti aku memperlekehkan bahasa sendiri tapi ini kenyataan.

Nasib kita tak baik jika dapat buku atau nota yang sah-sah diterjemahkan semula dalam bahasa. Lagi pening nak baca. Kadang boleh putus asa juga nak baca. Kalian pasti pernah ada pengalaman macam ni kan...

Namun aku tak anti terhadap bahasa sekirannya benda yang aku belajar itu luar dari bidang teknikal. Macam sejarah, undang-undang dan pengurusan. Asal tidak menggunakan istilah kejuruteraan, i'm ok with it.

Barangkali usaha untuk memartabatkan bahasa dalam bidang kejuruteraan masih jauh lagi untuk direalisasikan. Nak-nak pula ada orang macam aku yang tak reti bahasa. Haha...

Nak sambung study balik...

*study**study*

Monday, August 4, 2008

The Dark Knight


Baru-baru ini aku tengok cerita The Dark Knight. Untuk pengetahuan kalian, aku amatlah minat cerita Batman. Dari kecil aku harap aku dapat jadi macam dia. Kaya, hensem, bijak dan kuat. Haha... Aku juga suka gadget dia. Stylo n cool...

Tapi filem ni membuatkan aku sedikit hampa pada permulaannya. Coz the story just playing around Joker. Like Joker is the main character. Anyway, hampa aku terubat sebab Joker juga merupakan satu watak yang aku suka. Sebab? dia suka gelak. Haha... Dan aku suka orang gelak macam dia.

Cerita Batman kali ni bagi aku amatlah bijak. Its has base of the story. Bukan cerita tangkap muat seperti cerita-cerita sebelumnya. Mereka ada sejarah, ada pemikiran dan ada tujuan. Dan aku suka cerita macam ini, coz for me, everything happen must have reason behind it.

Cuma, hm... dari mana datang Joker ni tak pulak diceritakan. Namun aku kagum dengan sifat dia yang amatlah bijak, berani dan sentiasa tenang bila berhadapan dengan masalah. If i'm the villian, i wanna be like him... Most intelligent and elegent from all the villian i haven seen.

"Let's put the smile on that face."

Haha... banyak lak aku cerita pasal Joker. Jangan salahkan aku, salahkan pengarah citer ni sebab kurang cerita pasal Batman. Cuma hidup yang hari-hari kita dapat gelak dah makin berkurang kerana usia yang makin meningkat. Semakin aku dewasa, aku sedar aku mula kurang ketawa. Dan juga kurang senyum. Barangkali aku harus jadi macam dia. Huahahahaha...

"Why so serious?"

I don't know, you tell me...

Zero hour

0000

Aku masih belum tidur lagi. Kepala masih ligat memikirkan sesuatu. Ya, ujian lusa dan sepatah haram aku belum baca. Ambil tuala, badan perlu keselesaan untuk bergerak.

0002

Berdiri di hadapan cermin. Hm? Dalam 3 hari ini aku macam tak tengok betul-betul diri aku. Muka dah mula berjambang. Tengok rambut sket, hm... honestly, i been having serious dead hair losses. Setiap hari pasti tak kurang dari 10 helai akan gugur. And guest what, i'll change my name to 'botak' in about 10 year... Soon...

0003

Gosok gigi, basuh muka. Boring. Hm? Pipi aku macam penuh. Hah? Aku dah gemuk? Bagus, teruskan. Tak perlulah aku beli susu yang berharga RM200++ hanya nak besarkan badan aku.

0009

Mandi. Pergh, sejuk tak gila. I'm still can hold it. Ambil sabun, gosok2... bilas dan tada... siap. As usual i guess.

0015

Siap pakai baju dan seluar. Hm, perlukan air untuk di minum. Aku tak cukup cikai nak tadah air kat tandas dan masak untuk isi badan aku dengan air. Ambil botol dan turun. Ada air 20 sen kat bawah.

Sedih, vandalisme ada di mana-mana. Barangkali mesin ini pernah menyekat hajat monyet-monyet yang amat dahagakan air. Aku balik bilik hampa.

0025

Duduk depan pc. Buka buku. Hm... Huargh... bosan. Makhluk macam aku tak cukup seksi bila depan buku. Aku harus mengadap pc membaca blog-blog untuk mendapatkan mood.

0040

Suka minah ni. Sejak aku kehilangan abang neraka, minah ni la tempat aku meluahkan nafsu pembacaan aku. Penulisan dia tak la sehebat abang neraka but still, dia ada sense of humour. Aku suka dan aku akan terus membaca.

0045

Buka blog sendiri. Buat sedikit catatan pendek dari bilik. Bosan balik.

0100

Mata tak ngantuk. Cuba untuk membaca, hm... study... dan... hm... tak perlu cerita kalian pun tau muka surat sebelah ada apa... Haha...

Sunday, August 3, 2008

Ahad

Mata terkebil-kebil memandang siling. Jam 2. Huh, Ahad. Antara hari paling aku tak produktif. Hari aku yang paling malas. Hari Ahad.

Hari-hari macam ni, kalau ada teman atau kawan ajak keluar, barulah aku jadi produktif. Yup, spending machine. Dan itu barulah hidup aku pada hari ini jadi bermakna.

I'm not curse the day like this. Cuma betul, ada sikit dalam hati aku tak suka hari Ahad. Mungkin kerana aku terlalu suka tidur apabila ada masa terluang.

Dahulu, cikgu aku pernah cakap, tidur itu membuang masa. But yet, I'm still love to do it. Satu-satunya cara untuk aku mengelak dari jumpa doktor minta ubat anti-depress (walaupun aku tak pernah pun makan benda alah tu).

Life as student really depress. Sejak aku masuk UTM, aku mengalami sindrom sukar senyum. Macam aku cakap dulu, aku tak berapa gemar suasana kat sini.

Berbalik pada tajuk. Aku bukan tak suka Ahad, aku cuma tak suka diri aku pada hari Ahad. Malas. Dan kalau ada sahaja sesiapa yang sudi temankan aku pada hari in. Wow, hidup aku lebih bermakna.

Today I'm all alone. Pity me and thanks God, i really can continue my sleep. Hee...

Aku perlukan kalian, tahu. Terutama di hari-hari begini... Bagaimana? Mahu berdansa denganku... haha...

Weirdo...

Malam tadi aku keluar bersama si dia pergi ke fiesta pe tah kat UTM ni. Dan ssememangnya salah satu perangai aku, aku tak berapa suka tempat-tempat macam tu.

Sepanjang aku kat fiesta tu, muka aku macam ketat, susah nak senyum. Aku jadi macam rimas. Mata aku mula liar memandang sekeliling sambil kepala ligat berfikir macam mana aku nak lari dari kesesakan orang ramai ni.

Untuk pengetahuan, aku bukan tak suka pergi tempat-tempat macam tu, cuma hm... aku ada satu benda yang aku tak suka bila bersama si dia. Orang yang aku kenal tegur aku.

Yup, mana aku pergi jika si dia ikut, aku tak harap ada sesiapa yang aku kenal terserempak or tegur aku. Kalau tanya aku kenapa, aku takde jawapan. Coz aku memang tak suka.

Mungkin aku ada pemikiran yang masa bersama si dia tak patut diganggu. Barangkali. Namun, aku gembira keluar bersama si dia. Even muka aku tak menunjukkan itu, namun aku memang gembira.

Weirdo... Terpulang. Sebab bagi aku setiap orang ada perangai yang pelik. Dan adalah amat bertuah jika kalian sendiri sedar atas kepelikkan diri kalian. Ya, berbangga lah dengan diri sendiri...

Penat, ngantuk tapi gembira. Masa yang aku bayar berbaloi. Aku perlukan rehat. Semoga tak bertemu kalian ketika bersama si dia... huhu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...