Followers

Sunday, September 30, 2012

Nasihat petang Ahad

Ingat ni...


Hari ni Ahad kan...? Pergilah keluar berhibur... Esok baru fikir balik... Aku ucap selamat...

Game vs Perempuan. Enough said..

Aku pun gamer. Esok...

Bila dah kahwin... aku mesti macam ni jugak... Maaf... Aku memang macam ni. Terutama bila dapat game baru... Jadi faham-faham la...

Aku ucap selamat...

Saturday, September 29, 2012

Paranormal Activity 4 (2012) - Official Trailer #2

Paranormal Activity 4 (2012). Ini trailer ke dua. Tayangan 19 Oktober 2012... Kat malaysia aku tak tau. Ada ke..? Banyak cerita bodoh mengarut ada la wayang sekarang...


Antara cerita paling seram aku pernah tengok. Bagi aku yang best hanya yang pertama. Kau pernah cuba, rakam mana-mana tempat yang kau biasa lalu pada waktu malam. Biarkan ia rakam sampai subuh. Esoknya kau tengok balik...

Seram...

Walaupun takde apa-apa. Ia macam kau tengok video yang santai, relaks... tiba-tiba keluar muka hantu... Seram...

Walaupun takde apa-apa...

Ustaz masa aku belajar kat Matriks dulu pernah buat lawak ni. Malam-malam dengar orang ketuk pintu, bila buka takde orang... Tiba-tiba kita jadi sengal takut. Terus menyorok dalam selimut...

???

Bila fikir balik, takut apa sebenarnya... bukan buka pintu keluar pontianak atau hantu susu pun... Buka pintu, takde pape...

Sengal...

Senang sebenarnya nak takutkan orang... cuma perlu tahu picunya...

Tok tok... Thee hehe...

Aku kat belakang kau ucap selamat...

Mati yang menjengkelkan

Rasa tak best petang ni. Mari aku tambah rasa tak best tu dengan babak filem yang menjengkelkan setakat ini.


Aku harap ini cerita lawak... Bukan aksi... Aku ucap selamat...

Aku nak main game

Aku sedang tunggu kemunculan 2 game. Ke dua-dua game ini adalah indie game, bermaksud bukan kompeni besar buat game ni, bukan juga game mainstream yang dapat liputan meluas media massa... Indie band tau? bagus... sama je...

Aku rasa cam hebat lak sebut perkataan media massa dan mainstream... mmm...

Indie game biasanya tak beratkan pc kau, tak semakkan kepala kau, grafik sedang elok dan aku ada rasa ada hubungan dengan game yang aku main. Mereka kompeni kecik, aku fikir mereka agak tulus bila buat game.

Kau tau.. feeling... bukan dengar lagu je boleh feeling2 ni...

Prison Architect

Baru keluar versi alpha. Game simulasi membina dan mengendalikan penjara, bagus untuk orang-orang yang sukakan game the sim. Aku tertarik dengan grafik 2d yang amat ringkas. Bila kau mahu uruskan sesuatu yang besar, kau harus nampak jauh. Nampak senang... ringkas...


Harga: USD30. Kau nampak tak butang donate kat sebelah kanan blog ni. Tekan situ... Thee hehe...

Castle Story

Konsep seperti game di atas, kali ini adalah membina istana dan kubu dan pertahankannya dari serangan musuh. Game ni comel, aku suka karakter dalam game ni.


Masih dalam pembikinan. Jadi macam mana aku nak main sekalipun aku harus sabar menunggu. Tapi kau masih boleh tekan butang donate yang ada di sebelah kanan blog ni... *wink...

Takde fulus sekarang nak beli game. Aku tak nafi aku ada download game yang aku nak main. Kalau ianya best, aku pasti beli. Penat dorang buat game... Lain la kompeni yahudi... kita kan boikot yahudi... kan? kan?

Aku ucap selamat... enjoy trailer yang ada... yeah~~~!

Friday, September 28, 2012

Liar Game Reborn

Yes! Dah boleh download Liar Game Reborn. Filem tahun ni, keluar bulan Mac. Filem baru dari Jepun memang susah nak keluar awal. Tunggu DVD atau Bluray keluar baru la boleh download atau beli.


Filem yang diadaptasi dari manga mengisahkan Shinichi Akiyama (bukan detektif conan) dan beberapa rakannya yang lain cuba memenangi permainan si penipu. Kalau kau minat cerita Kurosagi, aku syorkan cerita ni. Dia ada drama (2 musim) dan 2 filem termasuk filem ini.

Kalau kau k-pop, aku tak syorkan cerita ini. Cerita ini terlalu intelek untuk minda kau hadam... Marah!? Haha...

Ya, aku agak ketinggalan zaman. Orang layan Kpop dan Kdrama sekarang. Mana layan dah cerita Jepun. Aku masih tengok cerita Jepun. Suka cara mereka menyampaikan sesuatu. Cerita Korea juga bagus.
Aku juga suka tengok. Terutama romantik komedi... Hehe...

Well, aku tak nak kritik lebih-lebih... sebab aku pun tak suka orang kritik aku. Puji boleh... pastikan berbakul-bakul...

Acku ucap selamat...

---
Cis... takde subtitle...


Charlie Chaplin, mesti tonton!

Aku nak buat post tentang tutorial tapi aku tak rasa intelek sekarang. Jadi aku menyusur beberapa blog yang aku suka susur... Macam haram bahasa Melayu aku. Rasa menjengkelkan bila aku terpaksa buka google translate hanya semata-mata untuk menterjemah dari Inggeris ke Melayu. Aku kena kurangkan reading dan mula membaca mulai hari ni...

Bila sebut Charlie Chaplin, kau akan teringat pelawak terkenal, gambar hitam putih, lawak bisu. Aku sendiri tak ingat aku pernah tengok Charlie Chaplin ke atau tidak.

Pity me...


Vid di bawah di atas adalah babak dalam filem dari The Great Dictator. Bercakap tentang... keamanan...
Video ni aku tengok dari blogserius. Dan video ini adalah video kau harus tonton. Kalau dari blog serius mesti benda serius... Mesti tonton...!

Aku ucap selamat...

402

Aiseh... terlepas... ni post yang ke 402 dalam blog aku. Tak perasan dah ada 400 post... dahsyat... Haha... tapi ini tak kira beberapa post yang aku pernah buang dulu...

Banyak benda berlaku dulu... tak kurang juga sekarang...

Aku ucap selamat k...

Insomnia

Insomnia...


Merujuk kepada wikipedia bahasa Inggeris adalah difficulties initiating and/or maintaining sleep, or non-restorative sleep, associated with impairments of daytime functioning or marked distress for more than 1 month

kesukaran memulakan dan/atau ketidakupayaan meneruskan tidur, disebabkan oleh ketidakselarian masa atau kesukaran yang dihadapi untuk lebih dari 1 bulan.

Aku tahu Bahasa Melayu aku lemah. Terutama bila menterjemah... *wink...


Insomnia bukan aku. Aku senang tidur cuma pada masa yang salah. Sejak resign dan trading, aku tidur pada waktu bank London dan Amerika tutup. Waktu aktif aku trading adalah pada 3 petang hingga 12 tengah malam waktu Malaysia.

Cuma baru-baru ini aku kuat tidur. Ya, tidur bagi aku seperti makan coklat, atau menembak dalam game... cara aku melepaskan tekanan.

Teringat masa dekat universiti, aku boleh sahaja tak tidur untuk 3 hari maksimum. Selepas itu, aku out. Sekarang jarang dah... Aku dah tua mungkin... tak kuat macam dulu...


Aku nak tidur malam macam orang lain cuma baru-baru ini macam sukar. Semalam aku cuba pasang radio bila nak mula tidur.

Lena~~~

Dan baru aku sedar, malam kat bilik aku amat agak sunyi... Aku takde masalah tidur dalam bilik yang terang. Cuma sukar sedikit kalau sunyi. Sebab tu aku boleh tidur pagi, tengah hari, petang... bising kan siang hari.

Tak berapa lama dulu. Sekarang tiada...

Aneh... tanya benda aneh... oh.. Syefa tak menulis lagi... rindu dia... antara penulis blog terbaik yang pernah aku baca. Benda yang dia tulis memang aneh. Bukan sesuatu yang macam blog tutorial atau blog serius... Cuma hanya cakap-cakap manusia biasa yang aneh. Benda aneh... dapat?

Aku suka malam. Sayang pula nak tidur. Malam takde gangguan. Sunyi je. Jadi masa-masa macam ni kalau ada kerja, memang best. Boleh nampak prestasi kerja aku malam dan siang.

Macam masa kat kolej matriks, orang study aku tidur. Orang tidur aku study. Forever alone kot.. Haha... Rindu masa belajar. Masa ada masalah. Study je. Bila masuk universiti aku agak kucar kacir sedikit.

Eh, dah pukul 7 pagi. Aku nak tidur dulu. Aku ucap selamat... Ya.. ya... aku esok aku cuba tidur pada masa yang betul... Esok ok.. bukan besok... haha....

Aku ucap selamat

Thursday, September 27, 2012

Armada - Bukalah Hatimu

Aku percaya aku tak pernah tepek lagu ni lagi... Layan ek dulu. Masih menaip ni...


Aku telah lelah mengikuti
Semua langkah kakimu
Dan mengharap bisa memiliki
Berbagai cara telah aku lakukan
Untuk hidupmu
Hingga aku mengorbankan hidupku

Buka hatimu
Bukalah sedikit untukku
Sehingga diriku
Bisa memilikimu
Betapa sakitnya
Betepa perihnya hatiku
Selalu dirimu tak menganggap ku ada

---

Sedih... kalau ada antara kau yang masih tak terbuka hati tu, bukalah hati...  mana tau nanti jadi cam dalam video ni... ish ish...

Mawar adalah merah

Si Dia Tunggu Bukan Ucapan “I Love You” Tapi “Aku Terima Nikahnya”

Sakit punggung!? *Thee hehe...

Aku tak sakit. Aku takde awek pun. Kau ada awek mesti sakit punya. Melainkan kau sedang usaha untuk ucap "Aku terima Nikahnya..." Good luck!

Bukan tak ada hati. Ada, aku ada hati, tetapi memandangkan keadaan aku sekarang, aku tak cukup hebat nak jadi suami, atau bapa...

Mana orang nak aku, masih duduk depan pc, main game, blogging, tengok youtube, layan facebook. Alamak, kantoi apa aku buat depan pc... *wink.

Ya, kau yang terasa, aku tipu kau aku kata aku dah boring main game. Kebenarannya aku masih suka main game. Problem!?


Semasa aku menulis ini, ada iklan di era.fm dari Datuk Siti bagi nasihat, masa muda jangan main cinta. Dia kata betul. Aku percaya tu.

Suka -> lambat, gi kat orang lain
Dicinta -> kawan dia hasut -> pisah -> kapel balik -> pisah
Mencinta -> jarak jauh -> khianat/curang

Tapi kadang aku fikir aku kena sumpah, sebab tu jodoh susah nak lekat. Aku pernah cakap pada kebanyakan orang, aku akan kahwin bila muka aku jadi muka depan majalah Forbes. Cekal... Selama-lamanya la aku tak kahwin. Tu orang kata...

Aku kata... Mungkin... *wink

Aku ada benda yang selalu bermain dalam fikiran aku bila orang tanya bila nak kahwin...
Pencapaian hidup seseorang lelaki berdasarkan hebatnya dia membuat duit lebih dari mampu isteri menghabiskannya. - msuhaimi2007
Aku tak boleh keluarkan benda ni dalam kepala. Ia macam dna aku. Andai satu hari nanti aku kahwin gak di saat isteri aku lebih hebat habiskan duit dari aku buat duit, bermakna sumpahan tu terburai terlerai. Allah Maha Kuasa kan...

Lagipun, betul ke aku kena sumpah. Haha...



Dunia sekarang ni duit, duit, duit... Aku selalu ada masalah dan kebanyakkannya aku selesaikan dengan duit. Sebab tu aku fikir duit itu amat amat penting. Penting... Penting... Aku selalu nasihatkan anak-anak dara tua dan janda agar menjadi mata duitan sedikit. Banyak dah lelaki kaya kat luar sana zaman sekarang ni. 

Kau nak tengok perempuan yang kau sayang, kau ucap I love you atau kau ucap aku terima nikahnya hidup susah. Aku tak sanggup. Bergaduh dengan si dia pun aku tak sanggup. Bercerai, elakkan. Peace world! Overthinking... hurm...

Jadi kesimpulannya. Cari duit dulu. Cinta datang selepas cita-cita.

Ramai orang desak nasihatkan aku supaya beritahu yang aku suka Mahluk Tuhan Paling Comel. Aku kemudian akan tanya...

Selepas itu? Apa? Kapel? Kahwin jauh sekali... Bercinta tak semestinya memiliki... *wink...


Dia perempuan baik. Iman muda musim pertama je layak jadi bakal suami dia. Kalau aku boleh patah balik masa, aku nak pergi waktu aku sekolah dahulu. Belajar agama pandai-pandai. Masuk rancangan realiti Imam Muda. Atau jadi ustaz kat youtube. Barulah jadi lelaki berkualiti tinggi... dan kaya... *wink lagi.

Banyak kenyit mata... sakit..

Aku nak. Tapi aku nampak jelas antara aku dan kahwin ada rumah, kereta, majalah Forbes, game, emas... Oh, aku terlalu duniawi. Tapi itulah aku. 

Aku nak keluar kejap. Kau kalau nak lepak sini lagi aku syorkan kau tengok video dibawah. Penting! Penting! Hanya kalau ko nak lepak sini lagi...


Hehe... Aku ucap selamat...


Wednesday, September 26, 2012

Inspirasi

Malas kemaskini blog? Tiada idea, tiada inspirasi. Tengok video di atas bawa.

I think its excuse to be lazy... 
Hm... hm... Sebenarnya aku pun bukan ada idea pun nak menaip. Tetapi tengok video di atas membuatkan aku terfikir, banyak sebenarnya aku nak taip. Dan boleh taip...

Macam apa aku buat setiap hari mengadap pc.
Macam apa yang buat aku terjebak dalam dunia trading ni.
Macam siapa sebenar Makhluk Tuhan paling comel...


Oh... aku tak cerita lagi ek. Nanti la... nanti... aku tak bersedia lagi... Kau kena tahu, setiap perempuan yang cerita di sini telah aku kategorikan sebagai bidadari. Kecuali sorang tu... hurm... Jadi setiap kali menaip pasal si dia, kena amik mood.

Tahukah korang, perempuan boleh senarai banyak kelemahan lelaki yang dia suka/cinta. Tapi lelaki tak mampu nak sebut walau satu pun kelemahan perempuan yang dia suka/cinta. Tak puas hati, komen... Muahaha...

Terlalu personal mungkin.... atau aku aku boleh menaip...

Contoh Akta 114A

Pasal akta 114A dimana boleh disabit kesalahan jika terdapat jenis hasutan dalam laman web atau sosial kita.
Pasal pilihanraya dan parti-parti politik.
Pasal rasuah dan korupsi.

Berat. Aku bukan jenis tengok berita, baca surat khabar. Sukar untuk aku percaya akhbar dan televisyen baru-baru ni. Terutama facebook. Terlalu banyak isu. Terima kasih The Arrivals. Good stuff. Banyak sedarkan kita betapa banyak penipuan di sekitar kita. Terutama orang dari atas, if you know what i mean... *wink wink...



Atau aku boleh mula buat cerita atau novel. Aku ada banyak pengalaman dan cerita karut dalam kepala ni. Menarik... mentol tak menyala... mungkin lain hari.

Tetiba rasa macam banyak benda kau boleh menaip. Inspirasi, bagi Craig Benzine, tidak wujud. Jika kita rajin, nak buat, ada daya... aku fikir kita boleh buat. Kalau terlalu tepu mungkin kau boleh cuba keluar sebentar, amik angin. Tapi terlalu tepu pun kadang-kadang kau tetap boleh menaip.

Tak perlu jadi asli sangat kerana dunia sekarang dicemari dengan benda-benda ciplak. Susah nak cari ori sekarang. Mahal lak tu. Dan apa aku cerita ni...


Here you go... Rasa boleh menaip sekarang? bagus... Tepek link kat komen. Follow kat atas ke. Bagi aku kemudahan untuk blogwalking. Fikir kenapa blogger macam boleh update blogger hari-hari dan bukan hanya 1 post. *wink wink... (tengok jenis blog jugak korang kata...)

Kalau masih tak boleh tengok balik video di atas.

Itulah pentingnya English Education
- Usop Wilcha

Kadang aku sendiri pun tak faham. Muahaha... layan video kat bawah. Manusia hebat dari abad ke 20.


Aku ucap selamat...

Tutorial : Mengakses PC menggunakan Android.

Lama tak buat tutorial.

Kali ini aku nak tunjukkan anda semua bagaimana menggunakan smart phone android korang untuk mengawal pc korang.

Langkah 1
Download dan install dulu Teamviewer. Percuma je pun.

Nak install boleh, tak nak install pun takpe. Aku install je, memang nak guna pun.

Langkah 2
Install Teamviewer kat Android korang. Boleh cari di Google Play. Tau kan?

Langkah 3
Buka aplikasi Teamviewer di PC korang.

 Perhatikan Your ID dan Password tu.

Langkah 4
Buka aplikasi Teamviewer di Android korang. Isi ID dan password seperti yang tertera kat PC korang. Click Remote Control.

Langkah 5
Enjoy...

Aku gunakan aplikasi ni untuk trading sebab aplikasi FX kat android kureng sedikit. Jadi susah aku nak buat kajian bila aku keluar dari rumah. Ya betul, pastikan PC kau on dan online baru guna...

Aku ucap selamat..

Margin Call

Aku tak boleh tidur, memandangkan aku baru margin call. Ya, ini adalah 2 perkataan yang amat ditakuti para trader. Tiada duit lagi untuk melabur. Sedih? tentu sekali.



Kalau kau tanya pengalaman aku margin call. Aku hanya ada satu perkataan, perit. Kerana bilamana terjadinya margin call ini dalam hidup aku adalah ketika aku betul-betul sedang berada di bawah.

Berapa banyak aku perabih setakat ini. Tak sebanyak sifu-sifu lain. Tak sampai berpuluh ribu lagi. Namun cukup untuk buat aku sedih. Hanya sedih.



Aku cuba main game, pun mampu menghilangkan rasa sedih dalam hati ini. Aku selalu kata kepada kawan-kawan aku bila aku margin call, putus cinta pun tak sesedih ini. Banyak kali putus cinta, banyak kali margin call. Jangan kata aku tiada pengalaman tentang dua perkara ini.

Aku harap aku putus asa sekarang. Tetapi aku tahu nanti ada suatu ketika aku akan trade semula. Hanya trader tegar faham perasaan ini. Aku nak putus asa, tetapi aku tidak dibenarkan berbuat demikian. Aku tak boleh. Aku hanya tak boleh.



Ada kerja kosong tak? Aku nak cari kerja. Nak hidup macam orang biasa. Bangun pagi, mandi, gosok baju dan keluar rumah. Mungkin aku akan tinggalkan FX lama selama macam seperti aku kerja dengan KFC dahulu. Sibuk dengan kerja sampai tiada masa untuk trading.

Margin call, margin call...



Aku suka trade. Melatih aku bersabar dan berdisplin. Selalunya aku baik dalam 2 perkara ini. Sabar... bila nak masuk order aku buat rileks. Selalunya untung. Cuma kadang aku alpa dan dalam forex, sekali kau alpa cukup nak buat kau jatuh.

Hanya sekali.

Kalau banding displin semasa bekerja dengan KFC dan trading, trading jauh lebih hebat tahap displinnya. Langit dengan bumi aku kira. Sebab itu aku fikir aku tiada masalah bila bekerja dahulu.

Margin call, margin call...

Bila sedih aku suka memencilkan diri. Aku jarang luahkan kecuali dalam blog ini. Cuak kalau-kalau garang aku terkeluar terutama kepada orang yang tersayang. Baik aku berdiam. Cuba menulis di sini tengok macam mana.


Tiba-tiba teringat kata-kata sifu FX aku, katanya anggaplah kerugian tu yuran pembelajaran trading. Mungkin. Cuma bila fikir balik, aku tak pernah jumpa trader yang tak pernah rugi besar. Ada hikmah juga kata-katanya.

Margin call, margin call...

Aku nak menaip lagi, tapi bila sampai sini aku macam tersekat. Aku lihat jam, dekat sejam aku tersekat di sini.

Blog ini berguna semula. Aku akan menulis semula. Seperti dahulu. Aku akan cuba luangkan masa untuk menulis. Aku nak ucap selamat. Dan terima kasih kerana sudi membaca...

Tuesday, September 25, 2012

Copy and paste

Aku ada ramai kenalan trader FX di Facebook. Ya, aku kenal di FB sahaja. Ada diantara mereka adalah orang yang aku selalu borak, ada yang tidak.

Antara hobi aku dan mereka ini adalah post SS dan komen (bincang). Kejap, SS stand for what eh? $$ ke? atau slideshow mungkin. Aku hanya tahu chart yang dorang tepek tu dorang panggil SS. Entah...? Kita newbies mana tau apa-apa... kita follow je.

Halnya apabila menepek SS ni, orang akan ikut. Contoh kalau seorang sifu FX ni tepek SS kata buy, maka semua ikut buy? Sifu ma... kalau dia buat sesuatu kita mesti ikut. Kan pembelajaran itu adalah meniru orang lain.



Cuma masalahnya di sini SS yang ditepek itu selalunya lewat. Contoh kalau seorang baru nak naik Sifu tepek SS kata Buy, tapi orang tidak boleh ikut, sebab dah 2 jam macam tu baru la dorang nak tepek. Dalam FX, sesaat pun berharga. Kalau kata tunggu sampai pukul 3, jangan ngada-ngada nak masuk kul 2:59:59. Tapi aku percaya ramai je buat.

Jadi, apa halnya kalau lewat pun. Orang akan tanya, kalau dah lewat kenapa tepek. Saje tunjuk pro. Poyo... Haha... Biasanya newbie cepat marah cuma dalam hati je la. Sebab kebanyakkan trader yang hebat, mereka diam dan senyap bila trading. Sebab tu lambat tepek SS.

Aku faham kenapa boleh jadi orang yang hebat ni lambat tepek SS. Tentunya, mereka menjaga nama baik mereka. Karang kalau salah tepek nanti jadi masalah mencemar nama baik mereka selaku sifu. Kita manusia senang pandang buruk dari baik. Itu realiti.

Antara perkara yang buat mereka lambat tepek, adalah kerana ianya membebankan. FX bukan sesuatu yang ko ramal mesti jadi. Ada masa ianya akan gagal. Ramai orang tak faham dan cuba seumur hidup mereka mencari cara-tak-kan-rugi dalam dunia FX. Ketahuilah, takde. Aku tak jumpa. Dan menjadi sesuatu beban bila ko tepek SS, orang ramai ikut sebab percayakan ko dan alih alih rugi.

Dulu, aku juga rajin tepek SS tapi kat blog aku yang satu lagi. Konon-konon nak buat signal live. Akhirnya aku tinggalkan. Tekanan. Kalau menjadi kembang sekejap. Kalau tak mau seminggu aku duduk tepi bilik, meratap kerugian kau dan aku. Kita manusia jujur dalam hati. Sebab itu rasa bersalah itu ada.



Aku ingat ada seorang sifu FX ni pernah kata. "Bila sedang trade... DIAM..." Ya, dia kata betul. Bila aku trade, aku mendiamkan diri. Tak cakap kat sapa-sapa aku trade apa. Tak cakap kenapa aku trade kat sapa-sapa. Sebab mental aku bukan kuat mana. Kalau rugi seorang diri pun kadang tak terbawak, inikan pulak terfikirkan trade orang lain.

Dan sebab itu, amat ramai antara kita adalah silent trader. Senyap je. Untung senyap, rugi pun senyap. Kerana mereka tidak mahu dibebani. Bukan sombong. Bukan kedekut. Aku perasan bila kita senyap, kita lebih fokus, terutama bila kita tidak dibebani. Senang nak buat keputusan buy atau sell.

Lain kalau sifu. Mereka perlu tepek SS, harus biasa dibebani. Kerana mereka mengajar, orang mengikut. Kalau sifu pun berdiam, peh... kita nak trade macam mana. Itu peranan mereka. Peranan kita hanya diam dan belajar dari mereka. Ada soalan tanya. Dan rajin buat kajian sendiri. Inshallah berhasil.



Aku diantara mereka yang berdiam aku fikir. Sekarang untung tak kemana, rugi berbakul-bakul. Itu tidak baik. Aku sedang cuba memperhebatkan diri. Sukar nak putus asa. Sukar sangat. Umur dah lanjut, dengan kemahiran yang aku ada sekarang rugi rasanya aku putus asa.

Ok la. Aku nak out. Aku tak kaya. Aku takde apa-apa. Aku hanya ada kudrat dan kemahiran. Dan aku berharap aku akan ada apa-apa. Aku ucap selamat...


Monday, September 24, 2012

Selamat!

Selamat sejahtera... Ya, kita orang beradap harus memberi salam.

Apa nak tulis. Lama tak menaip dalam blog ini. Bukan tiada idea, cuma malas. Ya, itu penyakit anak-anak, malas itu penyakit yang harus kita ubati dengan kerajinan.

Banyak benda berlaku. Lagipun rasanya sekarang orang tak baca blog kot. Aku sendiri suka pergi tengok Youtube, tengok vlog orang lain. Rasa best lagi tengok video dari membaca.

Ya, malas... malas nak baca. Rasa nak duduk dan tengok je. Dan kemudian faham, atau buat-buat faham.

Dahulu, selepas beberapa ketika menaip di sini, aku fikir blog ni banyak sangat benda yang aku tak mahu orang baca. Aneh, buat blog untuk orang tak baca ke? itu bangang namanya. Aku cuma tak tahan kritik kot. Mungkin.

Tapi makin meningkat umur tahap atok-atok ni makin aku dah tak kisah orang nak kata apa. Dan itu antara sebab aku menulis di sini semula.

Sebab aku peduli apanya... orang kata...

Aku teringat Makhluk Tuhan Paling Comel pernah tanya, takde blog ke, aku nak baca. Aku jadi kaget, seram, takut, mengelabah, tak cool dan sengal.

Sebab blog ni aku rasa kalau orang baca, nanti orang kenal aku siapa, kenal aku macam mana... Cuak weh... orang sekarang bukan baik-baik dah. Tau nak menikam je.

Tapi aku optimis kali ni. Aku bagi can la. Tak baik buruk sangka kan? Nabi pun tak ajar kita buruk sangka... Jadi aku meyakinkan diri mengatakan orang adalah baik... Kan? Kan?

Oh, siapa Makhluk Tuhan Paling Comel... Let's see... nanti cerita. Jangan risau, aku cerita punya... rileks...

Pelik manusia boleh cepat berubah bilamana persekitarannya berubah...

Aku ucap selamat... Maaf, tipikal aku, aku tidak letak gambar bila buat post... malas... Malas ni bila baca tak best kan... lain kali aku tak cakap malas lagi... Ops...

Oh... apa aku buat sekarang... not much... just trading je buat masa ni... cukup la tu. Nak buat banyak mana lagi... Aku ucap selamat lagi...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...