Followers

Gamers

Sunday, August 16, 2009

Surat penuh nombor-nombor...

Zaman dah berubah.

Masa mula-mula peradaban manusia. Kita hanya tinggal di gua. Nak makan, kita pergi berburu, kita pergi mengutip buah-buahan dan sayur-sayuran.

Namun bila sudah mula ramai orang, kita dikenalkan dengan sistem barter. Kau mahu ikan, aku ada, berikan aku 2 kati garam. Dan semua orang mula pandai menawar. Kita mula hidup harmoni, tidak terperuk di rumah. Kerana pada masa itu, jika hanya duduk di rumah, kau takkan dapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga.

Sejajar dengan kemajuan dalam pemikiran manusia. Kita mula bergantung kepada tenaga elektrik. Satu jenis tenaga yang bakal mengerakkan semua. Manusia mulai bergerak pantas ketika ini. dan ketika itu juga, sistem barter tidak digunakan lagi. Ia diganti dengan wang kertas, dengan syiling, dengan emas.

Dan ketika inilah timbul bil, cukai dan hutang. Dahulunya hidup kita hanya di gua. Tidak pula kisah tentang bil, tentang cukai, dan sedikit tidak kisah tentang hutang. Dan zaman dengan cepatnya berubah lagi.

Dahulu hanya bil air dan elektrik. Sekarang sudah ada bil telefon, bil astro, dan lain-lain bil yang tak keluar dari kepala aku. Tak kurang juga surat-surat dari Majlis Pembandaran, pemungut cukai dan lain-lain.

Masa depan, aku tak tahu. Zaman dah berubah. Cara duit bergerak juga berubah. Alirannya juga makin membesar. Sedar tak sedar, kita sudah terperangkap dengan gerakan wang. Dan kau masih berani cakap wang tidak penting...

Cukup-cukuplah baca aku merepek, kau fikir la masa depan kau bagaimana kerana aku sedang fikir bagaimana masa depan aku kelak...

Friday, August 14, 2009

Masa adalah milik kita berdua...

Si dia tidur pada pukul 1.35 pagi. Aku tidur pada 1.40 pagi. 5 minit yang terakhir hidup aku pada hari itu aku guna untuk lihat si dia lena dalam fikiran aku. Lihat dia senyum, bebas dari masalah dan kerenah persekitarannya.

Apa yang aku suka tentang si dia sekarang bertambah. Si dia mula lebih patuh dan lebih setia. Mula kurang sibuk dan tahu menghargai masa. Kadang aku jadi malu kerana aku di sini sentiasa lapang tetapi tidak pula betul-betul menghargai masa.

Pada aku, bekerja separuh mati untuk orang lain adalah salah. Aku teringat bila aku mula-mula masuk kerja selepas aku habis SPM dulu. Bos aku kata kepada aku...

Saya tak kisah kamu mahu buat macam mana, saya hanya mahu tahu, ianya siap.

Dan sebab itu, aku riang setiap kali pergi bekerja. Dengan perjalanan kerja yang sistematik, aku dapat selesaikan semua kerja aku dan punya banyak masa untuk melahu. Huhu... Yang paling penting, kerja siap, bos tak marah.

Jika mahu kerja separuh mati, suka bekerja separuh mati. Bagi aku yang terbaik, kerja dengan diri sendiri. Bukan untuk bos kau, bukan untuk orang lain. Untuk diri sendiri. Jika kau anggap bekerja itu adalah peluang untuk belajar tentang sesuatu yang kau nak belajar, maka aku fikir itu baik. Sepertinya kau bekerja sendiri.

Namun jika tiada apa kau dapat dari kerja separuh mati melainkan duit gaji bulan-bulan. Aku sarankan sampai masa untuk kau berhijrah. Buat benda lain, atau kerja sekadar ianya siap dan baik. Masa selebihnya kau boleh berehat. Isi masa kau dengan isteri dan anak-anak.

Orang tanya, kenapa aku suka sangat pada duit. Aku jawab, kerana aku suka pada keluarga. Orang kata, duit akar kepada kejahatan. Dan sebab itu, kebanyakkan pergaduhan dalam keluarga adalah berkaitan dengan duit. Kau boleh fikir sendiri contohnya.

Aku merasa jelek dengan orang yang mengatakan duit tidak penting. Jelek bila melihat orang yang sama keluar pagi dan balik malam. Jelek melihat orang yang sama tidak punya masa untuk keluarga. Rasa jelek teramat. Kerana bagi aku orang seperti ini adalah hipokrit. Duit tidak penting, namun itulah yang dikejarnya seumur hidupnya.

Aku yakin, Allah tak jadikan manusia hanya untuk survive. Dia jadikan kita supaya kita punya masa berfikir tentangNya, tentang ciptaanNya, tentang nikmatNya. Jadi belajarlah untuk luangkan masa. Untuk adakan masa. Dan belajar untuk hargai masa.

Aku suka keluarga. Aku mahu jadi kaya yang secukup agar keluarga aku bebas dari belenggu duit. Aku tak suka kelahi, tak suka dimarahi. Aku hanya suka damai dan aman. Aku suka duit, kerana yang sebenar, aku sukakan keluarga.

Aku bersyukur, si dia mula sedar ini. Si dia keluar pagi tidak seperti pagi yang sebelumnya, pagi yang tidak terlalu awal. Dan balik pada awal waktu.

Aku gembira bila si dia mula sampai awal di rumahnya. Aku yakin, si dia mula pelajari sesuatu yang bermakna dalam hidupnya. Hidup bukan untuk kerja, hidup adalah untuk diri sendiri, untuk orang lain (keluarga) dan untuk Allah.

Melihat si dia, aku merasa sinis kepada diri sendiri. Kerana setiap perubahan si dia itu datang dari mulut-mulut aku sendiri. Aku harus kuat sikit bekerja. Agar aku juga mampu jadi seperti si dia, mula tahu menghargai masa.

Aku bangun pagi, pagi yang sama si dia bangun. Menulis ini. Mengingatkan aku yang si dia sedang terjaga menggunakan masanya dengan baik dari dahulu. Dan mengingatkan aku juga harus begitu menggunakan masa dengan lebih baik dari dahulu.

Aku ucap selamat, kepada si dia dan kepada kau, pembaca sekalian... Terima kasih...

Saturday, August 8, 2009

Ada apa pada facebook

Baru-baru ni aku amat aktif kat facebook. Selaku budak baru nak naik (kat facebook), kekerapan mengadap pc sudah melebihi programmer yang tak siap-siap lagi programnyer yang hampir menjangkau 3 tahun usaha. Pe yang aku merepek ni.

Dahulu, aku hanya pengguna friendster je. Ada juga myspace tapi haram tak aktif. Aku buka facebook sebab abang neraka dulu dok citer pasal dia dan facebook dia. Tapi haram aku nak aktif.

Desakan mengaktifkan facebook ni bermula bila member-member aku mula meninggalkan yahoo messenger, ym. Nak ajak makan, sikit2 kata aku ada kat facebook. Haram. Ym sudah jadi tanda tanya. (?)

Jadi aku cuba-cuba aktif. Senang cari kawan lama kat sini. Tak kurang juga kawan baru. Apa yang aku suka, sebab ada interaksi secara terus dengan kawan-kawan. Macam kau buka forum kau sendiri bersama dengan kawan-kawan. Dan ini antara sebab kenapa aku dah jarang berforum...

Aku suka kat sini. Jumpa member2 lama. Dapat borak seperti mood time skool dulu. Even ada yang dah kerja, ada yang study lagi. Still, kawan-kawan... tak pernah lupa. Yang tak best ada juga yang berlagak. Cam haram. Mentang-mentang aku tak habis lagi. (Dah2, jangan hantar bunga konvo tu lagi kat aku. Aku tak konvo lagi la haram!!!)

Haha... ok korang semua. Ada facebook, add la aku. Aku suka kenal orang. Cuma masalah aku nak keep in touch. Aku harap facebook ni jadi medium untuk aku keep in touch dengan kawan-kawan aku dan korang...

Aku ucap selamat...!!!

Friday, August 7, 2009

Bila ku benar benar cinta mati...


bukannya aku takut - tbk


Bukannya Aku Takut - Mulan Jameela


Bukannya Aku Takut - Juliette


Ku tak peduli
Bila ku benar-benar cinta... mati
Ku tak peduli

Ku memang begini
Bila ku benar-benar cinta... mati
Ku tak peduli
Apa saja yang kau inginkan aku rela

Bukannya aku takut akan kehilangan dirimu
Tapi aku takut kehilangan cintamu
Mungkin saja saat itu kau mempermainkan aku
Seakan kau bisa membalas cintaku

Kau takkan mengerti
Yang selama ini aku rasakan... pasti
Kau tak peduli
Bila saja yang kuinginkan kamu rela

---*---

This suits my present feeling better towards si dia. Thanks for bringing me this sort of feeling. Appreciate that... Miss you...

Wednesday, August 5, 2009

Budak pun tak tau putus asa...

Penat duduk lama-lama di kerusi. Aku bangkit, membuat cubaan patahkan pinggang... err... faham kan maksud aku. Penat, barangkali aku perlu rehat.

Aku baring di sofa, empuk. Hajat di hati hanya mahu lelapkan mata bermain mimpi. Merehatkan minda dari tekanan kerja.

Sedang nak tutup mata, aku lihat ada kanak-kanak kecil merangkak ke arah aku. Lambat, tetapi... dalam hati aku, itulah perkara paling comel yang sangat aku mahu lihat.

Sedikit demi sedikit dia menghampiri aku. Dan bila sudah hampir, dia berhenti, memandang sekeliling. Lagak seperti memikirkan sesuatu. Dan bila dia pandang aku, aku hanya buat-buat tidur. Melihat gelagatnya, hati aku terhibur.

Barangkali fikirannya mencapai noktah, dia datang rapat dengan aku. Mencuba untuk memanjat sofa empuk ni. Blind-spot, aku tak dapat melihat bagaimana dia melakukan, sedar-sedar hanya muncul kepalanya dan tangannya di atas sofa.

Perlahan-lahan dia datang jalan mengereng. Masih melihat sekeliling. Kadang melompat kecil. Dan saat itu aku tahu, dia mahu memanjat ke atas. Sifat tak putus asa dia itu memberi aku inspirasi tentang sesuatu.

Aku hanya jatuhkan tangan aku dan tunggu dia memijak tapak tanganku, memberikan dia pertolongan, sebuah tangga. Berhasil. Perlahan aku angkat tanganku supaya mudah dia untuk memanjat.

Kadang dia pandang aku, aku buat tak endah. Buat-buat tidur. Aku tak mahu dia tahu aku sedang menolong dia. Aku mahu dia usaha dan tak putus asa dengan apa dia mahukan.

Sedikit demi sedikit, dia berhasil memanjat sofa dan duduk di atas dada aku. Kemudian tidur atas aku. Heh, comel...

Aku terjaga... melihat sekeliling. Aku masih di bilik aku. Alarm aku tutup. Ia sebuah mimpi indah. Lagipun aku dah lama tak mimpi budak kecik... Huhu... Selamat ya...

Tuesday, August 4, 2009

Perasaan < Kekayaan

Pagi-pagi yang indah begini, aku isi dengan secawan susu dan biskut gula yang aku cilok dari tin besar kepunyaan budak bilik aku. Haha.. apa salahnya, besar tin tu. Tak habis satu sem dia makan sorang. Haha...

Duduk, on monitor. Oh, pc aku memang tak tutup selagi aku tak keluar untuk jangkamasa yang lama. Jadi kalau tengok facebook atau ym aku online tak bermaksud aku ada di depan pc 24 jam.

Buka metatrader, tengok forex. Ya, aku tahu. Aku tak mati lagi dalam dunia trader. Aku masih teruskan. Masih punya baki bermakna aku masih belum mampu berputus asa. Dalam hidup aku, inilah satu-satunya benda yang aku tak mampu nak putus asa. Refuse to give up. Barangkali betul kata kawan aku, aku silap pilih dunia, kejuruteraan kalau kau tanya.

Baru-baru ini hati aku mulai takut. Takut aku tak sempat. Takut kepada tidak cukup. Takut kerana tidak mampu. Banyak benda aku fikir, banyak benda aku mahu. Dan jauh mana aku fikir, dasarnya.. semua masalah berpunca kerana kekurangan aku dalam kekayaan.

Aku masih belum habis baca Rich dad poor dad, namun ia sedikit beri aku satu pandangan tentang ketakutan yang aku alami sekarang. Barangkali benar, aku masih belum mempunyai set minda sebagai seorang usahawan. Kerana aku masih belum mampu mengawal ketakutan yang aku alami.

Tamak dan takut. Ia juga adalah salah satu punca kegagalan dalam dunia seorang trader. Aku pernah takut, aku rugi. Dan juga kerana tamak aku rugi. Selagi ia berkenaan dengan kekayaan, tamak dan takut ibarat musuh utama. Itu perasaan, menjadikan kita manusia.

Dia kata, jika ini berlanjutan. Aku akan kehabisan masa untuk berfikir. Aku akan kehabisan peluang untuk berfikir kerana aku biar perasaan berfikir untuk aku. Hasilnya, satu demi satu kegagalan datang menjadi kawan aku.

Dia kata lagi, belajar menggunakan perasaan untuk berfikir, bukan berfikir dengan perasaan. Fahaman aku, belajar mengawal perasaan. Beri diri sendiri masa untuk berfikir. Dan buat keputusan berdasarkan logik akal. Pengalaman diri betul mengajar, perasaan mampu membunuh jika kita tidak mampu mengawal.

Setiap hari, aku melihat gambar si dia. Melihat bagaimana masa depan yang aku akan bentuk bersama si dia. Setiap kali melihat, setiap kali itu aku rasa aku perlu berubah. Menjadi berani, merasa cukup, sebagai salah satu cara mengawal takut dan tamak. Dan selagi aku belum mampu mengawal, selagi itu, gambar itu hanya gambar, sesuatu yang hanya aku mampu miliki.

Semakin jauh aku menung, semakin jelas aku nampak. Kekayaan itu bukan masalahnya. Tetapi diri sendiri, ilmu yang sendiri ada dan sikap yang ada pada diri. Menjadi terlalu pandai tetapi tidak bijak juga tidak bagus. Begitu juga sebaliknya. Semua kena seimbang, semua kena setara.

Aku senyum. Dalam setahun aku bersama forex, banyak yang aku belajar. Displin, pengurusan risiko dan kewangan dan lain-lain. Dan ia membentuk aku menjadi seorang manusia yang mahu berfikir dan mampu mengawal diri. Aku sangat bersyukur, dan terima kasih kepada dia yang memberi aku pengalaman ini. Walaupun sudah tidak bersama aku, aku masih ingat jasanya dalam hidup aku.

Susu yang hampir sejuk itu aku teguk. Melihat graf lilin ini membuat aku tersenyum. Ya, aku masih belum untung. Tapi aku kira, jika keadaan sebegitu aku masih mampu tersenyum. Barangkali benar, perasaan itu sudah menjadi pekerja aku. Yang bekerja sepanjang masa untuk aku.

Sekarang, aku harap, duit pula bekerja untuk aku. Aku mahu pecahkan tradisi keluarga, dengan membiarkan kekayaan bekerja untuk aku. Masa depan aku masih belum terang, tapi aku pasti, di hujung sana, walau aku hanya mampu merangkak dan selagi aku tidak putus asa. Ada cahaya yang sedang menanti... di garisan penamat itu.

Apa pun, masa memang selalu menjadi musuh. Aku tak boleh lama. Si dia juga tak boleh tunggu lama-lama. Ia seperti aku menyeksa si dia. Aku harus kuat dan tangkas. Dan berdoa, penantian itu berbuahkan hasil.

Hm, aku harus sambung PSM aku. Harus bekerja kuat sepertimana si dia yang sedang bekerja kuat di luar sana. Aku tahu, kerana aku rasa kepenatan itu setiap hari. dan kau, minta doakan kejayaan kami. Aku hanya ada aku, dan ada si dia. Sekarang aku ada kau. Kau boleh kan doakan aku...?

Aku seperti selalu. Aku ucap selamat. Oh ya, to bendaaneh, glad you come back... Selamat ya!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...