Followers

Friday, February 21, 2014

Warframe dan bebelan...

Baru-baru ini aku kemaruk dengan game Warframe. 3rd person shooter online game. Aku tak nak review sebab malas. Ni menulis sebab aku cuba login tapi tak dapat nak masuk. Kalau dapat pun lagging.

Sedih...

Jadi aku menulis kat sini.

Cuba nak menulis tapi dalam kepala aku tiada apa-apa. Mungkin aku terlalu obses dengan Warframe, jadi dalam kepala aku hilang banyak benda. Jujur, bila aku sedih, murung dan sunyi... aku senang untuk lepaskan pada game.

Sebab aku hanya kanak-kanak barangkali. Simple-minded.

Game bagi aku macam makanan untuk minda. Aku tak suka duduk termenung tak buat apa-apa. Aku suka berfikir tapi disebabkan sekeliling aku banyak benda yang aku tak suka, aku perapkan diri main game.

Game online biasanya banyak benda kena buat. Banyak info kena tahu. Aku boleh buat formula kat spreadsheet hanya untuk game. Giler kau boleh kata tapi benda-benda macam ni biasa untuk aku... Sejak sekolah rendah lagi aku dah buat benda-benda macam ni.

Game online biasanya ada sistem trading. Tukar-tukar barang dengan duit dalam game. Aku hanya suka main. Jadi banyak benda aku kumpul. Kadang bila jari aku sakit, aku tukar jadi mode trading. Jual sana sini. Teringat masa seronok berniaga kat kolej dulu.

Semangat keusahawanan. Walaupun tak kena tempat...

Seronok juga berbual dengan orang yang ada minat sama. Berkongsi maklumat. Dunia sebenar besar. Dunia game juga besar. Banyak rahsia boleh tahu dengan hanya menggunakan "Hi..." dalam perbualaan.

Tak banyak beza dunia sebenar dengan dunia game. Beza ketara, satu tak berfaedah, satu berfaedah. Satu seronok, satu bahagia (well, sedap bahagia, sakit pun bahagia jugak).

Aku suka design setiap Warframe yang aku pakai untuk pergi berperang. Unik. Setiap warframe ada ceritanya. Ada fungsinya. Dalam keghairahan menyelesaikan misi, kita masih boleh berfikir untuk troll member, cari bilik rahsia dan melakukan aksi parkour untuk syok sendiri.

Heh...

Bila aku letih, aku ambil masa berehat. Dan berehat ini biasanya benda aku tak berapa suka buat. Kerana aku cepat hilang mengingatkan si dia.

Tapi aku fikir tak seteruk dahulu. Jujur pada diri mudah aku fikir. Sebab benda yang kita tak mampu lawan, baik jangan lawan. Mengaku... jujur. Aku cinta dia. Selesai.

Langkah seterusnya... tiada. Aku sendiri sedar aku tak usaha untuk dapatkan si dia. Hanya perasaan yang aku simpan, luahkan tapi aku tak mahu usahakan.

Dalam seumur hidup aku, ini kali pertama aku cinta, tapi aku tak mahu usaha. Putus asa mungkin. Orang kata, perbuatan itu menunjukkan kemahuan. Mungkin juga aku tak mahu. Aku tak tahu.

Kebiasaan aku bila orang bertanya ya atau tidak. Aku tegas jawab ya ataupun tidak. Sebab senang. Aku tak mahu ditanya berulang kali. Akibat belakang cerita. Selagi tak ragut nyawa aku, apa aku perlu takut. Hanya bila cinta... sekarang... aku tak boleh nak jawab. Aku cinta... ya... pergilah pada si dia...

Err.... haha...

Jawapan yang biasa aku beri.

Tanggungjawab besar aku rasa. Komitmen itu yang aku tak mahu beri. Bukan tak mampu. Tapi tak mahu. Betul orang kata, aku hanya kanak-kanak, tapi siapa tidak. Cuma mainan masing-masing dah lain. Masing-masing nak rumah besar, nak kereta besar, nak isteri 2 3... haha...

Cuma mainan aku masih tak berubah... Konsistan.

Tak salah pun dorang nak benda-benda camtu. Masing-masing punya kemahuan.

Aku berani cakap aku tak mahu kerana aku tak usaha. Nak seribu daya orang kata. Aku rela simpan sahaja dalam hati cinta ini dan biarkan duduk selamanya sambil mengadap benda yang aku suka.

Bila baca balik, kadang aku fikir post kali ni macam post budak sekolah. Aku jujur. Mood aku macam ni sekarang. Jadi senang untuk aku menulis begini.

Huhu...

Aku lama tak tengok bulan. Dah lama takde rutin melihat dunia luar baru-baru ni. Takde benda menarik kat luar sana bagi aku sekarang. Mungkin bila aku jemu dengan Warframe, aku akan pakai warframe aku untuk menempuh dunia luar.

Cinta datang dan pergi. Benda macam ni biasa bagi aku. Aku tak pernah takut jika orang membenci aku. Sebab aku percaya, jika aku tak membenci, orang takkan membenci pada aku. Kalau ada pun telah dimasukkan dalam ignore list. Ya, jujur aku tak rasa orang membenci aku sebab aku tak perasan kot.

Banyak pulak membebel. Haha... Post kali ini sebijik gayanya macam post masa mula-mula aku tulis blog ni. Huhu... Kalau tanya adakah aku rindu si dia. Ya, aku rindu. Aku nak jumpa si dia. Nak lihat jika si dia makin sihat. Makin bulat. Haha... Nak tahu macam mana kerja dia sekarang. Ada sakit-sakit lagi ke. Kawan-kawan macam mana....

Tapi aku tahu. Tak mungkin untuk aku. Tak rumit pun. Sebab macam mana aku mahu sekalipun, tulang kudrat aku tak mahu untuk bergerak melakukannya.

Nak seribu daya ke parit mungkin...

Aku ucap selamat... nak cuba login balik warframe aku. Orang tunggu... huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...