Followers

Monday, September 24, 2007

Dragonforce - Through The Fire And Flames

Saje je... heh, coz sekarang aku tengah layan lagu ni... enjoy k....



Dragonforce - Through The Fire And Flames
On a cold winter morning,
In the time before the light,
In flames of death's eternal reign,
We ride towards the fight.

When the darkness is falling down
In the times of tough or right,
The sand of evil laughter
Falls around the world tonight.

Fighting hard, fighting on for the steel,
Through the wastelands evermore,
This scattered souls will feel the hell,
That is wasted on the shores.

On the blackest wings in hell's terrain,
We watch the lands become,
In fire and pain, and once again we know.

So now we're flying we're free,
We're free before the thunderstorm,
Heart towards the wilderness,
Our quest carries on.

Far beyond the sun down, far beyond the moonlight,
Deep inside our hearts and all our souls.

So far away we wait for the day,
For the light source so wasted and gone,
We feel the pain of a lifetime lost in a thousand days,
Through the fire and flames we carry on.

As the red day is dawning
and the lightning cracks the sky,
They will raise their hands to the heavens above
Who descend unto their lies.

Running back through the midmorning light,
There's a burning in my heart,
We're banished from the time in the foreign land,
To a light beyond the stars.

In your blackest dreams see to the need, that destiny is
tied,
And endlessly we're roaming free tonight.

And on the wings of a dream so far beyond reality,
All alone in desperation, now the time has gone,
Lust inside you'll never find, lust within my own mind,
Day after day this misery must go on.

So far away we wait for the day,
For the light source so wasted and gone,
We feel the pain of a lifetime lost in a thousand days,
Through the fire and flames we carry on.

[Musical Interlude]

So far away we wait for the day,
For the light source so wasted and gone,
We feel the pain of a lifetime lost in a thousand days,
Through the fire and flames we carry on!

Thursday, September 20, 2007

Aku, JL : Blogger Mania dan juaranya...

Image Hosted by ImageShack.us

Haha... Mana ada dah pertandingan ni... dah tamat dah.... Juaranya pun dah di umumkan... Korang boleh tengok kat sini...

http://www.jomlayan.com/mybb/juara-jomlayan-blogger-mania-t-8109.html

Sebelum apa2, aku nak ucapkan terima kasih kepada tempe selaku pengelola pertandingan ni. Terima kasih gak kepada semua juri-juri tetap (Andre, Ena, Baguznet & Tempe) dan semua juri-juri awam yang mengundi aku dalam pertandingan ni...

Tak lupa jugak pada Geng Jahat, Dasyu, Mashimie82, Whitedolfin dan Jejerz yang memberi aku tentangan sengit sepanjang pertandingan ini berlangsung... Peh, penat aku digodak korang... huhu...

Heh, banyak lak celoteh aku hari ini... Sory kalau aku lambat bagitau yang pemenang pertandingan ni dah diumumkan... Coz bebaru ni aku super busy dengan keje-keje aku kat UTM ni... Penat aku... tak larat rasanya nak membuat posting... tapi hari ini aku cuba luangkan masa jugak untuk memberitahu korang tentang keputusan pertandingan ni...

Sebelum tu, aku nak korang tau apa je yang dorang komen aku pasal blog aku pada tajuk terakhir hari tu...
Andre : aku suka blog nie... harap ko menang
Ena : memang tersusun..senang aku nak ikut jln citer dlm blog nih..
Tempe :
sekali tgk aku ingat blog budak perempuan yg brutal...overall... well done.. good job..
Baguznet : 1. layout cikna dgn suhaimi baguz sbb menggunakan ruang sebaiknya
2. kalo tak silap aku, mcm kosong utk column paling kanan dlm blog suhaimi
3. suhaimi, aku tgk marque imej forumer yg ko buat, ada satu missing. aku try cek kat opis, kat rumah, tgk sama je, so aku rasa mmg benar pandangan aku, unless otherwise. rasanya imej sblh avatar forumer enjiNyior
4. utk suhaimi & cikna, blog korang byk benda, rasanya tak la padat cuma hati-hati bila letak byk benda yg sedut dari pihak ke-3 sbb benda mcm ni kekadang menyebabkan org yg ada slow internet connection x dpt load blog kita dgn sempurna.

Huhu... thanks to dorang... ada gak effort aku nak tukar template blog aku... huhu... Ok la... Kalau korang gi link kat atas korang mesti dah tau sapa pemenang...

Haha... dengan bangganya aku nak umumkan, pemenang pertandingan Jomlayan: Blogger Mania ialah...


Wakakak... Aku... haha....

Terpoyo lak... huhu... Yup, aku juara bagi pertandingan ni. Menang dengan markah yang sangat-sangat tight dengan Jejerz... Gler ah... N dolf pun hebat gak... huhu...

Bila fikir, hm... pertandingan ni banyak ubah pandangan aku tentang dunia... contoh macam aku cakap dalam assignment yang lepas masa aku pressure buat posting pasal kambing... aku cakap,

'Assignment' minngu ke 2 betul-betul menyedarkan aku yang bukan semua benda yang biasa kita sebut, kita tau semua tentangnya.


Walaumacammanapun, esok jika ada lagi pertandingan macam ni, aku akan sertai coz dari benda2 macam ni la aku akan banyak belajar... dengar kata dorang nak buat lagi tahun depan bulan 2... Jadi korang tunggu apa lagi... gi forum Jomlayan... melayan kat sana... berkenalan kat sana... cari ilmu kat sana... dan bila sampai masanya untuk pertandingan nanti... Kita dah mengenali antara satu sama lain... maka lebih mudah untuk kita bersaing... jangan risau... dorang kat sana peramah... huhu...

JomLayan

Tag bagi forum ni adalah Layanan Mesra dimana jua. Bermakna korang akan mendapat layanan mesra bila melawat forum ni. Heh, bagi aku dorang dah buktikan yang dorang adalah forum yang mesra dan layan.
Tunggu apa lagi... Jom Layan...

Monday, September 10, 2007

JL BM WEEK FINAL : Kami finalis dan akhirnya aku...

Image Hosted by ImageShack.us


Macam dah lama aku tak letak logo kat atas ni. Asyik terlupa nak letak, lepas tu kena tolak markah sebab tak letak logo ni. Heh, kali ni aku tak lupa, kerana ini final. Ya, pertandingan Jomlayan Blogger Mania dan sampai kemuncak. 3 finalis, Squall_pka1 (aku la ni) JEJERZ dan Whitedolfin. Dan tak lupa pada peserta-peserta lain, Dasyu, Geng Jahat dan Mashimie82 yang bagi aku, takde dorang aku tak rasa aku masih kat sini, kat tempat tiga yang teratas.

Hm, apa benda Jomlayan Blogger Mania ni. Heh, ia pertandingan blog yang diadakan pada akhir bulan Julai. Pertandingannya dengan rasmi bermula pada 6 Ogos 2007. Terdapat 6 peserta yang bertanding. Setiap peserta akan di beri tajuk posting dan mereka dikhendaki membuat 'posting' pada blog mereka berdasarkan tajuk yang diberikan. Setiap peserta bebas membuat 'posting' pada blog mereka asalkan tidak lari tajuk, mengikut format yang diberi dan ada item wajib di dalam blog mereka. Terdapat dua jenis juri yang mengadili iaitu juri awam dan juri tetap. Juri awam adalah semua forumer Jomlayan dimana mereka boleh membuat 'poll' pada thread yang akan disediakan. Juri tetap pula memberi markah pada tema/susunan blog, item wajib, posting, kreativiti dan fakta. Setiap minggu seorang peserta yang berada di tempat terakhir akan tersingkir.

Senang citer,

Peserta dapat tajuk > Mula ber'posting' > Juri awam dan juri tetap memberi markah > penyingkiran peserta.

Berikut adalah tajuk posting yang diberikan sepanjang pertandingan ini...
Minggu 1 : Bercerita mengenai forum Jomlayan
Minggu 2 : Kambing
Minggu 3 : Hari Kemerdekaan Malaysia
Minggu 4 : Jomlayan Blogger Mania dan Juaranya...

Minggu 4 adalah minggu terakhir untuk pertandingan ni. Minggu yang menentukan juara.

Hm, aku sebenarnya pening sikit pasal aturan penyingkiran peserta pertandingan ni. Yang aku tahu Dasyu dan Mashimie82 menarik diri atas sebab kesibukan yang melampau di pejabat (thee hehe...). Tapi dorang adalah lawan yang hebat. Aku tak sangka kalah kat Mashimie82 walaupun dia baru-baru je belajar buat blog. Dasyu pun hebat gak coz aku terpegun tengok template dia, pergh... siap ada nama sendiri tu. Atas sebab tu la aku 'renovate' balik blog aku, pakai kod lama HTML hanya untuk ubah blog aku mengikut corak yang aku suka. ( tak pandai lew nak ubah kod yang baru ni...). Anyway, buat masa sekarang aku berpuas hati dengan blog aku sekarang.

Hm, secara jujur, aku tak rasa tempat yang aku ada sekarang (finalis JL:BM) ni adalah tempat aku. Aku betul-betul terhutang budi pada tempe, Dasyu dan Mashimie82. Dorang betul-betul 'support' aku agar aku berada di tempat aku sekarang. Terharu seh. Jejerz dan Whitedolfin betul-betul buat aku pening kepala dengan saingan sengit yang dorang berikan kepada aku. Sampai aku tak tido malam semata-mata nak siapkan 'assignment' yang diberikan oleh JL:BM ni. Walaupun macam tu, aku rasa gembira, sebab sekurang-kurangnya hidup aku adalah aktiviti sket kat dunia siber ni.

Layak ke aku jadi Juara kepada Jomlayan... korang rasa macam mana... layak ke... Aku rasa...? heh, aku rasa aku layak. Jejez dan Whitedolfin pun layak koz kami diberi peluang untuk menjadi juara. Heh, aku teringat aku janji kat Dasyu yang aku akan cuba untuk menang untuk dia. Jadi aku takde alasan untuk mengaku kalah kan. Sekurang-kurangnya ini menjadikan aku semakin bermotivasi untuk menang (Cewah...)

Usaha aku untuk menang... Hm, secara jujur aku memang ada usaha untuk menang dalam pertandingan ni. Tak tido malam dan buat penyelidikan tentang bahan 'posting' tu dah jadi biasa bagi aku koz aku seorang student. Sampai Tempe cakap kat aku buat posting macam buat tesis. Heh, akibat terlalu asyik dengan berposting. Minggu pertama aku rasa, memang semangat tu melebihi kemampuan diri...



Walau macammanapun, pada minggu ke 2, tajuk kambing. Aku terus 'down'. Kenapa...? koz tajuknya terlalu umum dan kerana minggu tu adalah minggu ujian (aku student lagi la...). Peh, tapi aku cuba yang termampu yang aku lakukan. 'Assignment' minngu ke 2 betul-betul menyedarkan aku yang bukan semua benda yang biasa kita sebut, kita tau semua tentangnya.

Minggu ke 3 ; Hari kemerdekaan Malaysia. Heh, aku ingat masa aku buat 'posting' ni sampai buka balik buku sejarah skool aku dan buku Hubungan Etnik (subjek universiti...) semata-mata tak nak salah letak fakta. Takut lew, ni sejarah Malaysia, mana leh buat main-main. Lainlah sejarah hidup aku, boleh la aku tipu semata-mata nak lupa kenangan silam. (Aiceh jiwang lak...) Tapi sedikit sebanyak memberi aku pandangan yang berbeza mengenai kemerdekaan Malaysia. Sapa sangka negara yang merdeka 50 tahun boleh maju macam negara Malaysia. Heh, aku bangga menjadi anak Malaysia...

javascript blinking text - http://www.blinkingtextlive.com


Pertandingan ni jugak membuat aku rasa, 'rezeki ada di mana-mana'. Bila aku lihat markah aku setiap minggu, hm... sedih tapi still aku masih di sini. Mashimie82 cakap ni rezeki aku. Heh, walaupun macam tu, takkan aku nak tengok rezeki tu pergi macam tu je. So untuk minggu ke empat ni, aku ubah blog aku (berdasarkan kritikan juri tetap, rupa blog aku berterabur) dan cuba untuk membuat 'posting' yang cambest. Aku mula rasa membuat 'posting' adalah sesuatu yang seronok coz ia adalah kotak fikiran aku yang mampu aku kongsi untuk korang semua.

Aku nak ucapkan terima kasih kepada Tempe, Mashimie82, Dasyu, Geng Jahat, Jejerz, Whitedolfin, Juri tetap dan semua forumer Jomlayan yang mengundi aku di sepanjang pertandingan ni. Korang memang best dan betul-betul buat aku terharu. Dan semua kawan-kawan aku kat sini (kat U ni) yang support aku dari belakang... haha...

Image Hosted by ImageShack.us


Akhir sekali... adakah korang rasa aku layak jadi juara. Dengan sedikit keringat aku curah dalam menyiapkan posting aku kali ni. Dengan sedikit masa yang aku ada dalam menyempurnakan posting aku ni. Dengan sedikit motivasi yang diberi oleh kawan-kawan disekitar aku ni. Dan dengan sedikit pengorbanan yang aku lakukan hanya untuk menjadi Juara Jomlayan Blogger Mania. Biarpun sedikit, namun jika dilihat dari kualiti, maka juaranya nanti akan jelas dan nyata...

'Kerana blogku untuk semua...'

UNDILAH SAYA UTK JL BLOGGER MANIA SEKIRANYA ANDA RASA SAYA LAYAK. SILA DAFTAR DIRI ANDA DI http://www.jomlayan.comUTK MENGUNDI

Tuesday, September 4, 2007

Kepala aku melalui mata aku... (Smiling Pasta)

Hm... Aku tau sekarang dah pukul 3.30am dan aku tau aku salah aku coz tak tido lagi sekarang walaupun pagi nanti aku ada kuliah. Heh, dan aku tau aku salah yang buat aku tak tido lagi sebab aku tengok drama Taiwan ni...

Hm, citer ni citer kelakar. Aku enjoy tengok citer ni. Tapi sedikit sebanyak citer ni buat aku terfikir banyak tentang apa yang aku rasa, apa yang aku alami dan apa yang aku lihat dalam hidup aku. Oh ye, nama citer tu Smiling Pasta. Hm, kalau korang nak cari citer romance dan comedy, aku sarankan citer ni. Ni citer tahun 2006, so sorry la kalau aku ter'review' citer yang korang dah tengok. Anyway, aku bukan nak citer pasal citer ni, korang leh cari kat Veoh kalau nak tengok citer ni... Aku just nak cakap apa yang terlintas dalam kepala aku masa aku tengok citer ni...


Hm, lagu tema dia memang bagi aku menarik. Koz ia benda yang aku selalu buat dan selalu aku fikirkan.



Cyndi Wang - Rainbow's Smile
The sky is cotton candy
Even if it collapsed, what would it matter
Take a deep breath and throw away your sorrow
When you're about to explode just sing this out loud...

Love is very easy, very easy yeah~~~~
The mood is very easy, very easy oh
Dreaming is very easy, very easy yeah~~~
Smile, and there's nothing you can't overcome

So what if the rain is pouring
Why not just get wet and be happy with it
Rainbows have a smiling face
If you feeling down, raise your head and sing loudly

Good bye sadness
You don't need a reason to be happy


Heh, 'Quote' yang akan aku gunakan nanti aku ambil dari citer ni...

"Smile, and there's nothing you can't overcome"

Senyum, dan tiada apa yang tidak boleh diselesaikan. Ni ayat heroin citer ni kerap cakap bila hero keliru dengan masalahnya. Betul ke? Hm, kalau tanya aku, aku akan kata ya kerana bila masalah timbul, aku akan sentiasa senyum. Kenapa? Hm, aku pun tak tau. Ia lebih kepada psikologi, untuk merasa tenang dalam masalah. Aku sentiasa fikir, jika aku sedang bermasalah, orang lain pasti sedang menghadapi masalah yang lebih berat dari aku dan aku patut bersyukur, kerana masalah aku ini kalau banding dengan masalah-masalah lain, heh, kecik je. So, tenang sudah. Aku suka guna elemen 'mother nature' bila aku ada masalah. Macam masalah aku yang lepas, aku gunakan elemen bulan untuk aku senyum, untuk aku merasa tenang. Hee, lantak la korang nak kata aku jiwang ke apa ke...

"I compete with myself only"

Saya hanya bersaing dengan diri saya sendiri. Ni ayat yang kerap hero citer ni cakap bila ada orang cabar dia biat sesuatu.Hm, bagi aku benda ni sama maksud dengan "Musuh yang sebenar adalah diri sendiri." Secara jujur, aku sedang cuba untuk jadikan kata-kata ni sebagai motto hidup aku tapi. Memang dah jadi perangai aku sejak kecil, selalu tidak mahu orang lain lebih dari aku. Ya, mungkin bagus tapi aku rasa lebih baik bersaing dengan diri aku sendiri, coz aku takkan sakit hati. Ye la, setiap orang ada kelemahan kan. Kalau pandang orang lain sampai bila pun tak cukup. Oh ye, kata-kata ni pun samalah macam "Rahsia untuk menjadi kuat adalah berhadapan dengan kelemahan sendiri". Tapi macam biasa, cakap memang mudah, tapi... Hm, kalau la dalam diri aku ada motto hidup macam ni, rasanya dah cukup selesa dan hebat aku rasa sekarang...

"You need to like yourself first, and then think about whether or not you need to please others.

Sukakan diri sendiri dahulu, kemudian baru fikir untuk sukakan orang lain. Hm... betul la tu, tapi aku rasa maksud ayat kat atas, sukakan apa yang kita buat dahulu, kemudian baru fikir adakah patut kita fikirkan orang lain akan suka atau tidak. Hm, Scene minit ke 54 dalam episod 1. Dulu aku takde pemikiran macam tu, dan tu sebab dulu aku selalu makan hati. Tapi sekarang, aku lebih suka pekakkan telinga aku dengan kritikan orang lain. Well, keburukannya, aku mula tak suka dengar cakap orang lain. Ikut kepala aku je dengan apa yang aku buat. Dan tu sebab aku ada motto hidup, "Aku suka aku buat, lain dari tu, boleh blah.." Dan tu sebab aku rasa macam aku selalu gagal dalam buat sesuatu yang sepatutnya penting. Macam study... Secara jujur, aku tak suka belajar kat Universiti coz kalau sehari ko tak study, so say bye bye untuk pelajaran tu. Kenapa, koz ko dah takde masa untuk ulangkaji balik. Tak macam skool dulu, kalau tertinggal, ko masih ada masa lagi untuk ulang apa ko tertinggal. Selagi masih ada 3 bulan untuk exam akhir, selagi tu ko ada masa nak study. Ya, hidup aku selesa dengan kata-kata ni tapi aku rasa aku agak keterlaluan. Bila fikir balik, aku dah tak nampak apa kebaikkan dari kata-kata ni... hm...

Hm apa lagi, aku dah tak ingat, tadi macam banyak je yang aku fikir. Heh, takpe2. Nanti lain kali aku tengok citer ni aku akan buat note... wakaka...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...