Followers

Sunday, February 17, 2013

Untuk aku bercinta lagi...

Lama tak menulis di sini. Ada mata-mata jahat memerhati dan sebab itu aku tidak menulis di sini lagi. Tapi keadaan sekarang berbeza. Orang tidak kisah aku lagi. Pilihan aku untuk berdiam seketika berjaya aku fikir. Aku tidak di ganggu.

Kalau kau pembaca setia blog aku, kau tahu aku selalu luah perasaan aku di sini. Blog ini asalnya bukan tempat untuk aku menabur maklumat, bukan untuk membuat iklan atau mendapat pulangan dari iklan-iklan. Blog ini hanya semata-mata untuk aku luahkan perasaan.

Terima kasih pada si mata-mata jahat, aku terpaksa pendam. Tapi kau sekarang diam, jadi aku mahu menulis semula. Menulis apa yang aku rasa. Entri luahan rasa aku yang terakhir aku percaya adalah Gambar Kami, di mana aku menulis tentang Cahaya Kemuliaan. Hm...

Tapi, walaupun entri itu juga aku fikir... seperti aku menipu diri sendiri. Sebab awal lagi aku sedar siapa yang aku cinta sebenarnya. Rasa rindu, sayang, marah dan dendam. Itu yang menghidupkan aku dekat 3 tahun ni.

Aku terkedu sebentar bila ada orang yang dekat dengan aku cabar aku melihat siapa sebenar yang berada dalam hati aku. Yang membuat aku sedih dan kosong seperti aku sekarang. Kerana semua bermula di situ. Apa yang terjadi pada aku sekarang adalah kerana aku masih tidak lepaskan apa yang aku rasa hampir 3 tahun lepas.

Dendam. Tapi aku tiada daya untuk membalasnya. Kerana dalam hati aku sentiasa ada dia.

Mendengar ini, kawan aku menjadi marah. Kerana aku hampir menyakiti orang lain. Mungkin... Makhluk Tuhan Paling Comel... Ya, aku suka dia... tapi yang buat aku jadi ralat untuk meluahkan adalah kerana aku masih tidak lepaskan rasa aku kepada si dia. Aku minta maaf. Ini adalah sebab kenapa aku tidak luahkan. Aku rasa tidak adil untuk aku bersama orang lain bila hati aku ada pada si dia. Aku minta maaf... semua...

'Kecelakaan dibalas dengan kecelakaan...' aku tak pernah lupa. Tapi aku tidak pernah berharap ianya menjadi, kecelakaan... Kerana aku mahu dia berbaik-baik. Senang dengan apa yang dia lakukan. Dan gembira dengan apa dia lakukan. Si dia.

Aku percaya, kali terakhir aku berhubung dengan si dia bila di tanya adakah aku masih mahu bersama dengannya. Berkahwin. Aku diam. Aku renung dan aku fikir. Namun jawapan yang berikan ketika itu adalah bukan dari dalam hatiku.

"Kerana aku mahu jadikan ia sebagai teladan..." "agar aku tidak buat kesilapan yang sama..." "agar aku tahu perempuan bagaimana baik untuk aku..."

Aku pijak semua perasaan aku ketika aku katakan ini kepadanya. ...

Betul orang kata... Dengan perempuan jangan sekalipun kata kau benci atau perkataan yang tidak baik terhadap mereka. Hati mereka lembut. Kelak kau akan merasa kembali sakit perit yang kau luahkan pada mereka. Dan itu jadi pada aku...

...

Aku terfikir jika ada ruang untuk aku bercinta lagi. Bercinta itu indah. Lagi-lagi jika kau boleh bersama dengannya akhir hayat. Jika semua fikir begini, kita tidak akan berperang. Dunia akan aman. Kerana kita tolak, dan kerana itu kita berperang. Dan sebab itu aku tak pernah peduli bila orang kata aku jiwang, romantik atau sewaktu dengannya. Kerana aku lelaki, aku tidak suka konflik. Aku hanya mahu rasa gembira...

Dan bila semua ruang itu milik si dia, aku tidak fikir aku ada ruang bercinta lagi dengan orang lain. Hanya kecuali ada bidadari benar turun dari syurga. Aku rela tinggalkan semua ini untuk syurga. Dunia ini terlalu...

Tapi aku masih hidup. Dengan bawa beban dalam hati aku. Tidak satu hari aku berjaga tidak mengingati masa-masa dahulu bersama dia. Aku mahu lupa. Mahu dia hilang dalam ingatan. Itu sedih....

Hurm... kenapa aku sukar melupakan. Kenapa aku sukar memaafkan. Bila aku marah, aku senyap. Aku harap aku pemaaf. Harap aku boleh maafkan dia. Melihat aku sendiri pun tidak baik bila bersama dengannya dahulu. Sukar... hanya sukar...

Aku pernah di tanya... dia pernah bertanya... apa yang aku mahukan sebenarnya...

...

Aku lupa. Aku harap aku lupa. Tapi aku sentiasa ingat. Orang kata... jika benar aku bercinta, tentu mudah untuk aku memaafkannya. Tapi benar juga jika aku bercinta, aku kekal marah terhadapnya. Jika ini bukan jadi perasaan apakah aku kepadanya.

Satu adalah benar. Aku marah. Aku dendam. Tapi satu juga adalah benar, aku cinta dan aku rindu, serta aku sayang... Jadi apa perasaan yang benar. Apa rasa yang berat tiap kali aku bangun pagi dan mengingati rasa-rasa dahulu. Tiap kali aku berat untuk bernafas. Tiap kali aku sakit dalam hati.

Minda aku sentiasa rasional. Sentiasa teguh mengatakan dia bukan baik untuk aku. Dan kerana itu aku sukar memaafkan. Tapi sampai bila. Adakah aku lelaki yang baik bila bersama dengannya dahulu. Tidak pun. Tidak pun. Aku sendiri tidak puas hati dengan diri aku sendiri.

Aku patut maafkan dia. Aku banyak kali kata aku maafkan dia. Tapi akhirnya, aku ungkit kembali... Ikhlas... itu tidak...

Kerana aku masih marah.

3 tahun...

Dan aku masih sama, masih marah.

Tapi aku cinta...

...

Hidup adalah mudah... Cuma ia menjadi sukar bila kau perlu buat keputusan. Aku minta maaf. Dia bukan teladan. Aku adalah teladan. Jika aku mengambil berat dahulu aku yakin dia tidak akan berpaling. Aku salah dan aku minta maaf.

Dengan keadaan aku sekarang, aku tidak fikir aku cukup fit, cukup tegar untuk menjadi lelaki untuknya. Dia sedang gembira. Sedang berusaha. Sedang kehadapan. Dan aku tidak fikir ianya sesuatu yang baik untuk biar rasa cinta aku kembali menghantui dirinya sekali lagi.

Aku fikir, ada lelaki lain yang lebih baik untuk dia. Yang ada pada aku hanya perasaan. Dan ini bukan sesuatu yang boleh memberikan kami hidup dalam dunia kapitalis dan kejam ni.

Akhir. Kau tanya kenapa aku menulis ini? Aku meluahkan perasaan. Dan aku akan terus meluahkan perasaan. Aku bukan batu tahu. Walaupun aku diam, aku tahu marah dan sayang. Aku sedar perasaan aku bagaimana.

Untuk mereka yang mengetahui hal tentang Makhluk Tuhan Paling Comel. Aku minta maaf. Ini aku maksudkan bila aku selalu tangguh meluahkan pada Makhluk Tuhan Paling Comel. Ini aku maksudkan bila aku kata hal aku dengan ex aku masih belum berakhir.

Untuk yang lain, heh... korang dah kahwin. Aku fikir tiada apa aku boleh kata di sini. Kau semua dah bahagia kan. Jadi tak kisah pun aku lelaki bagaimana bila kita bersama dahulu.

Untuk si dia... Hurm... Orang kata, bila kita tahu kita mahu sesuatu, ia jadi mudah. Tapi dalam kes kita... Aku fikir sukar. Aku berharap, aku mampu maafkan, dan buang semua rasa berat dalam hati. Banyak, dan besar ruang dalam hati aku.

Tapi ketahuilah... berat, ringan, penuh, kosong... tiada siapa pun sejak kali terakhir kita bersama ada yang lain selain dari kamu... si dia... Ruang hati ini dengan tidak sengaja menjadi untuk kamu. Tidak sedikit aku pernah berikan kepada orang lain.

Cinta, marah, sayang, benci, rindu, dendam... Semua ini adalah kamu... Hati aku... Dan kerana itu... Untuk aku bercinta lagi... tiada... tiada kecuali untuk kamu... 

Aku pergi dahulu. Membetulkan diri... Aku ucap selamat...

---

17 Feb 2013
Aku teringat. Entah malam ini perasaan aku sama ketika aku menulis post ini. Jadi aku baca semula. Jauh dalam hati aku, aku fikir tiada aku boleh dapat dari rasa yang ada dalam diri aku. Untuk lupa, dan sentiasa ingat.

Tiada. Kerana semua ini, seperti dalam post ini... untuk si dia... Tiada lagi apa pun untuk aku...

Thursday, February 7, 2013

Amarah Kratos

RAGE....

Sumber:-
http://www.youtube.com/watch?v=nJ6pXR5c-Qg
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...