Followers

Saturday, December 14, 2013

Yandere #1 Mengarut-mengarut aja

Aku google Yandere, cuba mencari bahan bacaan bahasa Melayu berkaitan dengan Yandere. Hampa... Tapi bahasa Indonesia banyak. Aku fikir banyak orang Melayu tak tahu apa itu Yandere, ke kurang budaya membaca. Haha...

Aku tak assume apa-apa. Bahan bacaan aku biasanya pelik-pelik dan jarang-jarang ilmiah kecuali berkenaan trading. Cuak orang serbu aku nanti.

Dahulu orang tanya tentang perempuan idaman aku. Soalan macam ni biasanya aku jawab serius. Suka tengok reaksi orang mendengarnya. Jawapan aku biasanya putih, comel, rendah dari aku. Dan ex aku semua ada ciri-ciri ni.

Tapi jauh aku menjalani kehidupan, aku sedar... aku patut letak rupa paras no 2. No 1 patut sikap. Dan dari situ aku terpikat dengan karakter Yandere. Btw, aku tak kata ex aku semua sikap tak bagus. Dorang semua baik. Semua boleh buat calon isteri. Cuma bukan untuk aku.

Tapi sekarang, kalau orang tanya, aku hanya nak jawab... 'Yandere'.

Bagi yang tahu Yandere tu apa, dorang kata aku gila. Tak sayang nyawa dan sebagainya. Serius sangat kau orang ni. Tapi jawapan aku 'agak' serius juga.

Jujur, aku tak fikir Yandere wujud. Bila sebut Yandere orang mesti ingat pembunuh, psiko dan sebagainya. Tapi lupakah kita satu sifat Yandere yang tiada bandingnya dengan mana-mana perempuan yang kita boleh jumpa.

Setia...

Dan setianya tiada tandingan.

Jauh aku berjalan, aku sedar ini antara sikap yang aku nak dalam diri aku, dan 'si dia' kelak. Tapi kita manusia, aku manusia. Untuk setia pada seorang manusia adalah tak mungkin. Hidup kita ada famili, ada kawan dan ada masyarakat. Untuk setia yang tiada tandingan. Huh...

Yandere tak memandang orang lain, hanya orang yang dicintainya. Dan sebab itu ada orang kata, cinta Yandere adalah 'pure love'. Tidak boleh diganti.

Lovely kan?

Tapi real life, hati kita tak selalu memandang cinta. Boleh lihat sekeliling kita. Kita ada samsung galaxy note 3, facebook, maharaja lawak dan sebagainya. Banyak gangguan. Banyak benda yang mengganggu kita dari fokus kepada kehidupan.

Sedangkan hidup sepatutnya mudah kalau kita simple. Kurang membeli. Lebih menyintai. Bersederhana. Dan aku tidak mengutuk. Ini juga untuk aku.

Aku nak Yandere seorang. Dan kalau ada seseorang yang mahu dekat dengan aku, dan aku lihat dia ada potensi untuk di 'Yandere' kan atau sedia Yandere untuk aku. Then, aku jumpa 'si dia' yang aku tunggu. Dunia terlalu bebal untuk aku faham. Ada baik untuk aku fokus satu, fokus pada sesuatu yang menggembirakan aku.

Potensi untuk di 'Yandere' kan? kau tanya? Huhu... ya, aku tahu rahsia mengubah seorang perempuan menjadi 'Yandere' untuk aku. Aku simpan untuk aku. Lagipun bahaya kan kalau orang tahu. Haha...

Ok la. Aku akan menulis tentang Yandere di lain ketika. Aku ucap selamat...

Thursday, December 12, 2013

Persona tulisan...

Sebenarnya ada banyak post yang aku tulis sekerat dan aku buang. Penulisan aku makin tumpul. Jadi aku ambil masa membaca post-post aku sebelum ni.

Aku tak kata aku hebat menulis. Tapi bila baca dan bandingkan penulisan aku sekitar aku masih belajar dan aku sekarang, aku fikir aku dahulu lebih baik menulis dari sekarang.

Aku banyak masa sebenarnya jadi dalam banyak masa tu aku selalu luangkan masa menulis. Aku tidak post kerana aku rasa kurangnya perasaan dalam post aku. Aku tak maksudkan perasaan jiwa-jiwa ni. Tapi sesuatu yang mampu menarik minat orang membaca, paling kurang pun aku sendiri suka baca.

Banyak entri dalam blog ni aku suka baca balik bila ada masa lapang. Takde sebab khas. Pelik? Aku tak tahu.

Aku terfikir... kenapa sekarang aku terlalu tumpul untuk menulis. Sebab tiada muse ka? Atau minda aku terlalu fokus dengan trading.

Aku mungkin... kerana cara hidup aku sekarang yang tidak sihat.


Aish... aku betul-betul nak menulis. Banyak benda dalam kepala aku yang aku simpan dan mahu beri kepada orang lain. Aku kisah orang membaca blog aku, jadi aku cuba sedaya upaya untuk menulis. Aku tutup blog-blog aku lain dan harap dapat tumpu hanya satu blog.

Tak kisah la orang kata blog rojak, janji aku dapat menulis dan tak serabut.

Aku menulis bukan sebab aku suka. Macam aku cakap, aku hanya mahu meluah. Kalau orang baca dan terhibur, aku suka. Kalau orang benci, well... aku suka kalau kerana isinya, tapi tidak jika kerana bahasa yang aku gunakan. Maksud aku penulisan.

Menarik minat orang lain membaca memerlukan kreativiti dalam penulisan. Macam buku teks dan manga. Aku yakin orang minat baca manga lagi dari buku teks walaupun isinya sama. Kreativiti juga datang dari pengalaman aku fikir.

Aku tahu aku ada corak penulisan aku sendiri kerana ada orang bagitau yang penulisan aku diciplak di blog lain. Well, aku tak kisah sangat cuma terharu orang mampu kenal corak penulisan aku.

Corak penulisan aku?

Kalau kau perasan, aku suka akhiri post aku dengan 'aku ucap selamat'. Dahulu aku guna 'kalian' bagi menggantikan 'korang'. Dan aku suka terjemahkan nama bila aku mahu bercerita tentang seseorang. Ada orang pernah kata penulisan aku ada unsur romantika walaupun benda yang aku tulis takde kena mengena dengan jiwang.

Itu jiwa aku. Apa boleh buat... Huhu...

Dan mungkin kerana itu aku hilang 'jiwa' aku. Aku terfikir, jika aku keluar mencari 'si dia' aku boleh dapat kembali jiwa aku. Btw, 'si dia' bukan si dia. Si dia yang aku maksudkan adalah si dia. Teman, kawan, kekasih... orang yang rapat dengan aku. Prefer perempuan.

Aku ada menulis tentang sesuatu berkenaan cinta dan kahwin tapi aku tak publish kerana aku fikir... idea disebalik penulisan entri itu terlalu sukar untuk digarap, atau lebih tepat untuk diterima oleh orang yang bakal membaca.

Minda aku tak berfungsi seperti orang biasa. Banyak perspektif yang aku dapat bila memandang sesuatu biasanya bercanggah dengan norma orang disekeliling aku berfikir. Ada jenis pemikiran aku perlu simpan sendiri.

Aku percaya orang yang kenal aku rasa benda ni. Mereka kata aku aneh, dan bila aku terangkan... mereka sedar mereka yang aneh. Dan kemudian membenci aku.

Aneh... sebab tu ada jenis pemikiran yang aku perlu simpan untuk diri aku sendiri.

Dan pemikiran begini membataskan penulisan aku. Aku open minded. Benda yang salah aku mampu nampak betulnya, dan begitu juga sebaliknya. Tapi tak semua setuju, aku tak pernah peduli... namun mereka mahu aku untuk peduli.

Dan benda-benda macam ni buat aku berfikir terlalu kuat hanya untuk menulis. Kadang aku fikir kenapa tidak dengar sahaja, atau baca sahaja dan hadam sendiri. Jika salah, mengaku dan jangan kocakkan pemikiran orang lain.

Huh...

Jauh pulak aku membebel. Selalu aku dengar kata-kata dari kawan aku. Katanya, manusia tak kisah jika disampaikan penipuan. Mereka hanya kisah bila mereka tahu itu satu penipuan. Jadi selagi itu, tidak apa. Berseronok melihat si bodoh termakan dengan penipuan.

Jauh aku merenung. Memahami. Kemudian aku membaca, menonton. Ya, terlalu banyak penipuan. Namun aku tak pernah nampak ramai yang kisah pun di tipu. Jadi aku fikir, jika aku menulis, tanpa berfikir tentang bagaimana minda pembaca aku. Bolehkah aku sampaikan pemikiran aku.

Maksud aku... lihat, orang bukan kisah pun ditipu. Jadi jika aku menulis sesuatu yang sukar di hadam, barangkali orang pun amik tak endah.

Beberapa hari lepas aku terbaca post orang marah bila penulis ni terbaca artikel berkenaan tentang bersetubuh dengan anak perempuan sendiri. Buat aku terfikir, oh... rupanya ada orang ambil kisah.

Aku bukan kata benda yang dibincangkan tu betul. Please... banyak gila perempuan kat dunia ni ada lak selera dengan anak sendiri. Aku maksudkan pembaca tu kisah la pulak apa yang ditulis oleh si penulis. Penulis tu sapa. Ustaz ka? Orang yang kalau kata A, kita pun ikut A ka. Maksud aku orang berpengaruh.

Kalau aku yang baca, aku anggap ianya troll, atau bahan bacaan gurauan. Terutama bila aku lihat background penulis. Menulis bercanggah dengan sesuatu yang obvious bagi aku adalah humor. Boleh relate-kan dengan lawak Harith Iskandar. Banyak sarcasm.

Ada orang kata, kita menulis, kita bertanggungjawab dengan penulisan kita. Hm... ya, kalau difikirkan begitu memang betul. Memandangkan ramai si tolol kat dunia zaman sekarang ni. Aku no komen. Kau sendiri dengar hari-hari cerita tentang si tolol ni.

Isu kena betul aku fikir. Benda-benda macam agama atau undang-undang ni kena serius aku fikir. Humor biar berpada orang kata.

Huh.... menulis memang seronok sebenarnya. Orang macam aku kalau ada benda yang aku terfikir, aku akan menulis. Publish atau tidak bergantung kepada idea, corak penulisan dan isu yang aku utarakan. Fikir, bila aku nak tekan publish, aku selalu fikir kita... hidup dalam kelompok bom detik. Silap sedikit blog aku ni mungkin jadi sejarah.

Dan memandangkan viral adalah satu benda yang senang berlaku di dalam internet, aku tak mahu jadi mangsa seterusnya. Salah satu prinsip hidup aku adalah 'low profile'. Terlalu banyak si tolol untuk aku sembunyikan diri aku dari berdepan dengan mereka. No wonder si dia pernah gelar aku hantu...

Aku datang dan pergi secara tiba-tiba.

Ok, aku mahu pergi. Aku akan menulis lagi. Aku ucap selamat...




Wednesday, December 11, 2013

Nightmare AMV


Mereka kata...
Cinta datang dari 'mereka' adalah cinta yang tulen.
Yang tidak dicemar dengan onak dunia.

Namun bagi aku...
Cinta yang datang dari 'dia' adalah cinta yang 'mentah'.
Yang tidak mampu digarap oleh minda normal.

Cinta sorang yandere...

Huhu...


Friday, December 6, 2013

Trading news.

Baru baru ni aku kaji tentang news trading. Dan minggu ni aku cuba trade berdasarkan news dan boleh kata menguntungkan.

Aku menulis bukan untuk mengajar. Cuma kepala aku serabut, jadi aku harap dengan membebel ala kadar kat sini dapat meringankan kepala aku. Jujur, pasal forex atau trading, aku hanya ada seorang sahaja kawan yang aku betul-betul serius boleh bincang benda macam ni memandangkan kami masing-masing ada misi dengan trading.

Jadi, apa itu news trading.

News trading ni adalah kaedah masuk trade berdasarkan berita yang bakal keluar pada masa-masa tertentu. Boleh rujuk forexfactory.com untuk kalendar berita. Berita-berita ini mampu mengerakkan market pada kadar kecairan yang amat tinggi. Sekelip mata 20 pips, 30, pip dan untuk kes yang rare boleh cecah 100 pips dalam 1 minit.

Teruja.!?

Namun benda ni tak semudah yang di sangka...

Aku mula kajian aku dengan menyemak market-market lepas. Tengok mana berita yang boleh beri profit dan yang mana tiada impak. Ada banyak kaedah untuk trade news ni. Salah satunya tunggu berita tu keluar dan masuk trade berdasarkan berita yang diterima. Kaedah ni lebih fundamental, memerlukan pemahaman makroekonomi yang baik.

Kaedah ke dua lebih kepada teknikal dan kaedah ke dua ini ada banyak variasi. Paling asas ada 2. Satu buat order secara manual dan satu lagi menggunakan pending order.

Kaedah manual ni memerlukan refleks yang amat cepat. Ada orang ajar aku trade menggunakan retracement. Bila keluar je berita, price akan naik atau turun dengan laju, dan kemudian patah balik. Masuk trade ketika market sedang patah balik ni. Kebiasannya market akan ikut arah awal masa berita keluar tadi. Benda ni berlaku kurang seminit pertama selepas berita keluar.

Ya, dan aku belajar 20 saat pertama adalah kritikal dan lagi sekali... kelemahan juga pada broker kalau broker kau terhegeh-hegeh nak masuk trade, lupakan.

Kaedah yang aku rasa selesa adalah kaedah pending order. Aku tak mahu terangkan apa itu pending order. Kaedah pending order ni ada banyak variasi. Ada kata buat pending order 5 pips atas bawah dari high low sideway sebelum news memandangkan market ketika sebelum news adalah lemau.

Kaedah yang aku gunakan sekarang adalah buat pending order pada jarak tertentu antara buy dan sell 5 saat sebelum news keluar.

Dan betul, aku guna skrip untuk buat pending order memandangkan 5 saat buat 2 pending order adalah mustahil.

Masalah dengan buat PO (pending order) 5 saat ni adalah takut kalau berlaku spike atas bawah. Ke dua-dua PO aku kena. Dan ini terjadi ketika aku trade ECB Press Conference malam semalam. Jadi jarak antara 2 PO ni penting. Sedih...

Masalah ke dua adalah gap. Bila market terlalu laju, kadang price yang kita dapat tak sama dengan PO yang kita buat. Kalau aku letak Buy Stop kat 1.0000, kerana terlalu laju dia naik dan aku pun dapat 1.0005 camtu.

Masalah ke tiga adalah slow-nya broker. Bila market beraksi dan kena satu PO kau. PO lagi satu mesti cepat delete. Dan jangan harap dalam 30 saat yang pertama kita akan berjaya delete PO tu.

Masalah ke empat adalah nak tahu sampai mana je market nak gi. Contoh, kena buy stop, jadi sampai mana kita nak tunggu baru tutup dan dapatkan profit kita. Pendek kata TP kat mana.

Masalah ke lima, menentukan mana berita yang hot, mana yang tak. Ni kena kaji.

Dan masalah-masalah lain lagi.

So far, aku dapat selesaikan satu per satu. Trade news ni bukan senang sebenarnya. Setiap news yang keluar punya kekuatan tersendiri menggerakkan market. Aku teringat cikgu aku ada cerita tentang trader dari Indonesia yang hanya bekerja sejam dalam sebulan. Ya, trader tersebut trade news. Dan dari kalangan trader-trader lain tahu berita apa yang kita mampu trade untuk hidup sebulan. Huhu...

Walaubagaimanapun, news trade bukan sesuatu yang pasti untung. Aku sendiri sedaya upaya untuk dapatkan lebih dari 70% win baru aku akan trade news tu. Itu pun dengan TP >20 memandangkan kebanyakkan news aku guna 8 pips dari close price sebelum news.

Atas kertas, atau dalam spreadsheet nampak memang boleh kaya cepat... Haha... realitinya banyak benda diluar jangkaan kita boleh terjadi. Bayangkan seminit pertama kalau silap sedikit kau tak boleh buat apa-apa terima kasih pada slownya broker. Tekan delete pending order tak boleh, tekan close order tak boleh.

Bila trade news, skill lebih diutamakan, berbanding luck. Setiap detik adalah perang. Dan sebab itu setiap news kena betul-betul faham perangai dia.

Aku profit besar trade news AUD GDP q/q dan rugi besar jugak kat ECB Press Conference. Dan sebab news bukan selalu ada, jadi aku tak cuak nak guna lot besar untuk news-news yang aku rasakan boleh untung.

Dan sekarang aku sedang mengkaji news untuk minggu depan. Krismas nak dekat jadi kemungkinan minggu depan minggu terakhir aku trade untuk tahun ni. Ya, kebanyakkan broker tutup kedai pada hujung tahun.

Malam ni NFP. Aku yakin trader dari Indonesia akan luangkan masa depan pc membaca, menganalisa, dan mengkaji market hanya untuk malam ni. Aku juga begitu. Doakan aku profit.

Dalam dunia ni ada banyak benda menarik bagi orang lain, tapi bagi aku menariknya sesuatu itu pada orang lain tak sama menariknya pada aku ketika melihat chart, melihat ianya bergerak ke arah yang aku mahu atau ke arah yang aku tak mahu. Rasa gerun dan girang. Demi sesuap nasi. Huhu...

Aku rasa aku boleh sambung kaji balik. Menulis ni buat aku rasa segar semula... Aku ucap selamat...


Wednesday, November 27, 2013

Dvorak - Symphony No. 9 "From the New World" - remix O2Jam and Cytus

Satu-satunya game yang aku main sekarang adalah O2Jam ultimate untuk android. Ada cuba Cytus tapi susah memandangkan O2jam lebih relaks main dari Cytus. Huhu...

Aku just nak kongsi lagu yang aku selalu ulang-putar hari-hari. Dvorak - Symphony no. 9 "From the New World" yang telah diremixkan dalam game ni.

Enjoy...


Aku ucap selamat...

Tuesday, November 12, 2013

Aku tahu kau baca ni...

Lebih seminggu aku tak tidur malam. Kepala aku pening. Aku perasan kesihatan aku agak kureng sedikit. Baru-baru ni rabun aku makin menjadi. Malam jadi kabut, siang jadi terlalu terik bagi aku.

Namun semua ni tak buat aku rasa aku sakit. Sebab hati aku sentiasa perit, buat aku lupa... aku sedang sakit.

BTW, aku tak apa-apa. Aku ada habit buruk, itu aja. Aku ok. Takde yang serius lagi.

Aku rasa nak menulis sesuatu selain dari info. Tapi bila aku cuba menulis, bayangan si dia menjelma. Lama sangat. Tapi tak pernah sehari aku tidak nampak bayangan si dia. Nak masuk 4 tahun tapi tak pernah satu hari aku dapat lupa.

Orang kata cinta dan benci macam muka syiling. Asasnya sama. Kita marah kerana benci itu selalu ada, cinta itu selalu ada. Dan marah tu buat kita sedar, kita manusia dan tak banyak yang boleh kita lakukan.

At least untuk aku.

Maaf, aku agak kabut sekarang. Seminggu ni aku cukup tidak gembira. Aku sentiasa marah. Aku harap aku boleh buat sesuatu tapi aku tak mampu.

Kemarin aku jumpa kawan aku. Katanya... mangkin aku tak cukup kuat. Tak cukup hanya dengan potensi, aku perlukan motivasi, pengerak. Buat aku sedar sejak si dia tinggalkan aku, aku tak rasa ada benda menarik untuk aku lagi.

Dan benda ni berlarutan sampai aku tak daya berbuat apa-apa, hanya biarkan hari-hari aku lalu sahaja. Nak kata sedih? Tak, aku tak sedih. Aku hanya ada marah. Dan setiap hari aku hanya marah. Dan bukan aku untuk menjerit, memaki, bukan aku.

Aku hanya diam... hanya melihat... dan tak buat apa-apa.

Aku bukan aku yang dulu lagi. Hari ini aku berdoa, agar aku ada mangkin untuk bergerak. Ada tukul untuk pakukan aku. Hidup aku seperti ralat. Aku perlukan sesuatu. Muse...

Dan bila masa-masa begini hati aku dicuit oleh bayangan si dia.

Takde benda yang baik yang datang dari si dia. Racun tetap racun walaupun setiap hari aku impikan untuk teguk setitis dua rasa racun itu.

Ada kawan aku yang 'snap'. Mengingatkan aku kenapa aku teruskan hidup dan kerja aku. Ini sahaja aku ada. Aku tiada si dia. Aku takkan ada si dia.

Barangkali 'marah' yang aku rasakan hari-hari tu bukan marah... hanya sedih.

Aku lihat hasil kerja aku.

"Cukup la setakat ini. Yang selebihnya biar masa yang uruskan..."

Hm... maaf aku banyak mengarut. Aku mahu menulis tetapi serius aku tak rasa macam dulu lagi. Aku ucap selamat.

Btw... Kalau ada benda yang kau rasa kau patut buat, baik kau buat sekarang... Aku tahu kau baca ni. Sepanjang aku kenal kau aku tahu, kau akan menyesal kalau kau putus asa sekarang. Ingat kisah aku, aku tak perlukan aku yang ke dua dalam dunia ni. Benda baik biasanya datang sekali.

Dan dalam hidup aku Alhamdulillah datang banyak kali dan sekarang, bila aku tak dapat lagi, baru aku sedar... benda baik yang datang banyak kali sentiasa datang dalam bentuk satu kali. Kau faham kan? huhu...

Ok la... aku ucap selamat. Doakan agar aku... well... penyakit cinta ni perlu diubati kan...? Lama sangat dah... huhu...

Friday, November 8, 2013

Beautiful Day - V3

Pernah main O2Jam. Rhythm video game. Tekan keyboard mengikut irama lagu. Ni game lama. Kompeni lama dia dah bangkrap jadi game ni pun ikut sama. Sayang, aku suka game ni.


Baru-baru ni aku jumpa O2jam Ultimate untuk android. Layan kat tablet memang masyuk. Dan jumpa lagu yang aku sangat suka. Huhu... Jadi aku nak tepek kat sini.

Layan....



Aku jumpa versi lama. Tepek kat sini sekali...

Aku ucap selamat...

Saturday, October 12, 2013

Kalafina - Hikari no Senritsu




kono sora no kagayaki
kimi no mune ni todoiteru?
yume miteta shirabe wa shizukesa no you ni

kimi no te ga mada yume ni tookute mo
omoidashite yo yasashii koe o
dareka ga kimi no tame utatta shiawase no koodo

sora no oto hibike, takaku kanashimi o koete
kimi no me ni utsuru mono wa subete hontou no sekai
namida sae kimi o koko ni todometeokenai
furisosogu hikari no naka ashita o kanadete

hontou wa dare ni mo kikoenai
sonna oto datta
demo dare no mune ni mo akaruku hibiiteta

shiawase wa kitto tsugi no sakamichi de
kimi no fui o tsuite kisu o kureru yo
itsuka sono namida ga kareru koro
kikoeru kimi no koodo

taiko no oto kara hajimaru yo song of love
daremo ga shitteita sono uta ni hitotsu
sorairo no onpu kasanete

hitori de utatteta toki wa sukoshi dake sabishikute
kimi no koto zutto yondeita
todoita nda yo ne?
kimi no moto e

hontou no itami ga
kimi no mune ni fureta toki
yume miteta shirabe ga
shizukesa no you ni

sora no oto hibike, takaku kanashimi o koete
ima koko ni ikiteru koto waraiaeru sono hi made
yasashisa mo yume mo koko ni todometeokenai
kieteyuku hikari no naka ashita o kanadete

yagate kimi no te ga tsukamu tokoshie no shinjitsu
kanawanai to omou kara isso takaraka na koe de
sono uta ni kimi wa kibou to nazukete naita
yume miru hito no kokoro ni tashika ni todoku yo

---

Is the light of this sky
reaching your heart?
It’s like the melody you saw in your dream is falling into silence…


Even if your dream is far from reach,
remember that tender and soft voice,
that voice of someone who sung a song of happiness for you.


The sky’s voice rings, overcoming the highest of sadness.
Everything being projected in your eyes is the real world.
You mustn’t let tears stop you here and now,
inside the raining light, you play for the future.


Truthfully, no one else can hear it,
it was that kind of sound.
But it energetically rang inside of everyone’s hearts.


Happiness surely lies beyond the next hill,
after an unexpected turn, it’ll give you a kiss.
Someday those tears will dry, at that time
you’ll be able to hear your own sound.


It begins from the sound of the drums. It’s this song of love.
Everyone who knew that song, they all one by one
gather the Sky Colored notes.


When I sung alone, I was a bit lonely,
I was always calling for you.
It reached right?
It reached you right?


When true pain
falls upon your heart,
it feels like the melody you saw in your dream
is falling into silence…


The sky’s voice rings, overcoming the highest of sadness,
and playing until the day everyone can live and smile.
We mustn’t let tenderness or dreams stop us here and now,
inside the disappearing light, play for the future.


Finally your hand took hold of the Eternal Truth,
you thought it was beyond your capabilities,
so with a loud voice
you named the song “Hope” and cried…
That song will touch the hearts of everyone!


---

Lagu lama... Membawa imaginasi aku ke padang nan hijau... Rasa damai dan tenang... tak begitu... Aku ucap selamat...          

Kredit
http://suisei.kokidokom.net/2010/02/01/kalafina-hikari-no-senritsu-lyrics-translation/
http://www.animelyrics.com/jpop/kalafina/hikarinosenritsu.htm 

Friday, October 11, 2013

Percaya yang...

"Kau kena belajar buka hati untuk orang lain supaya mereka boleh bantu kau. Kalau kau tak buat macam tu, sapa boleh tolong masalah kau..."

Nasihat ni buat aku berfikir sekejap dan sedar satu kelemahan aku. Tak tahu macam mana nak minta tolong bila ada masalah. Ego mungkin, atau takut dapat jawapan menghampakan. Salah satu benda yang aku pegang dalam diri aku, masalah biasa datang sebab kita sendiri, jadi sendiri selesaikan.

Aku ada banyak pengalaman yang menghampakan aku bila aku minta tolong. Jujur, aku jarang minta tolong bila aku betul2 terdesak. Bula semua plan A-Z tak menjadi. Masa di universiti adalah masa aku belajar di mana aku hidup di dunia yang mempunyai undang-undang yang orang putih kata "Jungle Rule...".

Survive the fitness...

Namun aku tak nafi, aku ada kawan rapat yang selalu bantu aku bila aku dalam kesusahan. Itulah hidup. Kadang dalam kita nak survive, kita perlu minta pertolongan. Aku tulis bukan nak jaga hati, tapi ini betul kenyataan.

Paling terselah bila aku buat Projek Sarjana Muda. Masa tu aku betul nampak yang tiada siapa pun mampu tolong aku. Ditambah pula dengan masalah yang aku hadapi dengan si dia. Aku fikir saat ini aku ada masalah mempercayai orang lain, mampu... membantu aku.

Snap...

Aku bersyukur, buat masa sekarang aku ada 4 kawan baik yang boleh buat aku buka mulut cerita masalah aku. Dan keluarga aku yang faham apa aku nak capai.

Jujur, aku sedar aku perlu berubah. Perangai aku ni tak bawa aku kemana. Aku perlu percaya orang sedikit dengan masalah aku. Dan separa berharap ada orang mampu tolong kita. Separa lagi berharap yang harapan itu pastu.

Aku baru stop trading dan sedang cari kerja. Plan A aku nampaknya tak berhasil. Ada banyak sebab kenapa aku mahu stop trading di mana kebanyakkannya aku tak mahu bincang di sini sebab bagi aku... tak baik kan kacau periuk nasi orang lain, atau buka aib orang lain. Dan of course... aku cuba nak kurangkan memberi alasan bila aku buat silap.

Tentu sekali aku rugi. Aku sempat keluarkan semua baki akaun aku. Tak, jangan risau. Rugi tak banyak mana cuma aku tak suka cara aku rugi. Satu lagi sebab adalah bulan ni tepat 5 tahun aku berkecimpung dalam trading. Tanpa membuahkan hasil yang konsistan. Aku nak makan, nak hidup dan aku tak boleh berterusan macam ni.

Its really a good experience with trading. Aku tak tahu jika aku akan trade lagi ke tak. Lagipun, 'darah lama susah nak buang' kalau kau faham... Tapi aku percaya aku akan kembali cuma tak mungkin secara full time. Ilmu aku ada cukup banyak, rasa sayang kalau aku tak gunakan pada mana2 atau siapa2.

Dan aku minta tolong kalau ada orang nak bagi aku kerja dekat kawasan Klang atau Shah Alam ni. Aku tak pasti sama ada degree Mekanikal aku ni laku lagi ke tak selagi aku tak ambil kursus tambahan untuk degree aku tapi at least aku boleh teruskan hidup tanpa susahkan orang lain dah cukup baik.

Dan aku mahu lihat jika bukanya hati aku ini mampu ubah perspeksi aku memandang dunia. Setakat ini aku belajar, dunia adalah buruk. Kadang aku terfikir kejamnya mereka yang melahirkan anak dalam dunia serba teruk macam sekarang. Tapi kalau mereka tak melahirkan, macam mana kita boleh berubah kan?

Dunia perlukan pemikiran baru....

Well, itu sahaja. Aku tak boleh menaip panjang kerana aku doubt ada orang membaca semua. Aku ucap selamat....

Thursday, October 10, 2013

OUTLAST Review - Game indie seram terbaik aku main setakat ni.

Aku baru-baru ni sangat tertarik nak main game seram. Jujur, tak lama dulu aku pernah kata kat seseorang... "Lebih baik merasa baik dari merasa buruk. Tapi... baik lagi merasa buruk dari tidak merasa apa...." Dan betul, seram itu baik buat penjana rasa kosong...


Ini adalah game seram survival yang terbaik yang pernah aku main. Kau akan bermain sebagai Miles Upshur, seorang journalist bebas yang bakal membongkar rahsia di sebalik hospital bahagia. Kau tiada senjata. Benda yang kau kena buat bila bertembung bahaya hanya lari, atau sembunyi. Dan ini adalah amat amat menarik...

Benda yang best dalam game ni adalah...

Jumpscare
Jumpscare tu biasa dalam game seram dan mesti ada. Yang buat game ni best, sebab dia kurang adegan jumpscare dan itu sangat bagus. Aku tak suka jumpscare. Sebab ketakutan tu tak berkekalan. Aku nak game yang memberikan ketakutan disepanjang game dan game ini beri aku ketakutan begitu. Jumpscare adalah tipikal sangat. Boring.



Adrenalin.
Takde benda yang boleh kalahkan perasaan takut kena kejar dengan sesuatu. Thrill giler bila kena kejar dengan orang gila dan sedaya upaya menghilangkan diri dengan bersembunyi. Nak2 kalau sembunyi dalam loker atau bawah tilam dan orang yang kejar kita tu check dalam bilik yang tempat kita sembunyi tadi. Peh...

Grafik
Grafik memang terbaik. Amat detail dan bukan cap ayam seperti kebanyakkan game indie yang lain. Menggunakan Unreal Engine 3, hebat menghasilkan suasana yang seram, menjijikkan seperti timbunan mayat. Kalau tak cukup semangat aku nasihatkan jangan main.

Puzzle
Puzzle dia tak susah mana dan tak senang mana. Kadang dalam keadaan takut kita susah nak buat keputusan mana jalan nak kena ikut. Tapi game ni tak perlukan walkthrough. Kalau kau tenang kau akan nampak jalan.



Tips
- Gelap adalah kawan kau. Kalau kau meniarap semasa dalam gelap, kau boleh lalu dekat dengan musuh kau.
- Kadang kau kena lari je. Sembunyi memang buang masa... YOLO time...
- Dalam game ni, kau kena guna camcoder untuk melihat dalam gelap dan untuk itu camcoder kau memerlukan bateri. Jadi pandai la berjimat. Tapi tak pernah aku tengok orang main sampai habis bateri tu dikerjakan.
- Biasa musuh ni guna route yang sama. Just observe dan kau senang nanti nak mengelak.

Aku main game ni dah 5 kali. Kali ke tiga aku main memang masih boleh terkejut lagi. Main cuma nak seronok memandangkan game ni tak la lama nak habiskan. First time aku main adalah 7 jam. Lepas tu kurang 2 jam selesai. Rekod ada orang habiskan 56 minit tak salah aku.

Aku highly recommend game ni. Itu sahaja untuk kali ini. Sehingga bertemu lagi... Aku ucap selamat...


Sumber
http://whatculture.com/gaming/outlast-review-pc.php
http://en.wikipedia.org/wiki/Outlast
http://culturemass.com/gamereviews/outlast-review-hide-and-scream/

Wednesday, October 9, 2013

Aku baca blog si dia. Dan si dia mention pasal aku. Dan aku... hurm... Maaf intro agak sama...

Jujur, sekarang aku sedar its a really bad idea kalau aku cuba nak contact si dia. Kawan aku ingatkan aku betapa hidup aku berubah kerana si dia.

Aku bukan cuba untuk menyombong tetapi kawan aku ada point. Jujur, kalau aku cuba melayan perasaan aku, aku yakin aku pasti akan disakiti lagi.

Lebih baik aku tidak mention pasal si dia lagi di sini aku fikir. Si dia dah ada hidup di sana. Dan aku adalah diantara orang yang patut si dia elak.

Idea asal hanya untuk meluahkan. Aku tidak mahu beri harapan atau cuba mengharap. Aku hanya meluah. Tapi sekarang aku sedar aku sedang cuba melampaui batas. Dan kawan aku perasan ini.

Its a good things to have best friend who understand you and always on your side.

Aku minta maaf. Ini bukan idea yang baik. Tiada benda baik datang kalau ianya dari masa silam yang gelap. Cukup hanya mengambil tahu, aku tak patut cuba melampaui batas dengan mengambil berat.

Kerana aku bukan siapa2 lagi untuk si dia lagi.

Terima kasih kawan. Ini adalah antara nasihat yang paling baik yang pernah diberikan kepada aku. Selain dari nasihat player mana nak ambil untuk team fantasy EPL aku. Haha...

Aku akan cuba sedar siapa diri aku dan di mana tempat aku. Aku minta maaf, terima kasih dan aku ucap selamat...

Markiplier buat aku terhibur...

Markiplier adalah seorang youtuber yang mengupload video dia bermain game. Kebanyakkan game dia main adalah horror. Kalau aku nak compare, pesaing dia paling terdekat adalah Pewdiepie. Kalau kau tak kenal Pewdiepew bermakna kau memang jarang buang masa kat youtube.

Itu baik kan... Itu pujian...

Baru-baru ni Markiplier baru meraikan hari dimana channel dia berjaya mencecah 900,000 subscriber. Sikit lagi akan sampai 1 juta.

Aku suka dia ni sebab suara dia. Memang suara radio. Dan komentar dia bila dia main game memang diantara yang terbaik yang aku dengar. Suka tengok bila dia main game seram, reaksi dia memang tulen. Cuma kadang2 agak annoying sikit. Sikit dan kadang...



Jujur, lihat orang dalam ketakutan adalah priceless. Haha...

Tak semua video dia adalah gameplay. Ada juga sketsa dan vlog di mana aku tak amik port sangat. Well, aku tengok benda aku minat je.

Honesty is cruel sometime... Hehe...

Ok... until then... Enjoy... aku ucap selamat...

BTW aku mencari youtuber yang buat gameplay game seram macam Pewdiepie dan Markiplier. Serius, benda ni bahan hiburan aku sekarang...


Tuesday, October 8, 2013

Aku baca blog si dia. Dan buat aku kata... "hm..."

Sejak aku kenal si dia, aku fikir si dia kerap sakit. Adakah itu suatu kebiasaan. Pelik.

Aku bukan nak cakap besar, tapi aku jarang sakit. Susah nak demam. Aku bukan mintak. Kalau bandingkan cara hidup aku dengan cara hidup si dia yang keluar rumah, bekerja yang bagi aku basically berjalan keluar peluh, ya, aku patut banyak kali sakit dari dia.

Dan aku ingatkan, aku bukan nak brag... Aku tak suka sakit. Last aku demam adalah diantara yang perit aku rasa, dan memandangkan aku jarang demam, jadi tiap kali aku demam dan tiap kali itu aku kata itu demam paling perit.

Si dia memang selalu sakit aku fikir. Bukan sahaja demam tapi banyak juga sakit yang aku rasa pelik. Ya, aku rasa pelik, bukan orang lain. Si dia orangnya aktif jadi aneh bila dengar si dia sakit.

Tekanan kerja barangkali. Tapi aku bersyukur ada orang terdekat yang menjaga si dia. Dan itu baik. Macam aku cakap, si dia sentiasa ada bahu untuk si dia sandarkan. Aku!? aku hanya sandarkan pada kenangan. Huhu...

Aku doakan si dia sembuh, dan kalau dah sembuh, aku doakan si dia dijauhi penyakit.

Aku ingat nak mula bersenam. Nak cergaskan diri. Hidup depan PC jujur... buat aku rasa sedih dan tak bersemangat. Orang kata bekerja bawah matahari buat orang gembira. Ya, aku nak bersenam mulai hari ini.

Mark my word... setiap pagi aku akan berjogging, at least berjalan pagi. Menikmati pagi hari. Hurm... alangkah baiknya kalau ada orang nak temankan aku jogging. Aku selalu jogging sorang dulu masa kat universiti.

Jujur, ada banyak part badan aku yang aku tak puas hati dan berpotensi untuk menjadikan ia kelihatan hebat, terutama tangan aku. Aku tengok badan aku cukup dah cuma nak kena senam. Tapi tangan aku macam kecik sangat.

Sebab tu bila orang kata antara controller xbox dan playstation, yang mana satu aku akan undi. Aku akan undi playstation... xbox controller bagi aku besar dan tangan aku macam tak kena bila pegang. Btw, aku bukan fanboy...

Aku harap aku dapat dekat bersama dengan si dia terutama bila si dia dalam keadaan susah macam ni. Tapi who am i kidding... aku siapa sahaja. Aku hanya boleh menaip di sini memberi semangat. Dan kalau semangat itu sampai... Alhamdulillah.

Lagipun aku tak layak nak fikirkan kesusahan orang lain sedangkan sekarang adalah waktu aku tolong diri aku sendiri dahulu, dan keluarga aku. Keputusan aku dah buat, berpatah balik bukan lagi pilihan aku. Lagipun aku yakin ada lelaki lebih baik lagi dari aku untuk si dia.

Sedih... yup... There is once a wise man said to me that, I can get anything in this world, but not everything...

Ada orang nasihat aku untuk pujuk/terima/pinang atau sebagainya untuk si dia; at least untuk bagi aku motivasi, aku hanya boleh katakan please... aku dah buat keputusan. Dia mungkin 'everything', tapi buat masa sekarang aku nak cari 'anything'.

Angau ni dah lama, tapi aku yakin suatu masa nanti benda ni akan pudar. Aku kenal aku siapa. Lambat laun akan tiba masa aku untuk 'si dia yang betul2 si dia...' Tapi buat masa sekarang, just biarkan aku dengan angau ni. Kadang 'ada' lebih baik dari 'tiada'.... Pengisi masa lapang...

Ok la.. aku nak beredar... Aku ucap selamat...

Sunday, October 6, 2013

The Purge; Review

Aku baru tengok The Purge, adik aku remeken.


Ok, poster kat atas aku kecikkan sikit. Aku tahu ramai takut nanti... Thee hehe... I'm a nice guy here... don't like to troll other... yet...



Sedikit sipnosis.

Amerika dilanda kesejahteraan dan aman damai. Kadar pengangguran 1%. Kadar jenayah juga amat kurang. Rahsianya, setiap tahun Amerika akan mengadakan satu hari dinamakan The Purge. Harinya mula pukul 8 malam sehingga 7 pagi. Pada malam ni semua jenis jenayah adalah dihalalkan. Telefon polis, bomba dan ambulans takkan dilayan. Filem ini fokus pada satu keluarga yang mulanya selamat sebab dia dah siap ubahsuai rumahnya macam bunker tapi last2 tembus gak.

Ok, pendapat aku.

Logik disebalik hari The Purge ni adalah mengarut. Katanya kita manusia memang ada naluri kebinatangan, suka keganasan dll. Jadi hari The Purge tu adalah hari kita luahkan semua keganasan dalam diri kita. Dan itu kononnya yang buat Amerika bertambah makmur dan sejahtera. Logik?

Tau apa logik kalau tak guna idea The Purge ni... Ya.. betul... Agama... Ikut je rule agama masing-masing pasti akan aman kelak.

Dari segi kualiti jalan cerita ok la aku fikir. Aku suka babak aksi dan triller yang dipersembahkan. Terasa tegangnya keadaan bila kau terpaksa berlawan dalam gelap demi keluarga. Itu motivasi.

Cuma kadang ada rasa tak logik, kalau kita borak2 kat kedai kopi, bila ada pengarah no 2 antara kita mesti akan keluar ucapan... 'Nak dijadikan cerita...'

Cerita ini mengajar kita erti kemanusiaan dan realiti sekeliling kita. Contoh, kau susah, keluarga kau susah dan kau ada duit tapi cukup nak bagi keluarga kau makan. Kawan baik giler kau minta pinjam... kau bagi tak?

Bila tengok cerita ni buat aku terfikir betapa baik kita dari segi moral. Yang mana kita patut tolong yang mana tidak. Semua orang susah, dan kalau kita ada kudrat nak tolong semua, perlukah kita tolong semuanya? Atau ada kriteria dalam pemilihan siapa kita nak tolong.

Orang tua pernah kata... buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Huhu...

Kalau aku nak rate cerita ni, aku bagi 3.5 bintang dari 5.

Aku suka dengan apa yang dipersembahkan walaupun idea The Purge ni amat2 menjengkelkan aku. Jelik. Ni bukan cerita low budget dan bukan jenis nak buat kau berfikir sangat. Pastikan ada popcorn... aku yakin kau terhibur...

Aku ucap selamat...

Saturday, October 5, 2013

Kaki download: Auto download Dengan Torrent

Aku harap aku tak kena tangkap buat artikel benda ni. Haha....

Umum diketahui torrent adalah salah satu sistem yang digunakan oleh ramai kaki download kat dunia ni.Aku guna torrent untuk download anime dan tv series yang aku suka tengok. Jadi, agak leceh bila kejap2 nak semak balik samaada dah keluar ke belum episod baru anime atau tv series yang aku nak tengok. Kan best kalau keluar je episod baru terus pc aku download.

Jadi, hari ni aku ajar macam mana nak download secara automatik menggunakan torrent. Ya, ini boleh terjadi...

Langkah 1.

Gi la download uTorrent dulu. Link kat sini... Free je. Dah download boleh install.

Langkah 2.

Gi kat website yang menyediakan link torrent ni. Kalau anime boleh ke Nyaa torrent. Kalau tv series aku prefer Kickass torrent. Cari link RSS dia. Copy ok link tu.

Nyaa torrent RSS

Kickass torrent RSS



Langkah 3.

Buka Utorrent ko. Gi File > add RSS Feed... Kalau confius, pandang atas kiri...

Lepas tu paste link RSS tadi kat kotak Feed URL. Untuk contoh ni, aku amik link RSS dari nyaa torrent.


Yang lain jangan usik. Pastikan ko pilih 'Do not automatically download all items. Ini penting supaya dia tak download semua jenis torrent yang ada dalam list RSS tu.

Langkah 4.

Gi kat Feeds > RSS Downloader. Ada kat kiri sekali.


Isi la kat dalam kotak filter tu citer apa kau nak. Selalunya dalam list torrent ada lebih satu file yang sama je isinya. Bezanya, orang yang mengeluarkan torrent tu. Contoh kalau anime ada HorribleSub, Doki dll. Mereka ni adalah kumpulan yang menterjemaah dan mengeluarkan subtitle untuk anime. Jadi pilih la mana yang berkenan.



Untuk contoh ni aku pilih [Doki] untuk anime Kimi no Iru Machi. Kadang dalam satu penterjemah ni juga ada banyak versi dari segi saiz paparan dia. Macam 1080p ke, 480p ke. Untuk yang ni aku tulis la (1280x720.

Senang... kau gi tengok citer ko nak. Tengok macam mana dia tulis nama cerita tu, then tulis dalam filter tu. Space tu gantikan dengan tanda (*).

Next tandakan right kotak yang aku tanda tu je. Yang lain jangan sentuh.

Siap tekan Add..

Sebenarnya kat RSS downloader ni kau kena try sendiri setting2 dia. Aku buat apa yang aku faham je. Hehe...

Ok done.

Tu sahaja. Biasa feed ni update selang  15 minit tak salah aku. Aku lupa camne nak tukar.

Ok tu je... Kalau rasa citer tu best... beli la dvd dia. Support beb sekalipun citer luar negara. Cerita dalam negara aku tak download sebabnya aku akan tengok kat wayang, atau takkan tengok. Sorry to say... pengalaman tengok cerita Melayu kebanyakkannya tak menepati citarasa dan aku rasa tak berbaloi dengan apa aku bayar.

Tapi kalau ada babak macam Hollywood tu aku layankan je.

Walaupun begitu, support la industri tanah air kita. Tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi. Puih...

Aku ucap selamat...


Friday, October 4, 2013

Updating... dan untuk si dia...

Heh, tak update lagi. Macam mana la orang nak datang blog ni... huhu...

How's life... Ur life... I hope ok... Aku? aku tak ok. Baru-baru ni memang jatuh ditimpa tangga. Its good really. Sebagai manusia, kalau tak jatuh kita tak beringat.

Always... bila dalam keadaan sakit, sentiasa ingat ada orang lagi sakit sekarang. Tak caya... boleh pergi pasar malam Kapar malam ni...

Sekian hari aku cuba update blog ni tapi bila moral down aku terpaksa berhenti. Aku ada banyak idea untuk blog ni. Kebanyakkannya pasal info sekeliling hidup aku, dan minat aku. Komputer, anime, filem... you name it.

Aku cuba nak hidupkan blog ni lebih hebat dari dulu.

Of course, aku akan citer pasal peribadi aku seperti biasa... The hehe... apa la guna rasional kalau emosional tak kacau... ye tak...

Aku perlu buat jadual barangkali. Perlu buat nota juga. Agar aku ingat apa aku nak tulis.

Kenapa nak berblog semula... Jujur, kalau aku buat kerja yang sama, aku jadi robot. Dan aku benci jadi robot. Tapi, tak banyak benda yang berlaku di luar sana menarik perhatian aku. Bila fikir balik, minat aku terlalu limited pada komputer. Pada apa yang mampu terpapar pada skrin komputer...

Penyakit akhir zaman... Its, ok... aku boleh berubah. Kalau kat universiti aku banyak buang masa buat benda selain depan pc... sekarang juga aku boleh berubah kan?

Apa lagi...

Kalau ada antara kalian yang masih berblog, boleh tepek komen kat sini. Aku senang sebenarnya buat blogwalking. Seronok dulu berblogwalking. Orang sekarang ni papehal suka sangat tweet dan tulis kat wall. Facebook dan twitter buat blog jadi berabuk. Kita manusia ni memang sifat azali pemalas. Nak taip pendek2 je. Senang dapat like katanya.

Ptuih...

Aku jarang tulis kat wall. Rasa cam Yahudi lak merintih kat wall. Kalau info aku tulis la. Tapi kadang tulis gak. Dasar Yahudi...

Aku ingat sampai sini sahaja... aku akan cuba selalu update. Kalau aku tak update, call aku, sms aku... tak pun spam email aku... Wahaha...

Aku ucap selamat...

btw untuk si dia... its nice for you to update your blog. That's only the way for me to know how you doing. Even we right now like 'this'... But I do care about you. Keep it up. You the strongest ex I ever had. I know you can do it. Cheer up. And remember... Whenever you feel sad, there will always a shoulder that you can lean on...

Aku ucap selamat...

Thursday, September 26, 2013

Black - Takkan Terpisah


Mak aku tengok citer apa tah kat TV asyik keluar lagu ni. Now kepala aku xleh stop nyanyi lagi ni...

Maleh nak buat post panjang2. Aku ucap selamat...

NEED FOR SPEED Official Movie Trailer (Aaron Paul - 2014)


Hm..

Nampak menarik kecuali CG dia kureng sikit. Tapi tengok ada adegan polis kejar kereta sport and camera angle dia cantik, aku fikir cerita ni cerita boleh tengok... boring dah dengan fast and furious... Huhu...

Bila keluar tak tau... tahun depan la... kena tunggu...

Wednesday, September 25, 2013

The Blacklist (2013)

Baru-baru ni aku tengok citer TV kat internet; The Blacklist.




Cerita tentang Raymond "Red" Reddington, salah seorang most wanted FBI menyerah diri di ibupejabat FBI hanya untuk menolong FBI memberkas pengganas dan penjenayah. Beliau akan menolong FBI dan hanya berkomunikasi dengan Elizabeth Keen, 'rookie' FBI profiler dimana masih tidak jelas kenapa beliau berminat untuk bekerja dengan rookie ni. Dan bila akhir episod 1, beliau kata penjenayah yang ada tu hanya sebahagian dari 'blacklist'; senarai nama penjenayah dan pengganas yang FBI sendiri tidak tahu akan kewujudan mereka.



So far trailer kat atas cover semua episod 1. Wahaha...

Aku suka watak Red ni. Suka lihat seorang orang tua yang punya pengalaman dan informasi, tenang walau apa pun yang datang kat dia. Cara dia bercakap, berkomunikasi, karakter yang tidak mampu dikorupsikan dengan duit atau benda lain. Untouchable.

Jalan citer tipikal amerika punya cerita la tentang penganas. Jenis cerita serius seperti 24. Bukan macam The Mentalist, CSI dan White Collar yang ada masa kita akan dihidangkan dengan humor. This is serious matter.

Daya penarik citer dia bagi aku adalah hubungan Red dengan Elizabeth Keen dan kenapa dia ada rasa 'interest' kat Elizabeth. Anak dia ke? anak kawan dia ke? tak tau.

Dan juga senarai hitam tu. Apa jenis penjenayah dan pengganas yang ada dalam blacklist tu yang amat sulit sehingga FBI sendiri pun tak tahu akan kewujudan dia.

Aku fikir aku akan mengikuti cerita ni. Tu sahaja. Selamat..

Apa perasaan bila tengok ex kawen

Aku terbaca forum 'apa perasaan bila tengok ex kawen.' Hm...

---

Dalam seumur hidup aku, aku ada 3 ex-gf. Ini bukan sesuatu yang aku nak bangga kerana bagi aku, kalau aku tiada ex, itu lebih baik. Menunjukkan betapa integriti aku terhadap hubungan yang aku lalui.

Dua darinya sudah berkahwin. Hanya seorang sahaja ada anak aku percaya. Cukup comel, mengingatkan aku kepada dia ketika kami masih bersama.

Perasaan aku. Sedih tidak. Gembira. Itu aku tak tipu. Aku bersyukur Allah baik kepada mereka, memberi mereka jodoh yang sepatutnya mereka dapat.

Jujur, perempuan yang aku kenal, terutama mereka bertiga adalah perempuan baik. Sekalipun seakan aku melaknat salah seorang mereka, keburukan itu sebenarnya datang dari aku dahulu.

Aku percaya, jika berlaku sesuatu yang buruk dalam diri, bermakna kau ada dosa yang Allah nak ampunkan ketika kau masih hidup. Dan mereka bertiga adalah bukti dosa pahala, keburukan dan kebaikan yang berlaku dalam diri aku.

Aku gembira kerana aku bukan lelaki untuk mereka. Melihat aku sekarang, ada rasa rendah diri dalam diri aku. Jauh dalam hidup aku sekarang mahu memikirkan untuk memiliki seseorang menjadi teman dalam diri aku. Aku fikir... siapa diri aku. Aku hanya tak mahu orang tersiksa dengan perangai aku, dengan ego aku, dengan kegilaan aku mengejar cita-cita aku.

Dan ini salah satu sebab aku tegah diri aku berfikir sejauh itu walaupun umur aku memaksa aku untuk berfikir.

Dan seorang lagi... Si dia... hanya si dia masih belum berkahwin. Ini bukan urusan aku untuk sibuk dalam hidup si dia, cuma... sebagai teman barangkali... aku harap si dia juga berkahwin. Seperti dua orang perempuan ini. Yang aku percaya, dengan hati aku dan dengan perkara yang pernah berlaku antara kami... mereka bahagia...

Dan aku juga percaya, si dia... dengan siapa sahaja jodohnya juga mampu bahagia sepertimana 2 orang ex aku ni. Malah si dia boleh lebih bahagia dari mereka berdua. Aku percaya... kerana aku kenal siapa si dia.

Aku pandang bulan. Terkesima dengan kecantikkannya. Aku penat, berehat. Aku selalu kerja siang dan malam. Dan bila penat, aku ambil masa lama untuk tidur. Dan bila aku mahu tidur, aku cuba tenteramkan diri aku untuk berfikir benda yang aku rasa senang.

Dan rasa senang itu selalu datang dari mereka bertiga.

Dan kerana itu aku percaya, mereka bahagia. Mereka mampu bahagia.

Dan aku doakan mereka bahagia.

Soalan di atas aku sudah jawab, melihat ex aku kahwin adalah perkara gembira untuk aku. Namun melihat seorang yang masih belum berkahwin. Hanya memberi aku kesedihan. Sayang... kerana mereka perempuan baik. Si dia juga perempuan baik. Dan perempuan baik harus pantas dimiliki oleh lelaki baik.

Aku harap si dia tak menangguh lagi. Just go for it.

Ya, melihat ex kau yang masih belum berkahwin adalah sedih. Hanya memberi aku rasa... sedih. Tapi... itu bukan urusan aku lagi.

Aku doakan untuk si dia yang terbaik...

Aku nak sambung kerja... aku ucap selamat...

Friday, September 20, 2013

Makino Yui – Synchronicity

Diantara lagu faveret all time yang aku masih dengar hingga hari ini.

---

kono nukumori wa doko e yuku no
ashita ni nareba kieteshimau no
mune no kodou o awasetanaraba
onaji fukami e oriteyukeru no

itsumo itsumo soba ni iru yo
donna tooku kimi no kokoro ga samayottemo

kurayami no naka ni futari de tadayoinagara
mujakina kotori no youni tsubasa o yosete ita
samishii toki ni wa egao ni kakureru kimi wa
tokenai koori no yaiba
kono mune o sarashite
dakishimeru
zutto…

kimi wa hitori de doko e yuku no
furikaeru no ga kowai dake nano
mune no katachi mo kanashii iro mo
honto wa kitto yoku niteru noni

itsuka kitto kaeru basho o
futari onaji wakasa de mitsumeteiru

kono yami no naka de donna ni wanarete itemo
kokoro wa nani yori tsuyoi kizuna de yobiatte
samishii toki ni wa waratteitemo wakaru yo
tsumetai yubi o namida de
atatamete agetai
soba ni iru…

kurayami no naka ni futari de tadayoinagara
mujakina kotori no youni tsubasa o yosete ita
samishii toki ni wa egao ni kakureru kimi wa
tokenai koori no yaiba
kono mune o sarashite dakishimeru
soba ni iru
zutto…

---

Were is this warmth going?
If it’s to tomorrow…it’s disappear…
If we join te beat of our earts,
we can fall to te same dark place.

I’ll always, always, be next to you,
no matter how lost your eart is.

While drifting in this darkness,
we gatered our wings just like an innocent small bird.
During sad times, you hide in your smile.
Twat condensed sord of ice
exposes this eart of mine.
Hug me…
forever…

Were are you going all alone?
It’s scary to look back…
My eart’s swape and sad colors
actually suit me very well…

I’m sure one day, with transient eyes,
we’ll stare at te same place to return to.

No matter how separated we are in this darkness,
our earts will call each oter with our bonds twat are stronger twan anything.
Even if you smile during sad time, I understand.
With this cold finger filled with tears,
you want to give me warmth.
I’ll be ere with you…

While drifting in this darkness,
we gatered our wings just like an innocent small bird.
During sad times, you hide in your smile.
Twat condensed sord of ice
exposes this eart of mine. Hug me…
I’ll be ere with you,
forever…

Sumber
http://suisei.kokidokom.net/2008/12/26/makino-yui-synchronicity-lyrics-translation/

---

Edit 17 April 2015. Yup, aku masih mendengar lagu ni. Kan aku kata ni lagu faveret all time aku. Keh Keh... baru-baru ni aku jumpa versi metal, agak cool bagi aku. Jadi...


Enjoy!

Monday, September 2, 2013

Mimpi dan kedukaan...

Aku down seketika. Baru-baru ini banyak tak kena. Trading agak ke laut tapi tak kritikal. Buat aku rasa nak stop kejap fikir pasal keje. Rileks2.

Dan kau tau apa akan jadi kalau aku berhenti bekerja.

Ya, si dia mesti datang. Kacau...

Aneh... apa yang menarik kat si dia aku tak tahu. Tapi si dia terus terusan datang. Hanya bila aku rehat.

Aku tak benci dia. Tak marah dia. Hanya bila teringat begini bawa aku jauh ke masa silam aku. Aku tak pernah rasa nak lupa. Cuma aku harap nak pergi balik. Banyak benda boleh baiki.

Terutama dengan pemikiran aku sekarang.

Tapi siapa tak nak balik ke masa silam. Cuba mahu perbaiki diri. Menjadi terbaik untuk diri sendiri, keluarga...

---

Dalam mimpi aku terlihat senyuman dia. Penuh dengan rasa kebahagiaan. Untuk aku? atau untuk orang lain? aku tak tahu.

Bila aku sedar. Aku senyum. Hidup aku terlalu teruk tapi senyuman itu aku tak lupa.

Tiada apa lagi ada pada aku untuk aku hebahkan. Dahulu aku hebat. Sekarang tidak lagi.

Dan bila dah usia seperti ini, buat aku teringat betapa aku gah di masa muda aku... sekarang... aku tiada apa2 lagi.

Aku tak lupa senyuman itu. Aku lihat bulan. Mungkin, dan mungkin dia juga masih mengingat itu.

---

Teknik trading baru aku nampak macam menjadi. Cuma perlu berani. Duduk rehat tak bawa apa pada aku. Hanya duka. Tiada apa aku boleh buat. Menerima si dia bukan lagi pilihan. Aku hanya ada aku. Untuk aku teruskan apa yang aku mahu.

Aku harap aku berjaya... dan aku doakan aku... si dia dan kau juga berjaya... aku ucap selamat...!

Friday, July 19, 2013

Persona Hati Facebook.

Hidung mula meleleh. Hari ni hari ke... 4 atau 5 aku demam. Yup, ini biasa. Tapi demam aku tidak melarat. Aku boleh bangun, kerja, keluar gi kedai dan duduk depan pc.

Masih belum bayar tidur aku untuk semalam. Gara-gara like satu pic kat fb. Yup, ada seorang ni jika aku like, atau comment post dia, aku takkan dapat tidur. Dia buat aku teringat benda lama. Dia bukan siapa pun cuma.. entah. Ada sesuatu pada dia yang aku tak faham.

Macam domino. Ia makin melarat dan membebankan otak. Jujur, aku terlupa aku ada sindrom macam ni. Haha...

Aku buka spreadsheet. Datang idea trading baru. Jadi aku nak run test. Buat coding dan run test. Ambil masa 6 jam baru siap kalau aku tak salah kira. Walau sakit, dan tak cukup tidur... Aku rasa kepala aku sangat lapang untuk aku fikir next move untuk kerja aku.

Hm...

Mata terlalu terang untuk lelap. Masa tidur terganggu. Hati aku terusik. Jiwa kacau.

Aku buka 2nd pc. Coding dan run test untuk pair lain. 6 jam lagi. Benda aku tak suka bila run test sebab aku nak kena tunggu lama baru siap.

Erk... masa terlalu lapang. Buka laptop. Baca artikel. Baca news. Baca forum. Taip sana sini. Lama then sampai buka fb. Erk...

Ia bukan sesuatu yang perit untuk aku kenang masa silam aku, kecuali bersama si dia. Cuma bila kenang, banyak kenangan manis yang buat aku senyum. Perit datang bila aku bandingkan diri aku dulu dan sekarang. Banyak berubah aku fikir.

Sesal datang kadang. Tapi benda macam ni kena pandai garap dan buat jadi motivasi. Selalunya berjaya, contoh macam hari ini. Nak juga aku run test dan dapat idea baru. Biasanya mengeluh je depan pc tengok trade floating. Hehe..

So far, trade aku ok. Rugi sikit tapi biasa la... Hanya perlu tawakal dan tak putus asa. Bulan baik ni banyak rahmat Dia. Dan aku penat kaji, sayang jika aku tidak yakin.

Hm... Aku nak cuba baring balik. Sakit, kalau tak rehat aku takut melarat. Mungkin aku boleh tidur. Tengok pc aku bekerja keras, aku fikir aku boleh tidur. Kenang masa silam hebat aku, aku fikir aku boleh tidur...

Aku ucap selamat. Ye, aku tahu ini pagi... tapi tidur kena bayar... hehe...

Thursday, July 18, 2013

Starcraft II dan Twitch.tv

Lama dah... Aku agak into dengan Starcraft II. Nak main online internet huduh lembab. Jadi layan main dengan AI.

Starcraft II adalah game RTS (real-time strategy). Buat kubu dan serang kubu musuh. Dan sebab ianya real time, jadi selalu kena peka, kena faham setiap bangunan dan unit itu apa istimewanya. Banyak game RTS aku main, aku boleh kata Starcraft II no 1 bagi aku...

Cuma baru-baru ni aku gemar tengok orang main stream kat Twitch.tv. Tengok strategy apa diorang pakai. Tengok macam mana diorang handle stress kena serang. Dan aku ada beberapa pemain Starcraft II yang aku selalu tengok berikutan dengan masa dorang stream biasanya masa aku bekerja di tengah pagi.

Orang dulu dengar radio sambil kerja, aku tengok stream sambil kerja... Stylo?

1) White-ra
Dia ni kira otai kat Starcraft II. Main untuk race Protoss. Ramai orang panggil dia ni Mr.Nice sebab dia agak 'sopan'... err... gentleman... Aku suka tengok cara dia main. Unik. Amat terkenal dengan taktik Special Tactic-nya. Tengok dia multi-task pastikan kubu dia berfungsi dalam masa yang sama. Serang kubu musuh. (Macro and micro game)

Bukan sesuatu yang aku selalu dapat buat. Sebab aku agak slow nak multitasking.

Punchline dia, More GG more skill.


2) Idra 
Terkenal dengan sikap dia yang acuh tak acuh, kerek. Pemain Zerg. Kalau menang dia kutuk, kalau kalah dia kutuk. Tapi permainan dia aggresif tapi tahap pro. Dengar dia main sampai menetap kat Korea sebelum balik ke USA. Jauh berguru sebab game.

Aku baru lagi mengikuti dia bermain jadi tak berapa familiar sangat dengan dia ni.



3)MsSpyte
Err... baru lagi mengikuti dia ni. Bosan kadang-kadang tengok game. Nak jugak tengok awek ye tak. Dan dia ni je yang bagi streaming 360p dan kerap online dan selalu ada antara top 20 streaming Starcraft II kat Twitch.tv. Pemain Zerg.

Ada buat coaching. Hurm... Macam aku ada masa nak layan... Huhu...

---

Ini je pemain Starcraft II yang aku selalu stream bila buat kerja tengah pagi. Dorang ni macam tv bagi aku. Aku memang tak tengok tv. Hidup banyak depan PC. Kadang keluar gi pasar beli ikan ke apa. Huhu...

Its nice, bila tengok orang lain hidup dengan tidak ada "real-job". Zaman sekarang benda macam ni bukan mustahil. Dan aku salah seorang yang sedang ke arah itu.

Oh, aku pemain Zerg. Tapi tak heavy sebab aku kadang cepat bosan. Main nak seronok je. Tapi kalau dapat fight online nak juga test. Aku tahu persaingan online amat sengit, nak-nak server NA. Korea eh... Sana giler game online...

Kadang bila ada tournament, aku layan jugak. Tengok banyak jenis taktik orang cuba, cheese, rush, turtle dan macam-macam lagi. Huhu..

Ok la... Sambung kerja... aku ucap selamat...

Demam & Masa Lapang

Aku demam. Tapi masih gagah boleh buat kerja. Oh, sebelum tu. Selamat Menyambut bulan Ramadhan. Puasa tau, jangan tak puasa... Cliche...

Dah 3 hari. Hari pertama nak selsema tapi aku cantas padu dengan makan ubat awal. Tak sempat selsema. Tapi badan taknak mengalah, bagi sakit tekak. Ni memang aku tak leh blah. Makan ubat batuk cap Wood. Aku memang takkan makan Paracetamol (aka panadol dll), katanya tinggal kesan kat otak la apa. Tapi betul rasanya, cam ada rasa-rasa camtu gak.

Ni hari ke 3. Demam aku bukan panas. Selalunya sejuk2 badan. Kalau dirasa di dahi memang tak dapat detect kedemaman aku. Aku biasa macam ni. Demam pun still boleh bergerak sana sini. Cuma bila mengigil tu aku baring je la.

Jadual tak banyak berubah, kecuali jadual makan aku. Ya, aku agak routine-person. Senang. Tapi bila demam, kepala serabut.

Bila demam, kepala tak clear. Tapi aku sedar satu hakikat, selain trading, aku tak buat pape kecuali buang masa (main game, tidur, makan). Amat tidak produktif. Salah satu sebab aku jadi trader adalah kerana aku akan ada banyak masa.

Trader banyak masa terbuang tak buat pape. Tengok market. Kalau ada tu ada la, kalau takde tu takde la. Masa trade mula pukul 3 pm sampai 12 am. 12 am sampai subuh masa kerja (buat kajian ke hapa). Dan soalan cepu emas bila aku tidur.

Dan bila demam, bila kabut pandangan mata baru sedar aku ada banyak masa terbuang. Memandangkan demam buat aku rasa malas berfikir (malas bekerja) jadi terasa lapangnya masa. Aku patut buat sesuatu yang produktif.

Banyak kali cuba nak hidupkan blog ni tapi tak juga jadi. Takde idea nak tulis apa. Merapu macam ni hebat la aku. Dan aku yakin sapa je yang baca. Huhu...

Hm... Mungkin aku boleh berjinak-jinak berforum. Kembangkan sosial aku. Dulu aktif tapi sejak aku tak bersama si dia, aku jadi recluse. Dalam kepala aku trade, trade, trade...Jatuh bangun. Bangun jatuh. Dan Alhamdulillah bangun semula dan aku harap aku tak jatuh.

Aku ada blog lain selain blog ni. Tapi tak aktif sangat menulis. Sebab kepala aku terlalu fokus pada satu. huh...

Nak chat tak tau dengan siapa. Kadang ada juga post forum tapi forum omputeh la. Kerja aku memerlukan aku untuk fokus, dan hindari dari pendapat orang lain. Dan sebab itu aku ralat nak berbual soal kerja. Setakat ni sistem aku baik dan aku taknak ubah pape lagi.

Mungkin aku patut ada hobi baru. Mungkin aku patut melukis semula. Macam masa sekolah dulu. Tangan dah kayu dah.

Tapi bulan Ramadhan ni patut aku tambahkan ilmu agama aku. Ye tak? Thee hehe...

Bila fikir, dalam kepala aku pening-pening macam ni, banyak idea. Tapi benda ni bukan kali pertama aku fikir. Alih alih aku buat kerja aku. Ia macam darah aku. Trader tegar orang kata. Tapi macam aku cakap, takde keje apa pun.

Hanya banyak buang masa. Kalau luar dari masa trading aku, ya... aku sedang buang masa... Huh...

Waktu-waktu macam ni rindu masa sekolah. Aku fikir masa aku sekolah dulu mana ada rasa bosan dan sunyi. Ada je benda nak buat. Pagi pergi sekolah. Petang main game, gi tuisyen. Malam buat kerja sekolah. Cukup time tidur. Hidup simple. Dan aku cuba bangunkan kembali masa-masa tu cuma...

Ianya tak sama. Pagi tidur, petang kerja, malam kerja, tengah pagi kerja. Hm... lama tak main game secara serius. Layan Starcraft II tengok macam mana... Huhu...

Tuesday, July 9, 2013

Lala...

Bulan Ramadhan dah nak sampai. Jadi aku nak ucap selamat menyambut bulan Ramadhan semua... Puasa tau, jangan tak puasa...

Aku perasan sukar untuk aku buat kerja tanpa menyimpan rekod journal tentang perkembangan sistem trading aku. Memandangkan aku memang suka 'makan semut'. Jadi aku ingat nak buka semula MS7 Trader Journal.

Rekod dan benda aku cerita dalam blog ni penting cuma aku terfikir aku macam salah guna lak blog ni. Bila baca balik banyak hal pasal kerja baru-baru ni.

Aku tak nafi memang baru-baru ni tak banyak benda baru berlaku dalam hidup aku. Kerja, kerja, kerja...  Macam takde benda lain dah nak buat, or cerita. Jadi ada elok aku tulis hal kerja kat blog lain ye tak...

Ya, aku tahu blog aku ni bukan ada orang baca sangat pun. Blog rojak kan? Huhu.. still, aku suka nak menulis di sini, untuk aku masa depan. At least aku masa depan faham apa aku sekarang lalui. Faham ka?

Ok, aku nak ke sana pulak. Berdoa kuat blog ni tak bersarang. Aku kalau ada idea dan tak sibuk aku update... Selamat...

Sunday, July 7, 2013

Perihal TP SL lagi...

Ada banyak cara nak kira reward to risk ratio tapi yang biasa atau asasnya;

RR Ratio = TP/SL.

Aku masih duduk menelaah benda ni. Kalau ikutkan RR ratio yang aku guna sekarang dalam sistem aku dah cantik dah. Dan minggu ni masih dalam profit. Tapi orang macam aku mana nak duduk diam. Aku sentiasa fikir mesti ada settings yang lebih baik dari yang aku guna sekarang.

Dalam kaedah trading aku, RR ratio adalah 0.65. Bermakna SL aku lebih besar dari TP aku. Aku tak risau sebab Win Loss Ratio aku lebih dari 2:1. Peluang nak kena TP 2 kali ganda dari SL. Cuma, bila kena SL, kau takkan boleh elak dari serangan psikologi.

Takut, bimbang, sedih, kecewa. Putus cinta pun tak macam ni. Haha...

Dan sebab tu aku selalu ulangkaji, cuba cari RR terbaik sebab objektif aku adalah mudah, untuk cipta dan bangunkan satu sistem trading stress-free... Trade tanpa stress tapi still untung boleh dapat max. Nothing impossible...

RR ratio terbaik kalau kau tanya aku adalah 1. Kau pergi mana pun, berguru dengan sesiapa pun, mereka akan setuju dengan aku. Untuk mereka yang baru trade, kau akan selalu dengar kita selalu ada 50% untuk untung dan rugi. Jadi logik RR ratio terbaik adalah 1.

Baru-baru ni rakan trader aku ada post kat fb katanya "SL kene kurang dr TP". Dan aku macam, hm... ok... Sebab aku trade mekanikal, dan aku tahu win/loss ratio aku macam mana jadi aku agak macam... meh... 

Tapi tak salah dia cakap. Katakan SL kau separuh dari TP. Jadi, sekali kena TP dah boleh back up 2 trade  rugi ye tak. Kalau betul yakin teknik senang kena TP dari SL boleh guna RR ratio macam ni. Tapi dalam kes aku, ada kemungkinan boleh profit tapi memang beratur la SL dari TP. 

Dan akan jadi masalah baru... psikologi, seronok ke tengok merah beratur dalam statement. Walaupun hakikatnya hujung sekali mungkin boleh untung.

Memang, akan ada orang kata "kalau hujung sekali untung, nak takut pe?" Sah memang tak pernah trade. Tak ramai boleh tahan tengok SL beratur je kena walaupun dalam kajian awal kata ini perkara biasa. Dan ini akan membawa kepada putus asa. Walhal kalau diteruskan, kemungkinan untuk untung itu ada.

Setiap awal bulan aku akan ulangkaji dan ubah settings. Sebab, market sentiasa berubah. Benda yang paling aku takut adalah sistem aku jadi lapuk. Jadi aku perlu fleksible. Benda-benda aku ubah termasuklah masa trading, TP, SL dan jumlah lot. 

Dan bila ulangkaji untuk ubah settings, aku sentiasa tanya pada diri aku.
  1. Larat ke nak trade ikut masa trading ni?
  2. Larat ke tengok SL banyak ni beratur masa trading?
  3. Cukup ke profit banyak ni untuk bulan ni?
  4. Berani ke tengok floating banyak ni?
Kenapa kena tanya soalan macam ni, sebab aku fikir psikologi penting. Memang, ada je setting yang boleh profit lebih lagi tapi aku sentiasa akan pilih setting mengikut soalan di atas. Sebab aku manusia.

Manusia ni bukan macam robot. Kita kena ada masa kena makan, kena tidur, kena gi tandas, mandi, berhibur sekejap, dan buat kerja lain. Jadi memang boleh untung lebih, kalau aku sanggup trade 24 jam dan 24 jam mengadap PC... boleh macam tu?

Aku lihat dalam spreadsheet aku, hanya ubah 1 pip TP dan SL akan beri keputusan yang jauh beza untuk setiap bulan profit. Dan dari sini aku boleh nampak macam mana rupa aku bila tengok berderet hijau atau berderet merah.

Penting...bila kau nak trade, tentukan TP dan SL yang kau rasa sesuai. Tengok kekuatan minda macam mana. Bukan untung besar kita cari, tetapi konsisten profit. 

Huhu.. apa la aku membebel ni. Aku ucap selamat k...

Friday, June 28, 2013

Langkah kajian semula

Aku takut aku lupa, jadi aku tulis kat sini kaedah kerja untuk kajian sistem trading aku. Kerap aku ulangkaji benda yang sama untuk lihat sama ada aku ada buat benda silap, atau ada ruang untuk pembaikian. Memandangkan aku kerja seorang diri, buat silap tu dah macam 'second nature'. Kena selalu ulangkaji untuk kurang buat silap.

Langkah kerja
  • Ambil data mentah
  • Proses semua data
  • Pilih TP/SL terbaik mengikut indeks profit.
  • Kaji masa trading terbaik.
  • Proses semula data berdasarkan masa trading yang telah di kaji sahaja
  • Pilih kurang dari 10 jenis TP/SL terbaik dari data baru berdasarkan
    • - Indeks profit yang tinggi
    • - Bilangan bulan yang rugi yang rendah
  • Proses jumlah floating setiap TP/SL yang di pilih.
  • Pilih TP/SL terbaik berdasarkan indeks profit.

Dari data mentah sehingga memilih TP/SL terbaik untuk sistem trading mekanikal. Setakat kira-kira boleh selesai dalam 10 minit memandangkan aku guna spreadsheet. Yang jadi lama bila nak proses data. Itu boleh ambil 1 hari.

Aku kaji semula sistem trading pertama aku memandangkan sistem ke dua lebih mudah nak ikut dan kelihatan macam aku kurang buat silap bila kaji semula sistem ke dua dari sistem pertama.

Keliru... itu musuh utama bila aku ulangkaji. Padahal benda yang sama. Lagi satu lebih baik aku satukan semua cara trading aku memandangkan beza antara 2 sistem trading ni adalah pemilihan TP/SL, masa trading, instrument dan jenis order yang aku buat.

Buat masa ni, walaupun aku dah jalankan sistem pertama aku dua bulan, aku masih tak berapa yakin memandangkan bila aku ulangkaji, mesti ada benda tak kena. Ditambah dengan perbezaan nilai TP dan SL yang agak jauh. Jika sekali rugi, aku perlu paling kurang 2 kali menang.

Yang buat aku yakin pada mulanya adalah kerana Win/Loss ratio dia lebih dari 3. Tapi kalau 2-3 kali ulangkaji dapat nilai lain-lain, mean ada benda tak kena kan?

Sistem ke dua setakat ni kurang masalah memandangkan sistemnya kurang kompleks dan lebih cepat untuk dilaksanakan. Satu lagi yang aku lebih sukakan sistem ke dua aku adalah kerana nilai TP lebih tinggi dari nilai SL. Jadi, jika aku rugi sekali, aku tak rasa perit sangat.

Setakat ni aku dah ulangkaji 2 kali sistem ke dua aku. Baru 2 hari aku mula forward-test. Melihat ia beraksi dengan baik buat aku terfikir mungkin aku boleh permudahkan sistem pertama aku.

Hm... tengah ada floating pada sistem pertama aku. Aku harap kalau rugi tak banyak sangat. AKu harap aku dapat siapkan kajian aku sebelum hari Isnin. Aku ucap selamat.

Monday, June 24, 2013

Kui...

Aku bekerja seorang kalau kau pernah terfikir... Dan bekerja seorang adalah sesuatu yang sunyi. Aku sunyi, kasihan? tak perlu. Aku senang begini. Senang menyerap masuk diri aku ke dalam dunia kerjaya aku.

Bila bekerja, aku sering melihat diri aku dari perspektif ke 3. Ibarat aku keluar dari jasad aku, dan lihat hidup aku seharian. Yup, itu sunyi...

Aku pernah di beri amaran, bekerja sendiri adalah kerjaya yang sunyi. Memandangkan aku jenis ada tu ada la, kalau takde tu takde la dari segi sosial. Jadi aku tak kisah sangat.

Sunyi beri aku ruang untuk berfikir, memandangkan kerjaya aku tidak perlu pergerakan yang banyak. Aku lihat, berfikir. Seharian kerja aku mudah. Bangunkan sistem, uji, cari ralat, troubleshoot, forward-test. Sama sahaja bila kita buat kerja sains masa sekolah dulu. Ada teori, hipotesis, kaedah kerja, hasil, kesimpulan.

Bezanya. Aku tidak buat secara bertulis. Banyak benda aku terjemahkan dalam spreadsheet aku. Urutan nombor yang aku reka sesuai dengan cara aku berfikir. Hanya aku yang faham apa yang aku baca. So far, kalau aku tidak alami amnesia atau sewaktu dengannya, aku masih boleh faham walau aku sudah tua kelak.

Namun jauh dalam hati aku, bila orang dapat lihat spreadsheet ini, orang akan faham bagaimana aku fikir, dan boleh berbincang.

Kenapa bersusah...?

Aku ada hormat pada orang, namun kerap kecewa bila aku sedar manusia adalah manusia. Namun ilmu adalah sesuatu yang tiada tara taraf hormatnya. Dan kerana itu ilmu ini aku reka dalam bentuk ini. Dan hanya mereka yang benar hormat dan mahukan ilmu ini akan faham, dan aku yakin mereka akan guna dengan sebaiknya.

Cakap macam hebat...

Huhu... Aku sedar ilmu ini tidak seberapa bagi seseorang, namun bagi aku... ianya sangat-sangat berharga dan menarik sehingga aku sendiri tidak kisah apa berlaku di luar sana. Cukup dengan ilmu ini, aku senang hati meluangkan masa berfikir apa langkah seterusnya.

Orang tanya adakah ilmu ini karya cedok. Aku tanya kembali masih ada ke benda yang tulen di luar sana? Semua karya adalah karya cedok. Namun tidak sepenuhnya aku cedok.

Cikgu aku kat universiti pesan,

Setiap teknik atau sistem itu ada dalam diri kamu.
Jika kamu mencari, kamu pasti akan jumpa.
Tidak kira kamu dapat dari siapa, dari dalam bentuk apa,
Ia milik kamu, kerana kamu mencari. Guna dengan sebaiknya...

Aku tiba-tiba teringat cikgu aku. Hanya rasa sunyi bila teringatkan setiap pesanan dia. Semua aku lalui sekarang aku dah tahu sejak aku mula trading lagi. Kerana pesannya aku sentiasa ingat. Dan sebab itu, walau berpuluh kali aku cuba putus asa, aku tak mampu... Kerana aku rasa sayang...

Sayang... Kerana hanya trading yang mampu aku buat tanpa aku rasa ianya menyusahkan. Walau sekeliling aku menafikan, aku tetap tegar buatnya..

Mind your own business... Kata Robert T. Kiyosaki. Dan itu aku lakukan...

Aku belajar dari pengalaman aku, orang... akan buat apa sahaja untuk aku putus asa mencapai apa yang aku mahu. Buat apa sahaja untuk aku jatuh. Ramai bilangannya, dan walaupun aku ini siapa sahaja, namun bagi mereka, menjatuhkan aku adalah segala-galanya.

Aneh manusia...

Bila kita lemah, mereka akan serang. Kalau kita kuat, mereka akan mengipas. Nampak macam familiar? Huhu... Kaki buli dimana-mana.

Alhamdulillah aku tidak lemah lagi. Tak lama lagi aku nak mula ambil langkah baru. Memandangkan sistem pertama aku setakat ini berjalan lancar, aku fikir ianya sudah bersedia untuk langkah seterusnya.

Sistem ke dua aku kena hold. Terlalu banyak kelemahan namun aku nampak potensinya. Tiada yang mustahil.

Sistem ke tiga, berkenaan dengan gambling trading, kena hold... yang ini aku tidak nampak cahaya diakhir terowong. Mungkin terlalu sukar untuk aku garap. Banyak lagi perlu aku faham.

Ini post motivasi, kalau tak motivasi lagi tak tau la kau.. Haha... aku ucap selamat...

Wednesday, June 19, 2013

Menulis ini untuk membuang masa...

Terjaga dari tidur. Aku on PC, tengok market macam mana... Hm... jam 3 pagi. Biasanya market masa-masa begini tiada yang menarik. Aku buka Excel. Terfikir ada satu lagi benda aku leh kaji dalam sistem aku ini.

Dah berapa malam begini. Aku jarang boleh tidur bila jam melepasi 12 tengah malam. No, bukan kerana si dia. Aku pun lupa dah berapa hari aku tidak teringat si dia. Satu benda yang menarik dan baik untuk aku. Taksub dengan kerja barangkali.

Setiap hari, aku duduk depan PC, berfikir... apa lagi aku terlepas pandang dalam sistem aku. Dalam hati aku, aku sentiasa ada jenis pemikiran berhati-hati. Sentiasa rasa takut mungkin. Andai sistem ini gagal, aku tiada apa lagi boleh aku buat melainkan buat sistem yang baru.

Ia ambil 3 bulan sehingga ke tahap aku boleh trade sekarang. Dan aku tak sanggup nak ulangi 3 bulan tu. Penat, sakit... Lagipun aku tiada masa untuk gagal lagi.

Aku ada cerita tentang ralat yang ada dalam spreadsheet aku, jadi aku kena kaji dari mula. Alang-alang kaji dari mula, aku rombak semua. Tukar template, tambah warna sedikit bagi nampak cantik n senang dipandang dan kaji dalam julat yang lebih besar. Ia ambil 4 hari...

4 hari kurang tidur. 4 hari duduk depan pc sampai patah pinggan. Kopi bercawan2. Hasilnya...

Aku jumpa benda atau perkara yang mampu gagalkan sistem aku. Mengenalpasti satu perkara. Menyelesaikan pula satu perkara lain.

Bangun dari tidur ini bagi aku idea bagaimana nak atasi. Mungkin. Aku sekarang tengah run spreadsheet aku dengan marco. Ia ambil masa, jadi aku buang masa menulis ini. Huhu...

Aku tak pernah ajar sesiapa sistem aku ni. Oh, hanya seorang... Namun aku tak pernah ajar bagaimana untuk mengkaji andai ianya gagal. Aku tak beri sesiapa pun spreadsheet aku kepada sesiapa. Ianya untuk aku...

Ada orang nasihatkan aku... Dalam perniagaan, perlu ada rahsia. Kita takkan tahu esok jika benda yang sepatutnya rahsia diketahui orang lain, akan backfire diri kita balik.

Aku lihat, banyak sistem trading terbaik dunia akhirnya melingkup. Aku terfikir kenapa. Market sentiasa berubah. Kau boleh jadi trader terbaik dunia pada pagi, dan jadi trader paling teruk dalam sejarah pada waktu petang. Kerana market sentiasa melawan kau.

Dan kerana itu, aku fikir teknik atau sistem yang tidak fleksible akan kecundang. Bagi aku, setiap teknik perlu fleksible. Perlu adaptasi setiap keadaan market. Dan paling penting, perlu sesuai dengan penggunanya.

Dan itu adalah satu 'ketakutan' yang aku alami sekarang. Membuat aku sentiasa anxious. Sentiasa berjaga-jaga. Sentiasa kaji dan kaji. Belajar dan belajar. Well, aku tak nafi, kadang buang masa tengok anime dan main game. Hee...

 Ada orang tanya, kenapa aku kedekut taknak ajar. Aku diam sejenak. Pandai ke aku, hebat ke aku nak ajar orang? Aku fikir, kalau kau betul nak belajar, bukan aku orangnya untuk kau jadikan cikgu. Aku bukan master. Aku hanya trader, dan motif aku hanya buat duit. Tak lebih tak kurang.

Dan kalau aku baik hati nak ajar sekalipun, aku bukan kena ajar sistem trading, tapi kena ajar cara mengkaji sekali. Sistem yang fleksible perlukan metodologi untuk mengkaji. Perlukan tertib. Dan mengajar ini adalah satu bebanan untuk aku.

Kenapa? kerana aku sendiri pun kadang terdiam bila terfikir macam mana aku boleh jumpa benda ni. Dan aku tak fikir aku mampu ajar orang lain benda ini.

Ramai trader yang baru akan sangap ilmu. Dan tak sedar, setiap ilmu trading ini adalah dari kajian sepanjang hayat. Sebab tu kau jumpalah mana trader yang hebat, dan minta dia ajar kau. Aku yakin hanya segelintir sahaja yang nak mengajar. Kebanyakkan mereka hanya silent trader.

Ramai diantara mereka sedar satu perkara. Kebanyakkan sistem trading tidak mampu untung sepanjang hayat. Dan mereka sedar, risiko mengajar orang lain hanya akan membebankan diri sendiri bila ianya gagal. Bayangkan kau ajar ramai orang, ramai anak murid... last2 benda yang kau ajar tu ke laut...

Trader yang baik sedar, itu risiko dan kami trader selalu mengawal risiko.

Kalau ada yang mengajar sekalipun, ia akan mengajar basic. Asas. Aku jumpa seorang sifu yang dulu hebat, namun sekarang struggle dengan ilmu baru dia, selepas ilmu lama dia gagal dan buat ramai anak murid dia ikut gagal. Ilmu baru dia memang terbaik. Namun sebagai trader, aku terasa kesusahan beliau bila aku sendiri bangunkan sistem aku sendiri.

Rasa bersalah.

Bila dulu baru bangunkan sistem, beliau dicemuh. Bila dah baik sistemnya, beliau disanjung. Dan bila gagal, beliau dikecam. Dan sekarang... beliau masih trading, namun terasa ada perasaan rendah diri dan lebih terbuka dengan orang lain.

Aku... tak mahu orang panggil aku sifu, masta atau apa sahaja panggilan dari trader yang lain yang menunjukkan aku ini hebat dan pengalaman orangnya. Peranan trader hanya satu. Buat duit. Itu sahaja. Dan kalau ada orang lain yang betul-betul ada keinginan buat duit, aku yakin dia akan jadi trader terbaik dunia. Dan dia takkan sibukkan diri dengan benda lain. At least, itu pendapat aku.

Fokus... Aku tak fikir trader yang baik akan buang masa. Kerana kerja trader hanya mengkaji dan mengkaji. Dan sebab itu aku ada perasaan yang amat dalam pada sifu-sifu trader ni sebab sudi luangkan masa mengajar. Dan juga ada perasaan jelik pada mereka yang bergelar sifu tapi tah apa yang diajar. Dan ketahuilah, orang begini amat ramai...

Sifu yang terbaik untuk trading adalah diri sendiri. Sebab trader yang terbaik akan sudi luangkan masa mengkaji market. Melihat chart tanpa rasa penat. Dan belajar benda baru yang boleh menyenangkan kajian. Contoh belajar buat spreadsheet guna MS Excel atau OpenOffice Calculus. Profesional juga ramai guna spreadsheet dalam kajian mereka.

Dan paling penting, keinginan... Untuk berjaya, untuk kaya, untuk diri sendiri.

Dan aku harap kau faham kenapa aku tidak mengajar.

Tapi untuk pandang positif, mengajar juga tidak salah. Andai anak murid mahu berbicara. Instead dari mengajar, lagi baik buat perbincangan. Dimana aku selalu buat dengan rakan-rakan online aku. Baca apa pendapat mereka dan ambil yang baik.

Banyak yang boleh dibelajar dari perbincangan. Kerja berkumpulan. Dan sebab itu kebanyakkan trader yang bekerja di firma ada mesyuarat setiap hari pada awal pagi. Kerana dalam trading tiada buku dapat mengajar kau bagaimana cara trading yang betul.

Andai kau baru, belajar... Dan buat keputusan atau sistem untuk kau sendiri. Dan ingat, tiada seorang pun tahu bagaimana masa depan. Walaupun profesional sekalipun, mereka struggle untuk profit pada akhirnya. Aku tahu... walau aku tidak pernah bekerja di firma, aku tahu bagaimana mereka bekerja.

Tapi buat masa ini, aku selesa bekerja seorang. Kalau aku buka mulut berbincang pun aku tidak berbincang tentang sistem aku. Aku hanya utarakan pendapat aku. Dan tidak sekali aku kata aku newbie, atau masta. Kerana aku sedar, dalam market... tiada siapa pun tahu masa depan bagaimana...

Dan itu pendapat aku.

Panjang sangat celoteh. Dan spreadsheet aku tak siap lagi. Data terlalu banyak untuk diproses. Aku fikir aku sambung entry ini lain kali. Aku mahu menulis benda lain. Selamat...

Kenapa aku seorang trader #4

Bacalah kamu beberapa buku menceritakan tentang hidup seorang trader. Kamu akan jumpa sesuatu yang pelik barangkali kamu fikir, tiada kena mengena dengan trading...

Hm...

Hampir setiap buku trading akan mengajar kamu untuk jujur. Jangan berbohong dengan orang lain. Bercakap benar. Dan tidak melakukan mudarat kepada orang lain menggunakan lidah kamu.

Aneh, apa kena mengena pula. Trade trade saja la. Kalau aku bohong pun tapi aku ikut sistem aku, ada apa hal...

Ia ambil hampir 4 tahun aku menjadi trader untuk aku faham maksud disebalik jujur ini. Ada satu ketika, aku tidak sengaja mengambil trade dengan lebihan lot. Bila dah buat salah macam ini, kebanyakkan trader yang tak berjaya akan biarkan sahaja. Berharap dapat untung besar dari kesilapan yang dibuat.

Dan kawan... hampir 5 tahun jadi trader aku belajar... harapan itu maut... berharap itu maut. Dan menipu diri sendiri... menganggap kesilapan itu mampu merubah menjadi sesuatu yang baik itu akan membunuh diri sendiri.

Ini sering berlaku kepada aku dahulu. Tersalah lot, taknak tutup. Tertekan sell, padahal nak buy, taknak tutup. Last2, margin call...

Dalam trading perlu perancangan. Memang senang klik sell atau buy. Tapi mengharap kesilapan jadi satu kemenangan itu tidak membawa apa-apa kecuali maut. Jika benar untung sekalipun, shame on you... Tiada kepuasan di situ. Tiada kemenangan untuk kamu megahkan.

Beberapa hari lepas, aku agak letih. Memandangkan sistem aku tidak membenarkan aku cuti jika floating, aku kerahkan juga tenaga. Akibatnya aku terambil trade yang aku tak patut ambil. Alhamdulillah, pengalaman mengajar. Walaupun rugi 10 pip, aku tutup juga. walaupun lambat sedikit, tidak aku tunggu untuk ianya untung. Dan kerugian itu adalah kebenaran... yang aku jujur... ikhlas menyatakan aku berbuat silap.

Dan itu kawan, adalah pelajaran yang mereka mahu sampaikan, mengapa perlu jujur pada orang lain. Kerana yang mengerakkan market adalah manusia. Menipu lautan manusia adalah sesuatu yang bodoh untuk dilakukan. Jika berbuat silap, mengaku... dan berbuatlah yang benar. Jika rugi pun tidak apa. Percayalah, jujur itu Allah akan balas dengan kemenangan yang tiada mampu dinilai harganya...

Priceless...

Aku ucap selamat... boleh kan?

Saturday, June 15, 2013

Macam mana nak kira spread

Penulisan ini adalah bagi mereka yang trade dan tertanya-tanya:-
  • Kenapa masuk trade je negatif
  • Kenapa dalam chart dah kena TP tapi order tak tutup. Broker tipu ke
  • Kenapa aku masuk trade tapi price tak sama dengan yang aku masuk
Cukup2 dengan alasan broker tipu. Belajar k. Tapi, aku tak nafi kadang ada juga broker buat tipu-tipu ni. Nasib la.

Aku sedang uji satu teknik trading baru, dan ada banyak ralat dalam pengiraan aku. Jadi aku tukar pengiraan aku sana sini tapi masih ralat. Aku jadi bingung kejap. Aku ada satu fail spreadsheet yang aku guna untuk mengira sama ada satu-satu trade aku ambil itu mendatangkan untung atau rugi. Dan fail spreadsheet aku ni juga beritahu aku berapa drawdown setiap trade yang aku ambil.

Amat menyenangkan kerja aku bila ada idea baru untuk di uji.

Sistem trading aku sekarang menggunakan fail spreadsheet yang sama. Jadi... jika fail ini ada terdapat ralat ketika aku programkan dia, bermakna sistem trading aku sekarang perlu dikaji semula.

Erk...

Dalam kerja aku, kesalahan dalam matematik tiada toleransi. Walau satu pip salah kira bermakna kerugian yang amat. Aku ambil hampir sebulan untuk menulis kod dalam spreadsheet ni, termasuk nak faham spread broker, price pada chart dan sebagainya. Ia jadi sukar kerana kurangnya pemahaman dari segi pengiraan spread.

Penulisan ini bukan bagi orang yang tak pernah trade. Jadi sila abaikan seterusnya.

Jadi... Bila aku semak balik. Aku fikir aku buat kesilapan dalam fail spreadsheet aku. Keliru dengan pengiraan spread.

Jadi aku semak balik fakta disebalik price dan spread ni. Sebelum aku mula, objektif aku adalah untuk mencari price sebenar dalam satu-satu situasi dengan berpandukan price pada chart. Chart mengikut harga BID

---
Contoh
Bila aku BUY pada EURUSD spread 2
Price Chart : 1.3000
Price Terminal : 1.3002

Tapi, bila aku nak tutup order profit +10 pips

Price Terminal 1.3002+0.0010=1.3012
Price Chart : 1.3012

Jadi, bila aku kata aku nak untung 0
Maka untuk Buy

Price chart : 1.3000
Price terminal buy : 1.3002
Price terminal TP0 : 1.3002
Price chart TP0 : 1.3002

Jadi untuk Buy, aku kena tulis dalam spreadsheet aku.

Price Terminal = Price Chart + Spread
Price TP = TP + Price Terminal = TP + Price Chart + Spread

*TP & SL sama dengan harga terminal

Contoh pengiraan
Aku Buy pada jam 6:00. Pada chart, harga dia 1.3000. Bila aku masuk trade, terminal aku tulis harga Buy aku adalah pada 1.3002. Aku letak TP 10.

Market bullish sampai, 1.3010. Persoalannya, kena tak TP aku?

Price masuk buy
Chart : 1.3000
Terminal : 1.3002

Jadi TP aku 1.3012

Price TP ni ikut chart, jadi... kat chart, price aku mesti 1.3012 untuk capai TP. Jadi tak kena la TP aku.

---

Untuk Sell.
Price Chart : 1.3000
Price Terminal : 1.3000

Lain dengan Buy, bila nak buat order, Price pada chart sama dengan price terminal. Tetapi dengan SL10...


Price terminal : 1.3000

Price TP : 1.3010
Price Chart TP : 1.3012

Jadi, SL aku akan kena bila kat chart 1.3012.

Jadi kat spreadsheet aku, formulanya untuk Sell :

Price Terminal = Price Chart
Price Chart SL = SL + Price Terminal + Spread = SL + Price Chart + Spread

*TP & SL sama dengan harga terminal
---

Kenapa pengiraan ini penting. 


Jujur kata, ini nampak mudah, tapi bila aku nak coding dalam spreadsheet, jadi keliru. Contoh.

Bila kau tekan CTRL + S kat MT4 kau, kau akan dapat file CSV. Dalam file tu ada senarai price untuk instrument pada chart. Dalam senarai tu ada Date, Time, Open, High, Low, Close, Volume. Maklumat ni standard bagi setiap price list yang kau download dari terminal atau dari website.

Dan dari maklumat ini kau boleh backtest guna software spreadsheet seperti MS Excel dan OpenOffice Calculus. Belajar guna formula IF... Formula ini amat amat amat amat amat (atau aku patut kata teramat) berguna.

Katakan,
Instrument : EURUSD; spread 2.
Pada pukul 6:00 price semasa adalah 1.3000. Jadi aku buat Pending Order:-
Buy Stop (A) : 1.3010
Sell Stop (B) : 1.2990
Buy Limit (C) : 1.2990
Sell Limit (D) : 1.3010

Jadi, kalau harga sekarang adalah 1.3010, mana PO aku yang kena? Ya, kalau kau faham... kau akan tahu jawapannya selepas ini...

Hanya Sell Limit (D) sahaja yang kena. Kat bawah adalah contoh lagi...

Price chart : 1.3010 - PO hit : (D)
Price chart : 1.3012 - PO hit : (A)(D)
Price chart : 1.2990 - PO hit : (B)
Price chart : 1.2988 - PO hit : (B)(C)

Lain pula halnya dengan TP dan SL. TP dan SL ikut harga yang ada pada terminal. Jadi.

Kalau aku ada Buy pada 1.3010 dengan TP 10 dan SL 10.

Price chart : 1.3020 - Hit TP
Price chart : 1.3000 - Hit SL

Kalau aku ada Sell pada 1.2990 dengan TP 10 dan SL 10.

Price chart : 1.2978 - Hit TP
Price chart : 1.2998 - Hit SL

---

Jadi aku harap kau faham kenapa masuk order je dah -2 pip; kalau spread untuk instrument tu 2. Dan kau juga faham kenapa tengok kat chart dah kena dah line TP or SL kau tapi order tak close lagi. Broker tak tipu. Ini pengiraan dia.

Betul, akan ada diantara kau yang kata ini mudah. Aku tak nafi ini mudah. Tapi boleh keliru. Ada silap boleh komen. Aku nak betulkan balik spreadsheet aku, dan kira balik sistem aku. Aku ucap selamat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...