Followers

Gamers

Monday, April 7, 2008

Tag : 8 Fakta mengenai aku

Kene tag dengan Muachacha, (betul ke aku eja ni). Sibuk nak tau pasal aku. Ok bagi la muka. Aku cerita la sikit.

Fakta pertama
Aku sedang bercinta. Maka aku boleh katakan yang borang untuk memiliki aku dah habis. So jangan frust k. Aku tau korang suka kat aku (perempuan). Sabar ek. Aku setia kat dia sorang je. Hati aku tulus dan ikhlas untuk dia. Aku tak pernah anggap korang lebih dari seorang kawan. So marilah berkawan... Jangan sedih2.

Fakta ke-dua
Aku orangnya straight forward. Aku kata sibuk, maka aku betul-betul sibuk. Jangan ngada-ngada nak kacau. Kalau aku kata aku lapar, maka aku lapar. Sila masak untuk aku. Kalau boleh suapkan lagi bagus. Kalau aku kata aku boring. Maka kacau la aku. Hilangkan boring aku. Pendek kata. Bila aku kata aku sedang sesuatu, maka buka kamus, cari maksud dia. Faham maksud dia lalu bertindaklah seperti seharusnya. Ada faham...?

Fakta ke-tiga
Ya aku mengaku aku materialistik. Aku suka habis wang. Pendek kata boros. Maka sebab itu aku kuat usaha cari wang lebih. Sila faham. Aku bukan suka cari wang. Tapi aku suka habiskan wang. Maka aku terpaksa cari wang. So jangan salah anggap aku seorang workaholic. Aku bukan. Aku money-spender (ada ke istilah ni?). Fakta penting ni...

Fakta ke-empat.
Selaku lelaki sejati, aku suka tengok perempuan.Ya, aku tau aku dah ada si dia. Tapi itu tak bermakna aku harus gelapkan mata aku dari menikmati hiasan dunia ni. Aku suka perempuan comel. Yup, pipi penuh. Bonus! ada lesung pipit. Haha.... Dan aku tak suka perempuan yang tak cukup kain. Seksa. Buat aku terpaksa berpuasa menahan lapar dan dahaga, bonus! nafsu. Ya, Allah tu hebat, dia memahami aku. Faham tak maksud tak cukup kain. Tudung sila "on". Pusat sila "off". Seluar jeans ketat sila pulangkan kepada jin koz kain dorang tak kering, asyik hujan je bebaru ni. Kalau nak pakai T-shirt, sila beli T-shirt lelaki koz sekarang lelaki punya T-shirt sangat sesuai untuk korang. Jangan kata aku ketinggalan zaman coz korang yang pakai macam tu buat dunia semakin dekat dengan kiamat. Faham! marah lak aku....

Fakta ke-lima
Aku suka maklumat. Ya, ke dua selepas wang. Aku suka semua jenis maklumat. Baik dari segi psikologi, teknologi, ideologi dan beberapa logi-logi lain. Itu sebab aku suka baca blog orang lain. Kerana dalam blog dorang ada maklumat yang aku takkan dapat melainkan aku kenal rapat orang tu. Ya, blog adalah tempat meluahkan segalanya. Aku percaya dengan memperbanyakkan maklumat dalam hidup aku, aku takkan kena tipu dan aku sentiasa di hadapan di sepanjang hidup aku.

Fakta ke-enam
Aku suka benda yang buat aku berfikir. Contohnya permainan catur, walaupun aku dah lama tak main. Haha, sibuk. Aku suka bila aku rasakan ada darah mengalir deras dalam otak aku. Masyuk. Aku juga sukakan si Dia. Coz dia selalu buat aku fikir apa lagi aku harus buat agar dia gembira dengan aku. Atau agar aku dapat memiliki dia sepenuhnya. Aku gatal nak kahwin? haha... Aku juga suka selesaikan masalah. Terutama pasal komputer. Ya, troubleshooting. Kerana ia seperti CSI. Best... aku suka... Yang jadi tak suka kalau aku tak jumpa jalan penyelesaian. Tensen. Buat nasi seperiuk habis sekali hadap. Errr...

Fakta ke-tujuh
Aku percaya makan boleh buat kita gemuk. Cinta boleh buat kita rasa cukup. Tidur boleh buat kita bertenaga dan sebagainya. Yup, I am rational person. Aku sukar nak percaya benda-benda yang aku tak dapat lihat melainkan ada bukti. Ya, aku tak pernah nampak Allah, tapi aku dapat rasa kewujudanNya dengan memandang keadaann sekeliling. Itulah rasional. Rasional bukan sekadar logik akal. Agama juga rasional. Aku bukan orang yang hanya menuruti untuk mempercayai. Tapi orang yang mahu berfikir dahulu sebelum mempercayai. Itu sebab dalam hidup aku, trust no one (<100%). Titik.

Fakta ke-lapan
Ni fakta penting. Aku manusia biasa. Ada 2 mata, 2 kaki, 2 tangan, 20 jari dan sebagainya. Jangan ngada-ngada nak kata aku ada lebih pulak dari manusia biasa. Aku juga tidak memiliki superpower seperti boleh baca fikiran orang, terbang dan sebagainya. Aku juga ada hati dan perasaan. Aku boleh gembira, sedih, marah dan sebagainya. Manusia biasa kan. So, kalau nak tau apa-apa pasal aku, tanya aku. Jangan ngada2 nak cari dari orang lain. Kalau pasal aku, tanya aku la. Kan senang.

Tu serba sebanyak pasal aku. Nak tau lebih? Email aku... Wakakaka...

Aku malas nak tag sape-sape. Kalau ada sesiapa rajin nak menge'tag'kan diri sila tinggalkan komen. Aku akan layan fakta pasal korang lak.

Sekian...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...