Kalau camtu, kenapa kau main...?Aku tak tahu kenapa, baru-baru ini aku agak terjerumus dalam kancah tipu menipu ni. Aku kerap tengok cerita tentang tipu menipu orang. Aku rasa seronok, bila lihat bagaimana manusia senang dimanipulasikan...
Ya, secara moral itu tak baik. Mak aku pernah kata tipu boleh masuk neraka...
Walaupun ianya adalah subjek yang menarik, menipu orang maksud aku. Namun tak pula aku katakan ianya adalah sesuatu yang aku perlu buat... Aku suka ambil tahu bagaimana caranya, dengan harapan benda yang sama tidak berlaku kepada aku.
Walaubagaimanapun, aku juga menipu...
Banyak game PC, dan PS2 yang aku main. Namun tak pernah aku bermain dengan jujur... Dan sebab itu member aku tanya... kenapa perlu main...
Aku pandang dia... Aku kata aku terlalu tua untuk bermain game... Aku dah tak rasa ianya sesuatu yang menarik untuk aku kerap mengadap. Walaupun macam tu, aku tetap juga mengadap...
Bukan kerana game itu sendiri menarik... tetapi cara memanipulasikannya adalah menarik...
Tiada satu game pun aku main dengan jujur... Aku akan cari cara untuk memanipulasikannya untuk kepentingan aku sendiri. Dan itu satu cabaran bagi aku, cabaran yang lebih besar dari menghabiskan masa bermain dengan jujur...
Lagipun, ramai orang kata main game buang masa kan?
Aku anggap ianya senaman otak. Mengasah daya pemikiran aku. Aku tahu ramai tak setuju dengan aku... Well, aku tak marah... Kau dengan pemikiran kau, aku dengan pemikiran aku... Lagipun benda ni melanggar kod etika seorang gamerz kan.. huhu...
Dalam hidup aku, aku diajar untuk berfikir... Bukan mengikut... Dan dalam kepala aku kerap ada perbalahan... Memaksa aku berfikir... sesuatu yang orang lain selalu tak endahkan...
Anyway, aku tak gelar diri aku gamer... Dalam dunia game.. aku lebih suka menggelarkan diri aku cheater...
Huhu... Aku ucap selamat... Oh, sayang... saya tak tipu awak.... tipu hanya saya gunakan kalau ianya tidak memudaratkan sesiapa...
Ucap selamat kepada kau orang semua...