Followers

Gamers

Sunday, May 8, 2011

EPL untuk MU?

Aku tengok bola Arsenal vs Manchester United baru-baru ini di Shah Alam seksyen 7. Aku biasa pergi tengok bola kat sana bila ada perlawanan penting. Kenapa? Ya... ayat biasa aku dan kawan-kawan... kalau nak meriah, gi Shah Alam tengok bola.

Dan malam itu, seksyen 7 menjadi sunyi. Ya, MU kalah malam tu. 1-0. Aku rasa malam itu adalah malam yang teramat sunyi. Setiap detik aku rasa seperti aku seorang berada di situ. Bak kata Dewa19 - Kosong...

"Di dalam keramaian aku masih merasa sepi..."

Kekalahan itu sekaligus sedikit mengugat piala EPL kelak. Tapi masih belum tahu.

Pagi Khamis (betul?). MU vs Schalke 04. MU menang 4-1 dengan aggregat 6-1 terus menempah nama ke final UEFA menentang Barcelona.

Ketahuilah, aku masih baru-baru menengok bola ni. So, aku kurang familiar dengan corak permainan Barcelona. Aku dengar team ni kuat sejak dulu lagi. So, aku saje la tengok balik perlawanan dia dengan Real Madrid.

Dan terdetik di hati aku, "kenapa MU tak main macam ini.." Aku dapati corak permainan mereka lebih menarik, seperti yang aku harapkan dalam permainan MU. Dan aku boleh ulang tayang dan ulang lagi.

Adakah MU akan menang kelak bertemu Barcelona? Aku senyum. Ramai member aku yang bukan peminat MU adalah dikalangan anti-MU (bukan semua macam tu kan?) dan bermati-matian(!?) menyokong Barcelona kelak. Huhu...

Aku senyum lagi... Inikan bola sepak. Apa pun boleh jadi. Aku hanya mahukan perlawanan yang menarik kelak. Tiada kad merah, tiada penalti, banyakkan gol dan kami di sini masing-masing puas hati walau kalah, walau menang.

Apa-apa pun, Ahad ini adalah hari penting untuk MU. Boleh lupakan seketika EUFA. Fokus kepada EPL, dengan Chelsea. Aku tidak kisah jika MU memang atau kalah, aku hanya mahukan perlawanan yang menarik.

Dan jika kau membaca entri ini, ini bermakna kau tahu... malam ini kemungkinan besar aku ada di Seksyen 7, Shah Alam. Ini perlawanan besar. Aku akan ke sana. Berbaju merah... wahahaha....

Tapi... boleh aku kata ini... aku optimis dengan MU... kerana Sir Alex Ferguson pernah berkata...

"Beat Chelsea and title is ours"

Haha.. yakin sungguh dia... Kita tunggu ya... Aku ucap selamat...!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...