Followers

Gamers

Wednesday, April 30, 2008

Sorry!!! Sekali lagi....

Selamat! Aku baru sahaja habis dari gejala (?) kesibukan seorang student. Yup, peperiksaan telah tamat dan aku bebas. Haha...

Aku mohon maaf kepada semua pembaca-pembaca blog aku yang amat merindui penulisan aku (thee hehe...) Sepanjang aku tidak menulis blog, aku dapati hidup aku kosong. Yup, setiap hari dengan algebra, dengan pulpa pokok dan bermacam-macam lagi yang kalian boleh gelarkan bosan ( tapi tidak kepada ulat-ulat sekalian.)

Sepanjang cuti akhir sem ini aku akan penuhi blog-blog (?) aku dengan tulisan dan nukilan khas untuk kalian semua... tunggu....!!! huhu...

Monday, April 7, 2008

Tag : 8 Fakta mengenai aku

Kene tag dengan Muachacha, (betul ke aku eja ni). Sibuk nak tau pasal aku. Ok bagi la muka. Aku cerita la sikit.

Fakta pertama
Aku sedang bercinta. Maka aku boleh katakan yang borang untuk memiliki aku dah habis. So jangan frust k. Aku tau korang suka kat aku (perempuan). Sabar ek. Aku setia kat dia sorang je. Hati aku tulus dan ikhlas untuk dia. Aku tak pernah anggap korang lebih dari seorang kawan. So marilah berkawan... Jangan sedih2.

Fakta ke-dua
Aku orangnya straight forward. Aku kata sibuk, maka aku betul-betul sibuk. Jangan ngada-ngada nak kacau. Kalau aku kata aku lapar, maka aku lapar. Sila masak untuk aku. Kalau boleh suapkan lagi bagus. Kalau aku kata aku boring. Maka kacau la aku. Hilangkan boring aku. Pendek kata. Bila aku kata aku sedang sesuatu, maka buka kamus, cari maksud dia. Faham maksud dia lalu bertindaklah seperti seharusnya. Ada faham...?

Fakta ke-tiga
Ya aku mengaku aku materialistik. Aku suka habis wang. Pendek kata boros. Maka sebab itu aku kuat usaha cari wang lebih. Sila faham. Aku bukan suka cari wang. Tapi aku suka habiskan wang. Maka aku terpaksa cari wang. So jangan salah anggap aku seorang workaholic. Aku bukan. Aku money-spender (ada ke istilah ni?). Fakta penting ni...

Fakta ke-empat.
Selaku lelaki sejati, aku suka tengok perempuan.Ya, aku tau aku dah ada si dia. Tapi itu tak bermakna aku harus gelapkan mata aku dari menikmati hiasan dunia ni. Aku suka perempuan comel. Yup, pipi penuh. Bonus! ada lesung pipit. Haha.... Dan aku tak suka perempuan yang tak cukup kain. Seksa. Buat aku terpaksa berpuasa menahan lapar dan dahaga, bonus! nafsu. Ya, Allah tu hebat, dia memahami aku. Faham tak maksud tak cukup kain. Tudung sila "on". Pusat sila "off". Seluar jeans ketat sila pulangkan kepada jin koz kain dorang tak kering, asyik hujan je bebaru ni. Kalau nak pakai T-shirt, sila beli T-shirt lelaki koz sekarang lelaki punya T-shirt sangat sesuai untuk korang. Jangan kata aku ketinggalan zaman coz korang yang pakai macam tu buat dunia semakin dekat dengan kiamat. Faham! marah lak aku....

Fakta ke-lima
Aku suka maklumat. Ya, ke dua selepas wang. Aku suka semua jenis maklumat. Baik dari segi psikologi, teknologi, ideologi dan beberapa logi-logi lain. Itu sebab aku suka baca blog orang lain. Kerana dalam blog dorang ada maklumat yang aku takkan dapat melainkan aku kenal rapat orang tu. Ya, blog adalah tempat meluahkan segalanya. Aku percaya dengan memperbanyakkan maklumat dalam hidup aku, aku takkan kena tipu dan aku sentiasa di hadapan di sepanjang hidup aku.

Fakta ke-enam
Aku suka benda yang buat aku berfikir. Contohnya permainan catur, walaupun aku dah lama tak main. Haha, sibuk. Aku suka bila aku rasakan ada darah mengalir deras dalam otak aku. Masyuk. Aku juga sukakan si Dia. Coz dia selalu buat aku fikir apa lagi aku harus buat agar dia gembira dengan aku. Atau agar aku dapat memiliki dia sepenuhnya. Aku gatal nak kahwin? haha... Aku juga suka selesaikan masalah. Terutama pasal komputer. Ya, troubleshooting. Kerana ia seperti CSI. Best... aku suka... Yang jadi tak suka kalau aku tak jumpa jalan penyelesaian. Tensen. Buat nasi seperiuk habis sekali hadap. Errr...

Fakta ke-tujuh
Aku percaya makan boleh buat kita gemuk. Cinta boleh buat kita rasa cukup. Tidur boleh buat kita bertenaga dan sebagainya. Yup, I am rational person. Aku sukar nak percaya benda-benda yang aku tak dapat lihat melainkan ada bukti. Ya, aku tak pernah nampak Allah, tapi aku dapat rasa kewujudanNya dengan memandang keadaann sekeliling. Itulah rasional. Rasional bukan sekadar logik akal. Agama juga rasional. Aku bukan orang yang hanya menuruti untuk mempercayai. Tapi orang yang mahu berfikir dahulu sebelum mempercayai. Itu sebab dalam hidup aku, trust no one (<100%). Titik.

Fakta ke-lapan
Ni fakta penting. Aku manusia biasa. Ada 2 mata, 2 kaki, 2 tangan, 20 jari dan sebagainya. Jangan ngada-ngada nak kata aku ada lebih pulak dari manusia biasa. Aku juga tidak memiliki superpower seperti boleh baca fikiran orang, terbang dan sebagainya. Aku juga ada hati dan perasaan. Aku boleh gembira, sedih, marah dan sebagainya. Manusia biasa kan. So, kalau nak tau apa-apa pasal aku, tanya aku. Jangan ngada2 nak cari dari orang lain. Kalau pasal aku, tanya aku la. Kan senang.

Tu serba sebanyak pasal aku. Nak tau lebih? Email aku... Wakakaka...

Aku malas nak tag sape-sape. Kalau ada sesiapa rajin nak menge'tag'kan diri sila tinggalkan komen. Aku akan layan fakta pasal korang lak.

Sekian...

Sunday, April 6, 2008

Evanescence - Taking Over Me

Lama tak updated. Alasan sama. Sibuk. Dan dalam kesibukan tu aku terdengar lagu ni. Mencuba untuk berkongsi dengan kalian. Lagu yang aku suka dengar ketika aku belajar di kolej dulu. Membawa maksud yang mendalam dalam hidup aku.

Dulu, masa mula-mula aku kenal Evanescence. Aku dah suka. Ya, cintakan suara Amy Lee. Best. Sampai hari ni aku masih sukakan suara dia. Tak tau apa akan jadi pada Evanescence kalau takde Amy Lee. Bagi aku, suara dia adalah suara yang paling best no 1. Amy Lee rock!!!!

Aku ingat lagi semasa belajar di kolej. Lagu ni bertahan sampai 1 semester dalam kepala aku. Dan sekarang, bila aku dengar balik lagu ni, teringat masa lalu. Masa study dulu. Haha... aku tak kuat macam dulu study. Mungkin sekarang aku patut tanya diri aku apa aku buat dekat kolej dulu...



Taking Over Me
Evanescence
You don't remember me but I remember you
I lie awake and try so hard not to think of you
But who can decide what they dream?
And dream I do...

I believe in you
I'll give up everything just to find you
I have to be with you to live to breathe
You're taking over me

Have you forgotten all I know
And all we had?
You saw me mourning my love for you
And touched my hand
I knew you loved me then

I believe in you
I'll give up everything just to find you
I have to be with you to live to breathe
You're taking over me

I look in the mirror and see your face
If I look deep enough
So many things inside that are just like you are taking over

I believe in you
I'll give up everything just to find you
I have to be with you to live to breathe
You're taking over me

I believe in you
I'll give up everything just to find you
I have to be with you to live to breathe
You're taking over me

(taking over me)
You're taking over me
(taking over me)
Taking over me

Sekian...

Tuesday, April 1, 2008

April Fool!? Persetankan!!!

April fool? Huh, aku tak sambut hari bodoh membodoh ni kerana aku orang yang bijak pandai. Mak ayah aku juga orang yang bijak pandai dan keluarga aku juga orang bijak pandai. Maka kami tidak menyambut hari bodoh membodoh ini. Aku tidak pernah di ajar untuk menyambut hari bodoh membodoh ini di dalam keluarga aku.

Kawan-kawan aku juga bijak pandai. Maka aku juga tidak bodoh membodohkan semua kawan-kawan aku. Dan semua pembaca-pembaca blog aku juga bijak pandai. Maka aku percaya kalian semua tidak bodoh membodohkan diri sendiri untuk sambut hari bodoh ni.

Sedikit pasal hari bodoh membodoh ni...

----------------------------------
APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!


Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1 April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.


Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu .....rawahuttirmizi Illal Liqaq
------------------------------

So macam mana... Rileks k... kita tak bodoh nak sambut hari bodoh membodoh ni... K la... Selamat! Selamat!

Sumber:-
http://www.jomlayan.com/mybb/sejarah-april-fool-1-april-insafilah-ia-t-10655.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...