Followers

Gamers

Wednesday, May 6, 2009

Sebuah kedai kecil...

Salam dan selamat kepada kau orang semua...

Aku baru lagi habis peperiksaan akhir. Dan semua tahu, itu tandanya cuti sudah bermula. Dan kalau kau orang tanya adakah cuti ini adalah sesuatu yang lapang kepada aku. Aku jawab...

Tidak...

Tak sengaja tersambar...

Sekarang aku sibuk untuk menghidupkan semula ms7gadgetmall semula. Apa tu kau tanya. Ia adalah sebuah blog untuk aku menjual gadget-gadget seperti kamera digital, camcorder dan lain-lain. Ya, betul. Tempat untuk membuat bisnes.

Aku mahu mula semula perniagaan yang dahulu setengah jalan aku tinggalkan. Masalah yang aku hadapi dahulu sudah selesai dan sekarang tinggal nak atur barang. Tengok apa mahu jual.

Tag Heuer Grand Carrera Calibre 17- SR2

Item apa yang bakal aku jual kau tanya... Masih kamera digital. Dan jam replika. Kau berminat? Beritahu aku apa barang yang bermain di fikiran kau... Aku boleh tolong carikan.

Harga... Aku boleh kasi cun cun... Huhu...

Aku harap minggu depan aku dapat selesaikan semua urusan dan buka kedai maya aku... Huhu...

Kalau aku dah buka... aku bagitau...

Aku ucap selamat ya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...