Followers

Gamers

Saturday, October 17, 2009

Pelan A

Pagi ini terlalu indah. Aku kesat mataku berkali-kali. Mengantuk... Namun, hati terlalu berat untuk tidur. Melihat matahari cantik memancar masuk ke dalam bilik aku. Tiba-tiba terasa sayang untuk tidur.

Aku tak dapat tidur. Beberapa hari ini aku selalu tidak tidur lena. Kepala sentiasa memikirkan hal-hal yag terperinci yang akhir sekali membawa kata sepakat, aku harus berputus asa. Ini tidak optimistik. Aku tahu itu. Hei, aku manusia bukan. Dan aku banyak ada hari buruk dalam hidup aku.

Terfikir kenapa aku berfikir sesuatu yang terperinci malam ini. Hm... barangkali hanya untuk mengisi kesunyian malam ini. Orang kata, berfikir boleh membuatkan kau menjadi lebih bijak. Tapi jika terlalu berfikir, kadang boleh memakan diri.

Malam ini, fokus aku terhadap masa depan aku. Bukan2, aku tahu apa aku mahu lakukan. Apa yang aku kurang, hanya komitmen dan cara untuk melakukannya. Barangkali aku tidak cukup jelas dengan matlamat hidup aku. Barangkali...

Tipikal manusia. Belajar, kerja, kahwin, ada anak dan mati. Hanya cara yang dilalui berbeza. Aku sedar, hidup aku yang singkat ini seperti telah diatur urutannya. Kalau kau tidak begini, ketahuilah kawan, kau orang paling pelik dan beruntung di dunia ini.

Aku ada hidup aku dan secara jujur, ianya membosankan, kecuali pada orang yang terdekat di hati aku. Tanpa mereka, aku fikir aku hilang alasan untuk hidup. Tepukan untuk mereka. Maksud aku bosan bila aku hilang mereka dari pandangan aku, dari pengetahuan aku.

Dan apa yang aku merepek ini...

Aku lihat semula pelan hidup aku. Yup, ia masih punya banyak lubang. Aku maksudkan, ianya perlukan perincian. Jika aku kata umur 26 tahun aku sudah punya rumah, aku fikir aku perlu perincikan lagi di mana dan bagaimana aku memilikinya. Benarkan...

Tapi apalah gunanya pelan kalau tidak punya kudrat yang mengerjakannya. Ya, betul la apa kau fikir tu. Aku mahu kata aku sedang usahakan tapi aku yakin hampir 99% dari kau takkan percaya aku. Aku faham, kita sama2 manusia bukan...

Bila semak balik, kebanyakkan masalah aku mesti melibatkan wang... bukan banyak yang aku cari tetapi berterusan. Aku tak mencari kemewahan, aku mencari kesederhanaan dalam jangka masa panjang.

Buat aku terfikir, adakah wang yang benar-benar aku mahukan. Aku terhibur ketika bermain game, namun tak pernah pula aku terhibur ketika mencari dvd nya. Aku terhibur apabila keluar bersama si dia, namun tak pernah pula aku terhibur ketika saat berada di kaunter membuat bayaran.

Keluar duit bukan sesuatu yang menghiburkan. Apatah lagi mencari duit. Aku dengar ramai kawan aku yang bekerja mula bosan dengan kerjanya. Tapi part yang best bila gaji masuk bukan... Huhu...

Aku tak mahu cerita panjang tentang bila kita keluarkan duit dalam gambaran kita sekarang. Aku tahu itu bukan realiti. Realitinya, kau kerja atau berniaga, dapat duit dan keluar duit. Yang membezakan kau dan orang lain, cara kau menggunakannya. Rezeki pelbagai rupa, kan...

Kadang aku fikir, pemikiran aku sempit. Aku harus keluar, berjalan, kenal orang... dan ketika itu aku yakin aku akan lihat betapa besarnya dunia luar sana. Aku cemburu pada blog, buku dan penulisan orang lain. Ia selalu membuatkan aku rasa tak pernah cukup dalam diri.

Banyak benda aku belajar, semakin banyak benda yang aku tak tahu. Sama seperti malam ini ketika aku lihat semula pelan hidup aku. Semakin aku tatap, semakin aku belajar untuk berfikir supaya setiap objektifnya tercapai.

Aku penat berfikir...

Sangat penat. Sekarang aku fikir, sampai masa untuk bawakannya kepada sesuatu yang lebih praktikal. Cuba dan... gagal? salah?silap? hm... Try n error. Betul?

Aku nak kurang berfikir, aku fikir... eh... aku rasa aku perlu redah je selepas ini. Seperti ramai perempuan-perempuan universiti selalu fikir.

Kau nak ikut aku?

Boleh...

Bangun pagi, nikmati dulu sarapan kau... paling kurang pun kopi... kemudian keluarlah... ikut arah angin... aku yakin kau akan jumpa jalannya...

Air dah masak... aku mahu sarapan sebentar... Selamat aku ucapkan kepada kau...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...