Followers

Gamers

Friday, September 25, 2009

Petang bersama si dia...

Petang ini aku keluar bersama si dia...

Ke pantai kalau kau tanya. Dan jika kau terus bertanya apakah perasaan aku ketika itu...

Ia adalah satu perasaan yang kurang profesional, dan jika ianya adalah perasaan, tentunya melibatkan emosi yang terganggu. Ia adalah perasaan yang negatif. Perasaan yang aktif. Perasaan yang merbahaya.

Namun, perasaan itu hilang ketika si dia duduk di sebelah aku. Hiburkan aku dengan percakapannya, hiburkan aku dengan telatahnya. Sehingga ke saat ini aku masih ingat raut wajah gembira si dia ketika saat itu.

Aku banyak memandang matahari yang kian terbenam. Menikmatinya bersama si dia. Memikirkan apa yang harus aku buat selepas ini. Selepas si dia harus pulang ke rumah. Selepas aku harus pulang ke rumah. Dan tidak berjumpa lagi untuk satu jangka masa yang lama.

Perhubungan jarak jauh jika kau tanya. Itu adalah kami. Dan silapnya hanya pada aku yang lengah menghabiskan semua. Dan akibatnya rasa negatif seperti pertama tadi muncul menganggu aku. Amat menganggu.

Aku sayangkan si dia. Itu benar. Namun ia mampu dipersoalkan dengan keupayaan aku sekarang. Seperti post yang terdahulu, cinta... adalah tanggungjawab, dan ia memerlukan pengorbanan. Dan sejauh mana aku mampu melakukan untuk si dia.

Kami pulang. Aku mengikutnya di belakang. Melihat bayangan dia dari cermin tingkap belakangnya. Aku jadi sebak. Dan itu sememangnya perasaan yang terakhir bila aku meninggalkan si dia.

Pulang, aku baring. Cuba melelapkan mata... Dan kali ini aku hati aku berkata benar. Tentang perasaan pertama tadi, tentang riang gembira wajah si dia. Tentang rasa sebak ketika pulang...

Masa bermain sudah lama tamat, kini si dia harus aku bawa bersama ke tahap seterusnya...


Aku ucap selamat untuk kau, untuk si dia... dan untuk aku di masa depan... Selamat selamat!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...