Malam ni aku tak tidur. Menemani pasaran mata wang asing yang tak pernah jemu aku pandang. Banyak benda aku belajar tentang forex. Dan ketahuilah, aku suka dengan hidup aku sekarang.
Aku ada garisan melintang. Aku ada pengukur kekuatan mata wang. Aku ada asas analisis carta. Aku ada pengalaman. Apa yang aku tiada, adalah keuntungan. Dan aku harus cari jalan bagaimana mengabungkan apa yang aku ada untuk membentuk keuntungan.
Ia adalah suatu kerja kuat. Berjaga, duduk dan merenung di hadapan skrin hampir 24 jam membuat orang di sekitar aku fikir, 'kau tak ada life ke?'
Haha... mak aku selalu kata, perlu ke hari-hari begini. Jujurnya tidak. Alasan untuk kerap duduk di depan komputer bukan kerana ini cara sebenar menjadi 'trader', tetapi kerana aku masih mencari cara supaya kelak aku tidak lagi kerap duduk di hadapan pc.
Ya, permulaan kerjaya memang sukar. Dan sebab itu aku kerja keras untuk jadikan ia realiti, impian aku kalau kau tanya. Menjadi seorang 'trader'.
Ini permulaannya. Orang tidak nampak, namun aku lihat, ada cahaya di hadapan.
Ini permulaannya. Sukar, namun penghabisannya, ianya mudah.
Dan kenyataan ini diselitkan dengan pengalaman mereka yang sudah berjaya.
Aku akan lama di hadapan pc untuk hari-hari mendatang. Dan sehingga aku tidak jumpa keuntungan itu, aku tidak akan menyerah. Dan berdoa, bila aku jumpa keuntungan itu, sudah sampai masa untuk aku mencari kehidupan aku yang biasa.
Semoga aku tidak terlambat mencarinya...
Aku ucap selamat...