Orang nampak kerja aku mudah, hanya duduk depan PC dan klik klik. Kau buat, baru kau tahu susah senangnya...
Namun, aku cuba tukarkan pandangan aku kepada pandangan mereka. Melihat diri aku dari mata mereka. Yup, ini kerja senang. Duduk depan pc, tidak hiraukan luar. Ya, memang kerja senang.
Aku cuti 2 minggu dari aktiviti trading, Xmas dan tahun baru. Aku hanya tak suka trade masa server kejap hidup, kejap tidak. Aku rasa sakit menunggu jika aku tidak nampak sebarang kemajuan dalam market.
Dan cuti 2 minggu ni buat aku terfikir, kalau aku tak mampu trade, pe lagi aku mampu buat.
Dan diingatkan, aku ada kemampuan duduk depan pc 24 jam, tanpa tidur dan rehat. Ya, aku tahu aku ada kemampuan sebegitu.
Aku harus buat sesuatu berkenaan dengan komputer.
Adakah aku patut belajar programming.
Eh?
Programming?
Aku lihat ini dalam Manual Trading aku, dan terfikir. Ia seakan skematik pengaturacaan. Dan aku mampu buat pengaturcaraan untuk strategi di atas. Aneh, dan kenapa aku dulu tak pernah ambil berat untuk belajar programming sedangkan aku amat minat duduk depan pc 24 jam.
Aneh...
Programming... aku tahu ada banyak jenis bahasa pengaturcaraan (oh, aku baru perasaan programming tu adalah pengaturcaraan). Kita ada php, JAVA, C dan macam-macam lagi. Terpulang kepada apa kita nak buat, mana-mana bahasa juga baik kerana apa yang penting bukan bahasanya, tapi logiknya.
Aku cuba cari mana bahasa pengaturcaraan yang bagus untuk aku belajar dan ramai rekemen, C. Dan aku memang tak tau apa benda la tu. Masa aku di universiti dahulu, hanya belajar FORTRAN dan MATLAB je. Haram, nampaknya aku perlu balik kepada betul-betul asas.
Dan kawan-kawan, aku sedang menelaah buku ni. Sebarang komen amatlah dihargai. Oh sebelum tu, jika kau tanya untuk apa aku pilih untuk belajar programming...
Sebab aku baru sedar, benda yang selalu depan mata aku ni, sebenarnya adalah program, yang dijalankan berdasarkan programnya, yang ditulis oleh programmer. Kena ambil berat sikit pe yang kita lihat hari-hari...
Aku merepek panjang, dan ketahuilah, post ini aku tidak edit kemudian, habis taip terus publish. Maka, abaikan kualitinya... selamat...